Monday, January 5, 2009

Pelawak pentas wanita perlu menonjolkan bakat




Kini sudah sampai masanya aku melihat kemunculan pelawak wanita dalam industri hiburan realiti TV. Bebaru ni stesen Astro telah memperkenalkan Jihan dan Yann, antara peserta Raja Lawak Astro musim ketiga.

Dalam persembahan minggu pertama yang Jihan aku ntak sempat tengok tapi yang Yan boleh tahan gak, walaupun tak ramai orang gelak tapi ada usaha gak dia kena improve.

Sekarang ni kedua-duanya harus memikat hati pengundi rancangan itu sebab sekarang mereka di tangga terbawah.

Dulu di Malaysia dalam era 70-an pelawak wanita 'stand' atau pelawak pentas wanita yang menonjol adalah arwah Yusni Jaafar bersama-sama arwah R.Jaafar, Jamali Syahdat, Hamid Ghurkha.

Lepas tu tidak ada lagi pelawak pentas wanita yang berada di pentas. Pelawak-pelawak wanita hari ini sumenya sekadar berlakon di TV dan layar perak je, itupun boleh dibilang dengan jari je.

Selama ini orang lelaki di Malaysia, malah di dunia mendominasi dunia lawak. Dalam antarabangsa siapa tak kenal pelawak sitcom .Charlin Chaplie, Threes Stogges, Mr.Bean.

Manakala pelawak pentas Barat yang menonjol di Barat, siapa ya?Sinfield?Ntahla! Maksud aku pada era sekarang?

Jim Carey tak boleh diklasifikasikan sebagai pelawak sahaja, sebab beliau mampu membawakan watak serius yang berkesan dalam filem '21'jadi beliau pelakon universal jugak. Boleh watak serius di samping komedi.

Isu di sini aku bukannya peminat fanatik Raja Lawak Astro malah jarang tengok show mingguan musim pertama dan kedua kalau tengok pun final je. Yang aku cakap ialah aku sangat alu-alukan pelawak perempuan pentas. Yela selama ni wanita di Malaysia dah banyak menyanyi dan berlakon, so yang berlawak kurang terutamanya atas pentas.

Aku dah tiga empat kali p audition jadi aktor(tak pernah dapat sebab gementar depan kamera) memang kebanyakan pempuan yang datang ujibakat lebih nak kontrol ayu daripada menunjukkan bakat. Sebab takut bila tunjuk bakat hilang keayuannya kot.

Kalau berlawak kena lebih dari itu atau kena tak malu lagi. Itu yang aku nak sebab lepas ni takde pempuan cover cun lagi bila p ujibakat, apatah lagi beraksi secara solo di pentas.

Dulu projek akhir aku mengarah teater Raja Lawak, skripnya ditulis oleh Zakaria Ariffin graduan Drama &Teater USM 1974-1978 (super duper senior aku dan Teh Tarik) ada watak perempuan pelawak jadi takde masalah pempuan ni nak pecahkan rasa malu
nak beraksi di pentas lakukan adegan riuh renda yang boleh membuatkan penonton gelak.

Pempuan ni kalau bercakap lebih banyak perkataan daripada lelaki maka pempuan wajar gunakan kelebihan itu untuk berlawak di pentas.

Janganlah asyik nak cover cun kontrol ayu sampai nak berlawak di pentas pun malu. Takkan hilang cantik tu malah akan ada peminat lagi sebab bukan rupa yang dilihat tapi bakat bukan lelaki je minta malah pempuan, yang tua, yang muda.

Janji biarla niat berlawak tu sebab nak menyampaikan mesej berguna pada penonton, bukannya nak gila glamour semata-mata.

Ingat nak jadi pelakon, pelawak, bakat mesti diutamakan dan mesti disertakan dengan keberanian. Tak kira lelaki atau perempuan.

Jangan ingat perempuan perlu berlawak sebab nak tunjuk girl power atau power puff girl tapi tunjuklah bakat yang memang terpendam jangan bakat itu disia-siakan hanya kerana perempuan yang kena kontrol ayu 24 jam.

p/s: Poster dan foto di atas adalah teater projek akhir arahanku, Raja Lawak yang dipentaskan pada 15,16 Mac 2007 di Dewan Budaya,USM. Lihat ada watak pelawak wanita.

2 comments:

E the Prototype Robot said...

Girl power bukan berlagak.

Girl power menperjuangkan emansicipation wanita.

ok?

Deniel Ahmad said...

Kepada semau para pejuang dan pembela kaum wanita yang berteraskan 'GIRL POWER' YANG MEMPERJUANGKAN emansicipation wanita, apa tindakan anda kepada kaum-kaun wanita yang terbunuh di gaza?????Hanya berpolemik dari kata-kata untuk mempejuangkan wanita?

Mana golongan Femenisme yang lantnag bersuara sblm ini?Contohnya dlm hak-hak wanita di Afghan???mana???? adakah wanita-wanita di gaza bukan wanita??????????????????????????????
????????????????ANDA SENDIRI TIDAK ADIL KEPADA KAUM JANTINA ANDA..FIKIRLAHH..aDIL dAN SAKSAMA dLM PEMBElAAN