Monday, January 26, 2009
Tolong jangan maki hamun dalam ruangan komen
Membaca komen Dr.Ahmad Izham dalam tulisan Ezrin bebaru ini dan tulisanku mengenai Obama bebaru ni mengundang kedukacitaan dalam sanubariku.
Kenapa blog federasi ni mesti ada caci maki hamun sesama blogger? Amat mengecewakan kerana tindakan caci maki ni dah berleluasa dalam blog kumpulan ini. Aku memang rasa tersinggung dan sedih sangat dengan komen-komen yang penuh caci maki ini.
Aku menyeru kepada blogger-blogger sekalian supaya selepas ini tolonglah hentikan tindakan caci maki ni terutamanya ketika hendak memberi komen terhadap tulisan blogger lain.
Kalau tulisan blogger tersebut nnyata menyinggung perasaan anda, boleh memberi komen dan teguran tetapi janganlah penuh dengan ayat yang benar-benar korang benci dan menyampah habis dengan blogger tersebut.
Bebaru ni aku ada membuat kenyataan tindakbalas terhadap Obama yang mahu meneruskan hasrat mahu membantu Israel menentang Palestin. Aku dah bagi tau siang-siang bahawa aku tak benci Obama tapi cuma tak suka kenyataannya itu takdela aku sampai benci dia dan ahli keluarganya.
Maka datanglah komen yang kasar bahasanya kata oh kau cakap pasal gusti WWE boleh pulak? Aku cakap pasal isu Obama cakap begitu takde kena-mengena dengan gusti. Tapi yang amat ku kesalkan bahawa komen yang diberi seolah-olah aku ni sangat jahat dan terkutuk di mata mereka yang bagi komen ni.
Tindakan aku sekadar mengulas kenyataannya dan aku dah cakap kalau dia ubah dasarnya pendirianku terhadap Obama berubah. Dan aku juga melahirkan harapan supaya Obama akan menwujudkan keamanan lepas ni
Dengan tulisan tu aku boleh tau melalui komen mereka siapa yang sokong belah mana. Tapi itu tidak penting bagiku kerana apa yang kuharap biarlah komen itu tidak ada maki hamun lagi.
Sebabnya aku tidak mahu ada unsur permusuhan yang berpanjangan, hanya semata-mata mengulas satu isu maka, hendak berpanjangan konfliknya.
Di sini aku mahu menyeru kepada abang Ezrin, Aril Sulaiman supaya menghentikan caci maki komen engkau dalam tulisanku. Aku takde sebarang masalah dengan kau, kenapa kau mesti banyak tulisanku kau tak pernah nak memberi komen dengan sopan santun sebaliknya asyik maki aku seolah-olah aku ni jahat sangat di mata kau? Takkan semua isu yang aku kupas kau nak maki?
Selama ini kau selalu mencemuh aku dalam komen dan aku harap lepas ini hentikan perkara ini. Aku minta dengan cara yang baik jadi aku harap kau boleh bertindak dengan baik juga tanpa ada rasa nak maki nak marah.
Aku takde buat salah pun pada kau dan Ezrin pun jadi aku minta lepas ni kalau kau tak mau komen tulisanku pun takpe. Tapi kalau kau nak komen sekalipun janganlah dengan ayat yang kasar dan menyakitkan. Lagipun aku tak pernah anggap kau musuhku, malah aku ingin lagi mahu berkawan dengan kau.
Memang di kalangan para blogger ni memang banyak pandangan berbeza berdasarkan pengalaman berbeza. Tapi kalau tak puas hati dengan tulisan sesama blogger yang rasa tak kena dengan jiwa, pemikiran dan ideologi anda tolong jangan komen dengan bila dibaca penuh dengan nada maki hamun seperti sudah membenci dendam kesumat tidak sudah.
Sedangkan dalam gusti pun berlakon je, gaduh sesama tapi lepas tu minum kat kedai, kalau di Malaysia diorang mesti lepak minum di mampley ABC Cheras Perdana.
Pendek kata tolong jangan komen maki hamun lagi boleh? Please? We want peace!
Aku di sekolah menjadi guru yang paling popular pada sesi petang, sebabnya aku jarang maki bebudak walaupun mereka sering membuat perkara yang menyakitkan hati aku sebagai cikgu mereka. Hanya cakap bebaik dan lembut tanpa maki hamun menyebabkan bebudak sekolah tu rasa dihargai dan akhirnya tidak lagi membuat perkara yang menyakitkan hati sebaliknya aku sering didatangi para pelajar ketika di sekolah. Ini semua kena pakai psikologi! Wah popularnya aku macam selebretilah pulak!
Lepas ni kalau dah baca tulisan ni, tak nak komen takpe tapi kalau nak komen juga tolong jangan marah-marah lagi. Komenlah dengan ayat yang sopan santun supaya tidak menimbulkan prasangka buruk dan permusuhan berpanjangan kita sesama manusia. Kalau asyik nak marah-marah takde untung pun malah boleh dalam sakit jantung darah tinggi lagi. Komen yang memaki aku selama ni aku tak akan padam tapi yang lepas itu biarlah berlalu, jangan biarkan perkara ini berpanjangan
Be cool don`t be emotional to everyone
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa,
Budi bahasa budaya kita,
Bolehkan Dr.Ahmad, bolehkan Aril Sulaiman? Lepas ni aku pinta jangan serang lagi.
Ezreen saya harap awak pun tak marah sangat saya dalam komen lepas ni..
;-) Peace
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
mana ada caci maki pun en Nobody's perfect.
aku selalu baca komen2.
tak jumpa pun caci maki. kata 'cikgu', caci maki tu lain maksudnya. ni komen yang sebetulnya. cuma ianya tak sama dengan apa yang anda fikirkan je.
sbb tu cara nak keluarkan fakta/pandangan pun kena pandai karang ayat. sbb tu la aku tak nak buat entry yang 'berat2' ni.
pasal kes cik E keluarkan sebab musabab rakyat m'sia yang enggan pulang ke tanah air, Dr Ahmad pulak yang emosi. nak buat mcmana, itu yang cik E nampak. mungkin nampak aku sokong sangat kat cik E dan Aril, tapi itu pandangan masing2.
setakat takde la caci maki tapi bg yang cepat kecik ati, mmg terasa la kut. huhu.
aku tak nak tegur bg yang komen mcm2. aku cuma nak komen entry yang berani mati. kalau x berani nak discuss, tak payah la nak buat entry 'berat2'
razor
penganggur!
This blog is all for us.Anyone who want to join as a writer on this blog,must behave and be responsible for this blog.
-Any provocation towards another member of federation are prohibited.
baca rules kat atas ni sudah...huhu!
nak berdebat boleh,tapi jangan emosi la..keluarkan fact laa..tu jer..
I'm taking note guys.
You ni Hafiz,perhaps you tak kenal abang I Aril..dia memang macam tu..
Tadi dia gelak2 je baca comment you..dia memang suka buat orang macam tu la.Dia nothing against u pun..sekadar saja suka bahan2.
Ala dia dah nak kahwin pun,give him a break la,okay?
;-)
“It may be said that anti-riot law leaves a person free to express his principles in a non-provocative way. But that misses the connection between expression and dignity. A man cannot express himself freely when he cannot match his rhetoric to his outrage, or when he must trim his sails to protect values he counts nothing next to those he is trying to vindicate. It is true that some political dissidents speak in ways that shock the majority, but it is arrogant for the majority to suppose that the orthodox methods of expression are proper ways to speak, for this is a denial of equal concern and respect.”
Hafiz
Kamu tidak perlu nak ajar saya ok. patutnya kamu perlu nasihatkan dia supaya tahu menghormati orang.
Post a Comment