Kekejaman Israel di Palestine sememangnya tidak dapat dimaafkan sama sekali. Kita sebagai Rakyat Malaysia yang jauh ini sudah pasti tidak mampu untuk sama-sama ke sana atas dasar kemanusian bagi membantu mangsa-mangsa kezaliman israel Ini.
Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bediam diri dan berpeluk tubuh. Tunjukkanlah tanda simpati kita kepada rakyat Palestine sebagai tanda protes terhadap kekejaman pengganas Israel dengan menurunkan tandatangan di Petistyen yang diwujudkan Ini. Pliz Click here. May God bless U.. Peace!!
http://www.petitiononline.
2 comments:
Kebangkitan menentang keganasa emakin memuncak seluruh dunia tanda bermulanya
BANTUAN MISI KEMANUSIAAN KE PALESTIN OLEH KERAJAAN SELANGOR
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat melahirkan rasa sedih di atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza akibat serangan kejam oleh rejim Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah.
Atas keperihatinan tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini telah memutuskan akan menghantar Misi Bantuan Kemanusian yang akan berpengkalan di sempadan Mesir untuk memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk di Gaza. Misi ini akan diterajui oleh Yayasan Amal Selangor yang merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengelaman luas dalam melaksanakan misi bantuan ke seluruh dunia. Segala bantuan yang diberikan dalam misi ini akan dibiayai penuh oleh Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri juga mengalukan mana-mana NGO yang ingin menyertai misi ini dan mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan YB Rodziah Ismail (EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Komunikasi) dan Dr Abd Rani Osman (Adun Meru).
Kerajaan Negeri berdoa agar kekejaman ini dihentikan dan berharap Kerajaan Pusat akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara kuasa besar yang masih dilihat berat sebelah dalam menangani isu pencerobohan Palestin oleh Israel.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.
Post a Comment