Wednesday, January 28, 2009

Lelaki Melayu di sebalik tabir, benarkah tidak akui kesalahan tanda lelaki ego?


Tindakan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengakui tidak bersalah di Mahkamah Syariah baru-baru ini di atas perbuatan khalwat boleh menguatkan hujah Ezrin El-Mirror(nama sebenar Ezreen Emira Suleiman, penulis blog FOB)bahawa lelaki Melayu memang sukar hendak mengakui kesalahannya.

Namun dalam kes ini, isunya sekarang bukan sepatutnya hendak dibebankan lelaki sahaja sebab kes khalwat ni melibatkan dua jantina lelaki dan wanita sekaligus.


Maka dalam hal ini wanita Melayu asli(bukan campuran Irish) ini juga terlibat tidak mahu mengakui kesalahannya berkhalwat walaupun dah terang-terang kena cekup dengan Jakim baru-baru ini.

Tapi kita harus akur dengan kedalaman cinta dan perasaan seorang wanita di mana memang kebanyakan wanita berperasaan yang begitu mendalam sangat bangat, macam cinta untuk selama-lamanyalah. Dalam perkara ini Mimie memang jujur dengan soal hati dan perasaannya bahawa beliau memang benar-benar sukakan Norman Hakim walaupun dia tau Norman tu lelaki orang dan bapa dua anak.

Beliau sendiri kata tak kisah menolak kalau ada takdir jodohnya dengan Norman. Ya dalam hal ini Memey memang bersikap kejam kerana menjadi perampas dan menganiaya insan yang sama jantina dengannya, pelakon Gerak Khas; Abby Abadi.

Memey memang dari segi kaca mata masyarakat luar malah dalam agama sendiri sekalipun apa yang dia buat adalah kejam sebab kerana dia rumahtangga Norman-Abby putus. Memey masuk jarum di kala Norman-Abby masih bersuami isteri.

Isteri mana yang tak marah gila bila lakinya ditangkap khalwat dengan wanita lain.
Ya wanita memang begitu mendalam perasaannya dalam apa jua perkara yang mereka buat. Kalau mereka cinta dengan lelaki mereka akan cinta dengan begitu bersungguh-sungguh sampai kemaruk dan bila putus mereka akan menangis termenung tak lalu makan dan sering mengasingkan diri dalam bilik kalau tinggal dengan keluarga atau kengkawan.

Kita tutup seketika cerita tangkap khalwat Norman-Memey.Ni perihal lelaki Melayu pulak.

Ya memang lelaki Melayu ni kurang romantik tapi mereka ni lebih banyak bertindak daripada sekadar mengucapkan dengan kata-kata. Mereka ajak makwe mereka keluar makan, bagi bunga pada makwe mereka dan sekadar meluahkan perasaan dengan renungan mata terhadap wanita yang dicintai.

Paling sering mereka buat pun mereka akan bergayut di telefon. Ini kerana lelaki Melayu kebanyakannya masih mengamalkan nilai-nilai murni adab resam orang Timur jadi tidak menunjukkan sangat sifat keromantikan mereka dengan kata-kata tapi dengan perbuatan, wah gitu!

Apatah lagi lelaki Melayu ni beragama Islam jadi mereka seperti orang perempuan kena jaga batas-batas pergaulan kerana takut buat dosa, walaupun tidak dinafikan yang tak tahan tu jawabnya"Wah, terlebih sudah!"

Memang lelaki Melayu ni kurang romantik kerana mereka menjaga maruah dan harga diri mereka, kalau lebih-lebih romantik takut buat dosa pulak. Ini kerana lelaki Melayu di Malaysia ni kebanyakannya berpegang kuat pada agama Islam mengamalkan ajaran agama Islam dan jarang sekali buat jenayah seks ni walaupun ada lelaki Melayu bodo ni nak buat aniaya seks kat perempuan, tapi begitu sikitla bilangannya di Malaysia sebab statistik laporan polis tak disiarkan di media dengan meluas

Malah setakat seks ni pun sekarang ni kebanyakannya lelaki sering menyerahkan teruna mereka kepada perempuan kerana suka sama suka. Itu yang "Terlebih sudah" romantik tu.

Berbalik kepada kes tangkap khalwat Norman-Memey baru-baru ini dalam hal ini lelaki dan perempuan sama-sama salah sebab dedua dah buat salah dan takut nak ngaku salah. Jarang ada orang nak ngaku salah bila buat salah baik perempuan atau lelaki.
Tapi bila tengah seronok berkhalwat tu macam itu yang aku cakap tadi ada lelaki Melayu yang romantik tetapi "Terlebih sudah".

Itulah puncanya kenapa lelaki Melayu kebanyakannya tidak romantik sebab takut bila romantik ni takut tak boleh kawal jadi "Terlebih sudah" kan susah tu.

Lelaki Melayu ni kena jaga iman! Tak ingin lelaki Melayu nak kahwin free sebab itu ramai mereka mengelak jadi romantik tu takut "terlebih sudah" tak pasal pasal kahwin free hah sudah!



Sekarang kita selami hati seorang wanita yang terguris.
Aku sangat simpati dengan Abby hatinya sangat terguris sehingga tidak dapat memaafkan Memey yang meminta maaf kepadanya. Malah walaupun sebelum ini Norman merayu mintak ampun dan maaf kepada Abby tetapi hati Abby dah terrutup nak terima Norman kembali.

Begitu sensitifnya wanita bila disakiti kerana hati mereka seperti kaca dan apabila retak maka sukar hendak disambung kembali walaupun ditampal pita slofan.

Sepatutnya sebagai manusia kita perlu memaafkan sesama manusia yang buat aniaya kepada kita moga dosanya ringan di akhirat kelak.

Wajarkah Abby tidak memaafkan Norman dan Memey? Fikirkan!

p/s: Foto di atas Yang kiri Norman Hakim yang kanan Memey Suhaiza

13 comments:

RY said...

aik. tak paham aku ni encik pria romantik (ni nama yang ke berapa puluh dah ni. haha).


hahahaha

dari dulu lagi ko ikut kes ni kan? aku ingt ko jugak buat cover isu tangkap khalwat di blog mata rakyat ko dulu.

aku tak pk la pulak nak buat entry nak jawap untuk E. apa isu sekarang?

kalau tanya aku, tango takes two. tepuk sebelah tangan, takde bunyi kan? lain la tangan abby tepuk kuat2 kat muka norman. bunyi dia sampai masuk melodi. huhu.

dah gatai sangat dua2. kalau tak, takkan kena tangkap dalam pejabat tengah malam. pastu muncul pulak di mahkamah baru ni pakai sedondon, dengan kata2 lebih kurang 'tak menolak andai anda jodoh'. WT?.

malas aku nak layan, berita front page akhbar2 utama tapi tak berguna langsung untuk masyarakat!

meh datang kg aku, cover isu banjir serang tanaman padi tu ha.

Dr.Ahmad Izham said...

Saudara Hafiz,

Untuk pengetahuan anda
sehingga bulan Mac tahun 2008, pendaftaran perkahwinan telah mengeluarkan satu statistik bahawa lebih kurang 3000 perkahwinan telah melibatkan Melayu, Bangladesh dan Melayu, dan Indonesia


Kebanyakan wanita Melayu sekarang sudah suka Bangladesh dan lelaki Melayu sudah suka pompuan Indonesia

Ini kerana sebabnya lelaki Bangla ni kerja rajin dan ada duit berbanding dengan kebanyakan lelaki Melayu yang menganggur dan jadi mat rempit? Tambahan pula Bangla dikatakan lebih "power" seksnya berbanding lelaki Melayu?

Perempuan Indonesia dipilih kerana mereka lebih setia dan servis mereka lebih bagus berbanding dengan perempuan Melayu dan mereka juga pandai buat kerja rumah (sebab kebanyakan mereka kerja bibik) berbanding dengan perempuan Melayu yang ego, sombong, demand tinggi, lebih memandang kebendaan. Perempuan Indon ni bukannya mata duitan sebab mereka pun pendatang dan sedar diri.

Ez the Conspirator said...

Paling sering mereka buat pun mereka akan bergayut di telefon. Ini kerana lelaki Melayu kebanyakannya masih mengamalkan nilai-nilai murni adab resam orang Timur jadi tidak menunjukkan sangat sifat keromantikan mereka dengan kata-kata tapi dengan perbuatan, wah gitu!

Apatah lagi lelaki Melayu ni beragama Islam jadi mereka seperti orang perempuan kena jaga batas-batas pergaulan kerana takut buat dosa, walaupun tidak dinafikan yang tak tahan tu jawabnya"Wah, terlebih sudah!"



batas-batas pergaulan kerana takut buat dosa?

i tell you la,Nabi Muhammad s.a.w. pun romantik orangnya.jaga hati Saidatina Khadijah..tolong jaga masa sakit.

now you tell me,berapa ramai LELAKI MELAYU YANG BERKAHWIN YANG SPENT THEIR NIGHTS KAT KELAB DANGDUT?

it's not a personal attack.it's a fact!

Ez the Conspirator said...

ego tak nak terima kelemahan sendiri,kan?

Ez the Conspirator said...

berapa ramai yang romantic dengan wife sendiri hafiz?

Ez the Conspirator said...

and Dr Ahmad,berapa ramai yang lepas 2 bulan,perempuan Indon akan larikan diri bersama harta-harta yang dibawa bersama?

Takkan you tak pernah dengar cerita ni Dr PhD?Oh I lupa,you sibuk tulis tesis daripada baca paper,right?

RY said...

mana apis ni?

best gak discussion ni.

adal cik E. yg jaga masa sakit. pergi dangdut? ada lagi ke zaman dut dut tu sekarang? haih. yg x jaga masa sakit, yg lari tu berapa kerat je E? tu yg masuk paper tu je la. yg lain ramai je yang ok. kalau gaduh2 tu biasa la asam rumah tangga. jgn sbb 2 3 lelaki yang kutu, anda nak mengkutu kan semua sekali. hehe.

nyway, doc, kenapa dua2 fakta based on sex? abang saya kawen org indon gak. tapi bukan seks smata2. sebab jodoh. sebab dia akan kawen dengan org malaysia dalam masa terdekat ni no 2.

masa borak dengan sorang lelaki indon yang krjanya specialist pasang atap genting, dia cakap kat sana pun ada kerja mcm ni. tapi kalau kita merantau, kita akan rasa jerit perihnya cari rezeki. itu yang buat diorang nampak all out. dia cakap la...

so, terpulang pada hati masing2. kalau jodoh saya dengan dian sastro pun saya terima je. tapi serius, selagi x kawen, saya tak berani ckp diorang kawen sbb seks/servis hebat ke tak. mungkin jugak doc tu betul


peace yaw

Ahmad Deniel said...

bercinta bagai belangkas, kawin bagai nak gempak,cerai pun bagai nak perang...


--You are my one and only --

Come near me and hold me tight

Show me your way to your heart

For I feel you in my Soul and in my being

Come near me and let me feel you

For tonight I am into you like no other

Melting away, hoping to see and Feel

Your hands upon me like rain drop on a leaf

So smooth, I shiver with need and yearn for you.

Come near me and let us join and embrace

Our love for all to see and believe

That we lived to tell a tale for all to hear

That there is no love like our love....

Cob Nobbler said...

well,kata-kata tu macam bersifat prejudis terhadap lelaki Melayu.Ez father you pun Malay jugak,kan?Your father I believe bukan jenis macam tu.That's why your mum meninggal pun dia still stay xnak kawin dengan sesiapa,kan?

Anyway,tak semestinya ATEMM je.ada ATEAM(Arab),ATEIM(India),ATECM(Canadian),ATEFM(French),ATEBM(British) etc.

pendek kata,jangan lah digeneralizekan perkara-perkara seperti lelaki pergi ke dangdut,rumah urut etc.perempuan datin-datin tu ada gak pasang gigolo ape...kan?

lelaki dan wanita sama je.yang buat berbeza-beza manusia je.

Anonymous said...

siapa Dr. Ahmad Izham ni??
aku cub semak di web USIM, di bawah fakulti penguruan & kepimpinan..

tak pulak nama Beliau tersenarai sbg staf atau letcerur kat sana..sila semak:

http://fkp.usim.edu.my/index.php?option=com_content&task=section&id=27&Itemid=90

Any Idea Dr Ahmad Izham??

Anonymous said...

sbb dia ada nyatakan yg dia pensyarah kanan..so maksdnya org lamalah kat fakulti or program berkenaan..tp apa kejadahnya nama dia tak der dlm tu..

nak kata web tu tak update, kalau tak update pun spttnya nama dia kena ada..pensyarah kanan kan..paling2 sengap mst dah setahun 2 kat fakulti tu..

Ez the Conspirator said...

to anonymous:

Thank you for such a brilliant information.

Dr Ahmad PhD(ye ke?),nak jawab ke?orang dah pertikaikan your credibility ni..hik hik!

That's why la i cakap,don't brag if you're nothing!

Daripada cara you cakap I dah tau you're faking up your PhD.

You nak beli PhD tak?Dekat Kazhakhtan ada jual.PhD harganya around US$5k je.Murah la tu.

You tak nak try beli PhD kat El Salvador?Pun murah jugak,tapi satu hal la,kat situ banyak rebel.Kalau nak kena tembak,silakan la.

Eh,berapa ringgit you beli PhD tu Dr Ahmad,hik hik!

Anonymous said...

deniel ahmad yang ajar i cara2 nak pedajalkan Dr Ahmad tu. kuang3X