Friday, January 9, 2009

Kebodohan Melampau dan Kebaculan Pentadbir HEP dan Pimpinan Aspirasi UKM

Sebelum kita berbincang dengan lebih terperinci lagi kebodahan pentadbir HEP dan pimpinan Aspirasi UKM kita mungkin perlu kaitkan fenomena kebodohan ini dengan salah satu aktiviti tahunan universiti, iaitu pilihanraya kampus. Secara asasnya pilihanraya kampus di adakan setiap tahun di UKM bagi memilih wakil-wakil mahasiswa yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan mengatur agenda visi dan wawasan mahasiswa dan universiti. Biasanya pilihanraya kampus di UKM ini melihat pertandingan antara dua pihak, iaitu antara calon Aspirasi (calon sistem) dan calon Mahasiswa.

Di UKM, Aspirasi terdiri daripada 3 kumpulan besar yang masing-masing mewakili kaum melayu, cina dan india, iaitu TSB (tindakan siswa bersatu) atau UPSM (unit pembangunan sumber manusia), CCC (chinese community students committee) dan PAH (perwakilan agama hindu). Kalau dibandingkan dengan politik negara, tiga tiga kumpulan ini seperti UMNO, MCA dan MIC.

Calon-calon aspirasi ini dilantik dan disokong oleh HEP universiti di mana apparatus-apparatus universiti di gunakan dengan semaksimanya bagi memastikan kemenangan dalam piliharaya. Agak kelakar juga dan rasanya ramai yang tidak sedar bahawa calon-calon aspirasi dipilih HEP, dilatih oleh HEP dan HEP universiti sendirinya yang menjalankan proses pilihanraya. Sesiapa yang hendak dipilih mestilah dari kumpulan-kumpulan ini. Calon Melayu mesti daripada TSB atau UPSM, atau kadang kala dari kolej juga, calon cina mesti dari CCC dan calon India mesti dari PAH. Calon cina yang bukan dari CCC tidak dibenarkan untuk bertanding dan keadaan yang sedemikian juga untuk PAH.

Setibanya pilihanraya, apparatus-apparatus seperti kelab aspirasi dan JAKSA di kolej akan digunakan oleh HEP untuk memastikan calon aspirasi menang. HEP akan memberi peruntukkan kepada kolej-kolej ini untuk membiayai gerakan jentera-jentera ini. Kolej yang besar seperti Keris Mas dan Zaba akan diberi jumlah yang lebih tinggi (RM 800 atau 1000) manakala kolej-kolej lain yang lebih kecil akan diberi jumlah seperti RM 600 atau 800. Duit ini akan digunakan untuk beli barang bagi cat banner-banner, fotostat artikel-artikel aspirasi dan lain-lain lagi. Duit ini juga akan digunakan untuk membeli makanan bagi ahli-ahli jentera tiap-tiap malam seperti nasi lemak ayam, roti sardine, sirap limau, dan juga yang lain-lain seperti biskut dan keropok-keropok. Makanan ini diberikan kepada ahli-ahli jentera yang bertugas dari tengah malam sampai awal pagi bagi memastikan calon-calon mahasiswa tidak masuk ke dalam kolej untuk berkempen. Dalam jentera aspirasi pelbagai jawatankuasa ditubuhkan seperti keselamatan, pengintip, wakil dan agen calon, makanan dan kebajikan dan lain-lain lagi.

Calon-calon mahasiswa tidak dibenarkan untuk berkempen dalam kolej dan artikel-artikel yang diberi oleh pihak mahasiswa dianggap haram dan tidak boleh dimiliki mahasiswa. Pada masa sama, pihak HEP kolej akan memanggil perjumpaan dengan mahasiswa tahun 1 di mana mereka akan disuruh untuk mengundi aspirasi dan sesiapa yang tidak mengikut arahan ini akan diugut dibuang kolej. Boleh dikatakan semua kolej mengamalkan ini terutamanya di kolej-kolej Keris Mas, Rahim Kajai, Burhanuddin Helmi dan Hussein Onn. Selalunya bukan sahaja HEP kolej yang terlibat tetapi CCC dan PAH juga masuk ke dalam kolej untuk memastikan undi mahasiswa cina dan india pergi kepada aspirasi.

HEP akan mengugut mahasiswa sekiranya mereka tidak undi aspirasi mereka akan dibuang kolej. Peranan ini banyak dimainkan oleh ahli-ahli aspirasi, felo-felo, pegawai-pegawai HEP dan juga pengetua sendiri. Di kolej-kolej tertentu mahasiswa-mahasiswa yang balik kolej lambat akan disoal siasat dan ditanya mengapa mereka balik lambat dan dari mana mereka datang. Terdapat juga mahasiswa yang dipaksa oleh HEP supaya menjadi calon atau ahli jentera aspirasi.

Di pihak PAH, ahli PAH akan memberitahu mahasiswa india bahawa hanya mereka yang boleh jaga kebajikan kaum india. Jika wakil PAH tidak menang, kebajikan kaum india tidak akan terbela.

Dan bagi saya, yang paling hebatnya CCC. Seperti PAH, mereka juga akan menyatakan bahawa hanya mereka yang boleh menjaga kebajikan kaum cina. Juga turut dikatakan, oleh kerana kaum cina di UKM hanya sebilangan kecil, maka semua mahasiswa cina mesti undi calon CCC supaya mereka dan hanya mereka yang boleh menjaga kebajikan mahasiswa cina dengan berbincang dengan kaum melayu dan kaum india. Mahasiswa cina juga diberitahu mereka perlu undi aspirasi sebab kalau tidak, kerajaan akan menghentikan peruntukkan kepada UKM. Turut diberitahu, mahasiswa UKM juga tidak akan dapat mencari pekerjaan bila konvo nanti kerana majikan tidak akan mengambil mahasiswa daripada universiti yang pemimpin mahasiswanya pembangkang. Mereka berkata, aktiviti-aktiviti seperti pesta tanglung dan pesta ang pow juga akan dihapuskan dan dilarang jika mereka gagal dipilih kembali oleh mahasiswa. Mereka menjelaskan bahawa pembangkang merupakan kumpulan Islamic yang fanatic dan akan mengaturkan semua agenda Islam di universiti.

Sebab-sebab inilah kenapa saya mengatakan kebodohan melampau dan kebaculan pentadbir HEP dan pimpinan aspirasi UKM. Bagi seseorang yang belajar di universiti, amat pelik sekali keadaan-keadaan sebegini diamalkan dan berlaku di UKM. Pihak HEP tiada idea dan bodoh sangat sehingga terpaksa menggunakan apparatus-apparatus universiti dan unsur-unsur paksaan dan ugutan bagi memastikan mahasiswa mengundi pihak aspirasi. Bila pujukan tidak berjaya kerana kebodohan mereka sendiri maka cara-cara lain diguna untuk menindas mahasiswa supaya ikut permintaan mereka. Keadaan yang sama juga berlaku di pihak pimpinan aspirasi UKM yang terdiri daripada TSB atau UPSM, CCC dan PAH. Mereka menanam perasaan insecurity dalam etnik masing-masing dengan mengatakan jika mereka tidak dipilih kaum mereka tidak akan terjaga dan terabai. Bagi seseorang mahasiswa yang dibenarkan membuat satu informed decision, keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan ini tidak mungkin berlaku. Cuma apabila pihak-pihak ini menghalang amalan demokrasi dan kebebasan memilih, mahasiswa tidak dapat membuat sesuatu informed decision dan sebaliknya hidup dalam kerangka kaum mereka masing-masing. Ini yang cuba dilakukan pihak-pihak tertentu UKM, iaitu pecah dan perintah supaya dapat mengelirukan. Pentadbir dan pimpinan yang bodoh sememangnya memerlukan pengikut yang bodoh cuma disini sebenarnya mahasiswa tidak bodoh tetapi diperbodohkan oleh mereka ini, supaya mereka boleh kekal berkuasa dan mengawal. Bagi saya, tidak mengapa kalau pentadbir HEP atau pimpinan aspirasi UKM memang bodoh atau ingin menjadi bodoh tetapi jangan memperbodohkan mahasiswa atau anggap mahasiswa adalah bodoh.

Sudah 51 tahun kita merdeka, polemik kaum dan isu-isu kaum merupakan wacana yang cetek dan tidak lagi boleh dipakai. Sepatutnya wacana sekarang adalah wacana tentang idea di mana isu-isu kemiskinan, ketidakadilan, competitiveness dan competency, peluang pekerjaan, keupayan berfikir secara critical dan hal ekonomi serta social diperdebatkan dengan lebih agresif lagi. Bukan berbincang tentang isu-isu seperti sama ada seseorang itu daripada golongan Islamic atau tidak, atau jika pembangkang dipilih pesta tanglung akan dihapuskan. Sekiranya ini diteruskan, kita akan menjadi bahan lawak sedunia.

“Tidak kisah sama ada kucing hitam atau kucing putih, selagi ia boleh tangkap tikus, ia kucing yang bagus.”

*the thoughts stated above are those of the author alone and do not relate to or represent the stand of whoever or whatsoever.

5 comments:

Cob Nobbler said...

Kepincangan satu masyarakat itu bermula bila sistem pendidikan itu pincang.

Pendidikan asas negara.

Kalau asas negara pun tak stabil,jangan bercakap tentang pembinaan negara.

Pecah dan perintah dari zaman British hingga kini.

Macam itu juga Zionis lakukan terhadap umat Islam.

Pecah dan perintah juga dilakukan HEP untuk Aspirasi terus berkuasa.

Kita lebih suka dilihat berbeza dari persamaan.

Pasal tu kita terus ditindas.

PERUNDANG said...

adik aku kat kg pun tau akan kebodohan dan kebaculan itu :)

Ez the Conspirator said...

Akan sampai ke satu tahap di Canada nanti University akan ditadbir oleh students sendiri.

President University hanya monitor saja.

Malaysia ni..urmm..sorry to say..hik hik!

PERUNDANG said...
This comment has been removed by the author.
PERUNDANG said...

"Akan sampai ke satu tahap di Canada nanti University akan ditadbir oleh students sendiri."

jangan memperkeciklkan kami student malaysia.sudah ada gerakan2 yang sedang 'memusnhakan' tembok pemisah yang melemahkan kami..

juga perlu dilihat..ini bukan silap mahasiswa,semata2..tp lbh ke pentadbiran universiti yang menjahanamkan mahasiswa..

namun kami juga masih boleh berbangga kerana kami suda ada gerakan2 mahsiswa yang sudah mula merubah semua ini.dan apa yg patut kami banggakan adalah kami bukan semata atas dasar satu kaum,kini kami bergerak dlm 'multircl' malay,cina,india...ini satu yang sukar dan kini kami mula melihat hasilnya..


ini dapat dilihat conthnya dgn tertubuh group diskopi2.0... yg lbh dikenali group diskopi.. kami bergerak dalam berbilang bangsa dalam memusnahkan tembok2 pemisah ini..

ur words "
Malaysia ni..urmm..sorry to say..hik hik!"" sudah pasti satu hari nnt sudah tidak ada relevanya..

dan salah satu contoh aliran pemikiran dan hujah2 student univesity of calgary canada boeh dirujuk di blog ini..nmpknya tiada apa yang benar2 'mengejtkan' saya ... :]