Apakah itu holier-than-thou?
Ia adalah satu perangai dimana seseorang itu merasa dirinya lebih baik dari semua orang,secara langsung atau tidak langsung.
Dalam masa 6 bulan saya menulis blog,pelbagai reaksi dan comments yang telah saya terima tentang artikel yang saya tulis,memberitahu tentang "anda tidak boleh berkata begitu" atau "kita kena ikut undang-undang",tetapi tidak ada idea susulan.
Membosankan.
Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya idea saya dikritik,terutama tentang Ezreenologi atau Girl Power.Kadang-kala ada kritik yang membina,seperti Deniel yang sering mengkritik tetapi mengeluarkan pandangan beliau secara bernas,secara jujurnya saya sangat menghormati pandangannya dan saya suka dikritik dengan cara begitu.
Ini caranya untuk kita terus berkembang.Memetik kata-kata Presiden William Jefferson Clinton,"idea itu dicipta dari perdebatan".Saya sangat setuju dengan idea-idea baru yang dikeluarkan,dan saya hormati pandangan anda,dan saya harap pandangan seperti ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi kepada seluruh dunia.
Tetapi,manusia jenis holier-than-thou ini,tidak membantu.Sebaliknya,kritikan membabi-buta,dan sebenarnya mereka ini tidak tahu apa yang dikritik.Mereka tidak ada idea yang kukuh untuk membantu mengukuhkan kritikan mereka terhadap artikel saya.
Manusia jenis holier-than-thou ini selalu merasakan mereka itu sangat genius,dan terlalu pandai,dan copy paste artikel-artikel yang saya sudah baca,dan copy paste kata-kata yang saya sudah lama dengar.
Manusia jenis holier-than-thou ini selalu merasakan mereka berhak berkata yang mana benar yang mana salah.Mereka tidak suka untuk berbincang,berkongsi pendapat dan mengembangkan idea.
Manusia jenis holier-than-thou ini juga seringkali membangga-banggakan pencapaian mereka,apa yang mereka capai untuk membuktikan yang mereka berhak untuk menutup pendapat orang lain.
Dan saya berterus-terang untuk tidak mempedulikan apa pun pencapaian anda.
Saya tidak peduli sekiranya anda seorang guru,atau pensyarah,atau dari sekolah pondok,saintis roket atau sekiranya anda Ronald Reagan sekalipun,saya tidak peduli,jika anda tidak ada idea untuk mengkritik idea saya,saya tidak peduli.Jika mahu mengkritik,keluarkan pandangan bernas anda.Bukan bercakap kosong semata-mata.
Orang suka jika ideanya dipuji.Tetapi jika idea tidak disokong dengan pendapat dan fakta yang bernas,jangan main hentam kromo mengkritik idea orang tanpa sebab.Keluarkan hujah anda dan sekiranya pandangan anda boleh kita semua terima,maka saya tidak ada masalah untuk menerima pandangan anda.
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
tu la dia. masing2 nak tunjuk sape terror.
tapi kalau asyik emosi je lebih, payah la...
Ez the Conspirator,
Jangan anda hendak sindir saya pula anda tidak layak berkata begitu.
ANda masih mentah dan cetek dengan pengalaman. Saya pernah berjumpa dengan manusia seperti awak dan ternyata apa yang dicakapkan tidak dilakukan sebagaimana yang dijanjikan.
Kalau awak ada sebarang masalah atau sebarang kemusykilan awak dapatkan khidmat nasihat saya 24 jam.
ini alamat emel saya: ahmad.izham@gmail.com
Saudara Hafiz,
Anda sudah ada pendirian bahawa anda tidak suka dengan kenyataan Obama baru-baru ini. Kenapa anda tiba-tiba macam berubah nak berpihak pada Obama pula?
Adakah disebabkan perempuan ini kamu sudah mengalah kepada dia? Anda ni seorang lelaki sepatutnya kena tegas dan berpendirian dalam sesuatu isu.
Jangan disebabkan kena acah pihak lain anda sudah goyah dengan prinsip anda.
Ingatlah saudara Hafiz jangan jadi lelaki dayus.
panas2..
aku baru cuti 2,3 hari dari bloging..
bukak2 FOB..ambik..
apa2 pun kpd kawan2 ku, insan yang paling OK dan bagus di muka bumi ini adlah mereka2 yang dapat bersabar..ok
razor,deniel,apis,jom minum teh tarik..lagi best..hahaha!
Ingatlah saudara Hafiz jangan jadi lelaki dayus.
hahahahahahahahahaaa!!!
Hafiz just telling the truth.Dia rasa apa yang dia rasa.Dia tak dayus,dia tak ego,dia cuma guna perasaan dia sendiri.
Yang you rasa tercabar dengan I ni kenapa?Apa dengan PhD you tu,you tak boleh keluarkan hujah-hujah yang bernas untuk counter my opinion?
Ya,saya masih mentah dan cetek dengan pengalaman,tetapi anda juga masih cetek dan mentah dalam kehidupan.Kehidupan seperti anda hanya tau membaca buku,tak reti nak bersosial,nak bermasyarakat.Hidup anda hanya dengan buku dan anda tidak ada kehidupan yang lain.
Boleh promosi lagi perkhidmatan..hik hik!
Anda ni seorang lelaki sepatutnya kena tegas dan berpendirian dalam sesuatu isu.
Just because dia lelaki?Kalau perempuan dia tak boleh tegas?Sorry,I x percaya faktor jantina atau genetik saja boleh berfikir atau boleh memimpin.
Macam mana la penduduk negara Malaysia nak ada confidence dengan diri sendiri kalau pemimpin-pemimpin asyik suruh akur dengan pihak atasan(dalam kes ini saya boleh letakkan anda dalam golongan itu,sebab A. anda ada PhD dan B. anda seorang pensyarah).
PhD tu simpan aje la..Ahmad..
Saya tidak mahu melayan dengan bebelan Dr.Ahmad biar dia memekik sorang-sorang.
Terima kasih Ezrin sebab tolong menjawab untuk saya.
Post a Comment