Monday, January 12, 2009
Saya Silap.
Saya mengaku yang saya silap kali ini.
Saya ingat dengan liberal-democrat mampu mendamaikan dunia ini dari peperangan.Bahkan kebanyakan dari artikel saya,berbau liberal dan ramai yang kurang senang dengan pandangan saya.
Dan ada satu masa,saya bersungguh-sungguh untuk melihat satu hari nanti dua negara Israel dan Palestin,hidup dengan aman damai.
Sama ada pandangan Deniel atau Hafiz yang pro Islamic,dan pandangan Nami yang socialist,saya rasa hanya dengan bersifat sekular mampu menyelamatkan dunia dari perang.
Saya silap.
Dan saya silap sekali lagi kerana saya rasa Israel bukan sebuah negara yang boleh dibawa berunding.
Sekular membawa kita jauh dari Tuhan--saya sudah sedar dan insaf sekarang.
Demi keamanan Palestin,saya menyeru agar semua umat Islam bersatu demi keamanan.
Saya pohon maaf dengan kenyataan lancang saya,kerana saya hanya seorang manusia yang tak lepas dari kesilapan.
Saya amat menyesali kenyataan saya selama ini.
Ezreen Emira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Anda begitu megagumkan saya kali ini..Anda telah mengemblikan 'kepercayaan' saya kpd 'gagasan pemikiran' anda sblm ini..
Tiada apa yang silap...
ia hnya satu ketidakfahaman..Ini yang sering berlaku didalam proses mencari,mengkaji dan memahami sst ..
Kesilapan HANYALAH apbila mlkkn sst kesilapan dan tidak mengaku silap..
saya rasa sekular atau tidak, bukan soal terpenting....
janji yang jahat dan menindas kita mesti lawan...
Baguslah Ezrin ni yang saya seronok nak dengar ni akhirnya awak dah peka dengan mereka yang benar-benar dizalimi.
Tak guna kalau mereka yang dari segi luaran tu nampak hebat, kaya, disiplin, superb , maju tapi pihak macamnila penganjur utama keganasan.
Mamlah pihak yang mendakwa polis dunia itulah sebanrnya pengganas dunia.
Post a Comment