Wednesday, January 7, 2009

Respek pandangan orang


1.Yang ni I tau,yang ni tak betul langsung.80 peratus kenapa orang beli channel ASTRO sebab nak tengok EPL.


----Ezree apa kena mengena Astro dengan rakyat Malaysia yang cakap pasal politik?. Bukan semua orang mampu beli Astro.

Politik ni banyak sumbernya bukan sekadar dari CNN BBC, Al Jazerra Bernama je

2. I rasa tak salah kalau Pemuda UMNO lawan Pemuda Pas dalam futsal,even kat sini pun,Liberal Party lawan dengan NDP main lacrosse.Ada pertandingan antara Conservative dengan Liberal dalam pertandingan basketball.We play fair and square.Takde gaduh.

Cuma gaduh masa kempen pilihanraya,itu aje
.

--Ni cadangan yang bagus tapi mustahil berlaku. Sebabnya penyokong bawahan memang tak boleh nak berbaik sesama parti itu salah mereka sendiri. Suruh Aril cadangkan sendiri pada kedua-dua pihak mana tau depa mau dengak

Pemimpin atasan ok je siap nak buat sidang gempak lagi. Tapi sekarang ni lepas pilihanraya 8 Mac pun masih ada macam ni saling gaduh. tapi akhirnya mereka bersatu dalam isu Palestin. Sebab kita cintakan keamanan


3.Tak salah langsung kan?In fact PKR and UMNO boleh buat tabung amal untuk rakyat Palestin.It's a good idea too.

---Ezree setakat buat tabung ni dah muak dengar. Dulu buat untuk mangsa Tsunamila(bukan Sue Nami) tapi bukannya sampai semua kat mangsa takdepun. Semua buat tabungla. Tengokla adakah semuanya dapat ke mangsa tu. harapnya gitula

4.Setiap hari orang bersembang pasal sukan dan tak pernah jemu.Tanya Aril,tanya Nami.You boleh tanya I gak.

Tapi politik,ada masanya dia akan jadi boring.

---Ezree ada orang dia hanya minat politik je tak ambil tau sukan. Ada orang ambil tau sukan je tak ambil tau politik. Ada orang over all dia boleh. Bagi peminat fanatik politik mereka takkan jemu nak cakap pasal politik. Setiap moment akan berlaku perubahan dalam politik yang sukar dijangka. Baiklah sebagai orang media, kita kena letakkan politik di muka depan. Semua media buat begitu, melibatkan menteri, pembesar, pemimpin tertinggi, yang macam ni sering jadi main topic. Kalau awak tak yakin baik awak buat tinjuan di sekeliling, kaji pandangan mereka. Saya orang media , selalu berjumpa orang awam dan saya tau setiap kali pembaca dan penonton sering dihidangkan politik tersebut dahulu dalam memana media. Termasuk kalau pemimpin besar keluar parti ke, meninggal ke,

Dalam CNN, BBC, Al-Jazerra semua banyak cakap pasal pemimpin, berkaitan perang, contohnya Palestin-Israel juga adalah politik, pemimpin Hammas keluarkan kenyataan. juga melibatkan rakyat Palestin yang dianiaya, pendek kata yang politik dan kemanusiaan mesti main page.

Kalau orang tu 24 jam minat politik dia takkan boring k. Kalau tak kenal maka tak cinta.....


5.Maksud Aril ni simple,kalau nak berpolitik tu,tak perlu pecahkan orang ramai.

Sukan ialah cara terbaik untuk buat semua orang bersatu.Itu maksud Aril.

---Betul juga tapi tak semestinya sukan sahaja, tak cukup sukan. Lihatla pada isu pokok, apa yang boleh menyebabkan penyatuan. Bukan sekadar suka-suka nak bersatu.Baiklah contoh yang jelas isu besar iaitu PR dan BN bersetuju nak buat SIdang Gempak pasal isu yang serius, semua pihak bersatu, buat tunjuk perasaan tentang keganasan seluruh dunia bersatu masyarakatnya. Lepas tu nak satukan lagi.

6.
For me politics is just people's opinion.Kalau dalam kelas pun ada politiknya,kalau dalam satu family pun ada politiknya sendiri.

So,kalau Hafiz cakap semua hanya boleh bergerak dengan politik,you memang salah la.Kalau Hafiz cakap pasal bola sepak Celtic FC,ok memang ada involvement dengan ahli politik,pasal tu dia pernah jadi Secretary of Defense,tapi kalau Hafiz cakap Manchester United,nothing political involved right now,it's all about business and money.Dulu maybe Manchester United ada kaitan dengan socialism,not anymore.

Bukan semua benda bergerak melalui politik.


Politik tak semestinya menentang semata-mata Hafiz.

----Ezreen anda ada belajar politikkan?Sepatutnya anda lebih jelaskan fungsi politik itu lebih mendalam, saya tidak bantah point awak ,tapi kalau awak cakap politik sekadar opinion tak cukup hujah tu. Politik antara maknanya adalah pengetahuan pemerintahan, ilmu negara, bukan satu skema je jawapannya.

Saya cakap pasal politik di Malaysia, di mana kebanyakan perbadanan sukan di Malaysia adalah di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kalau yang swasta macam pertubuhan badminton Nusa Mahsuri dan Wira Tangkis pun berdaftar dengan kerajaan Yang Celtic MU tu semua adalah swasta. Di Barat semua swasta kerajaan tak pegang bab itu.

Politik ni sebenarnya niat yang baik Ez bukan sekadar nak tentang je, tapi kalau disalahgunakan oleh pengamal politik itu yang jadi tentang-menentang. Baik M`sia ke, Kanada Ke, AS ke. Cuba kalau politik di mana kerajaan dan pembangkang bersatu takdela gaduh. Semua main ikut je kan aman!




Ezreen saya tak akan bantah pandangan mana-mana pihak, Setiap orang ada pendapat sendiri. Tak boleh kata pandangan aku betul pandangan kau salah salahla. Setiap orang ada pandangan berdasarkan ilmu dan pengalamannya. Macam orang BN ada pandangan, PR ada pandangan dan masing-masing mengaku mereka betul.

Pandangan adalah bebas walaupun ada rulesnya dalam tempat, masa dan keadaan. Sentiasa hormat pandangan individu yang berbeza. Fokus kepada main isues dan percayala setiap individu atau memana pihak akan ada pandangan berbeza tetapi akhirnya akan buat kepsimpulan keputusan bersama atau every corner can keep their own point if they still want(cakap rojak pulak)

Tapi kalau ada fakta saya salah, tolong beritau dengan cara yang baik supaya saya lebih berhati-hati dalam memberikan fakta cerita yang benar.




Ezreen semasa saya beri pandangan saya sentiasa fokus pada sesuatu isu tanpa nak cari salah sesiapa kecuali dia memang beri fakta yang salah. Kalau pandangan saya boleh terima. Itupun saya membalasnya dengan pandangan saya.

Ada yang pro dengan kita ada yang kontra dengan kita, itu biasala tapi kena hormatla. Jangan oh sebab lain pandangan dah nak gaduh. Come one we want Peace!
baikla macam saya dan Nami, lain pandangan dan aliran tapi saya hormat aliran yang dia pegang sosialis tu walaupun saya kurang cenderung ke arah sosialis. Pandangan Aril ada yang saya sokong dan ada yang saya tak sependapat, tapi dah itu pandangan dia saya hormatla. Takde saya kata "Pandangan dia salah, dia bodo," saya takkan serang memperkecilkan orang begitu.

Saya takkan kata"Ilmu anda di kepala lutut saya je," kalau saya kata begitu awak boleh kata"Kepala hotak kau," kepada saya.

Ezreen saya tetap hormat pandangan awak dan Aril walaupun ada tak setuju saya akur dan takkan membuat usul tidak percaya sebab saya tak boleh paksa orang lain terima pandangan saya. Tapi kalau ada fakta yang salah, saya kena tegur.

Macam tu kalau saya beri fakta yang salah, awak kena tegur saya.

Tapi tegur baik-baik jangan guna ayat emosi yang singgung perasaan orang. Yela kalau ada salah dan silap pasal tu sama-sama kita baiki.



-------------------------

Ezreen

Awak kena marah dengan seseorang sebab awak asyik nak komen je. Tapi yang ni awak tak marah pulak malah mintak maaf kat dia lagi. Saya tau sebabnya yang tersurat memang hujahnya kena kat batang hidup awak. Sebab yang tersirat adalah ooooo......
saya tau sebabnya hehehe. Kalau awak nak nafikan pun saya dah tau hehehe
hahaha.

Saya faham 66x he he he

Saya boleh bayangkan muka awak macam Vince Mc Mahon telan air liur takut dibelasah Stone Cold Steve Austin. Seronoknya mengusik orang!

8 comments:

Aril Cantona said...

Alamak pis..bukan nak bagi kau emo ke apa,tapi kau cuba tanya kat nizam adik angkat si Ezreen umur 15 tahun tu,dia kenal tak Hadi Awang,Anwar Ibrahim?Anwar mungkin kenal la,Hadi mungkin tak.

Kau tanya dia kenal tak Cristiano Ronaldo,dia akan jawab dia kenal dan minat gila2.

Terimalah hakikat yang cakap politik lagi famous dari sukan tu,kau sorang je.

Bukan tak kasi kau nak berpolitik,takat nak perbetul la statement kau tu.Statement kau salah.

Bukan ke lagi bagus kalau kau Pemuda PAS berbaik2 dengan Pemuda UMNO main futsal?Bukan dosa pun.Time politik gaduh la.Time main bola,main la.Rilek aje la.

Aku dulu pemuda UMNO,tapi boleh je lepak rumah member aku dulu kat Pengkalan Chepa.Memang orang kuat Nik Aziz.Takde orang PAS tu pelangkung aku.Rilek je la.

Politik kalau buat pecah belah ni la Allah tak suka kau tau tak?

Malaysia Tanahairku said...

Aril mengikut analisa aku kau cuma tanya adil angkat Ezreen je, cuba kau tanya orang-orang lain pulak di Kanada Malaysia, pelbagai umur, jantina dan bangsa.

Terimalah hakikat yang cakap politik lagi famous dari sukan tu,kau sorang je.--

Sukan ni luas, ada macam-macam sports tapi sukan tak genting macam politik. DI Malaysia pun sukan pun di bawah pengaruh politik. Siaoa orang kedua FAM, orang politik. Dalam sukan pun ada dia punya politiknya, ada tipu muslihatnya.

Aku cakap sebab aku orang media, media sering susun yang politik itu utama, tentula dia susun utama sebab yang itu popular.

Kau cuma cakap pada persekitaran kau je dan aku takkan bantah kau itu kenyataan kau.

AKu suka kalau diorang main bola,futsal, so lebih baik kau cadang je pada mereka supaya buat begitu. Barula Peace!

Aku pun kawan dengan orang Umno Cheras Perdana, sepupu aku orang kuat Hishammuddin Hussien, sepupu aku lagi kerja PWTC Umno. Takkan gaduhpun malah member lagi.

Kalau kau orang Umno takut gaduh, jangan cakap pasal politik dengan orang fanatik Pas. Aku takpe sebab aku long ranger. Memang aku kena paper pembangkang tapi aku bukan penyokong tegar PKR, aku sekarang ni dasar aku ialah isu mana yang positif baik aku sokong.

Tak perlu nak ungkit kisah lama aku ni dulu penyokong Anwar, Pas, pengalaman mengajar kita berubah menjadi lebih matang.

Kalau pasal tu pun ada yang nak ungkit, itu namanya nak serang peribadi aku.

Come one aku tak serang peribadi orang takkan aku pun nak diserang peribadi kisah lama.

Even bekas penagih dadah pun tak suka kalau kisah lamanya cuba dibangkitkan balik. Tolonglah aku nak jadi manusia yang berubah ke arah yang lebih positif, matang.
Aku tau aku kena buang yang negatif dan top-up yang positif.

Banyak kekurangan yang aku kena top-up.Takde manusia sempurna beb.

Allah memang tak suka politik ni boleh gaduh asalkan kau jangan bangkitkan isu politik yang sensitif sudah. Orang pun takkan tersinggung.

PERUNDANG said...
This comment has been removed by the author.
Ez the Conspirator said...

First sekali,for me I bukan tak respect pandangan you,cuma kenyataan "politik lebih popular dari sukan" tu adalah perkara yang tidak tepat.

I tak hina pandangan u,I just cakap your facts tu salah.

Takkan you tak perasan berapa ramai orang lelaki baca paper dari belakang?Bukan depan macam yang sepatutnya?

Malaysia Tanahairku said...

O lelaki habis pempuan tak baca paper?

Lagi satu kebanyakan yang baca sukan pun golongan belia je sebab diorang selalu lepak di mamak mapley 24 tengok bola.

APapun paper orang mesti tengok muka depan dulu sebab muka depan isunya memang always terkini dan sensasi politik, ekonomi, dan adakalanya hiburan itu pun kat tajuk kecil lepas tu p muka surat tajuk berita itu.

Kalau awak fikir begitu baik awak pergi ke mana2 kedai jual newspaper, dalam sehari itu teliti, kat mana mereka baca, muka depan dulu, kalau tak baca teks pun baca tajuk besar.

So kalai dah bercampur dengan satu klik sendiri yang sekepala memangla akan fikir begitu.

Aku semua bergaul, muda, tua, anak, lelaki, wanita peringkat umur, kebanyakannya cakap pasal keadaan negara, dari segi politik macam tu, tak semestinya pilihanraya KT je.

Topik paling hangat baru tadi aku borak dengan jiran aku, setiap hari dia bukak mulut cerita Palestin-Israel. Jumpa adik ni cakap pasal sekolah ni subjek dia susah.

Jumpa mak cik tu aku tanya apa khabar anak pempuan dia di kolej, dia siap bukan main sungguh kata baik elok belajar bagus.

Yela nak lobi diri jadi bakal menantu yang baik untuk makcik tu.

Lepas tu jumpa pakcik kat KL Central dia cakap sekarang harga barang naik, dengan tambang bas anak sekolah naik je, .

Pendek kata semuanya berkaitrapat dengan kemanusiaan.Lepas tu dikaitkan dengan politik lagi.

Lepas tu jumpa , mat Impak Maksima, merungut kena pakai tali pinggang keledar di belakang, tak pakai kena saman RM 300.

Aku, dan geng-geng aku yang reunion daripada 1996 dulu, memula jumpa takde terus tanya eh bola MU lawan Celtic siapa menang? kalau aku takde tak taula.

Sekarang ni di kalangan kengkawan aku sendiri, kalau jumpa Teh Tarik pun takde nak terus cite pasal bola, tapi cite pasal politik, ekonomi,

Bebaru ni aku, pasangan romantik lagi sensasi SUE NAMI (memang Sue dan Nami padan, apatah lagi bila nama mereka dicantumkan, mereka bagikan pipit dan terkukur aku teringin nak jadi pengapit Nami kalau dia bersanding dengan Sue, itupun kalau Nami bagi hahaha, INsya-Allah, saja je aku nak lobi diri),dengan Atan, dengan Ain, semua ada pasangan, aku gak masuk angin keluar asap, semua cite pasal politik, aku ngan Ainla selalu buat kecoh kat ABC CP,

pasangan Sue Nami asyik gelak je tengok telatah aku dan Ain, bak kata Nami,"Kalau Apis dan Ain jumpa akan jadi...." apa jelah kau tanya Nami sendiri.

Dah tu ATan yang selama ni pun jaid Pak LAwak(mungkin Raja Lawak CP3) dah jadi serius bawak tunangnya bukan main jambu lagi, ceirta pasal band dia yang buat rakana di oversea, lega gak aku tak cakap sangat pasal bola.

Mungkin diorang lupa kot hahaha. Takpela dulu masa jumpa reramai bila bukak kisah bola aku pun berlakon gembira padahal dalam hati"Manalah awek cun kat sekitar ni aku dahla tengah solo ni" sampai lani aku solo ha gitu.

Tapi itu kemudianla sekejap je lepas tu cerita balik pasal hal ehwal semasa berkaitan politik.

Kiranya politik dan sukan, aku memang tak setuju dengan sukan nombor satu, tapi aku memang setuju bola sepak adalah sukan nombor satu negara dan dunia.

Aku pun dah lama tak makan bola ikan ni.Oklah aku nak gi tandas

PERUNDANG said...
This comment has been removed by the author.
PERUNDANG said...

politik and sukan??mana yg lbh famous??

kalau ditanya org yg rapat dgn sukan akn dickp sukan yg lbg famous, kalau ditnya org politik politiklah jwbnya..

tentang soal fakta tu lbh mrujuk kpd kajian semasa..ia mungkin akan berubah ikut masa,tempat,pemikiran dan tahap pendidikan..

Ok..

guNsLIngEr said...

ak tgk harian metro len cket....
tjuk dpn die da x politik da..
ntah mende plik2.. susuk r, org bunian r..huh]