Wednesday, January 21, 2009

PRK, kita mula bangun dari Tidur
















Salam & sejahtera untuk semua.

Agak lama penulis tidak dapat menulis di blog ini. Kesuntukkan masa sejak dari pilihanraya kampus(PRK) disambung dengan kerja persatuan membuatkan penulis hanya sekadar dapat menjenguk blog ini.Penulis sendiri baru pulang dari pejabat PM, di putrajaya bagi menghantarkan petisyen Berkenaan isu Palestin dari warga fakulti Undang2 kpd PM.

Mengenai PRK, menulis terlibat di dalam gerak kerja secra khusus bagi kerusi fakulti undang-undang. Penulis diberi amanah untuk mengetuai kempen dan gerak kerja kempen bagi fakulti ini.Dengan membawa calon bangsa cina, dan merupakan calon pertama dari PRO Mahasiswa bagi UKM, penulis dan kawan2 bertungkus lumus bagi memenangi hati pegundi di fakulti undang2 yang secara jealasnya begitu kritikal dan 'independent' dlm soal ini. Isu yang jelas dan kencang antaranya adalah soal perkauman. Isunya mudah sahaja, adakah pelajar melayu perlu mengundi calon cina, dan sebaliknya. Lawan bagi calon Pro M adalah berbangsa melayu dari Pihak Aspirasi.. Nampkanya ini bukanlah kerja yang mudah bagi mengatasi persoalan sebegini. sentimen perkauman begitu kuat..


Saban malam kami dai kelompok jentera berbincang dan menganalisis corak pengundi di kampus. Boleh dikatakan 'mode' pegundi kpd calon adalah sentiasa berubah setiap hari sehingga menjelang hari pegundian.. Kemampuan calon dan isu2 yang dibawa benar menjadi perhatian para pegundi..Bagi penulis sendiri yang menjadi wakil calon ala2 master mind dan 'think thanker' kepada sahabat penulis yang berbangsa cina turut mejadi buah mulut sesetengah pihak..ada mengatakan penulis sebagai 'pengkhianat Bangsa" :) teori dangkal yang sudah lapok..

Penulis melihat sentimen lapok sebegini masih bnyk di dalam pemikiran mahasiswa. sentimen perkauman begitu agung sehingga soal kemampuan calon dari sudut keupayaan memimpin dan membawa isu2 mahasiswa diketepikan..ini merupakan satu 'sampah' yang sudah lama terperap di dalam minda pelajar kini..

Namun secara kesimpulan, tidak dapat penulis ulas disini. Penulis akan cuba mencari masa yang lebih sesuai bagi mengulas isu ini. Berbalik kepada keputusan PRK, kerusi fakulti undang2 dimenangi oleh Pihak PRO M, dengan majoriti hanya 27 undi sahaja.Namun begi penulis beza 27 undi itu sangat besar ertinya.Ini kerana fakulti Undang2 merupakan kubu kuat Aspirasi sblm ini.Iaitu sudah hampir 7 tahun kerusi ini dipegang Aspirasi. Bagi kami jentera yang hanya seramai 10 orang dan terdiri dari bangsa melayu,cina,india kami merasakan ini satu kemenangan yang begitu besar bagi kami..Ini juga amat penting kerana dikatakan secara 'tradisi' bahawa Kerusi fakulti Undang2 merupakan 'indicator' kepada mode pegundi di UKM..kalau ia dimenangi Aspirasi menunjukkan pengaruh mereka masih kuat...Namun jika sebaliknya, maka ini menunjukkan mereka sudah mula patah taringnya..Malahan kali ini, kerusi di fakulti Kejuteraan, perubatan yang juga merupakan fakulti2 'kuat' telah dimenangi Pro M..

Maka jelaslah, dengan kejayaan Pro M memecahkan 2/3 dominasi Aspirasi menujukkan Mahasiswa telah mula berubah. Malahan analisis menunjukkan kerusi bagi Pelajur tahun3,4 yang hampir dimenangi Pro M , menunjukkan pelajar senior sudah arif dan matang dengan politik kampus..Tidak seperti pelajar2 tahun 1 yang masih dibayangi ugutan2 buang kolej,tindakan disiplin dan sebagainya yang jelas membuatkan mereka tidak 'berani' menyatakan suara mahasiswa mereka..

Akhir kata kemenangan PAS di Kuala Terenggau, dan Kemenangan PRO M di UM, jelas menunjukkan kita warga Malaysia telah mula sedar,bangkit dan terus Bangkit. Kita sudah bangun dari tidur.. Namun jelasnya amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan telus,adil dan sepenuh daya yang ada. SYABAS!!! Dari mahasiswa,untuk mahasiswa,kepada ,mahasiswa - Dari rakyat,untuk rakyat,kepada Rakyat!!



http://forstudentpower-org.blogspot.com/

5 comments:

Malaysia Tanahairku said...

Masih ramai lagi mahaisiswa tak berani nak buat perubahan sampai mengekalkan kemenangan Aspirasi di kampus.

Bukannya apa aku rasa tak cukup sebab Aspirasi masih menang.

Yela kita tak boleh berpuas hati dengan pencapaian yang ada

Ahmad Deniel said...

kita masih blm berpuas hati..

tp kepuusan kali ini, telah menunjukkan apa yang perlu diubah dan dikekalkan terutama kpd PRO M dan aspirasi sendiri..mahasiswa pun begitu

Ez the Conspirator said...

Dictatorship wants three things from it's people.

-People be more fear to them.
-People be more poor.
-People be more stupid.

The brain of the nation lies on universities.If these three things happen in university,it will be more fear in the country,poorer in the country,and more stupid people in the country.

Power to the masses!

Cob Nobbler said...

Deniel nko calon ke?Canggih la!

Ahmad Deniel said...

mana ada bro...
tak layak jadi calon akuni..bnyk lagi xcukup di dada:)

aku cuma ketua kempen n manager bg calon fakulti aku..bantu yg mana patut