Friday, January 23, 2009

Obama tak boleh harap


Aku memang tak mengalu-alukan perlantikan Barock Obama sebagai Ketua Kampung Rumah Putih Amerika yang baru.

Naik menyampah bila dalam TV kat surat khabar bukan main, Oh Obama akan janjikan kemananan dunia, oh Obama akan bagi itu dan ini....

Bukan pada Obama tapi pada mereka yang terlalu tampak mengagung-agungkannya

Ya memang beliau boleh menjanjikan keamanan sejagatla, apala, lepas itu nak pulihkan ekonomi dunialah. Lepas tu nak tutup setahun penjara Guantanamolah.

Aku peduli hape kalau dia adalah orang kulit hitam pertama jadi Ketua Kampung Rumah Putih. Aku peduli hape kalau dia dikatakan menyambung kesinambungan Martin Luther Jr yang mahu jadi pemimpin di kalangan masyarakat kulit merah selain kulit hitam sendiri.

Kalau Obama bagi aku jawatan PA dia pun aku cakap kat dia "Kau ni bodola bos. Tak pakai otak," hahaha aku cuma bermimpi je!

Aku tak benci Obama, aku tak anti Obama, dan aku tak anti Amerika Syarikat termasuk seluruh rakyatnya. Tapi soalnya sekarang Obama tu dah terang-terang nak beri perlindungan dan membantu Israel-Zionis yang memang dah laknatullah.

Aku memang dah agak walau siapa yang jadi Ketua Kampung Rumah Putih akan tetap jadi boneka Zionis keparat tu. Baik kulit merah ke hitam ke, kelabu asap ke, semua jadi macam barua, walaupun sering Ketua Kampung Rumah Putih dipropagandakan sebagai orang nombor satu dunia tapi hakikatnya bodo....

Obama dengan suka hati bapak tiri laki mak dia cakap oh Palestin yang serang Israel, Israel ini adalah mangsa Palestin. Terang-terang dia cakap dalam TV tanpa miming dan voice dubbing. Original voice lagi
Otak dia punya negeri!

Mana janji Obama nak wujudkan keamanan sejagat? Mana janji dia tak mau aniaya orang Islam?

Isunya sekarang dia menyambung dasar Bush, walaupun berkurangan sikit konon bunyinya ,tapi Obama memang manusia yang tidak berhati perut, zalim dan tidak berperikemanusiaan kalau dia memang betul nak teruskan dasar nak bela Israel. Kepala bapak dia!

Aku sedikit pun tak bangga kalau kelak dia betulla macam malaikat, berjaya pulihkan ekonomi dunia sekalipun, tapi masih lagi mahu menyerang Palestin selaku proksi-Zionis keparat tu.

Aku tak peduli kalau Obanma rasa Zionis-Israel haram jadah ni memang membawa kepentingan besar terhadap Amerika .

Hakikatnya Obama dan Presiden Amerika selepas ni memang langsung tak boleh dipercayai sampai bila-bila kalau masih nak teruskan dasar ni, janji nak wujudkan keamaman, tapi memang macam sial.

Lihatlah sekarang perkampungan nelayan di Palestin telah dimusnahkan oleh Israel yang shit dan S.O.B. itu.

Itulah tindakbalas Israel menyambut perlantikan Obama sebagai Ketua Kampung. Dahla baca upacara angkat sumpah pun punya gagap! Lagi nak buat kemusnahan di muka bumi ni.

Aku sarankan kepada Obama sgar insaflah segera dan hentikan keganasan terhadap Palestin daripada memikirkan keuntungan metarialistik yang sementara sebab nak sokong Zionis keparat tu.

Aku rasa macam ibarat mencurah air ke daun keladi je. Bak kata penggusti WWE, Faarooq,"Damn!"

Jangan sesekali memandang remeh dengan apa yang Obama buat ni sebab tindakannya memang benar-benar zalim. Janganlah sebab kita ni bukan orang Palestin maka kita nak salahkan orang Palestin semata-mata.

Hakikatnya satu dunia harapkan Obama buat perubahan tetapi bagi yang cintakan keamanan dunia seperti blogger yang bernama Peace, itu semua sekadar satu rintihan kekecewaan di samping sumpah seranah yang tiada kesudahan.

Hakikatnya Obama masih boleh memilih nak buat perubahan tetapi beliau adalah seorang yang mementingkan keduniaan daripada memikirkan jiwa dan nyawa manusia yang jauh lebih berharga daripada harta dunia....

Kalau Obama benar-benar sudah berubah di mana mengharamkan secara langung peperangan dan penindasan ke atas rakyat Palestin, pendirian aku terhadapnya juga boleh berubah

10 comments:

Ahmad Deniel said...

:)
awal2 dah sound bro..hehe

kita tunggu dan lihat dulu untuk seminggu dua ini..sbb aku rasa baru sehari dua Mr. obama ni naikk.sekurangnya dia naik dlm sehari dua ni, adalah serangkap dua lankah dia nak kurangkan kecelakaan du muka bumi ini..(Baik cktlah dari bush, buat masa ini)

aku masih still mengangap presiden amerika mmg akan dikuasai oleh tangan2 ghaib itu.. Tapi aku cuba memberi ruang kpd diri aku untk melihat adakah obama ini benar2 cuba untuk menjadikan keadaan lbh baik dr sblm ini..Kita tuggu dan lihat dualahlu..

aku kira itu adil untuk kita dan obama..bak kata pepatah kawan aspirasi aku masa PRK baru2 ni, "walaupun saya aspirasi, wakil dulu adalah dia,sekarang adalah saya.saya dan dia adalah org berbeza =) hehe..

itu katanya..so kita lihat dulu

Dr.Ahmad Izham said...

Saudara Pria Lembayung,

Anda kena terima hakikat walau siapa yang jadi Presiden Amerika, baik memana bangsa dan agam sekalipun, dia akan menjadi barua Ziois macamana anda katakan itu.

Sebenarnya kalau anda dan mereka yang cintakan keamanan termasuk mahukan keadilan dan pembelaan untuk orang Islam, Amerika bukan sepatutnya menjadi harapan orang Islam untuk meningkat maju sebagaimana bangsa beragama bukan Islam sendiri.

Anda kena faham bahawa sekarang ini golongan Zionis ini sedang berusaha nak memusnahkan umat Islam di muka bumi dan sebab itu kejayaan mereka ialah membunuh orang Islam di Palestin dan merampas segala-galanya yang ada pada Palestin.


Saya faham Pria awak amat emosi dan kecewa kerana perlantikan Obama tidak mengubah nasib masyarakat Islam Palestin berumah menjadi baik malahan lebih teruk.

Apa yang Obama janjikan sebelum ini mahu wujudkan keamanan untuk orang Islam adalah pembohongan beliau semata-mata.

Demi menyedapkan hati masyarakat Islam sedunia dia akan terus menyebarkan propaganda palsu walhal dia bertopengkan dirinya seagai pejuang keamanan.

Jangan anda salahkan pemimpin-pemimpin negara Islam yang lain semata-mata yang menjalinkan hubungan dengan Amerika demi kepentingan ekonomi negara tersebut. Ini kerana pemimpin beragama Islam ini lebih suka mengambil jalan mudah dan senang tidak mahu merintih kesedihan dengan menyokong perjuangan anti-keganasan menentang Amerika-Zionis.

Kepada yang mengaku beragama Islam yang membaca mesej ini, kalau anda rasa anda memang orang Islam inilah masa anda untuk bersuara menentang keganasan walau apa juga.

Memang buat masa ini dah banyak tunjuk perasaan dibuat tetapi telah dipekakkan telinga oleh pihak yang zalim ini.

Jangan sesekali anda menuding jari kepada pihak lain tetapi apa yang anda sendiri lakukan selaku orang Islam demi menentang keganasan Israel-Amerika?

Memboikot produk barangan Amerika -Zionis adalah jihad kecil tetapi jihad yang kecil itu sebenarnya adalah besar di sisi Allah.

Saya tahu selama ini dari kecil anda sudah biasa dibesarkan dengan mengadap barang-barang buatan Amerika tapi anda harus ingat anda takkan mati kalau memboikot produk Amerika sebab banyak produk tempatan dan negara lain kecuali Amerika anda boleh jadikan sebagai alternatif.

Kalau anda memboikot produk Amerika sebenarnya anda telah berjuang ke jalan Allah walaupun perkara ini nampak remeh, memang takkan membawa kesan yang besar terhadap syarikat Amerika tetapi tetap membawa tamparan kepada mereka yang terlibat.

Ianya sama dengan tindakan Pakatan Rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia di mana kesannya walaupun syarikat penerbitan akhbar itu tidak bankrap tetapi jualan akhbar tersebut kian merosot kerana penyelewengan akhbar yang sepatutnya bebas itu kerana akhbar itu bukannya lidah rasmi parti polirtik.

Semoga lebih ramai umat Islam tampil menyuarakan penentangan di seluruh dunia dan bertindak apa juga yang boleh kita buat termasuk memboikot produk Amerika.

Sekarang ini sudah semakin kurang malah tiada lagi orang Islam minum di Starbucks, makan Mc D, dan saya yakin perkara ini akan berterusan kerana umat Islam akan terus memberontak memerangi kapitalis Amerika dan Zionis yang terkutuk itu.

Assalamualaikum,

Ahmad Izham Ibrahim,
Pensyarah kanan,
Fakulti Kepimpinan & Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia

Cob Nobbler said...

hahaha deniel..

aspirasi tak kira la dulu ke,kini ke,selamanya asyik konspirasi je kerja hahahaha!!

pasal obama la apis,ni aku nak habaqkan kat nko.barack hussein obama bukan ketua kampung negara islam,dia ketua kampung amerika.

aku rasa kalau dia x peduli hal lain selain nak pulihkan ekonomi amerika,aku rasa itu tak salah.

kalau dia nak back up zionist,pasal zionist backbone ekonomi amerika.

so,tak perlu lah nko nak marah-marah kat obama ni.nko ni macam suka salahkan orang - tapi tak pernah salahkan diri sendiri.

lagu m. nasir bukalah hatimu - salahkan zionis,atau freemason,salahkan nazi dan klu klux klan,salahkan orang tua,salahkan sejarah,salahkan semuanya,tapi bukan dirimu..

kepincangan umat islam yang ada pada hari ini ialah kerana sikap umat islam sendiri yang tak nak berfikir.tidak ada budaya berfikir dalam umat islam ni.

yang tau bila zionis attack rumah awam kat palestin nko tau nak mengamuk je.tau ikut emosi je.

kepada ahmad,sila baca blog aku tentang "kalau nak boycott,kosong supermarket beb".dari situ nko harus tau bukan produk zionis je nko harus boycott.

http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2009/01/kalau-nak-ikut-boycottkosong.html

yang hangpa semua ni sibuk2 zionis antarabangsa robohkan rumah kat gaza,pasai apa?zionis tempatan sibuk robohkan rumah kat segambut,nkoram x peduli ke?

tasik utara,kampung barembang,chubadak - usha la sendiri kawan-kawan.tak perlu pergi gaza melihat keperitan tu.

sebelum hangpa sibuk-sibuk nak lawan zionis antarabangsa,lawan zionis tempatan dulu.

p/s:rumah2 di tasik utara,kampung berembang,chubadak tu semua orang islam gak.

Cob Nobbler said...

bukan nak backup obama,tapi nak buat nkoram semua ada sikap "salahkan diri sendiri".

kita kutuk zionis tapi kita redha ketuanan melayu.

kita kutuk zionis runtuhkan rumah kat gaza,tapi kita redha ketuanan melayu rampas tanah kat kampung barembang.

kita kutuk zionis runtuhkan masjid kat hebron tapi kita redha ketuanan melayu runtuhkan masjid kat masjid bujal.

kita kutuk zionis musnahkan pertanian di tebing barat dengan membina tembok pemisah,tapi kita redha bila kawasan orang penan di sarawak ditoreh2 untuk projek hidroeletrik bakun.

fikir sikit kawan-kawan.bukan aku tak kesian masyarakat kat gaza tapi kat malaysia ni pun terseksa gak.

Ahmad Deniel said...

kau pun faham kan bro aspirasi tu mcm mana..hehe

tapi.mcm nila aku suka memberi ruang..dia ckp nak buktikan..kita beri..nnt dia kata tak adil plak :)hehe

tentang palestin dan isu2 yg seumpama di malaysia tu plak, aku berpendapat kita kena cuba selesaikan kedua2 isu ini serentak..bak kata org nnt, ditelan mati bapak,diluah mati anak..

so, cubalah yang terbaik, dgn cara masing2, yang telah dengan panjang lebar kita bincangkan sblm ini..

Paece!!

Ez the Conspirator said...

Hey guys Obama tu baru je 5 hari jadi President,macam-macam you dah cakap.

Come on la,kalau you all yang kat Malaysia ni sibuk-sibuk,kat Canada ni lagi la,berjiran lagi.

So like Deniel cakap,wait and see..that's better.

Aril Cantona said...

Sedap2 je kau cakap tak boleh harap.

Cuba bagi kau jadi Presiden.Boleh ke settle problem?

Ramai sungguh yang nak jadi keyboard warrior ni..

Aril Cantona said...

Sedihnya aku tengok Pria Lembayung ni.

Bila marah-marah Israel,open citer WWE pulak?

Woit,WWE tu supporter Republikan paling utama kau tau tak?Republikan kat US tu lebih gila support Yahudi dia.

Presiden Nixon,Republikan.
Presiden Reagan,Republikan.
Anak Beranak Bush,Republikan.

Sedih la..memang sedih bila tengok seorang yang benci Israel ni tengok WWE yang support gila Republikan.Dah terang-terang,dari si Jerry Lawyer tu,si member dia mulut tersepit pakai topi cowboy tu..

Woit,kau tau kenapa Bret Hart blah dari WWE?Pasal WWE ni menindas wrestler kau tau tak?

Aku kelakar la tengok orang yang cerita berapi-api kutuk Israel,tapi dalam masa sama support lagi.

WWE tu sama geng dengan National Rifle Association kat US tu.Semua kaki support Republikan.

At least Demokrat ada la cari jalan sekali sekala walaupun back up Israel.Dia back up Israel pun,dia x kasi perang.

Cuba kau tengok Clinton la,tengok President Carter punye track record,macam mana..

Malaysia Tanahairku said...

Nampaknya Aril Cantona ni memang tak peka dengan isu yang aku nak sampaikan.

Aku protes Amerika ada isunya, tak semestinya aku protes Amerika maka aku nak protes benda yang aku suka dalam Amerika.

Semua benda mesti ada pro dan kontrala takkan aku nak anti sesuatu benda ni seratus peratus gila.

Gua malasla nak gaduh dengan lu mamat buang karan je.

Gua tak suka nak cari pasal dengan dia tapi dia saja nak sakitkan hati gua.


Aku bukannya anti Bush dan anti Republican atau WWE. Tapi aku ada yang tak suka tetap aku tak berkenan.

Dalam WWE sendiri ada yang aku tak berkenan.

Banyak lagi isu yang tentang baik buruk Amerika yang gua nak kupas.

Everything must be pro and kontrala. Yang pasti gua tak fantanik dan tak hipokrit

Dr.Ahmad Izham said...

Aril Cantona dan Ez the Conspirator

Anda berdua memang tidak peka dengan apa yang dimaksudkan dengan Pria Lembayung ini.

Keterangan beliau adalah sebagai respon terhadap kenyataan Obama baru-baru ini.

Memang Obama tetap mahu teruskan dasar mempertahankan Israel supaya terus menyerang Palestin.

Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak suka dengan kenyataan Obama mahu berjuang mempertahankan Israel daripada serangan Hammas.

Ya anda berdua memang duduk di Kanada dan berjiran dengan Amerika. Anda berdua sengaja memekakkan telinga dengan permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Palestin yang menjadi mangsa.

Cuba kalau anda berdua berada di tempat masyarakat Palestin barulah anda tahu tinggi langit rendah.

Anda berdua mungkin sejak kecil lagi sudah dimanjakan dengan kesenangan dan kemewahan jadi anda berdua tidak memahami akan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Apakah kerana anda duduk di sebelah Amerika maka anda sekadar membutakan mata memekakkan telinga bila Obama buat kenyataan begitu?

Kalau benar Obama mahu melaksanakannya maka beliau terus membiarkan dunia ini musnah.

Fikirlah baik-baik kenyataan anda berdua sebab anda berdua memang sengaja mahu menyelami kesusahan dan penderitaan orang lain.

Kenyataan anda berdua memang tidak berhati perut kerana mempersendakan penderitaan dan kesengsaraan masyarakat Palestin.

Anda berdua masih mentah dan cetek dengan pengalaman. Saya sudah merantau beberapa kali di Semenanjung Gaza dan tahu akan keperitan hidup mereka.

Jangan cakap ikut sedap mulut sahaja.

Yang benar,

-Dr.Ahmad Izham, PhD