Hafiz..
Nama aku Nami.
Bukan Mani.
Cuba aku panggil nko Hafizah ke,Hafoz ke,nko marah tak?
Lenkali sebut nama member betul2 la.
Lagi satu Hafiz,kalau nko cakap sosialis ni untuk orang pemalas je,cuba malam2 pukul 2 pagi,nko jalan kat tengah2 KL.Jalan Raja Alang,Jalan Tun Perak,berapa ramai orang kais sampah cari makanan?
Malam2 nko tido kat rumah,kat rumah ada makanan,nko pernah keliling satu KL cari pengemis bagi makanan macam program Food Not Bombs tu?
Pernah nko ambik tau ke pengemis2 ni semua?
Cakap pakai mulut senang la.Sosialis untuk pemalas.
Kalau nko sendiri pun tak faham konsep tu,main membabun-buta je cakap,susah la nak explain.
Zakat tu distribution of wealth,sama dengan prinsip sosialisme.
Sama je,nama je lain.
Pergi la cari maklumat sikit,jangan la asyik nak tuduh sosialis untuk orang pemalas je.
Sosialis ada pelbagai aliran,tak semestinya semua sosialis tu macam Korea Utara.Yang tu pun aku tak sokong.
DAP pun sosial demokrat,kalau nko penyokong PAS sokong negara berkebajikan,tu la dia sosialisme yang nko kutuk2 tu.
Aku sokong sistem ekonomi Islam kalau gunakan mekanisme zakat utk membantu masyarakat.Kalau berbincang tentang ekonomi Islam,tujuan nak meningkatkan keuntungan,nak free trade dengan negara lain,macam Che Det cadang,baik tak payah.
Lain takde,untung untung untung!
Cuba nko tengok keadaan mangsa banjir sekarang,atau memang nko tak pernah alaminya,kan?Setiap hari makan nasi lauk kicap je,paling mewah lauk sardin.Itu je ke kerajaan mampu bagi selepas bermacam-macam zakat dah dikenakan?bermacam-macam cukai dah dikenakan?
Pergi la sekali jadi sukarelawan banjir,tengok macam mana orang-orang kampung duduk dalam sekolah..10 keluarga duduk satu kelas.
Lain la kalau nko memang anak orang kaya,pakai kereta Porche 911.Memang patut la nko kutuk sosialis.
Sunday, January 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Chill out la mani..eh,nami..
hik hik!
Asyik garang-garang je..
Nomy,
aku dah kaji tang sosialis ni memang kalau terlalu diikutkan sosialis ni memang boleh jadi malas, tak kira Korea Utara ke kutub Utara ke , lebuh raya selatan utara ke
Terimalah hakikat aku cakap pasal kelemahan sosialis
ni tang positifnya aku tak perlu sentuh sebab kau dah cakap 99 kali benda ni.
Aku sekarang ni mengkritik isu bukannya sesuatu objek contohnya Pakatan Rakyat adalah kelemahan dari sudut tertentu so aku kritikla tapi bukan niat menghentam tapi mahu baiki.
Nomy apa yang manusia buat ni memang tak sempurna 100% apatah lagi aliran sosialisme ni. Aku cuma cakap yang realiti pasal sosialis memang kalau diteliti ada unsur malas. Memang itu hakikatnya.
Memang DAP dalam Pakatan Rakyat tu sosialis tapi aku tak sokong dasarnya Malaysian Malaysia yang mirip PSM ni. Isunya aku tak sokong sebab inilah.
Aku memang berada di sini tapi aku ada prinsip sendiri mengenai perkara ini. AKu memilih menyokong fahaman Islam yang 100 peratus turun dari Allah dan menolak sosialis dan kapitalis yang tidak begitu sempurna akan benefitnya.
Aku harap kau tak begitu taksub akan sosialis sampai aku berterus-terang mengenai kelemahan sosialis kau sudah melenting emo.
Aku tak benci dan anti sosialis tapi kalau diberi pilihan satu antara antara aliran Islam dan sosialis, tentu aku pilih aliran Islam dan tolak sosialis. Tapi aku bukannya Pak Cik Kopiah cakap kekuat, kalau dioarang perjuangkan isu yang jelas tentang mahu terus tegakkan Islam aku sokong, kalau diorang merapu lebih tapi hasil kosong aku tetap tentang.
Aku cuma tentang isu je. Dalam sosialis, kelemahannya adalah kalau terlalu diikut akan jadi malas. Tapi yang baik aku sokong, tapi kalau aliran fahaman Islam ianya sempurna selama-lamanya.
Jalan Raja Alang,Jalan Tun Perak,kalau setakat tu tak pauyah tunggu 2-3 pagi, waktu siang hari pun orang kais sampah.
Kat CM, Brickfield orang selalu tadah mintak sedekah, patah tangan di KL ni 24 jam orang macam tu.
Nami kalau kau betul niat tolong masa banjir tak payahla ko nak publisiti, aku dah tengok muka ko kat BK.
Aku pun sekarang ni hari2 buat kebajikan tapi tak perlu akau nak cerita lebih sebab biar Allah je tau. Kalau orang lain tau itu aku takut aku tak ikhlas lagi dab riak pulak.
Kebajikan yang kita buat tak perlu dipublish sebab itu memang tanggungjawab kita wajib kit kena tolong orang susah.
Bulan Oktober 2008 aku pernah tolong kau, sebab kau mintak tolong padaku aku wajib tolong.Masa tu kau dan Sue masih jeling-jeling sampai juling tak sayang menyayang macam sekarang.
Masa di USM masa kau tengah demam siapa yang papah kau dari Bakti Permai ke luar Sg.Dua sampai ke Hospital P.Pinang, siapa yang pergi ke Jabatan Keselamatan sampai aku dicapkan Dr.Hardy bahawa aku lebih sesuai jadi Pegawai Keselamatan?
Aku tak suka ungkit takut tak ikhlas dengan apa yang aku buat.
Pendek kata segala amal kebajikan yang kita buat jangan ungkit sebab itu adalah kewajiban kita sesama manusia.
harap semua tidak terjerumus dengan perang emosi :]..
sikit2 sudah..
Sosialis ...
pada pendapat aku begini jer..
ni pendapat aku yer..Sosialis boleh dikatakan bertindak seumpama membentuk orang-rang yang berkemampuan untuk membantu yang kurang berkemampuan,,tak kisahlah dari sudut apa..itu yang aku lihat dari satu sudut..
dari sudut lain sosialis cuba mengelakkan jurang yang besar wujud antara kelas-kelas hidup sesama manusia sama ada dari sudut ekonomi dan sebagainya..bukan untuk terus tidak menwujudkan jurang ttp mengelakkan jurang yang besar..
ini pemahaman aku yang tak begitu'fasih' dan bnyk ilmu tentang sosialis.Maka disini aku meliht dari gerak kerja sosialis ini makan ianya juga selari dengan islam dari sudut yang aku bincangakn tadi..dan aku masih ingat kata2 nami dlm entery dahulu kala yang menyatakan beliau juga tidak 'menganut; sosialis secara membuta tuli dan secra mutlak..beliau hanya mengamalkan sosialis yang lebih bnyk membawa kesan positif kepada rakyat maheran..itu yg aku fahm dulu..kalau salah tolong betulkan...
jadi dalam soal ini masalahnya bukan sosialis itu sendiri, ttp aku rasa pemahaman kita kpd sosialis dalam erti kata praktkal..tidak boleh mentafsirkan keadaan atau apa2 konsep secara bulat2 atau rigid..perlu melihat dgn suasana dan apa yang ingin disampaikan..
kesimpulan dari aku, aku masih berpegang kpd islam, dan aku melihat sosialis ini sebahagian besar yang ingin dibawanya adalah sngt bertepatan dengan islam terutama sudut kebajikan..maka aku menyokong akan usaha-usaha ini..Dan bagi aku dalam memprbinckan soal ini jngn terlalu merujuk kpd nama 'sosialis' itu, ttp apa yang ia cuba lakukan..di akhirat nnt tak ditanya pula akan nama sosialis itu, ttp mungkin kalau dari sudut sumbangannya membawa kebaikan akan dianugerahkan pahala dan sebgainya..
Ttp perbincngn ini berbeza dlm persoalan anutan agama dan akidah..
Seperti yang aku cakap tadi aku tolak sosialis tak bermakna aku anti-sosialis, aku pun tak anti-kapitalis sebab kapitalis tetap ada positifnya. Membenci kapitalis 100% dan terlalu suka aliran berlawanan menunjukkan betapa fanatiknya kepada mereka yang taksub pada aliran yang mereka percayai ni.
Jangan nak samakan sosalis dengan Islam, macam kalau sokong aliran Islam, oh sama seperti sosialisme.
Bekerja-sama, tolong menolong memang itu sudah menjadi nilai murni dalam perdaraban manusia, sebelum wujud sosialis lagi dah ada dah.
Ketika di zaman pembinaan tamadun manusia di zaman Batu Baru Neolitik, tak kira Tamadun Mesopotamia, Mesir ke, saling kerjasama antara satu sama lain membentuk tamadun manusia yang maju hingga ke hari ni.
Persamaan sosialis dan kapitalis, kedua-duanya adalah dari akal pemikiran manusia. Bebanding dengan Islam yang tak perlu ada aliran khusus sebaliknya Islam terus(Kecuali Islam Hadhari) mudah je iaitu iaitu turun secara terus daripada Allah(Tuhan).
Islam nak ikut mudah je apa yang kita buat memangla berdasarkan akal pemikiran manusia tetapi berpandukan ajaran Allah.
Tapi jangan nak harap nilai Islam dari segi logik akal je.
Dalam sejarah Islam malah dalam agama Allah sebelum itupun sesuatu yang dirasakan tidak logik atau tak masuk akal ni memang telah wujud, contohnya bagaimana tongkat Moses(Nabi Musa) boleh menyebabkan terbelah laut di Laut Merah, hakikatnya kita rasa tak masuk akal itu adalah sportlight ke atas kekuasaan Allah, yang mukjizat Nabi tu supaya kita berfokus kepada kekuasaan Allah.
bagaimana hati Nabi Muhammad 'dibedah' masa kecil, fokusnya kekuasaan Allah juga. Peristiwa Isra` Mekraj, the point is Allah Pemilik Segala-galanya, kita ini milik-Nya, hak-Nya!
Soal kebajikan dalam agama Islam dah ada sejak dulu lagi, jadi tak perlu kebajikan ini ditrademarkkan kepada sosialis semata-mata
Sosialis dan kapitalis ni takkan jadi tanpa keizinan Allah, tapi yang akhirnya yang di bawah Allah juga menang pada akhir zaman, menjelang kiamat. Sosialis dan kapitalis ni sementara je di dunia jelah
jangan fening2 :]
tak der sesiapa berniat untuk menyamakan atau merendahkan islam di sini..
semua kita org islam..Cuma kefahaman sahaja yang mungkin berbeza...Ini mengambil masa untuk sama-sama belajar.
tak der sesiapa berniat untuk menyamakan atau merendahkan islam di sini..
sedara saya tak cakap ada di antara di sini nak rendah dan samakan sosialis dengan Islam.
Aku nak peringatkan supaya jangan taksub dengan fahaman yang disokong tapi melenting bila orang lain menegur bahawa fahaman ciptaan manusia ni ada kelemahannya di sebalik kebaikannya.
Jangan terlalu taksub dengan fahaman ciptaan manusia 100%, ambil yang positif sudahla.
hmm..tak faham lagi ek?
aku cakap,"tak kira la apa2 cara kendalikan ekonomi sekalipun,kalau hanya pentingkan keuntungan dan orang ramai diabaikan,tu tak payah la.."
bank islam tetap riba pis.
khilafah abdul rahman kat alhambra sepanyol buat bandar untuk gundik dia.
tiap-tiap tahun zakat fitrah 20 juta.
aku bukan nak publish pis,tapi nko tak pernah dalam situasi tu.
zakat tiap2 tahun rm20 juta,tapi yang ada cuma biskut kering,nasib2 la jumpa sardin ke apa.nasi tu pun dulukan budak-budak,yang tua tak dapat.
aku pergi bukan nak publisiti.aku pakai duit aku sendiri pis.aku tak suruh pun BK tu kuarkan muka aku.
dah time aku mencuci tu dorang snap gambar aku,takkan aku nak tutup2 muka pulak.
tapi satu je la aku cakap.
tak kira la apa-apa sistem pun,tapi kalau hanya fikirkan keuntungan,tak guna gak.
fikir satu je la,apa fungsi zakat tu?
kang aku explain lagi panjang,penat pulak nak membaca.
orang bukan refer kat satu reference je.nko tau kita wajib bayar zakat tu tapi kenapa kita kena bayar zakat?
pasal nak bantu orang miskin.
sama la dengan sosialisme.
aku tak cakap sosialisme tu sama keseluruhan,aku cakap ada beberapa konsep ada sama.
konsep tu siapa2 pun boleh pakai.nko pun belajar konsep anti-realisme la,konsep absurd la,konsep hanya konsep.bukannya fahaman.
harap nko faham.
p/s:libya,syria,iran semuanya sistem sosialis kalau difikir-fikir balik.setiap tahun dorang ada cara sistematik untuk bantu rakyat sendiri,bantu rakyat palestin walaupun ekonomi ditutup oleh amerika.
fikir la.jangan main cedok satu sumber je.
Semua sistem orang tuntutkan keuntungan tapi keuntungan dalam Islam adalah lebih berkebajikan.
Ko sendiri tau kalau berniaga dalam Islam macamana, keuntungan bukanlah main point tapi kena pastikan bahawa pembeli dapat keuntungan berbaloi macam peniaga juga sama sama untung wooo.
khilafah abdul rahman tu dah selepas empat Khilafah al`Rasyidin masa tu dah mula ada kepincangan. Tapi itu semua dah memang izin Allah gak . Cuba kau periksa balik rencana Khamis, 2008 Disember 11
DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;
Memang ada kait mengait pun kalau kau perhalusinya.
Soal aku tak pernah itu cite lain sebab takkan aku dan kau boleh berdiri di tempat yang sama pada masa yang sama.
Mungkin sebelum ni kau esok lusa aku, siapa tau walaupun aku cuba elak.
Ini semua takdir juga. Soal kebajikan tu wajib kalau aku di tempat kau pun aku kena buat benda yang serupa.
Cuma aku tak berada di posisi yang sama macam kau pada moment itu. Soal kau pakai duit sendiri pun tiada siapa yang paksa kau pakai duit sendiri tapi itu bergantung kepada kehendak kau sendiri.
Nami tang zakat fitrah tu adalah kelemahan pihak pengurusan yang memang aku bantah, ngaku negara Islam tapi hak pihak yang sepatutnya kalau boleh disailangkan, kau sendiri tau apa yang kau cerita.
Memangla kau tak suruh BK ambil foto kau, dah tu keja depa. Depa pun nak buat propaganda gak nak bagitau kami mahasiswa bahawa stud Universiti Apex buat kerja amal bagusla boleh jadi contoh. Takpun kau mewakili mahasiswa U Apex yang nak buat macamane kau buat.
Nami kita mesti tetap fikirkan keuntungan tapi buat keuntungan untuk kita dan kroni kita je tapi biarlah semua pihak yang kita tolong sama dapat untung macam kita.
Pendek kata give and take!
Pasal ibya,syria,iran aku tak payah fikir balik2 dah memang nyata depa sosialis, memang masih banyak kelemahannya sekarang tak nampakla esok lusa(blog Razor) akan ada kepincangannya, dah manusia punya ciptaan pemikiran tetap ada kelemahannya, dia takkan nampak sekarang.
Sepatutnya diorang serapkan terus sistem ekonomi Islam kalau dah nagku negara Islam, tapi mereka belum terbuka hidayah mereka biarkan dulu. Suatu hari nanti mereka akan sedar juga.
zakat tu dah terang2 bantu orang miskin, tapi itu bukan undang-undang pemikiran yang sosialis create secara asli. Sebelum ada sosialis dah ada zakat dan yang paling jelas nyata ketika zaman pemerintahan Rasulullah di Madinah.
Takde sosialis pun masa tu.
Dalam Quran pun takde aliran sosialis yang perkenalkan zakat. Diulangi zakat adalah undang-undang asli yang Allah turunkan.
Aku tak cedok satu sumber sebab itu aku berani cakap camtu
saya cuma nak merujuk kenyataan
1.bank islam tetap riba pis.
2.khilafah abdul rahman kat alhambra sepanyol buat bandar untuk gundik dia.
apa yang ingin saya rujuk terkeluar dari sudt perbincngn sosialis sblm ini..
Persoalan bank islam still mengamalkan riba, saya kira perlu disentuh.Ada sedikit salah faham di sini. Saya berani mengatakan di sini kerana antara krusus pengajian saya ialah sistem perbankan islam dan keawangan islam..
Persoalan perbankan islam mmg asasnya adalah tanpa riba(bunga)(faedah), perjudian, dan gharar(ketidakpastian). ini elemen asas perbankan islam di mana sahaja dan semestinya unsur2 ini perlu dipatuhi..
Mmg telah wujud persoalan perbnakan islam adakah ttp mengamalkan riba..jawpaan bagi persoalan ini tidak boleh dihurai dalan segari dua, atau maaf jika saya katakan jika bukan dari kalangan ahli2 yang pakar dalam sistem perbankan dan syariah..Sbb kenyataan yang menyatakan perbankan islam adalah msh guna riba bukan timbul dari pemerhatian kasar transaksi..ttp ia menjurus kpd sub-sub transaksi yang munstahil untuk difaham oleh bukan org kebanyakkan.Ia bukan merujuk kpd bentuk riba yang biasa, ttp mungkin merujuk kpd sub-sub riba yang bnyk lagi dlm konteks syarak..
sebenarnya asas perbankan islam dan keawangan islam yang sebenar-benarnya yang jika berpandukan kpd islam yang sebenarnya sememangnya tidak sama sekali bole menpunyai riba dan unsur-unsur lain yang diharamkan, TTP WUJUDNYA PIHAK-PIHAK DI BANK ISLAM SENDIRI YANG TIDAK TEGAS DAALAM MEMASTIKAN UNSUR-UNSUR RIBA DAN UNSUR LAIN YANG DIHARAMKAN DIGUNAKAN DALAM TRANSAKSI MEREKA.
maka saya kembali kpd kenyataan bro nami berkenaan bank islam adalah riba adalh harus diperbetulkan dari sudut penggunaan ayat dan istilah agar tidak mengelirukan ..Spttnya ayat yang kebih sesuai ialah. WALAUPUN SISTEM PERBANKAN ISLAM YANG ASAS DAN TULEN TIDAK MEMBENARKAN RIBA, MASIH TERDAPAT BANK-BANK ISLAM YANG BEROPERASI MENGAMALKAN RIBA DI DALAM TRANSAKSI MEREKA.. instilah ini adalah penting kerana dikhuatiri akan menimbulkan salah faham..
jelasnya, islam sudah mengariskan bahawa spttnya segala sitem perbankan dan keawangan tidak boleh mengandungi sistem riba, TTP MASIH ADA SEGELINTIR BANK-BANK YANG MENGAMALKAN TRANSAKSI PERBANKAN ISLAM YANG MENGAMALKAN RIBA DALAM SECARA SEDAR ATAU TIDAK ATAU SECARA LANGSUNG..
Sekiranya ingin memahami berkenaan perbankan islam sila rujuk laman web http://www.zaharuddin.net
2. berkenaan kenyataan khilafah abdul rahman kat alhambra sepanyol buat bandar untuk gundik dia.kenyataan ini adalah benar..ttp harus diingat walaupun khilafah itu buat bandar untuk gundiknya sama sekali, dan ia mgkn satu keslahan atau mungkin boleh jika dikata satu dosa, atau dikata sbgai yang bertentangan dengan agama, ia tidak merujuk sama sekali bahawa amalan ITU ADALAH AMALAN ISLAM..
apa yang dilakukan oleh khilafah itu adalah silap dan salah sama sekali dan islam juga melarang sama sekali..sbb kenyataan seumpama ini seolah melihatkan di dalam islam bahawa amalan itu dibenarkan..semenagnya tidak sama sekali..dan kita hsrus faham khilafah ini ada zaman turun naiknya..zaman kegemilagannya dalah pada era abu bakar,uthman,ali,umar..Ini merupakan zaman kegemilangan khilfah yang benar dilihat sangat baik dari sudut akhlak dan corak pemerintahan..namun pada zaman khilafah selepas mereka telah melihat akan khilafah yang mula lari dari garis2 yang dilandaskan oleh islam..
maka silapnya bukan ISLAM, ttp Umatnya yang pada ketika itu telah songsang dari ajaran yang spttnya..
Apa yang dikata oleh bro nami adalah benar, cuma saya hanya ingin menjelaskan dgn lebih detail, agar tidak menimbulkan salah faham bagi pihak2 yang mungkin kurang faham dan arif dlm soal perbincangan ini.
Tq
guys,errr...anyone wants a pie?
asyik gaduh je.come on..
ideas comes with arguements..memang u guys menyahut cabaran clinton la..hik hik!
Jadi saranan yang terbaik di sini adalah kepada negara yang ngaku Islam ikutlah Islam 100%, tak payah nak half2,ada sosalislah, kapitalisptik lah,
kalau tak faham belajar sampai khatam selagi kita hidup kita ni banyak kekurangan ilmu yang perlu kita top-up kan.
Danael dan Teh Nami, aku sarankan mari kita terus perlengkapkan ilmu kita tentang Islam untuk sendiri baik dari segi ekonomi,politik dan sosial, perlahan-lahanla bukannya terus nak terima bebulat.
Percayalah hanya Islam yang layak jadi penyelesaian kepincangan ini.Jangan nama je Islam tapi mcam nila.
Ok aku harap kita semua dapat manfaat dalam perkara ni mmduah-mudahan
nama aku mmg sentiasa salah dieja oleh sesiapa sahaja, termasuk diri aku sendiri.. Antara variasi nama-nama aku yang sering dieja berlainan dari dlm my Ic :
1.Denil
2.Daniel
3.Diniel
4.Denel
5.Dinil
6.Danael( ini oleh hafiz mata rakyat :])
hehe..aku tak kisah pun..cuma klakar jer nama aku sering disalah eja oleh ramai org termasuk diri aku sendiri.
nama aku ikut ic : AHAMD DENIEL ROSLAN
p/S: Sekadar selingan.
dan ada lagi satu ilmu yang semua ahli2 blogger kat sini kena ptt ada..
iaitu cara nak menyampaikan hujah or pendapat..aku nmpk termasuk diri aku sendiri masih lemah dlm bab ni..
itu yang menyebabkan hujahan yang baik dan hujah balas yang baik akan mejadi kurang berkualiti dan berkesan dek disebabkan kaedah penyampaian yang kurang tepat..
Jadi kalau ingin menegur,silakan ,pastikan bahasa gaya itu biarlah sesuai dan tak nmpk terlalu 'menyerang'..kalau mennyerang pun perlu ada 'ubat' yang perlu disapu kemudiannya..agar tak besar 'luka' nya :)
ini kalau dlm konteks islam pun dipanggil kaedah berdakwah..ada bnyk cara, dan perlulah berhemah..
Peringatan untuk aku dan semua blogger..
Post a Comment