Friday, January 23, 2009

Bola oo Bola,Takkan Semua Pemain nak kena Makan Kasut kot?



Aku rasa sepatutnya ada di antara kita yang open table topic ni,pasal sekarang team bola sepak kita dalam keadaan yang sangat MENYEDIHKAN.Terlalu MENYEDIHKAN sampai aku tak tau nak cakap macam mana.

Semalam kita kalah dengan Emiriah Arab Bersatu 5-0.

Walau macam mana alasan sekalipun,aku tak boleh terima kekalahan ni,SEBAB MALAYSIA ADA LAGI BANYAK RUMPUT DARI UAE!

Apa pun,berapa kali bercakap pasal bola pun,kita jadi tension pasal macam-macam strategi dikata-kata,bawak masuk Khairy Jamaludin la,buat friendly dengan Chelsea dah,ini semua buang masa,buang masa je semua ni.

Benda ni aku dah fikir lama dah.Masalah pertama-tama sekali yang aku tengok dari jauh,ialah pembabitan orang politik dan Sultan-sultan dan Tengku-tengki.Macam aku cakap la selama ni kat Teh Tarik,kita takkan maju sampai bila-bila,kita takkan jadi demokrasi sampai bila-bila selagi ada Sultan-sultan,Tengku-tengki yang bersultan di mata beraja di hati.Aku tanya nkoram,perlu sangat ke Raja-raja ni involve dalam bola sepak?Dorang ni pernah main bola ke?Bola sendiri tau la main.

Banyak sangat involvement orang yang tak tau menahu pasal bola,tapi banyak kepentingan politik.Contohnya team Kedah,Presiden kena Menteri Besar,apa kejadahnya?Zizan Dol Ajak tu mana tau pasal bola..Selangor,Khalid Ibrahim mana tau pasal bola..

Weh,ESPN Starsports tu sanggup angkat Shebby membebel pasal bola setiap minggu.Dorang bayar ribu-ribu kat Shebby,apa salahnya Shebby ni jadi Technical Director ke,apa ke?Datuk Dell Akbar,mana pergi?Ghani Minhat,Radhi Mat Din,semua tu,mana?Bagi la yang ada bakat dan pengetahuan yang handle bola sepak,bukan Tengku-tengki ni.Dorang duduk kat istana,kipas2 dengan dayang,sudah la.

Nombor 2,Penyokong.Sebagai penyokong tegar Selangor dari tahun 1989 lagi,aku rasa team Selangor yang ada pada tahun 1989,masa tu rival dengan Kuala Lumpur,tak sama dengan ada sekarang.Mana dia sorakan 'SELANGOR!SUPERMOKH!' 'MERAH KUNING LAMBANG KEBERANIAN' tu?Mana?

Terus terang aku cakap aku lagi suka suasana bola di Stadium Merdeka,banding kat Stadium Shah Alam,atau lebih sengal di Bukit Jalil.Aku dapat rasa aura bolasepak di Stadium Merdeka.Aura atau vibe yang terlalu menebal dalam jiwa aku.Ingat lagi masa kecip dulu,bapak aku belikan mafla Selangor,skarf Selangor,sebelum start bola bapak aku dah ready Fisherman's Friend,nak sorak sepanjang 90 minit.Lagi best bila "Klang Valley Derby" - lawan Kuala Lumpur.Sat lagi belah baju Merah Putih lak boo kat kitorang.Belah Merah Kuning lawan balik ngan kompang,ngan sorakan yang lagi best daripada sekarang.

Macam tu jugak bila lawan dengan rival utama Selangor - lawan Singapore.Atau Kedah.Atau Perak.Terlalu banyak kenangan aku dengan Selangor - yang aku minat macam mana aku follow Manchester United.

Binalah stadium paling besar di muka bumi sekalipun,tapi takkan boleh challenge Stadium Merdeka.Pasal tu masa ada ura-ura Stadium Merdeka nak kena runtuh nak bina bangunan,aku pergi berdemo kat depan Bangunan Polis tu.Ramai jugak la yang bantah.Aku ingat lagi slogan aku tulis kat kad manila - "Kita Merdeka Di Stadium Merdeka,Bukan Bukit Jalil!"

Lega akhirnya bila Stadium Merdeka tak diruntuhkan.

Nombor 3,Liga Super.Dulu setau aku Liga Semi Pro je.Pagi dorang kerja,petang training bola.Sekarang dah jadi professional(pro la sangat),padahal hampeh je.Lebih sibuk menackle artis dari menackle bola,apa kejadah?

Nombor 4,banyak rasuah la.Ni commitee-commitee ni semua,buat ape?Aku tengok dulu nak cabut undi untuk Piala Malaysia punyalah grand,padahal liga cam hampeh.Hampeh sesangat sampai aku naik fade up nak follow.Keluar duit juta-juta yang keluar hampeh.Mana pergi duit tu semua?NI GOLONGAN ARISTOKRAT NI LA,SONGLAP SANA,SONGLAP SINI!

Nombor 5,train la budak-budak main bola.Bagi galakan.Bagi yang kaki bangku macam aku,bagi sokongan boleh la.Tapi yang terror main bola macam Nyzm tu,bagilah galakan.Tak jadi Cristiano Ronaldo,jadi Bambang Pamungkas pun takpe.

Tolonglah ubah organisasi FAM ni.Tolonglah.Buanglah orang-orang yang tak berkenaan tu.Yang ada kepentingan politik ke,tengku-tengki ke,raja-raja ke,tolong blah.Sini bukan tempat untuk beristiadat.Di padang bola lah - tempat kena maki,tempat kena boo,tempat kena keji,kena baling kasut.Weh,sehebat-hebat David Beckham tu pun kena lempar ngan kasut ngan Alex Fergie tau?

Toksah la nak sibuk-sibuk Sultan-Sultan sekalian,baliklah nkoram ke istana masing-masing,kira cukai yang kami rakyat dah bayar.

Mari kita merakyatkan FAM!Mari kita merakyatkan bola sepak!

6 comments:

Ahmad Deniel said...

aku bukan org bola bro..mmg tak ikut sngt..

tapi aku still tahu akan 'gempaknya' pasukan bola malaysia :)

tp aku tertarik dgn 2 research pensyarah aku di UKM berkenaan sport law in malaysia..

aku sempat bersembnag dgn dia pasal football malaysia ni..katanya mungkin antra sbb football kita ni 'gempak' sngt adlh sbb pengurusan dan kebajukan pemian..katanya pemian di malaysia bnyknya tak dilayan dgn baik..sama ada dari sudut konyrak dan kebajikan..

thats wahy katanya player2 ni org ckp kalau bermain tu..setakat bermain jerlah :)

diaorg tidak melihat football ini sbgai 'life' ..setakat main, dapat gaji sudah..jika dibndngkan mcm player luar negara yg melihat footbal seperti lombng emas dan segalanya..

so nak salahkan pemain pun tak blh...lbh kepada pengurusan dan semua aspek dlm soal football ni..

Ez the Conspirator said...

ala nami,sakit hati je kalau orang malaysia nak jadikan football as number one sport.

buat macam canada,focus kat sukan yang we good at,macam ice hockey.we all tau canadian soccer sucks!pasal tu we all lagi enjoy tengok ice hockey..15 times world champion lagi.

tukar la badminton ke,hockey ke,sepak takraw ke..lupakan la bola tu..

Malaysia Tanahairku said...

Habis kalau M`sia lawan MU nanti kau nak sokong M`sia? Kalau betul aku tak percaya kau boleh jadi Kurt Angle pulak. You suck!You suck!(lagu tema Kurt Angle)

basyir said...

Battle Of The Band..

Aisunam Productions akan menganjurkan Pertandingan Battle of the Bands pada 8 Februari 2009 di Taman Tasek Titiwangsa bermula jam 12 th sampai malam.

Lagu adalah bebas bergantung kepada kreativiti kumpulan

Kepada yg Berminat yuran pertandingan RM100 satu band. Kategori Band adalah terbuka. Hadiah Johan RM2000, NaibJohan RM1000, Ketiga RM700. Untuk pertanyaan, Sila hubungi Fauzi 0176785676. Tempat terhad berdasarkan siapa yang berdaftar dahulu.
--------------------

Anonymous said...

btl ar...
point paling twpat tu, bab bila FAM da cmpur ngan org politik..
Ntah mane2 ntah la diorg tu blaja msukkan org politik.
Tgk team cam MU ke, Chelsea ke, mane ader nk politik2 ni..
Cbe try ajak kj tu lwn bola ngan team skola menengah, blh mkn ke xblh mkn tgk..

Aril Cantona said...

hahahahahahahahahahahahahahahaaaaaa!!!

3 Sebab Kenapa Aku Tak Nak Jadi Warganegara Malaysia Lagi.

1.Orang-orang Malaysia lebih suka sembang politik daripada buat kerja.

2.Gaji supervisor kilang kat Canada C$8,500 vs RM1,500 kat Malaysia.

3.Team bola macam cibai.

Kalau dah kaki bangku tu,main la sukan lain.Konda kondi ke,lempar selipar je..hahahahahaha!!