Thursday, January 22, 2009

Austin penerima baru anugerah 'warga emas' WWE?


Seorang ikon sukan hiburan yang bakal bergelar lagenda secara rasminya malam sebelum kemuncak acara sukan hiburan, iaitu WrestleMania.

Beliau bakal memperoleh gelaran Anugerah Warga Emas WWE atau WWE Hall Of Fame

Ramai dah terima anugerah warga emas ni; Hulkster, Nature Boy, ayah dan atuk The Rock, ramai lagilah

Aku memang minat dia sejak 11 tahun lalu dan sehingga kini aku masih respeknya. Walaupun dia berkepala botak tetapi potongan rambut itu memang secocok dengan dirinya

Dulu masa dia ada rambut memang kurang sesuai secocok lawak pun ada elokla dia kasi gondol. Austin dari sejak dia botak sampai sekarang tak nampak tua macamana nak nampak tua dia mana ada uban dah botak rambut pun takde.

Tapi yang pasti dia memang nampak sentiasa muda. Memangla dia tidak sekacak Shawn Michaels dan Bret Hart tetapi hakikatnya beliau jauh lebih berkarisma dan berketokohan daripada kedua-dua lagenda ini.

Dan peminat sering mengundi beliau misalnya pernah dipilih sebagai pengadil jemputan pada acara berbayar WWE Cyber Sunday 2008 World Heavyweight Championship Batista-Y2J di samping calon pengadil lain Randy Orton dan HBK sendiri.

Malah beliau pernah menyandang anugerah Superstar Of The Decade pada acara WWE Aniversary 2003 di New York Time Square menewaskan Bret Hart, Undertaker, Triple H dan The Rock.

Aku pun tak faham jugak kenapa Austin awal benar terima anugerah ni sebab usianya baharu 45 tahun. Adakah WWE ingin menjadikan Austin ni sebagai hak milik eksklusif WWE seumur hidup dengan memberikan anugerah tersebut kepadanya?Ini kerana kesemua penerima anugerah ni tak muncul dalam acara syarikat gusti lain seperti TNA yang dimiliki Jeff Jarret secara ketara

Sama ada penerima anugerah warga emas ni kesemuanya menerima pencen atau pampasan itu pengurusan WWE boleh jawab.

Lainla Eddie Guerrero di mana beliau mati dalam usianya nak masuk 40 tahun, di mana bininya Vickie yang sekarang ni dalam SmackDown! suka jerit "Excuse me" wakilkan untuk ambil bagi pihak laki dia.

Oh Austin adakah kerana beliau sudah tidak boleh bergusti kerana kecedaraannya beliau sudah diberi anugerah ini?

Aku tak cakap ni HOF adalah anugerah khas untuk warga emas WWE yang pencen tapi sebelum ni kebanyakan mereka yang terima semuanyala warga emas dan ada di antara mereka berada di rumahnya pamjang tujuh kaki dan lebarnya tiga kaki.

Tapi Austin adalah penerima yang paling muda lagi berdasarkan dirinya yang masih hidup sekarang ini

1 comment:

nami o fish said...

dah legend dah si botak tu..huhuhuhu!!