Thursday, January 1, 2009

Salam Tahun Baru oleh Pengganas Israel

Salam Dan salam sejahtera untuk semua. Semoga kedatangan tahun baru membawa lbh kebahagian dan kerahmatan untuk semua.Rasanya cukup lama penulis tidak membuat coretan di blog bersama rakan-rakan seperjuangan dek kesibukan di akhir-akhir tahun ini.

Nampaknya tahun baru yang menjelama ini dihujani dan disirami dengan pelbagai isu dan peristiwa yang begitu membuatkan kita perlu berfikir dgn lbh praktikal dan waras akan cabaran serta rintangan yang sudah dan bakal menjelma. Sudah pasti isu pengeboman di Palestine Oleh pengganas Israel membuka tirai Tahun maal hijrah dan tahun masihi 2009. Seperti biasa dan dijangka, konflik yang tidak akan berakhir dan akan berterusan. Dogma-dogma kejahilan,ketamakkan,ketidakkemanusian,kejahatan dan segala macm dogma kedengkian dan kerakusan mendasari peristiwa ini. Siapa harus dipersalahkan? Bagi penyokong Israel dan kuncu-kuncunya pasti menuding jari kpd hamas, dan bagi Pihak sblknya pastinya Israel pengganas itu penyebab kerosakkan dan kebinasaan ini.

Penulis tidak perlu mengulas kenapa peristiwa ini berlaku. Jawapanya sudah dihadamkan di dalam penulisan-penulisan lepas.Cuma penulis suka membandingkan peristiwa berdarah ini dgn peristiwa serangan di Mumbai India. Di mana serangan di India dikaitkan dengan gerakan islam, maka lanats Amerika dan koncunya bising serata alam, dan dunia bising serata alam mengutuk dan mahu mengambik tindakan yang keras lagi jitu, Namun di dalam pembunuhan kejam di palestin ini di mana Amerika si pendukung yahudi ini. senyap...senyap..senyap..mana pemimpin kita Barack obama? :) Takut mengeluarkan kenyataan yang bakal 'menguris' proksi-proksi dan pendokong yahudi di seluruh Amerika itu..Harapnya tidak begitu..Justifikasi dari semua ini ialah, dimana keadilan dunia untuk rakyat-rakyat palestin.Adakah kerana mereka berugama Islam maka suara mereka,darah mereka,tidak ada harganya.Mungkin darah-darah Amerika,Yahudi lbh mahal harganya dan tidak setanding dgn darah-darah rakyat palestin. sama-sama fikirkan..

Kalau ditanya penulis, sejak dulu lagi penulis menegaskan zionis israel ini bukanya puak yang boleh dibawa berunding. Setiap tindakan dan kata-kata mereka pasti ada mehnah di sebaliknya. Nyatanya kezaliman pasti menimpa Palestin. Sedarlah wahai umat manusia.khususnya umat Islam..DI mana pemimpin Iran,Arab,Malaysia,Indonesia di kala sahabat mereka ini ditindas..sekadar mengutuk tanpa ada bantuan yang lebih praktikal dan lebih membantu..Fikirlah

Semoga Tuhan yang esa menyabarkan dan memberi kerahmatan kpd hati-hati umatnya yang sedang diuji ini. Jelas,segala cubaan dan ujian tuhan ini adalah hanya untuk menguji sejauh mana keimanan dan keislaman hambanya yang telah mengucap syahadah penyaksian. Semua boleh mengucap. namum blm pasti semua mampu mengaplikasikan akan makna kalimah agung "aku bersaksi Allah itu tuhan yang satu, Dan Muhamad itu hamba dan pesuruhnya'.

5 comments:

Cob Nobbler said...

Ala..madey dah buat yayasan perang.

huahahaha...

Madey nak kita berperang ke?

Balik-balik perang.Best ke perang ni?Dari dulu sampai sekarang asyik perang je.

Tapi kalau tak perang macam mana nak jana ekonomi?Kalau takde kemusnahan,takde la orang beli barang baru.

Cubalah kita instead sibuk nak bina bom paling power,senapang paling jauh boleh tembak,baiklah tanam padi yang boleh mengenyangkan,atau ternak lembu atau ikan air tawar,boleh sama-sama makan.

Tau la ternak babi lebih untung dari ternak ayam atau lembu.Tapi tolonglah,ternak la lembu ngan ayam.Harga dah cecah RM8 1 kilo ni..

PERUNDANG said...

nak bina kekutan ekonomi poltik dan negara perlu setabil.

kalau ada pilihan selain berperang di palestine sudah pasti itu tidak di pilih..ttp smapi skrng hanya itu yang boleh dikatakan jawapanya..rundingan? :0 buat habis kertas dan dakwat pen saja..

semua yang berlaku ini siapa puncanya..siapa yang dgn baik hati memberi tanah palestine kpd israel..rasanya itulah titik permulaan yang paling dangkal dan sumber segala kebajatan dan kezaliman di palesitine hari ini..

Cob Nobbler said...

aku bukannya naif bro.cuma kadang-kadang kita ni selalu fikir perang tu cara terbaik untuk selesaikan masalah.

industri senjata ni pun satu,bina banyak lagi bom dan peluru,ICBM la,Scud la,macam-macam,kalau semua duit-duit ni kita halakan ke pertanian,perikanan,takde la rakyat seluruh dunia ni kebulur.

Jadi kenalah faham ayat aku kat atas,kalau takde perang,takde la ekonomi bagi mereka-mereka yang terlibat ni.

Kita ni selalu fikir yang mana yang lebih untung.Berniaga senjata ke atau bertanam-tanaman?Ternak babi ke,atau ternak lembu dan ayam?

Kita tak pernah terfikir fitrah diri kita sendiri,kita hanya fikirkan untung semata-mata.Tak salah kalau nak untung,tapi jangan la tamak sampai lupa diri.

PERUNDANG said...

jngan salah faham plak bro :) sapalah aku nak kata kau naif..aku fhm mksd kau..

cuma pendekatan aku ni hanya di palestine..Apa lah lagi yer cara nak selesaikan isu di palestin ni..kau rasa apa? :)hnya keikhlasan di kedua-dua blh pihak untuk berdamai hanya jalan penyelesaian terbaik..pulangkan hak masing-masig..

bro, cuba kau bayangkan..

agknya kalau time PBB nak luluskan resolusi tempatkan orang-orang yahudi di tanah palestine tu, n tempat tu digantikan dari plestin ke tanah melayu.rasa kau apa jadi kepada kita skrng? n apa yang akan kau buat waktu2 begini..seperti suasana yang sedang berlaku di palestine skrng.. :)apa yang kau blh byngkan.. :)

Malaysia Tanahairku said...

Say my name,say my name!

We want Peace!Peace for all