Wednesday, January 7, 2009

Sukan Lebih Baik Dari Politik.

Haha..Aril datang lagi!Aku hari ni nak menyampuk sikit la pasal sukan.Kira kalau kat sini aku adalah wartawan sukan,takde kait mengait dengan politik bagai.Aku tak faham la.

Semalam Canada jadi juara dunia kali ke 15,paling otai dalam semua team hoki ais seluruh dunia,mengalahkan Sweden 5-1.

Apa sekalipun,aku dapat lihat Perdana Menteri yang saya sendiri pangkah untuk dia,Stephen Harper duduk bersama dengan Ketua Pembangkang Michael Ignatieff dalam perlawanan akhir tersebut dan kelihatan mesra.Lihatlah sukan telah menjadikan ahli politik kami matang.

Nak tunggu Pak Dolah duduk dengan Anwar tengok bola,jangan harap.Pasal tu bola Malaysia cam sampah.

Dulu masa aku duduk kat Malaysia,seingat aku,kawan bukan Melayu aku hanya sorang je,nama dia John.Tu pun pasal dia fan Manchester United.Dan dulu aku biasa panggil dia "machaaa..deyyy!!",kadang-kadang bahasa kasar,"Woi Keling!".

Aku rasa semua Melayu kat sini akan cakap,"ala biasa la tu".

Tapi satu benda yang pernah berlaku kat arwah adik aku.Masa kami satu keluarga berada di Itali,ramai yang racist,walaupun kami duduk di kawasan antarabangsa.Sekolah aku Sculo D'Internazionale,tapi aku rasa macam Sekolah Nazi je.Kami semua jadi bahan perkauman.Paling teruk kena,arwah adik aku.Aku pun kena gak la,cuma dorang kalau sentuh kepala aku,aku tolak balik.Dorang sindir agama tu dah biasa dah,cuma kalau dah kaum tu kecik,buat je kaum tu kecik.

Ezreen je yang mampu tunjuk pailang.Pernah sekali masa budak-budak tu buli arwah adik aku,dia pernah jadi Trish Stratus-membaling kerusi ke arah lawan.Setelah dipanggil guru besar,Ezreen saja yang mampu bertahan,akhirnya budak itu didenda kerana bersifat perkauman.

Bila sampai Malaysia,aku pulak yang jadi macam geng2 Nazi tu.Zaman nakal dulu,mana kereta Cina main kopak,mana kereta Melayu dikecualikan.Selalu kalau nak tau perompak tu bangsa apa,tengok dia rompak siapa.Senang je tu.

Kau orang tau,kenapa aku jadi benci dengan bukan Melayu?Cina dan India?Pasal masuk2 Malaysia je,jadi ahli UMNO Subang.Kat situ banyak sembang pasal Melayu dari Malaysia.Melayu dulu Malaysia kemudian.Sekali sekala nak pilihanraya,barulah lepak dengan geng MCA.Tu pun table asing2.Takut ada nasi goreng with pork pulak nanti.Kopi cap Carlsberg ke..

Bezanya aku dan keluarga aku di Itali dengan kat Malaysia,di Itali aku jadi mangsa,di Malaysia aku pemangsa.Gaduh dengan geng Cina tu standard.Pernah sekali pau kedai ubat Cina,keluar parang senyap terus.Ala,ada polis pun polis Melayu,tangkap pun nanti lepas.

Takpun panggil orang-orang cable.Senang cerita.

Tapi masa tengok bola,Melayu,Cina,India semua bersatu dalam team tu.Entah tiba-tiba Ah Chong mana tegur aku time tengok bola,time gol kami celebrate sama-sama.Aku boleh lupa racist aku.

Akhirnya bila aku pindah kat sini,rupa-rupanya,mak aih,Gabenor pun Cina.Aku bajet Albert Johnson ke,Robert Michaels ke,rupa-rupanya Norman Kwong.Kat sini aku belajar satu benda-tak kiralah kau Cina ke,Yahudi ke,Irish ke,Afrika ke,kau bagus kau naik.

Canada memang terkenal dengan semangat berpasukan.Cuba kau tengok hoki ais,juara 15 kali.Dalam apa-apa sekalipun,kau pembangkang atau kau kerajaan-kau ialah wakil rakyat.Ramai yang kutuk Stephen Harper-termasuk adik aku pasal dia parti Liberal,tapi aku sokong dia pasal dia satu-satunya Perdana Menteri Canada yang boleh panggil Ketua Pembangkang untuk berbincang ekonomi.Dan boleh pulak lepak sama-sama tengok hoki ais.

Apapun,point aku kat sini senang je.Aku tengok orang Malaysia ni malas bersukan.Tau duduk minum teh tarik depan tv,pastu maki bila Ronaldo miss bola,maki bila Rooney salah aim bola.Pernah tak kau ada kat padang tu,berpeluh 90 minit?Main petang-petang 1/2 jam tu pun dah pancit.

Pasal tu la orang Malaysia ni semua berpecah belah.Aku bukan nak cakap apa,orang Malaysia suka sembang politik.Semua rasa dia puak yang bagus dan betul.Apa kata kalau korang gabung yang bagus dan betul,kerja satu kumpulan,baru boleh buat kerja.Tak kira la Pakatan Rakyat ke,BN ke,dua-dua blame orang je.

Aku faham kat sukan ada rivalries jugak.Fan Liverpool akan remuk muka jumpa fan MU.Fan Celtic akan pukul fan Rangers,tak caya kau tanya Ezreen,dia fan Celtic.Fan Montreal Canadiens akan bertumbuk dengan Toronto Maple Leafs.Tapi bila dalam satu negara,fan England,tak kira MU atau Liverpool,kalau Scotland,tak kira Celtic atau Rangers,kalau Canada,tak kira Canadiens atau Maple Leafs,dorang boleh duduk bersatu.

Dalam pertandingan politik,gaduh la korang.Lantak la,memang kena gaduh pun.Tapi dah habis pilihanraya tu,bawak-bawak la berbincang.

Pernah tak Pemuda PAS ajak Pemuda UMNO lawan futsal?Wanita PKR ajak Puteri UMNO lawan bola jaring?

Dari sini baru boleh jadi punca damai.

Ataupun buatlah satu inisiatif ajak team bola Israel lawan team bola Palestin.Daripada bom-bom orang,baik tackle je kaki orang.Reff jangan ambik Amerika,ambik orang Finland ke,Sweden ke,pasal dorang ni neutral sikit.

Akhir kata,majulah sukan untuk negara.

8 comments:

Malaysia Tanahairku said...

Arul kalau dah demokrasi demokrasi gak.

Sekarang ni di Malaysia dah tak macam dulu walaupun 8 Mac dah abis samapai sekarang orang cakap pasal politik.

Aku taula hari2 jumpa orang sembang2 dengan jiran, sedara, kengkawan orang awam, ahli politik.

Sekarang ni demam politik takkan habis, apatah lagi 17 Januari ni.

Isunya sekarang orang Malaysia akan tetap cakap pasal politik majoriti, sebab politik lebih popular daripada sukan.

Politik lebih banyak membawa propaganda perjuangan hak rakyat,
perebutan kuasa, malah dalam politik pun ada debat, macam Trish Stratus lawan Chyna tau.

Sekarang ni ramai orang nak terlibat dalam dunia politik sebab ada kepentingan masing-masing. Baik memana parti pun. Dengan adanya kuasa politik, apa yang kau nak kau boleh dapat dengan mudah.

Penyokong pun ingat tak fikir kepentingan ke. Cuma politik je yang dekat dengan rakyat sebab memalui politik boleh dapat pembangunan sukan, kebajikan, habuan, semua tu hanya boleh bergerak di bawah kuasa politik.

Walaupun takde kerajaan baru masih ramai orang cakap pasal pelbagai isu, bukakla utusan ke, sinar harian ke, NST ke, semua main topic is politik.

Selagi dunia ni masih Allah izinkan wujud selagi itula majoriti orang akan membebel pasal politik.

Malaysia ni memang unik sebab demam politik tidak akan berakhir.

Banyak isu yang ditimbulkan sebab itu itu akhirnya melibatkan rakyat juga.

Kau boleh maki hamun parti politik dan penyokong yang kau sangat benci tapi kau takkan boleh tutup mulut majoriti orang Malaysia cakap pasal politik.

Namun begitu, politik di Malaysia ni tetap stabil because THEY LOVE PEACE

Malaysia Tanahairku said...

Ni sekarang nipun Pakatan Rakyat dan BN saling bersatu tau menentang keganasan Zionis pada Palestin.

Isnin ni diorang nak buat Sidang Tergempar Dewan Rakyat lagi.


Kalau Anwar dan Dolah boleh semeja demi keamanan maknanya THEY WANT PEACE!

DON`T EVER PEACE OF!

Malaysia Tanahairku said...

Bukan OF, tapi OFF, ralat!

Ez the Conspirator said...

Hafiz,first of all,Arul is arwah adik I.Abang I ni Aril.

Maksud Aril ni simple,kalau nak berpolitik tu,tak perlu pecahkan orang ramai.

Sukan ialah cara terbaik untuk buat semua orang bersatu.Itu maksud Aril.

For me politics is just people's opinion.Kalau dalam kelas pun ada politiknya,kalau dalam satu family pun ada politiknya sendiri.

So,kalau Hafiz cakap semua hanya boleh bergerak dengan politik,you memang salah la.Kalau Hafiz cakap pasal bola sepak Celtic FC,ok memang ada involvement dengan ahli politik,pasal tu dia pernah jadi Secretary of Defense,tapi kalau Hafiz cakap Manchester United,nothing political involved right now,it's all about business and money.Dulu maybe Manchester United ada kaitan dengan socialism,not anymore.

Bukan semua benda bergerak melalui politik.

And ape yang I faham,Aril cuma nak you guys lupakan pergaduhan politik korang dengan bersukan,itu je.

I think nothing negative from his words.

I rasa tak salah kalau Pemuda UMNO lawan Pemuda Pas dalam futsal,even kat sini pun,Liberal Party lawan dengan NDP main lacrosse.Ada pertandingan antara Conservative dengan Liberal dalam pertandingan basketball.We play fair and square.Takde gaduh.

Cuma gaduh masa kempen pilihanraya,itu aje.

Right now dalam kegilaan ice-hockey,after win our World Cup,mungkin akan ada pertandingan ice-hockey.

Tak salah langsung kan?In fact PKR and UMNO boleh buat tabung amal untuk rakyat Palestin.It's a good idea too.

Politik tak semestinya menentang semata-mata Hafiz.

Ez the Conspirator said...

Isunya sekarang orang Malaysia akan tetap cakap pasal politik majoriti, sebab politik lebih popular daripada sukan.

Yang ni I tau,yang ni tak betul langsung.80 peratus kenapa orang beli channel ASTRO sebab nak tengok EPL.

Politics will never be as much as popular than sports.

Sports forever number 1.

This is serious.

Setiap hari orang bersembang pasal sukan dan tak pernah jemu.Tanya Aril,tanya Nami.You boleh tanya I gak.

Tapi politik,ada masanya dia akan jadi boring.

PERUNDANG said...

no coment..

pandangan dari pemikiran dan latarbelakang yang berbeza..

just cuba fahami dan tidak perlu terlalu stuck pada perkara2 yg simple dan remeh.. All the best..

REJALSAID said...

ginila...dari kacamata akula sukan ke politik ke,,siapa pun kita ,orang Malaysia ke ,,orang perancis ke,,orang putih ke hitam ke male ke female ke...yang penting cara mana kita membawa diri kita,,nilai diri kita dulu sebelum menilai orang lain,,kadang kadang kita seronok berkata orang ni tak betul,,orang itu tak senonoh...
soalnya sedarkah kita siapa diri kita sebenarnya..kenapa kita berada di bumi ni,,adakah untuk main-main,,Allah Taala sendiri dah menyatakan dalam Quran :..dan tidak aku jadikan manusia dan jin itu main-main...
so adakah firman Allah itu dan banyak lagi firman Nya yang lain itu sekadar cemuhan kita ? Kitakan hamba Dia. Dan tujuan kita hidup di atas muka bumi ni pun dah jelas tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya.
Silapnya kita ialah kerana kita tidak pernah yakin bahawa kebaikan yang Allah turunkan itu adalah benar.Dan balasan kepada segala amalan yang kita lakukan di dunia ini juga adalah benar.
Bagi aku politik penting,sukan pun penting,kalau politik tak stabil macamana kita nak bersukan ?
soalnya kita sebagai orang yang lebih pandai menilai sesuatu yang lebih baik cuba lakukan sesuatu mengikut landasan yang betul untuk merobah keadaan.
Kita generasi pelapis (Aril ni muda ke tua ?)cuba bentuk diri kita mulai dari sekarang untuk menggantikan mereka yang haprak dalam politik ni.Moga suatu hari nanti bila Aril sendiri sudah mampu malah perlu menggalas tanggungjawab barulah Aril akan tahu.macam yang Aril bagitau orang malaysia cuma pandai kutuk je.owen sepak bola tak masuk marah.ronaldo sepak bola tak masuk maki.tak tau kawan tu bepeluh sampai ke betis main.kita tau kutuk je.
Agaknya kalau Aril sendiri yang menggalas tanggungjawab sebagai ahli politik di Malaysia barulah Aril tau bahawa susahnya menjadi orang politik yang mahu menegakkan benang basah masing masing.Aril tau kutuk jeerrr...

REJALSAID said...
This comment has been removed by the author.