Saturday, January 31, 2009

Tanda-Tanda Ego Tak Kira Lelaki @ Perempuan



Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego


Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-



1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran.

3. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

16. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah

-sagasama-

7 comments:

Ez the Conspirator said...

Well I believe the offside flag on the field already raised up.

Lelaki yang ego takkan mengalah dengan wanita,walau macam mana sekalipun,dan menggunakan Tuhan sebagai senjata untuk melindungi.

I tak kisah la,whoever or which ever,what ever,tapi opinion is opinion.Nothing can change that.

Kalau I cakap I suka makan durian,while Razor tak suka,I x boleh nak blame Razor "why on the name of God you tak suka makan durian?Bukankah durian itu ciptaan Tuhan?"

Now,siapa yang decide kebenaran tu?You,me,Dr Ahmad?Nope.Kebenaran itu terletak kepada diri masing-masing.Kalau I rasa buah durian sedap while Razor kata tak,I rasa diri I benar,and Razor kata diri dia benar.Takde sape yang salah.Yang salah ialah orang yang tak reti menerima pendapat orang lain.

Well,kalau isu pendapat you nak gunakan isu agama as you weapon to defend your authority,silap la.Sebab agama ialah strata teratas.You tak boleh nak libatkan isu pendapat dengan isu agama.Siapa you yang nak decide who's go to heaven,who's go to hell?You malaikat ke catit dosa pahala?

Kalau you nak dikira pahala untuk masuk syurga,you takkan dapat masuk syurga.Kita hanya akan masuk syurga dengan rahmat Allah.Macam I,I seorang manusia,I admit bila I buat salah,because I bukannya pious sangat,tapi at least I xkkan gunakan agama untuk defend ego I.

Tidak mahu menerima pendapat orang lain.I cakap dengan you la,I open je kalau you nak cakap your opinion,asalkan ada point yang betul.I xnak orang macam Dr Ahmad yang maki tak tentu hala,tapi takde point.Buat apa?

Actually I tak berapa berminat nak main game of blame,siapa lebih ego siapa tidak.I keluarkan opinion,kalau you atau sesiapa nak tentang,and then keluarkan opinion you,dengan sebaik-baiknya,bukan dengan maki hamun.

Sangat suka berbahas.Now,peguam akan sentiasa berbahas.Ahli Parlimen akan sentiasa berbahas.Adakah mereka dalam golongan yang ego.

Think,think and think.Kita tak perlu satu sahaja opinion dalam dunia ni.Dengan opinion yang pelbagai itulah kita cipta diversity.Respect the diversity.

Ez the Conspirator said...

Pernah I dengar dari my dad,cerita tentang seorang alim yang sentiasa beribadat dengan Allah.

Bila ditanya,berapakah dosa kamu dan berapa pahala kamu.

Dia dengan yakin bercakap "aku yakin boleh masuk syurga dengan pahala amalan aku".

Allah berkira hanya sebelah matanya sahaja untuk membayar nikmat matanya.Pahalanya sudah habis hilang.

Now,masuk syurga atau neraka bukan tugas kita untuk kita fikirkan guys.Itu tugas Allah.So,tak perlu nak jadi "holier-than-thou" untuk confirmkan diri masuk syurga.

Ahmad Deniel said...

cik ez =)

aku rasa kau ni tiba2 dah salah faham..

aku x lah palk nak smash sesiapa dlm hal ni..

dah tiba2 dlm dis week org bnyk ckp PASAL EGO, aku rasa aku ada bahan, so aku publish lah..

ur sttmnt "Lelaki yang ego takkan mengalah dengan wanita,walau macam mana sekalipun,dan menggunakan Tuhan sebagai senjata untuk melindungi."

aku rasa itu merujuk kpd 1st point aku ". Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran"

cik ez, aku baca n aku dapat ni..tak kan time aku nak publish, aku nak buang point tu..mmg point tu dalam bhn bacaan yg aku baca,,dan adakah aku nak buang point tu semata2 aku nak jaga other side..Oh tidak..itu bukan prinsip aku..

dan ke 2, adakah point tu salah? n aku tak tujukan kps sesiapa..n aku tujukan kpd golongan lelaki n perempaun...

setersnya, anda seolah menemplak segala tanda2 ego 1-4 yg aku nyatakan iaitu ia berkenaan ketuhanan..soalan aku, adakah kita mansuia tidak pernah 'ego' pada tuhan? aku secara ikhlas kdngkala sentiasa melakukan itu sema ada secara tidak sedar..

Aku tidak pernah meletakkan penulisan aku semata2 tulisan..aku ada masej untuk disampaikan..untuk diri aku..dan org lain kalau nak terima..Itu prinsip aku

dan soal dosa pahala..Aku tak pernah ckp aku tentukan siapa yg masuk syuga n neraka, dan siapa yg dapat pahala atau tidak..aku tak pernah subjektkan pada sesiapa..Dan sekiranay cik Ez megangap tulisan yg aku ntakan itu menunjukkan aku boleh tentukan sesiapa masuk syura dan neraka itu satu salah faham aku kira. Aku ckp, dlm penulisan itu, adalah ciri2 ciri sahaja..,tak ditentukan siapa indivindu..

soal ciri2 ini pntng kerana ia akan jadi panduan kpd manusia..maka kalau ini dianggap salah, maka aku rasa ini satu prinsip yg kurang tepat..contohnya, tak bolehlah ada undang2 yg menyatakan apa itu rogol, apa itu bunuh, apa itu, mencuri dan merompak..sbb undang2 itu akan mencirikan apa itu rogol, apa itu, rompak, apa itu bunuh..sbb nnt seolah2 undang2 itu akan menentukan sapa perogol, pembunuh dan sebagainya.. so, samalah dlm soal ini..

Jadi aku rasa, sesungunnya atasa nama tuhan yg menciptakan aku, aku sedikit tidak berniat untuk menujukan tulisan aku kpd sesiapa, dan sesunguhnya dlm menulis aku tidak akan merujuk kpd mana-mana individu..Dan sesungunya dlm penulisan aku, walau 'sebodoh' mana pun, kalau berkenaan agama, aku tidak akan membuang unsur itu, semata2 nak jaga hati sesiapa, sbb mcm kau ckp, agama adlh tertinggi dan tiada yg paling tinggi. Dan adakah sbb aku merasakan akan ada org tak suaka ,aku perlu mendahulukan manusia itu dan membelakangkan tuhan? tidak ..itu bukan aku..

Dan akhir sekali, aku ada hak untuk menyuarakan pendapat di sini dgn menngikut peraturan oleh admin iaitu "This blog is all for us.Anyone who want to join as a writer on this blog,must behave and be responsible for this blog.

-Any provocation towards another member of federation are prohibited'

Jadi sekrang, sila beri aku ruang yang adil kpd aku to view my pendapat..aku meghormati kau, dan kau pun harus begitu kpd semua..Aku adalah manusia lemah yg sentiasa akan tunduk ada tuhan, kebenaran tidak kira ia dtng dari lelaki dan prempuan..

(aku tak pernah mencipta point dlm tulisan aku ni, ni aku baca n paste balik, so kalau nak fact bahan mana aku rujuk , aku blh bagi.., sbb aku bukan manusia ego yg nak mengaku aku ni terlampau hebat sehingga mampu mencirikan siapalah yg dikatakan sbgai ego)

Terima Kasih

Ahmad Deniel said...

ez said : Pernah I dengar dari my dad,cerita tentang seorang alim yang sentiasa beribadat dengan Allah.

Bila ditanya,berapakah dosa kamu dan berapa pahala kamu.

Dia dengan yakin bercakap "aku yakin boleh masuk syurga dengan pahala amalan aku".

Allah berkira hanya sebelah matanya sahaja untuk membayar nikmat matanya.Pahalanya sudah habis hilang.

Now,masuk syurga atau neraka bukan tugas kita untuk kita fikirkan guys.Itu tugas Allah.So,tak perlu nak jadi "holier-than-thou" untuk confirmkan diri masuk syurga.

: btl, masuk syurga atau neraka bukan tugas kita..ttp kita perlu merancang untuk itu..dlm kes yg ur dad nytakan point nya disitu adlah manusia yg riak..riak dgn apa yg dia lakukan..Dia beribadat lalu bila org bertnya, percakapanya membawa maksud dia riak dgn ibdat yg dia lakukan..dalam ibadat adalah bermksd kehambaan kpd tuhan..dan kalau niat dah silap, semuanya fail..


tp aku pelik disini mcm mana plak kau blh kaitan cerita dad kau tu, dan kau relate dgn point yg dibincangkan..sekali lagi kau tersasar dan tersilap ez..maaf aku perlu betulkan.

Ahmad Deniel said...

ez said : Sangat suka berbahas.Now,peguam akan sentiasa berbahas.Ahli Parlimen akan sentiasa berbahas.Adakah mereka dalam golongan yang ego.

deniel tulis: Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah

-sila baca sampai habis, i tulis suka berbahas DAN Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah

maafkan saya, anda tersasar lagi

Ahmad Deniel said...

ez said : Well,kalau isu pendapat you nak gunakan isu agama as you weapon to defend your authority,silap la.Sebab agama ialah strata teratas.You tak boleh nak libatkan isu pendapat dengan isu agama.Siapa you yang nak decide who's go to heaven,who's go to hell?You malaikat ke catit dosa pahala?

deneil: ez, tak boleh lbtkan isu pendapat dan agama? habis tu dalam beri pendapat tak boleh guna segala unsur agama? mksdnya agama itu, langsng tidakada unsur2 yg berterasakan ilmu,nasihat dan segala yg bemanfaat? seolah dlm member pendapat kita tidak boleh kaitan segala unsur agama? islam merangkumi dlm soal kehidupan..segala apa yg berlaku dlm hidup islam ada penerangan ..bukan sahaja dalam soal perangai manusia, hatta dlm soal hubungan seks suami isteri sama sekali..

so kalau aku sbgai org islam yg percaya agama islam,yg beramal dgn agama islam tapi tak boleh guna agama untuk gunakan sbg aouthoriti dlm hal2 yg jelas mmg agama ada nyatakan dan bagi guideline bagi aku rasa itu namaya EGO kpd tuhan..

seolah2 au mengaku beragama islam, sembhnyang tttp kalau blh bila berckp dan melkkan sst perkara, agama itu tiada peranan..itu bukan aku..

peru bezakan antara menggunakan agama unuk kepentingan sendiri yang jelas bertentangan dengan apa yg disarankan , dengan menggunkan agama sbgai pandauan dlm kehidupan seharian yang jelas bertepatan dgn apa agama sarankan ...


maafkan aku, sekali lagi kau tersasar

Ahmad Deniel said...

dalam agama islam, ada 4 mazhab utama, syafie,hambali,hanafi dan maliki..

semua imam ini, bnyk berbeza pendapadat dalam soal agama..ttp soal agama yg tidak melibatkan soal akidah,iaitu berkaitan ketuhanan..

ttp mereka berbeza PENDAPAT dlm soal fiqh, iatu lbh kpd melibatkan soal2 kehidupan seharian dan ibadat rutin..

dan mereka dlm berbeza PENDAPAT ini dan dalam mengeluarkan pendapat adalah BERDASARKAN hujah-hujah dan dalil dari AL-quraan, sunnah,ijmak,qias dan sbgainya..

MAKA di sini, jelas wujud "gunakan isu agama as you weapon to defend your authority"...


imam2 ini bukan sahaja gunkan isu agama malahan menggunakan lbh dari tu..dan mereka mengeluarkan penadapat bkn hanya dlm soal ibdat sahaja, malahan bab pentadbiran negra,hukuman jenayah, undang-undang dan lain2 perkara yg gaban lagi..

so ez, maaafkan aku, sekali lagi kau tersasar