Wednesday, December 16, 2009

GST sudah mula berkuat kuasa : Sah Mat Monggol menge'PAU Rakyat 1 Malaysia





Tiada Jalan lain lagi selain melakukan bantahan di jalan - jalan raya






MARI KITA BANTAH DENGAN GARANG(GerAkan Rakyat ANti Gst)







GST BILL TABLES , FIERCE DEBATES EXPECTED

KUALA LUMPUR, Dec 16 — The government today tabled a law to introduce a controversial Goods and Services Tax (GST) which it says is necessary to broaden the tax base but the opposition claims will be a burden on ordinary Malaysians.

Under the proposal, the government is looking at a GST rate of four per cent.

Debate on the Bill will proceed next year. The government is expected to go on a major exercise next week to campaign for GST by explaining to the public the rationale for introducing the new tax.

The tabling of the GST Bill, however, did not proceed smoothly as Pakatan Rakyat (PR) lawmakers, who are opposed to its implementation, tried their best to delay proceedings.

Teluk Intan DAP parliamentarian M. Manoharan stood to object, saying that there were many other Bills left unresolved but his objection was shot down by Deputy Speaker Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar.




Undang - Undang baru telah di baca kan pagi ini dengan meluluskan 4% GST(Goods & Service Tax) atau (Grocer & Service Tax) maka bermula lah lagi satu bebanan yang di kenakan dek kerajaan at Monggol kepada rakyat 1 malaysia walaupun kita akandengan kelentong demi kelentong dari mukharabat - mukharabat dan pencacai diorang pasal mengenakan cukai ini.

Mukharabat diorang senang pasal sedap makan suap yang di bagi dek kerajaan mat monggol tapi kita sebagai rakyat apa yang kita dapat?selain bebanan demi bebanan.Sudah lah kita di bebankan oleh pelbagai kenaikan kos sara hidup selain harga Beras dan tambang pengangkutan awam seperti RapidKL di naik kan dengan begitu drastik jadi apa lagi lagi tinggal untuk kita.

Apabila kita berhimpun depan parlimen untuk mintak gaji minimum RM900.00 mereka halau kita dengan SB dan FRU, sekarang kita di kenakan satu lagi beban keatas tekanan hidup yang bermacam - macam,

Nak tahu apa yang di kelentongkan dengan GST atau bahasa melayunya Cukai Jualan dan Perkhidmatan,maknanya semua benda yang kita beli di pasaraya termasuk sabun brezze ke sabun mandi ke,apa jua makanan yang di beli di kedai mamak,semua jenis minuman dan segala jenis perkhidmatan(taktau service minah chow kit pun kena juga) awam pun akan di cukai jadi apa yang tinggal lagi untuk kita?

Tanyalah pada rakyat 1 malaysia atau pada sesiapa pun siapa yang suka kena cukai ? hanya orang bodoh saja macam parpukari akan cakap cukai tu bagus pasal perut dia dah gemok makan duit suap tapi macam mana dengan kita?

Bebanan hidup akan bertambah,belanja hidup semakin tak cukup dan ini bermakna tekanan hidup akan menekan degnan begitu kuat menjarah seluruh rakyat 1 malaysia maka natijah dari hal itu jenayah seperti curi ragut,peras ugut,culik akan berleluasa.Keruntuhan moral akan menjadi semain tak terkawal,wanita - wanita yang tiada jalan lain untuk mendapat wang demi menyuapkan anak - anak mereka akan mejual tubuh maka akan sesak lah semula lorong - lorong haji taib,jalan Bukit Bintang dan Petaling Street dengan ibu - ibu tunggal yangterpaksa melacur demi mengharungi tekanan hidup yang di kenakan oleh kerajaan Mat monggol dan mama Penguin.

Tiada jalan yang dapat kita lakukan kerana jika hantar memorandum pada muNkeE - MuNkeEe ni pun pasti akan di campak ke bakul sampah oleh jalan yang terbaik ialah kembali turun ke jalan - jalan raya untuk membantah,bawak sepanduk atau apa sahaja Banner kalau tidak kita akan menangung satu lagi tekanan Hidup!


MARI BERSAMA KITA WUJUDKAN GARANG (GerAkan Rakyat ANti Gst)

Tuesday, December 15, 2009

Woitt!! Mana itu kEtUanAn MelAyu???

[pijak_kepala_lembu.jpg]


Inikah dia ketuanan Melayu?


Hari ini ada se'ekor lagi MuNkeEe betina telah mengkelentong bahawa Ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara.Bagus punya kelentong bagus punya penipu,seronok dah makan duit haram berapa ramai lagi melayu yang dah kena tipu.

Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim berkata, apabila disesuaikan dalam konteks ketuanan Melayu ia bermakna hak-hak keistimewaan perlu dikekalkan kerana negara ini asalnya milik orang Melayu tapi mangkuk ni tak perasan atau sengaja tak perasan.atau dia saja buat - buat bodoh dan sengaja nak bodohkan melayu.


Siapa lagi yang paham akan ketuanan melayu sebab orang bukan na maksud sahaja tapi makna paktikalisme nya itu.Berapa kali nak sebut ketuanan melayu ? sedang orang melayu kampung berembang,chu badak dan kampung MELAYU ampang di usir macam anjing dari negeri yang di katan melayu.

Jelas mangkuk yang kita tak tahu dari mana dia beli Phd dia yang mana hak itu bukan bermaksud kedudukan Melayu lebih tinggi daripada kaum lain yang mendatang namun ia sebagai balasan pengorbanan mereka berdasarkan catatan sejarah.


Woitt!!!...catatan sejarah yang mana satu?? ada banyak catatan sejarah,dari sulatuss - salatin ke? Persuratan ke? suma Oriental ke? The almanac of marco polo atau al - sya jarah wal -kitab mahupun saada - tul taalbat? tolong lah jelas kan yang mana satu catatan sejarahnya,tolonglah jangan bangangkan orang - orang melayu yang dah di bebalkan begitu lama.


Di sebelah barat tanah melayu Laut Hindi ,di belah barat Daya Teluk Benggali , di sebelah timur Laut China Selatan, betul ke orang melayu tu wujud? habis tu bagai mana dengan Banang yang dari kerajaan Gunung Funan?

"Orang Melayu sudi menerima kaum lain ya ! itu betul tetapi yang berhijrah ke negara ini dan daripada itu adalah mereka yang dah ada sebelum dan selepas kurun ke - 14, mereka berhak mengekalkan keistimewaan sebagai kaum asal di negara ini tapi persoalaan nya keistimewaan apa ? adakah semata - mata nak buai orang melayu dengan kebodohan demi kebodohan?

"Keistimewaan ini juga memberi peluang orang Melayu memperbaiki diri dalam sektor ekonomi yang banyak dikuasai kaum lain," katanya MuNkeEe ni lagi.


Ini lagi satu kelentong yang susah nak di terima,mangkuk ni cuba nak kelentong benda yang dah ada depan mata.Persoalannya Keistimewaan apa yang telah di berikan melalui Ke'lanunan Melayu ini,cuba lihat usahawan - usahawan kecil melayu yang berniaga steam boat,burger,keropok lekor hingga yang berniaga kain dan baju terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga di sekitar ibu kota,perhatikan hampir setiap hari mereka ini di hambat oleh penguatkuasa DBKL dari orang melayu yang kononnya melayu semata - mata untuk mengangkat martabat melayu di bidang ekonomi.


Sedang towkay - towkay besar cina memperoleh tempat yang selesa di China Town, sedang orang melayu "berembat" hampir setiap hari dengan barua - barua(DBKL) Towkay melayu di Jalan TAR semata - mata untuk meletak kan orang melayu di persada ekonomi.Oleh itu tak payah nak tipu melayu dengan Ketuanan dan Kelanunan Melayu.


Ketuanan Kelentongan Melayu bergema begitu kuat tapi senyap - sunyi secara tiba - tiba macam kucing sakit apabila tuntutan PPSMI oleh pejuang - pejuang bahasa seperti Pak Samad dab Dr.Hasan ke Parlimen.Kelentong Ketuanan Melayu terbarai apabila Ahli Parlimen Melayu hanya tunduk berdiam diri bila pejuang - pejuang bahasa melayu di label kan sebagai ANASIR PEROSAK negara.











Kelentong - kelentong dan pembodek Ketuanan Melayu semakin menikus bila rakyat bersama pejuang bahasa bangkit menegak kan bahasa Ibunda di jalan - jalan raya,lebih pilu lagi sembah bahasa melayu ke bawah duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong di layan dengan tembakan gas pemedih mata dan "water canon".


Di mana Ketuanan Melayu ? berapa ramai lagi professor kangkung macam mangkuk ni ada dalam malaysia ? keagungan bahasa sendiri pun di ludah - ludah jadi di mana Ketuanan Melayu? Mana slogan Hidup Melayu?

Apa yang tinggal semuanya sekadar nak tipu dan kelentong orang melayu,bagi orang melayu lama boleh lah sebab kepala dah bebal dengan kelentong tapi bagi generasi baru hari semua nya dah faham dan cerdik sebab mereka percaya itu semua bukan ketuanan melayu tapi lebih kepada nak kelentong melayu kaw - kaw




Itu lah sebab nya orang melayu di bandar lebih sedar akan kewujudan kelentongan melayu itu,di sini yang lebih banyak di tindas adalah orang melayu,menjadikan melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa dan kezaliman.
oh ya! pada ultra - ultra kelentong ketuanan melayu,errr....dah baca artikel melayu tak pernah wujud?

Monday, December 14, 2009

Banang : Sebenarnya MELAYU tak pernah wujud - ii




Manusia, dalam makna sempurna, adalah makhluk budi. Saat manusia tunduk pada hukum budi, maka terperciklah sifat-sifat kemanusiaannya.


Budi, atau budhi, memang kata meriah. Semangatnya ada di mana-mana. Sekiranya di Deutschland, kata ini sedondon dengan Geist, atau Bildung, yang bererti ¨mengikat apa yang ada dalam diri manusia.¨ Bahkan, kata budi juga disekutukan dengan pangkal kata Buddha—ajaran hikmah yang gigih meleburkan kelas-kelas dalam masyarakat.


Tatkala budi bertemu daya, lalu membentuklah budaya, akar kata kebudayaan. Demikian hemat Sutan Takdir Alisyahbana dalam Values As Integrating Vorces in Personality, Society and Culture.


Sutan Takdir Alisyahbana merupakan sosok yang mula-mula memadankan kata meriah ini. Maknanya, “saranan fikiran ke arah menatijahkan perkara-perkara yang baik.” Namun, kita sedar, membangunkan budaya bukanlah kerja ranting. Kalau pengalaman Tamadun Melayu saja, binaan budayanya itupun sudah memamah waktu. Sejarahnya panjang, dan terselit kelelahan-kelelahannya yang tersendiri. Kelelahan pertama adalah mencari identiti diri. Dan, kelelahan terakhir adalah salah memaknai diri.


Lalu ada pilihan mudah, di mana ada yang menyandarkan permulaan Tamadun Melayu pada manuskrip terawal, kitab al-’Aqaid an Nasafi. Walhal, Tamadun Melayu bukannya creatio ex nihilo dari abad ke-13.


Melayu itu berleluhur, dan penuh perhiasan. Seni pantun adalah antara kebitaraannya, selain peribahasanya. Pada kedua-duanya terlampir alunan budi bangsa yang merentasi Madagascar hingga ke Hawaii ini. Malah, kehalusan ini dirakam Lim Kim-Hui dalam tesis doktoratnya di Universit├Ąt Hamburg dengan judul Budi as the Malay Mind: a Philosophical Study of Malay Ways of Reasoning and Emotion in Peribahasa.


Bahkan, atas sisipan nama budi inilah juga, Usman Awang merakamkan sebuah sajaknya. Katanya dengan puitis, Melayu itu ¨akar budi bersulamkan daya.¨ Maksudnya jelas, tanpa pemberdayaan budi takkan terzahir kemolekan kebudayaan Melayu itu. Melayu, sepatutnya kaya dengan budi. Tapi sayunya, Usman Awang ada menambah lagi. Baginya, Melayu itu juga, ¨setia dan sabar tanpa sempadan.¨ Ini barangkali terang melukiskan ciri ketaatan Melayu yang tiada perinya.


Di sinilah yang menarik untuk diteroka—mengapa Melayu boleh setia dan sabar tanpa sempadan?



Apakah sebenarnya bentuk kosmologi Melayu yang terpupuk dalam sejarahnya? Jika dihimbau, kosmologi feudalisme Melayu—yang sabar dan setia tanpa sempadan—ini memang kental dalam jiwanya. Bukan zaman pra-Islam semata, hatta kosmologi feudalisme ini turut mekar pada zaman pasca-Islam. Kunjungan Islam, rupa-rupanya belum cukup ampuh. Semangat feudalisme tidak runtuh, tapi terus terpasak.


Sebab itu, jangan keliru antara Melayu dengan Melayu-Islam, atau dengan Islam. Masing-masing berbeza. ¨Tiada Melayu tanpa Islam¨ itu hakikatnya takrif Melayu yang lemah sejarahnya. Mujur, Islam yang sampai ke sini tak sempat tenggelam di Laut Hindi atau di Laut China Selatan.


Islam, yang menerusi Hikayat Raja-Raja Pasai, dikatakan pertama kali singgah ke Alam Melayu sekurang-kurangnya seawal abad ke-13. Tapi, nun semenjak saat Islam pertama kali diwahyukan di Hira´, tidak pernah terbersit cita-cita feudalisme.


Semak saja pesan-pesan nubuwwah—seluruh tujuannya adalah untuk menghancurkan rasa perbezaan. Lantas, Islam itu berdiri teguh atas nama taqwa. Diri Nabi sendiri, di utus bukanlah sebagai raja, tapi sebagai utusan yang maha esa. Sang Nabi pernah ditawar untuk bertakhta, tapi ditolaknya. Maka, Islam yang pertama sekali - kali sudah berkata tidak pada feudalisme.


Arakian, perlahan-lahan bentuk politik muslim berkembang. Dari khilafah kepada dinasti. Dari Umaiyyah, kepada Abbasiyyah, dan terus bersambung pada Uthmaniyyah dari empayar kepada empayar, sebelum akhirnya runtuh.


Namun, hampir tiada dalam pengalaman politik muslim pasca -Nabi yang benar-benar menjiwai pesan keadilan Islam. Sebaleknya, semuanya seakan terbingkai pada feudalisme, dan tunduk pada takhta yang dikeramatkan. Kejernihan Islam—tanpa feudalisme—segera tersorok ke dalam jubah agamawan istana. Sedangkan, Imam al-Ghazzali dalam Ihya´ ´Ulumuddin, sudah mengingatkan, ¨agamawan yang masuk ke Istana akan hilang cahayanya.¨(lihat lah contoh hari ini di perlihatkan akan perwatakan Harussani Zakaria)


Tidak cukup dengan itu, doktrin ¨pemimpin muslim yang zalim lebih baik dari pemimpin kafir yang adil¨ terus dijaja. Rumusan Ibn Taimiyyah dalam Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah itu—walaupun dalam konteks yang berbeza—dibiar berumbi dalam fikiran muslim. Sampai selanjutnya, tanda terus tidak mampu untuk menghadirkan makna. Inilah yang terpantul pada Melayu-Islam.

Islam yang pertama kali datang ke Alam Melayu tidak terus mendakap rakyat. Tapi bersimpuh dulu ke lantai istana. Islamlah istana, bererti Islamlah seluruh rakyat jelata. Bertolak saat itu, iman pada Melayu lebih dikenal dari tanda bukan dari makna. Beransur-ansur bersemilah iman istana.

Betapa mudah pengislaman di Alam Melayu. Berbeza di Jawa, seraya perlawanannya cukup sengit. Sebahagian Alam Melayu bertuah, kerana sempat berbaur Buddha sebelum ketibaaan Islam. Justeru, Islam lebih mudah terkamir di belahan lain, berbanding Islam di Pulau Jawa. Tanpa ada sentuhan Buddha sebelumnya, sudah pasti pengislaman memang berganda berat—meski itu belum cukup untuk mengusur feudalisme.

Iman istana, adalah iman yang ditakluk feudalisme. Kerana itu, jarang kita dipotretkan penderhakaan sebagai tindakan mulia, meski perjuangannya adalah untuk mengangkat harakat kemuliaan insan. Mithal saja Hang Jebat, akhirnya yang terpapar pada kita adalah nasib seorang penderhaka demi menegak kan keadilan buat seorang Teman.

Tentu sebuah lagi kebebalan supaya sayugia sekonyong - konyongnya tunduk kepada Feudalisme maka di manipulasi akan watak Hang Tuah yang memiliki kesetiaan yang tiada bersempadan.

Tentu lebih pilu lagi episod Laksamana Bentan yang bangkit melawan feudalisme—demi menuntut keadilan atas kematian isteri yang di zalimi raja. Semuanya adalah natijah yang ditampal dalam tradisi kita dan membebalkan pemikiran generasi supaya jangan sesekali berani melawan feudalisme. Tanpa ehsan, kata istana adalah kata absah. Sebuah hukum saja: derhaka tetap derhaka, murka tetap murka, hukuman tetap hukuman. Tiada pilihan melainkan, Melayu harus ¨setia dan sabar tanpa sempadan.¨ Ini lah kebodohan yang di tampalkan pada hamparan persepsi melayu.

Begitulah jua antara kosmologi Melayu-Islam. Tapi, persoalannya, mengapa Melayu ini terus terwajah demikian meskipun di bawah naungan Islam yang membebaskan itu?

Bukanlah paradoks. Jiwa melayu sudah lama terheret dengan feudalisme. Melayu pra-Islam adalah Melayu yang bergelumang bersama feudalisme. Kosmologi ini terukir kemas pada beberapa prasasti Melayu kuno—yang mengambarkan betapa tebalnya feudalisme dalam masyarakatnya. Ini termasuklah beberapa prasasti Srivijaya yang ditemui di Kota Kapur (Bangka), Telaga Batu (Sumatera Selatan), dll.

Kalau belakangan sewaktu abad ke-4 pula, muncul prasasti Melayu Champa yang jelas menegaskan akibatnya menderhaka. Amaran feudalisme pada penentangnya sangat keras sekali; yang derhaka pada istana, kelak akan terhukum ke neraka seribu tahun (sarivu tjuh kulo ko), dan yang setia dan sabar tanpa sempadan, akan dianugerahkan hadiah dari syurga (labuh nasi svarggah).

Bentuk kosmologi dewaraja sebeginilah yang terus mewarnai kosmologi sebahagian minda Melayu sampai dewasa ini. Meskipun kosmologi teratai beransur menipiskan perbezaan kelas, tapi dampaknya tidak memadai.

Dalam buku Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu, Shaharir Mohamad Zain ada memuatkan pengalaman kerajaan Gunung Funan. Pada abad ke-11, tercatat atas sebuah prasasti bagaimana sumpah diabadikan. Atas nama api, atas nama Brahma, atas nama Archarya, pegawainya telah dititah agar berikrar patuh pada raja, biar apapun aral yang melanda. Jika derhaka, harus saja mereka menerima segala hukuman ke atas dirinya, keluarganya dan seluruh keturunannya.


Maka, apa lagi yang tinggal untuk kebebasan? apa lagi yang tinggal untuk keadilan?

Sampai detik ini pun, feudalisme tidak berakhir, sekalipun ada khalayak sudah mulai berfikir. Bezanya, tidak seperti dulu, kini institusi feudal bukan lagi bersifat mutlak. Walau bagaimanapun, saki-baki feudalisme dalam minda bangsa Melayu memang sukar dihakis.

Sebab itu, meskipun Melayu itu tampak gagah bertarung dengan imperialisme, tapi akhirnya mereka tetap saja gugup bila bertembung dengan feudalisme. Institusi kuning ini terus dianggap tiang seri pada kebudayaan Melayu dan juga Melayu-Islam. Inilah nasib Banang, bangsa yang terus terbuai pada tanda, biarpun maknanya sekian kali hampa.

Banang, adalah kata pertama untuk bangsa Melayu. Bangsa Banang, atau orang gunung ini(di rujuk dari nama rakyat yang di perintah pada era kerajaan Funan), sentiasa menjadi rakusan politikus yang sentiasa berselingkuh antara istana dan agamawan. Bagi sebahagian rakyatnya, mereka lebih rela menderhaka pada makna-makna, namun tunduk sepi pada tanda-tanda. Jadi, sudah lumrah jika ada yang gementar dengan murka istana, tapi murka Tuhan siapa yang peduli?

Melayu kekal kaku laksana pra -Pasti. Memang malang! Bertuah buat pemimpin bangsa ´budiman´ ini. Terbentang selonggok laba yang tidak ternilai. Itulah Melayu, resmi lalang. Apa kata pemimpin, itulah kebenaran mutlak! apa sahaja keadaan pemimpin,walau jahat,zalim dan keji terus di terima seadanya(contoh yang paling tepat adalah Najib Tun Razak) Melayu bebal tak bertempat, bodoh tak terdidik.

Sehingga itu pun pemimpinnya mahu meluluhkan bangsa dan bahasanya sendiri, itupun kelak dianggapnya wawasan geliga. Malahan, kita rela hanyut menadah titah tanpa berfikir, lantaran semuanya sudah difikirkan oleh sang pemimpin. Kalau ada gugatan, maka pandai pula mereka berselindung di sebalik tirai kuning dan tabir mimbar(lihat saja fenomena Harussani Zakaria dan tragedi pencabulan demokrasi di perak). Benar sekali Usman Awang. Melayu itu “setia dan sabar tanpa sempadan,” sungguhpun kepimpinannya amat sewel dan amat bebal sekali.

Sebab itu, kita tidak perlu bangga dengan kata budaya lagi. Takrif Sutan Takdir Alisyahbana masih gagal dimaknai dalam jiwa - jiwa bangsa ini. Budaya itu adalah kata suci. Tapi, budaya Melayu yang dibangunkan adalah feudalisme: mudah ikut ketua, bukan mudah lupa ,itu ternyata tidak sesuci maknanya

Andai kata sampai pada Suatu masa nanti satu gerakan ketumbukan berpaksikan satu Pakatan yang di tegak kan oleh Rakyat,melaungkan laungan sosialisma Ketuanan Rakyat dengan ampuh berjaya menawan mercu pemerintahan melayu ini,mungkin dia jua akan tunduk membisu pada feudalisme.

Akan tetapi cita - cita membina satu hamparan kerajaan atas nama keadilan lantas menumbangkan kebebalan citra - putraresa Melayu yang tak pernah wujud dan sengaja membebalkan pemikiran manusia pasti berjaya.

Islam melorong ke arah pemerintahan rakyat yang adil dan saksama,tetapi pancawarna pembebalan fikiran manusia ke arah idealisma mazhab Melayu - Islam yang menjadi penipu kepada umat nabi Allah yang melorong manusia ke arah pemerintahan yang bersandar feudalisme yang sombong dan dangkal mengundang umat melayu itu sendiri ke arah era yang penuh dengan kehinaan.

Thursday, November 26, 2009

Haramkan BTN : Ketuanan Alat Kelentongan Melayu lumpuh Di Selangor



Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya mematikan salah satu alat yang selama ini di gunakan oleh geng - geng United MuNkeE untuk membebalkan kepala otak generasi - generasi hari ini khasnya orang melayu.BTN atau nama sebenarnya Barua Tipu Nasional adalah salah satu alat pem"bebal kepala anak - anak melayu yang di gunakan untuk semata - mata untuk menyebar "propaganda mindset" kepada anak - anak muda melayu khas nya yang masih di bangku sekolah.Selain itu Biro ini juga di gunakan untuk menyebarkan fitnah dan sentimen perkauman serta memain kan lagu syahdu 13 mei.


Kerajaan Negeri haramkan program BTN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri semalam mengeluarkan arahan melarang mahasiswa institusi pengajian tinggi miliknya untuk mengikuti kursus Biro Tatanegara (BTN) iaitu program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, arahan itu turut dikenakan kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan kakitangan anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta hari ini (semalam) kerana kita melihat melalui pengalaman dan kajian yang dibuat, program ini adalah satu ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menimbulkan fenomena yang agak ‘racist’ (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di sini semalam.

Menurut Dr Halimah, kebanyakan risalah yang dibekalkan semasa kursus tersebut mengandungi perkara-perkara yang menimbulkan ‘kebencian’ kepada pembangkang (Pakatan Rakyat).

“Oleh kerana ia tidak memberikan apa-apa satu yang positif kepada minda golongan muda, kita fikir kursus ini tidak perlu dan ia menghabiskan wang rakyat.

Tahukah anda selama ini anak - anak anda telah di "MuNkeE - MuNkeE"kan dalam program - program BTN



“Daripada membazirkannya lebih baik kita memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus yang lebih membina dan boleh memupuk perpaduan serta melahirkan masyarakat cemerlang,” katanya.

Antara pusat pengajian tinggi yang dimiliki Kerajaan Negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Inspens.

“Ini juga termasuk anak-anak syarikat (GLC) milik Kerajaan Selangor,” katanya.

Rabu lalu, kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) muda PR menggesa Kerajaan Negeri menghentikan penghantaran mahasiswa institut-institut pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri mahupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ke program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata, mereka yang mengikuti program berkenaan mengadu pengisian sebahagian programnya tiada kaitan dengan nilai kenegaraan mahupun penyebaran ilmu, sebaliknya adalah program politik kepartian UMNO-BN dan perkauman semata-mata.


Bagi mereka - mereka termasuk saya yang pernah mengikuti program di BTN sememangnya sudah mengetahui bahawa Biro ini adalah salah satu Barua geng United MuNkeE selain Lembaga Perfileman Negara(Finas) yang melancarkan serangan propaganda dan menyebarkan kebencian dan sentimen perkauman anak muda terhadap Kerajaan opposisi kerana ini di akui oleh Datuk Seri Mohamad Rahmat bekas Menteri Penerangan di dalam bukunya AKHIR SEBUAH IMPIAN yang cukup jelas di nyatakan akan peranan barua - barua itu.
Syabas YB Dr.Halimah ,sesungguhnya itu adalah satu tindakan yang bijak

Dengan alasan Biro ini akan berjaya mengekal kan ke kelentongan ketuanan melayu yang di'kelentong secara kaw - kaw kepada rakyat 1 malaysia .Setinggi - tinggi pujian harus di berikan terhadap Ahli Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali kerana telah menetapkan larangan ini.Apa yang harus di teruskan ialah larangan ini harus di kuat kuasakan dengan tegas lagi iaitu melarang keras pelajar - pelajar atau guru sekolah sekolah - sekolah negeri selangor dari menghadiri setiap program - program pem'bebalan rakyat 1 malaysia yang di anjurkan oleh Barua Tipu Nasional.


Tahniah dan Syabas kerana berjaya melumpuhkan salah satu alat propaganda barua United MuNkeE,pasti nya geng - geng United MuNkeE tak akan tidur nyenyak malam ini dan esok sudah pasti ada Professor kangkung,ahli akademik kangkung,Dr. Kangkung mahupun cikgu ataupun YB Kangkung yang tak cukup makan lauk sayur kangkung campur belacan akan memberikan protes dan nasihat bangang di atas penguatkuasaan pengharaman ini.



Maka akan berkata lah haram jadah - haram jadah tu yang mana pengharaman itu adalah satu tindakan yang tidak relevan yang konon nya ia akan membantutkan pembangunan minda anak muda melayu.Pastikan esok mesti ada kaki - kaki pembodek yang memprotes akan pengharaman ini.


Walau apa pun yang mahu di lakukan oleh mangkuk - mangkuk ayun itu apa yang penting pedulikan suara mereka,anggap sahaja itu hanya seekor babi hutan yang sedang menguak dalam semak kat belakang rumah korang. Sebab Mangkuk - mangkuk ayun tu hanya mahu duit,duit,duit dari hasilnya membodek.Kita nantikan esok.....Chow..chin...Chee

Sebenarnya Melayu tak Wujud

Begitu ramai antara kita yang di bodohkan dengan dengan istilah ketuanan Melayu,Melayu Islam ,Raja Islam kerana ramai di antara kita yang jahil tentang asal - usul bangsa.Di katakan Melayu ,siapa melayu tetapi kini istilah dan penjenamaan melayu itu telah di copak - capik kan.Ini kerana Bangsa yang tak sepatutnya di iktiraf sebagai melayu pun boleh jadi melayu dengan cara seseorang itu memeluk islam dan mengamalkan budaya melayu paling kurang pun dengan memakai baju melayu.

Dalam Negara Melayu yang di katakan melayu ini juga wujud beberapa beberapa etnik yang di panggil Banjar,bugis,Minangkabau,Jawa,Kutai,Bawean,Batak dan bermacam - macam lagi.Persoalan di benak kepala sering bermain kalau ada Bangsa Melayu habis tu Bangsa - bangsa Etnik di atas tu apa pula? Lihat lah begitu jauh kita di kelentongkan oleh geng - geng Parpu United Malays National Organisation akan perihal Bangsa Melayu itu sendiri semata - semata untuk membebalkan generasi - generasi hari ini.

Maka dengan cara itu semakin bebal generasi itu maka semakin mudah mereka mengekalkan kuasa mereka dan menjalankan pelbagai lagi urusan "merompak rakyat" kerana dengan cara ini rakyat tak akan Melawan.Maka di katakan melayu itu punya raja,di haruskan kita harus taat pada raja dan tidak boleh menderhaka,jika menderhaka maka tulah jawabnya,hingga sebegitu sekali kelentong yang di gunakan semata - mata untuk membebalkan otak generasi bangsa yang lahir pada hari ini.

melalui cara ini maka tiada lah akan mereka bangun atau bangkit melawan sekiranya mereka melakukan sebarang perampasan,pencerobohan atau kezaliman kerana apa yang telah di bangangkan generasi hari ini ialah supaya jangan melawan kerana jika melawan maka derhaka lah jawabnya.

Di lihat pada kajian pada beberapa kurun dahulu nama melayu tidak mujud pula di kala Demang Lebar Daun Menanda Tangani Satu perjanjian diantara dirinya yang di kala itu mewakili orang laut dan Sri Tri buana pula mewakili Anak cucu Iskandar Zulkarnain di Bukit Seguntang.Pada ketika perjanjian itu di tanda Tangani tidak pula di sebut perkataan "melayu" ini jelas di perkatakan dalam sumber - sumber sejarah yang di perolehi dari "Persuratan" karya Kiyai Hamzah Fansuri dan Sulatus Salatin karya Tun Seri Lanang.

Dari manakah Perkataan Melayu itu bermula?

Ini Kerana pada ketika Parameswara melarikan diri ke ulu bertam untuk menyelamatkan diri dari di buru oleh pahlawan - pahlawan Siam kerana membunuh Temagi di Temasik(Singapura) para - para pengikutnya itu tak pula di panggil melayu . Hingga sampai pada ketika baginda menyaksikan peristiwa anjing perburuan nya itu di tendang oleh seekor pelanduk lalu jatuh ke dalam sungai di bawah pohon bertam.

Mungkin kerana peristiwa pelik dan ajaib itu lah baginda mendapat "ilham" atau "alamat"yang baik untuk menubuhkan kerajaan.Konon nya Nama Melaka itu juga di perolehi dari pohon tempat baginda berehat.Ini pun satu putar belit sejarah kerana bagaimana nama pokok bertam boleh menjadi nama pokok melaka.

Sebenarnya Nama Melaka belum lagi tercipta kerana baginda hanya bertitah hanya mahu mendirikan kerajaan sahaja tak terdetik pun mahu meletak kan nama.Maka penduduk - penduduk yang tinggal di persisiran pantai itu pun di maklumkan akan penubuhan kerajaan itu yang mana mereka akan turut serta dalam membina negeri ini.

Nama Melayu dan Melaka hanya di kesan melalui sumber - sumber dokumen sejarah dari Persuratan dan melalui catatan yang tercatat pada batu bersurat yang di temui di Ankara ,Turki menyatakan hanya selepas Laksamana Tun Tuah pulang dari mengadap pemerintah Empayar Islam Turki Uthmaniyyah baru lah Kerajaan yang di pimpin oleh Sultan Muzaffar Syah dan Datuk Bendahara Tun Perak di panggil Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Pemergian Tun Tuah ke Negara Turki di catat dalam hikayat Sulatuss Salattin tulisan Tun Seri Lanang di bahagian bab Tun Tuah ke Benua Benggali putih. Di dalam dokumen - dokumen sejarah melalui persuratan pula yang di kaji melalui surat Saudagar Cengkih kepada Raja Pasai yang telah memaklumkan akan pemergian Tun Tuah ke Negeri atas angin.

Di dalam catatan pada batu bersurat yang di temui di Ankara Turki pula menceritakan bahawa Tun Tuah adalah sebagai wakil kerajaan Sultan Muzaffar sekadar mahu menjalinkan hubungan diplomatik tetapi setelah di lihat bahawa Empayar yang di bina oleh Tun Perak ini di monopoli oleh pemerintah Islam maka Pemerintah Empayar Ottoman mengiktiraf Empayar yang di bina oleh Tun Perak dn Tun Tuah sebagai Empayar Islam di Timur.


Kisah Pengiktirafan yang ceritakan pada batu bersurat tersebut seperti di nyatakan dalam terjemahan yang di lihat di Muzium Sejarah Turki di ankara menyatakan"Malacca is the East Islamic Provincsion" melalui penerangan yang di berikan oleh pegawai sejarah dan antikuiti telah memberitahu yang catatan itu menceritakan bahawa Melalui pengiktirafan itu maka Kerajaan Empayar Islam Timur yang mana kerajaan yang terkenal dengan perdagangan itu dinamakan sebagai Empayar Kesultanan(di ambil dari Istilah arab) Melaka yang di ambil dari istilah arab malakat.

Persoalannya dari mana datangnya persepsi melayu itu?

Setelah di iktiraf akan kekhalifahan Kerajaan kesultanan Melaka maka Mungkin Tun Perak terpaksa mencari satu formula untuk menyatukan persepsi masyarakat nusantara yang berada di dalam Empayar Kesultanan Melaka tetapi ada di antara mereka yang beragama islam dan ada yang beragama buddhan,hindu,animisme dan atheis.

Kalau mahu di satu kan maka semuanya haruslah beragama islam jadi bagaimana dengan yang bukan islam? takkan lah mahu di paksa mereka mereka memeluk islam sedang islam itu adalah agama yang tak boleh di paksa.Jadi dengan itu di wujudkan satu Institusi yang di namakan MELAYU untuk menyatu kan semua masyarakat yang hidup di dalam Empayar islam Melaka supaya menjadi lebih demokratik.

Rupa - rupanya pada asal melayu itu hanyalah sekadar sebuah institusi yang di bangunkan untuk menyatukan masyarakat dalam empayar Kesultanan Melaka agar hidup dalam keadaan yang lebih demokratik dan saling faham - memahami antara satu sama lain.

Maka dengan itu sebuah Empayar Islam yang demokratik di nama kan sebagai Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang mana hidup di dalamnya Banjar,Bugis,Jawa,Boyan,Cina,Jawa,Minangkabau,India, dan berbagai lagi etnik bangsa yang hidup dalam keadaan aman damai.

Sebab itu kalau di kata kan bahawa kaum Cina itu Melayu dan India itu Melayu ini tak boleh di nafikan.Kerana Melayu itu sebenarnya bukan bangsa tapi sekadar sebuah institusi untuk menyatukan masyarakat Nusantara secara demokratik pada kurun ke -14.

Pada ketika PUTERA(PUsat TEnaga RAkyat)-AMCJA(All Malayan Council Joint Action) menggubalkan Perlembagaan Rakyat, status rakyat penduduk malaya yang dinyatakan di dalam Perlembagaan tidak kira kaum cina,india,minang,jawa ataupun bugis adalah melayu.

Tetapi malangnya di atas pembelotan geng - geng Parpu United Malays National Organisation Perlembagaan ini di tentang dan di tolak oleh british.Namun pada hari ini pula cuba kita lihat di dalam Perlembagaan persekutuan pula melayak kan se seorang itu yang tak berdarah peribumi tapi andai memeluk islam dan berpakaian tradisional seperti penduduk peribumi dengan Baju Melayu ataupun berbaju kurung maka secara automatik dia telah bergelar seorang "Melayu".

Ini kerana kelayakan ini di beri kepada saudara - saudara kita seperti Rhiduan Tee,Idham Lim ,Chandra Muzaffar.Kelayakan bergelar seorang melayu ini boleh juga diwarisi dari keturunan ke keturunan seperti Zambry Kader,Reezal Merican,Mohd Noor Yackop dan Zainudin Maidin selagi mereka masih lagi Islam.

Tapi Persoalannya bagaimana sekira nya ada identiti peribumi melayu yang telah keluar dari islam dengan kata lain telah pun murtad contohnya seperti kes Joshua Jamaluddin.Apakah statusnya di dalam perlembagaan? adakah dia masih melayu?

Manakala di wujudkan pula dongeng yang mana melayu harus taat setia kepada kekuasaan Geng Parpu United Malays National Organisation bukan pula Raja atau Sultan dan di wujudkan segala macam dongeng dan putar - belit sejarah semata - mata untuk mengawal psikologi orang melayu agar terus setia kepada geng - geng parpu.

Antara kekeliruan di wujudkan dalam kisah Hang Tuah yang mana di jadikan hang Tuah ini sebagai Insan yang taat dan tak pernah membantah titah raja sedang kan di dalam sejarah juga ada menceritakan bahawa Han Tuah pernah membantah titah raja ketika beliau di arahkan untuk membunuh Raja Muda.Kerana terikat dengan perjanjian Bukit Seguntang maka titah itu di bantah secara sopan.

Kisah Perjanjian di Bukit Seguntang juga turut di padam kan bab - bab yang harus di ketahui oleh generasi hari ini yang mana Sri Tri Buana yang Mewakili Raja iaitu anak cucu Iskandar Zulkarnain bersetuju menerima penderhakaan rakyat sekiranya tidak mentadbir dengan baik dan menzalimi rakyat.

Ini di lakukan kerana bimbang generasi hari ini akan bangkit melawan seperti yang terjadi kepada raja - raja di benua timur tengah seperti Raja Faisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Sehingga kini "melayu" masih di jadika alasan untuk mempertahan kan kuasa,kezaliman dan ketidakadilan.Istilah "melayu" juga di gunakan untuk mempertahankan tidakan pencerobohan dan pengusiran seperti yang berlaku di Kampung Berembang,Chu badak,Rimba Jaya dan Kampung Melayu Ampang.

Oleh itu geng - geng parpu United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari geng - geng parpu ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh geng - geng parpu ini.

Proses membangangkan melayu ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membantutkan pertumbuhan akal dan fikrah Umat Melayu.

Thursday, November 12, 2009

teater 'Raja Lawak' ditunda....













Sebelum ini Che'Gupeace pernah beritahu bahawa teater Raja Lawak bakal dipentaskan di KL Pac pada 30 November.Namun akhirnya ditunda pada 6 Disember pula dan bakal dipentaskan di Black-Box Theatre Segi University College,USJ, bagi Che`Gupeace biar di mana dan bila masa dipentaskan, komitmen 100 % mesti diberi agar tiada sebarang kecactan ketara dlm performing kelak.

Klau prsembahan tak dinilai x pe tapi sbab nak tolong projek member so rasa gementar gak takut terjadi sebarang kemungkinan. Mudah-mudahan persembahan dpt dibuat dgn jayanya.

Rasa nak tulis lagi tapi cukupla dulu sbab prasaan gemuruh mula menyerang wlaupun masih ada sbulan lagi..

Sunday, November 8, 2009

Kenapa penggiat teater ni suka tunjuk pandai?




Aku sering berbicara dgn temanku mengenai perihal penggiat teater yg kbanyakannya begitu taksub giler ttng penggiat teater di Malaysia (klau oversea lantak diorgla) ni yg gemar tunjuk pandai dgn ilmu teater yg mereka miliki. Ntahla sejak dari aku di USM hingga kini aku lihat sikap tipikal dan stereotaip penggiat teater ni bnar2 membuatkan kebanyakan mereka ni trlalu hanyut dgn ilmu mereka. Adakakalanya mereka mengkritik habis hasil karya teater org lain smpai dah x de penghujungnya lagi.

Pada bulan Ogos tahun ni, kumpulan teater yg trdiri drpd pelajar di sebuah institusi seni trsohor di Lembah Klang mempersembahkan teater yg tajuknya ada dlm pamplet yg aku simpan tapi aku x mau cakapla takut mngaibkan pulak. Terater ni adalah antara teater pendek smpena Hari Merdeka tula kat sebuah vanue dipanggil stor teater kat sinun.

Ada satu teater pendek 10 minit ni dia nak smpaikan perpaduan 3 parti politik yg diragui kerana perbezaan ideologi asal ketiga parti ni, lalu disampaikan dlm warna, dlm set dan prop dan prgerakan metafora yg brlebihan shingga menyebabkan penonton tiada ilmu teater x faham. Aku dgn member aku fahamla sbab kami prnah belajar teater(member aku ni pun bakal ngarah Raja Lawak) so boleh pick-upla sikit. Tapi yg kesiannya penonton. Jadi penonton kebanyakannya skadar tengok jela asal prsembahan sudahla.

Hey come onla whai kumpulan teater berkenaan. Klau korg buat prsembahan yg pensyarah teater saja yg tengok dan nilai mmg patutla korang buat lagu tu. Tapi masaelahnya yg tonton ni penonton biasa yg tiada ilmu teater. Mereka harapkan teater yg ada hiburan ringan dan mudah difahami mesejnya yg hndak dismpaikan.

Pastu klau pnonton komen, marah pulak pada penonton. Ni adalah tipikal stereotaip yg ada pada kebanyakan penggiat teater hari ni. Come onla teater ni g adalah brtujuan utuk mendidik penonton so knala bagi penonton faham. Klau x baik korang penggiat teater ni panggil korang punya kroni yg mmg ada ilmu teater. X yah panggil orang awam n org media klau skadar nak glamour je.

Bukan kita nak ikut selera kebanyakan penonton yg sukakan yg ringan tpi klau nak bagi mesej apapun pastikan penonton biasa ni faham. Klau korg ni syok sendiri x yah buat teater baik korang melalak mcm org gile( dulu kat USM aku n teman pelajar lain kna kaki ayam satu kampus. Malah ada pensyarah teater USM siap heret kerusi satu kampus sbab protes satu isu besar di Pusat Seni USM)

Ketua program teater Aswara, Zakaria Ariffin pernah akui bahawa beliau hilang kawan kerana kritikannya dlm akhbar mengenai prsembahan teater org lain. Begitu juga dgn mendiang Krishan Jeet. Macam nila kita klau nak brsemuka dgn org pastu nak cakap ngan org kena bagi salam, kna muka manis wlaupun banyak masalah , kena cakap bbaik, kna berlapik barula org x marah. Ni klau pakai serang camtu je mmgla org marah. Klau nak kritik org jgnla asyik kontra saja asyik negatif je, msti ada positif gak. Stiap benda msti ada pro dan kontra gak. Baru org yg baca n dengar x kecil hati sngat.

Mcm ada teman aku lagi sorang ni penggiat teater. Klau bsembang dgn dia psal prsembahan teater org lain yg kluar sume negatif dan kontra saja x de yg positif pun. Taula awak tu banyak ilmu psal teater jgn kritik smpai ke tahap Gaban. Ingat, kalau kita kritik orang, Tuhan akan balas perbuatan kita ni.Jangan aibkan orang kelak Tuhan akan bukak keaiban kita nti. Klau dah kritik belakang org maknanya kau brdosa pada org yg dikritik tu. So nak hapus dosa knala mintak maaf pada org yg dikritik dari belakang ni.

Dulu kat USM dulu aku slalu dengarla ungkapan stupid actor oleh salah sorg pensyarah teater. Come onla tula tujuan Tuhan izinkan kau hidup dan ngajar terutamanya nak ajar pd studen yg ko kata stupid actor ni. Tu tanggungjawab kau, jangan nak salahkan pelajar je....

Malah masa aku blajar dulu lebih drpd tu pun ada smpai ke tahap nak dajalkan prsembahan org lain ssama sendri. Stakat dengki khianat kluar kumpulan dan masuk kumpulan lain, tak mau krja sama ssama kumpulan lain, x mau dtg tngok show kumpulan lain adalah sikap individualistik yg aku cakap x layak jadi penggiat teater dlm erti kata sebenarnya. Malah aku dengar drpd seorang temanku bahawa ada pensyarah dajalkan dia smpai beri set dan prop yg rosak smpai dia brlakon pun boleh ada sdikit kantoi. Yg ni aku malas nak prcaya sbab Tuhan je tau

Malah aku sering dengar daripada temanku bahawa sebuah IPT seni trsohor sperti mmbrain wash pelajarnya smpai plajar2nya ke tahap taksub dgn ilmu teaternya dan mngkritik teater pihak lain yg bukan satu geng atau setempat dgnnya. Member aku dua orang lagi marah dengan pelajar IPT seni yg kondem tahap Gaban prsmbahan teater Misi mereka di Kolej Segi tahun lepas, sya mpai anti gile dgn IPT ni. Ditambah lagi dgn teman tempat kerja lamaku juga x puas hati dgn sikap pelajar IPT yg buat dia rasa bengang. Ada yg kata dia x jadi p temuduga kerja lantaran sikap pelajar sna yg pandangnya dgn pandangan janggal mcm rasa takde pihak lain boleh jejak IPT itu ssuka hati. Aku sndri prnah alami perkara yg sama, bila ada teman satu skolah rendah dan menengah ttiba jumpa di IPT sana masa temuduga kerja ttiba mnampakkab kesombongannya. Pendek kata klau dah sombong begitu pelajar dan kakitangan IPT itu, mereka takkan maju dgn baik lantaran sikap negatif yg mengguris perasaan kami. Mereka kena sedar mereka dapat gaji pun di bawah keringat rakyat marhaen mcm kami, dan mereka juga sama sperti kami, kuli batak walaupun dgn kerajaan.

Kesimpulannya, janganlah tunjuk pandai, jangan kritik smpai tahap gaban klau x brkenan di hati sangat pun, dunia ni kecil je. Hari ni korang kutuk esok2 pihak yg korang kutuk nipun korang x malu trhegeh-hegeh mintak tolong dan simpati agar tengok show korang. Nilah pesananku kepada penggiat seni teater agar gunakan ilmu yg ada membimbing manusia ke arah kebaikan dan positif bukan terus nak tengok org jatuh trsungkur pastu kutuk dan gelakkan saja.

Thursday, October 22, 2009

Kristian al-Islam Pun Ada?

Yang mana satu lebih di bimbangkan? perkataan Allah atau Mazhab Kristian surabaya Ortodoks ini?

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan antara Islam dan Kristian. Adakah ini adalah kristian gaya baru?


Al-Kisahnya,

Diwaktu saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas pergi menunaikan solat. Semuanya berkopiah/bersongkok dan dipimpin oleh seorang Imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Kristian ortodok merupakan sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun (MELAYU), Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama.Tengoklah saat mereka solat..

SUJUD MEREKA

RUKUK MEREKA


Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan juga sujud..

Yang membezakannya ialah, bila mana kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok ini lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.

Mereka menyebutnya
1. sa'atul awwal (fajar/shubuh),
2. sa'atuts tsalis(dhuha),
3. sa'atus sadis (dhuhur),
4. sa'atut tis'ah (ashar),
5. sa'atul ghurub (maghrib),
6. sa'atun naum (Isya'),
7. sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.


Gambar-gambar diatas ajaran kristian ortodok yang mungkin membuatkan anda keliru.... jadi berhati-hati lah kita agar tidak terpesong dengan ajaran kristian ortodok ini...

Hebah kan pada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai, ahli keluarga, rakan blog, pembaca kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita maklum.

Jangan jadikan ia sebagai entri berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi lihat dan selidikilah isinya juga... lihat keseluruhan.

Wallahualammmubissawab........

Wednesday, October 14, 2009

Pelajarku sekalian, inilah Bangsawan









Pada 10 Oktober lalu aku mngajak plajar2ku dari SMK Taman tengok Bangsawan 'Mahsuri' di Panggung Bandaraya DBKL. Kecuali seorang, yang lain sumenya adalah anggota produksi teater 'Angin' sblum ni. Wah nyata tak sesia lpas terlibat teater tampak skali mereka bgitu smangat meminatinya smpai sanggup balik tgh mlm lpas tngok bangsawan.

Ada di antara mereka sbelum ni bukan main brkobar-kobar,"Cikgu tahun dpan kita msti mng," wah smangat cm2 patut ada. Teringat akan ayat iaitu'Kita tidak kalah klau kita berada di bawah tpi kita kalah klau kita tidak bangun smula.

Nyata mlm tu adalah pengalaman baru mereka, kerana mereka dakwa x pernah kluar rumah jjalan pun apatah lagu tengok wayang dgn kengkawan. Maklumla memasing budak pandai kelas cemerlang lagi. Teringat kata kwan aku bahawa teater lbih ssuai dikendalikan oleh budak pandai kerna mereka tidak brsronok dan brhiburan ttapi sejajar dgn pemikiran intelek mereka itu di mana teater adalah bahan pelajaran dan pembelajaran yg disampaikan atas pentas. Wah gitu!

Saturday, September 26, 2009

teater 'Raja Lawak' versi Che`Gupeace bakal kembali




Foto yg brtarbus,Wan Azrul yg bertopi kedi,Azrul Azizi

Apabila sahabat dari Kolej Antarabangsa SEGI tlah menawarkan Che`Gupeace watak Husin Tak Bai daripada skrip 'Raja Lawak' karya Zakaria Ariffin, Che`Gupeace rasa mcm hujan permata menerpa jatuh membasahi diri ini. satu kurniaan tidak terhingga. Itulah impian aku sejak tahun pertama lagi.

Sejak aku nak masuk tahun kedua, aku pernah dioffer watak itu oleh senior aku Azahar yang dinilai dari segi pengarahan dan pasangannya Mohsin yang dinilai dari segi lakonan, dia nak amik watak Osman Bombay dan aku nak sangat watak anak murid Osman Bombay itu.

Memang watak itu sesuai dengan aku; loyar buruk dan sering mencetuskan kekecohan suasana dengan kata2. Namun akhirnya aku dikecewakan oleh mereka yang tukar skrip 'Raja Lawak' kepada 'Pemain' di mana aku tak terlibat sebagai pelakon.

Nak ubat frust aku lalu akupun amik alih untuk mengarah 'Raja Lawak' untuk projek akhirku pulak. Aku memberi watak idamanku itu kepada Azrul Azizi juniorku.

Azrul memang buleh berlakon dengan baik cuma dia kurang memberi penghayatan sperti mana aku harapkan di mana watk itu kena lo`la` tapi dia masih bersopan wlaupun mengadap Osman Bombay lakonan Wan Azrul anak antu seni.

Kini aku bakal kembali dapat watak yang aku nak lepas 5 tahun berlalu. Tak kisah wlaupun takde bayaran janji aku dapat kepuasan.

Teater 'Raja Lawak' bakal dipentaskan di Dewan Teater Kolej Segi pada November ini

Kuatkan iman di dalam....

TINGKATKAN IMAN PERLU JAUHI PERKARA

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Copy dan paste dari facebook

Sunday, August 30, 2009

Chegu Peace terbunuh diserang Alien ?



Chegu Peace pernah diserang oleh makhluk asing ketika masih menuntut di USM. Dia diserag bertubi-tubi oleh makhluk asing berupa semut merah gergasi pada tahun Ogos 2006.


Hal ini terjadi ketika Chegu Peace sedang mengadakan prtemuan dengan kawan2nya termasuk Nomy Nozwir atau kini dikenali sebagai blogger Teh Tarik Gelas Besar. Kecuali Chegu Peace, yang lain sempat menyorokkan dirinya dan menyaksikan kejadian Chegu Peace dikenakan kejutan elektrik oleh alien berkenaan.

Mujurla Alien itu dah pergi dan tak datang lagi. Mungkin dia salah planet yang dia nak tuju dan makhluk tu macam anjing, pantang tengok makhluk lain lari depan dia lalu dia pun kejar.

Chegu Peace pengsan dan nyaris mati, mujurla Allah sayangkan Chegu Peace lalu dia sedar dan hidup sampai lani

Thursday, August 27, 2009

Kisah Sebenar Perjalanan Kemerdekaan TERBONGKAR ! buat tatapan generasi hari ini



Sultan


5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!

PERMULAAN KERAJAAN

Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?

Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!

Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.

Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?

Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.

Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I

Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’ oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim, Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.

Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…

Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.

Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.

Merdeka?


Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.

Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street

Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II

Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.

Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.

Pejuang


Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.

Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.

Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.

Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.

Berita Harian


Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya

Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.

Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam …

R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = ??? mat monggol kot?

Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…

Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia,kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.

Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.

Yang Di Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…

"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"

Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap UMNO dan talibarutnya…!!

Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.

PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN


Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star SpangledBanner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN

Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional.