Sunday, January 11, 2009

Suara Keadilan; Jauh di mata tetap di hati




Semakin hari aku tengok semua kengkawan Daneil, Pull Tea, Ezrin, Arial, bercakap pasal isu Palestin-Israel. Ini menunjukkan keperihatinan masih mereka tentang isu ini. Walaupun ada tulisan mereka aku tidak komen tapi setiap tulisan aku tetap baca sebab banyak maklumat dan pandangan aku dapat tau.

Malah aku pun baca komen-komen yang kalau aku nak komen pun diorang dah cakap dulu, so aku setujujela.

Hari ni aku nak tulis perjalanan kehidupanku kini. Seperti tajuk di atas tulisan ini, aku baharu sahaja semalam meletakkan jawatan sebagai wartawan dan pembaca proof di akhbar politik; Suara Keadilan. Ini kerana aku dah diarahkan mengajar di Sek Men Keb Taman Tasik Ampang.


Memang kontra betul,dulu kerja dengan pihak pembangkang kini aku bekerja dengan kerajaan. Namu itu tidak menjadi persoalan. Ini kerana aku mahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Jadi walaupun ditawarkan mengajar sebagai guru sandaran sekalipun aku rasa ini adalah caranya untuk aku berbakti kepada masyarakat dalam erti kata sebenar.

Lagipun bidang perguruan ni bukanlah asing bagiku. Pada tahun 2004 sebelum aku masuk USM aku pernah jadi guru ganti di sekolah rendah dekat rumah; SKBHTO 2. Nak kerja dalam bidang aku sendiri entah bila aku boleh dapat aku tak tau ialah aku kan minat dalam bidang seni persembahan ni.

Tapi sekarang aku masih bertekat sebagaimana memula aku kerja di Suara Keadilan. Kerja dulu sebelum dapat kerja yang benar2 secocok dengan diri aku.

Bayangkan dah nak hampir dua tahun, setengah tahun menganggur, jadi daripada takde kerja baik aku kerja asalkan aku survive kerja sebagi cikgu ni pun sementara je kontrak setahun; kecualila dalam tempoh dua tahun prestasi aku baik aku akan diserapkan sebagai guru tetap.

Hakikatnya aku pun tak tau apa jadi lepas ni. Dalam tahun 2010 ini kalau aku masih hidup waktu itu aku pun tak tau adakah aku masih mengajar atau kerja lain atau entahla. Pendek kata sehingga kini aku masih mencari hala tuju dan masa depan

Masa aku bersara awal dari Suara Keadilan,baharula editor aku cakap"Apis ingatkan kalau kau diserapkan dalam bulan ni kau akan ditawarkan jawatan Wartawan Kadet(macam kadet remaja kot) dan bekerja di bahagian online, maknanya aku jadi pemberita Suarakeadilan.com la tak lagi akhbar bercetak macam sebelum ini. La aku nak bersara awal barula cakap, hmmm!

Aku rasa sayu gak bersara awal dari Suara Keadilan. Yelah dapat jumpa MB, MP yang selama ni aku cuma dapat tengok muka di akhbar dan TV. Tapi yang pasti aku juga dah anggap seluruh kakitangan SK macam ahli keluargaku sendiri.

Aku rasa terharu kerana ada kawan yang hubungi aku bertanya kenapa hari terakhir aku kerja aku tak hebahkan ke satu pejabat, lantaran pulak hari Ahad orang kerja pejabat tak kerjala. Aku pun hari tu tau aku dipanggil ajar aku terus buat notis berenti 24 jam. Cuma jumpa penolong editor dulu,yang lain tak cakap lepas tu bila ramai balik yang empat lima orang yang ada dan aku sekali dan namaku diumumkan oleh penolong editor tu bahawa itu adalah hari terakhirku. Lalu aku pun diraging(gurau je) diminta berlakon mengajuk watak ANwar Ibrahim, Nik Aziz, Samy Vellu, kartunis Zunar(ketua editor nasib baik dia dah balik masa tu) dan rakan sekerjaku sendiri. Takpela itu hari terakhirku oklah. Dah tu bila esok(hari nila) yang tak tau pun telefon aku dan ada yang menghantar SMS supaya berpesan menjadi cikgu yang baik kelak. Insya-Allah aku ingat pesanan itu.

Kiranya walaupun Suara Keadilan kini aku jauh di mata tapi tetap dekat di hati.

baru sekarang ni si wartawan SK Online Shafiq Sunny bagi mesej kat Facebook aku
"kau mula rindu aku kan?" saja ko nak sakat aku ye


p/s: Untuk membaca karya luahan perasanku menjadi cikgu, bukaklah blogku; Pria Lembayung dengan tajuknya Sajak: Aku insan penerang

5 comments:

Ez the Conspirator said...

Orang kata hijrah itu fitrah kehidupan,kan Hafiz.

Selamat menjadi cikgu sekolah.Selamat kena dibuli dengan student-student macam Aril,dan selamat dipsycho dengan student-student macam I.

hik hik!

PERUNDANG said...

good luck bro!
tp jngn kau hajar budak2 tu politik yg teruk kat luar ni dahlah..
tp setakat nak bg kesedaran awal tak per..

nnt silap2 anak murid kau hentam kau kat bloh ni.hehe :)

all the best!!

RY said...

jadi cikgu la pulak...


selamat pagi cikgu

huhu

nasiblah kalau ko dapat student mcm nami

Cob Nobbler said...

Masa jadi cikgu sandaran dulu,Hafiz hari2 kene ngorat dengan budak darjah 4...

fuyooo..dapat awek muda2 je.

Aku dapat yang tua-tua..yang form 4 je.Adeh sedihnya..

Untung Apis ni.Heheh!

Malaysia Tanahairku said...

Selamatla aku kena ceramah takut2 dibuli oleh bebudak nanti. Dulu di sek rendah berjaya memujuk tapi budak remaja ntahla

Tang politik takdela kot tapi kalau ditanya boleh gak aku cuba-cubaan menyusup hehe

Dapat student macam Namy alamatnya aku suruh dia jadi ketua tingkatan, takpun aku punya tukang angkut beg aku haha

Okla aku dapat yang muda kalau jaidi kawhin pun nanti bila aku dah berusia 40 an dia masih lagi muda hahhaha