Wednesday, December 31, 2008

WE WANT PEACE FOR THE WORLD FOREVER AND EVER




Aku berasa bangga dengan penunjuk perasaan di Jerman, Perancis, Indonesia, Itali, Venezuela, Australia yang membantah keganasan Israel terhadap Palestin.

Malah di Malaysia gerakan anti keganasan Israel telah ditunjukkan dan kelibat pemimpin Malaysia yang aku nampak adalah Mat Sabu dan Salehuddin Ayob, Ketua Pemuda PAS merangkap MP Kubang Kerian.

Yela kat Malaysia mana ada kedutaan Israel jadi terpaksa serah memorandum kat kedutaan Amerika Syarikat yang bersekutu habis dengan Zionis ni.

Tak kirala walau siapa atau dari pihak mana yang penting kita telah sepakat untuk membantah kezaliman Israel sebab kita mahukan keamanan.WE WANT PEACE!

AKu berharap lebih ramai masyarakat dunia tampil membantah kezaliman Israel tak kira Muslim ke bukan Muslim ke, dari Eropah ke, Amerika ke, Asia ke, Afrika ke yang penting semua pihak bersatu membantah kezaliman ini supaya dunia ini aman.WE WANT PEACE!

Bukan sebab Peace ni nama aku maka aku sekadar ucapkannya tapi aku nak biarla semua manusia di dunia ini dapat tampilla ke hadapan membantah kezaliman ini, tak kira melalui tunjuk perasaan jalanan ke, internet ke, SMS ke, atau media cetak dan elektronik ke, petisyen ke.....

Aku mau dunia ini aman dan selamat didiami oleh semua orang tanpa kira agama, dan bangsa.

Setakat ini sudah lebih 350 orang Palestin dibunuh dengan kejam oleh Zionis.

Israel-Zionis ni kalau kita merayu melutut menangis keluar air mata darah pun belum tentu nak henti buat keganasan. Takpe kita akan cuba lagi sampai jaya.

Dulu kempen Aman Malaysia telah dilancarkan oleh Tun Chedet tahun 2002 di Bukit Jalil yela anaknya pengerusinya. Seluruh rombongan Lower Form 6 termasuk aku menjerit "WE WANT PEACE" aku rasa terharu sebab mereka semua mahukan aku kerana sayangkan aku....hahaha

Kepada pembaca tulisan ini, teruskan usaha, doa dan sabar moga kita berjaya memperjuangkan keamanan sejagat!



WE WANT PEACE!

8 comments:

Dr.Ahmad Izham said...

Tahniah saudara semoga perjuangan kita ini direstui Allah

Ez the Conspirator said...

Kebanyakan orang macam awak,selalu meminta keadilan kepada Palestin.

Ya,memang Israel selalu membunuh orang Palestin,dan Gaza menerima penderitaan yang sangat teruk dari Zionis.

Tapi anda semua selalu ingat ini adalah pergaduhan antara agama.No at all,both of you.

Ada orang-orang Judaisme yang menentang pembentukan negara Israel.Ada Yahudi yang menentang Zionis,dan ada Yahudi tidak sukakan Israel.

Seperti yang saya selalu cakap,peperangan ini terhasil apabila sesuatu kaum/puak/kelas/agama terlalu taksub dan ekstrem terhadap kumpulan mereka dan mahu menghapuskan antara satu sama lain.

Ya,memang golongan Zionis yang menguasai Knesset memang golongan yang ekstrem terhadap Judaisme dan kaum mereka Yahudi,tapi puak-puak Hamas dan Hezbollah yang diketuai mullah-mullah yang ekstrem,mahu menghapuskan kaum Yahudi di Tebing Barat,tak salah?

Masalah attitude orang Arab ni memang orang dah tau dah.Ini bukan sebab agama,agama Islam tak ajar kita bedil rumah ibadat orang Yahudi macam Hamas buat.Agama Islam tak ajar kita bunuh orang Yahudi macam Hezbollah buat.

So,it will be back to square one kalau orang-orang Palestin sendiri yang tak nak ubah perangai kepala batu mereka tu.Ya,kepala batu Israel kamu semua nampak,kepala batu Palestin?

Cuma dalam hal ini,Israel memang kejam.80,000 nyawa melayang dalam peristiwa Sabra-Shatilla.Itu saya tahu.Tapi kalau kebangkitan intifada ini hanya nak menunjuk siapa ada kekuatan senjata,anda semua buang masa.

Malaysia Tanahairku said...

Aku menyeru kepada mereka bukan sekadar atas nama orang Islam tetapi atas nama perikemanusiaan sejagat. Aku mewakili seluruh manusia tanpa mengira agama dan bangsa atau mana-mana negara di dunia ini.

Aku percaya setiap manusia di dunia ini tetap mahukan keamanan, walaupun mereka ada masalah antara mereka hingga bergaduh.

We still want PEACE!No matter who you are...

Cob Nobbler said...

madey buat yayasan perang..huahhuaaahh!!

PERUNDANG said...

cakap-cakap manusia ini ada dua.. satu ckp-ckp org yang hnya melihat dari jauh dipaparan monitor, dan ckp-ckp org yang melihat di depan matanya ayahnya,abangnya,adiknya mati dimamah peluru-peluru israel juga berbeza...

Ada orh lbh suka menghujahkan bila kita diserang ,kita hanya perlu senyap..mediamkan diri..biarlah dibedil samapai mati ibu,ayah didepan mata..senya saja..itu baru namanya mencari keamanan..tidak melulu membalas..tunggu rundingan..jangan diserang balik..jawabnya pasti kemusnahan..

bagi satu pihak lagi, nila diserang,maka mereka membalas..Sebab itu saja cara yang dapat mempertahankan diri,harta dan keluarga.. Ini saja caranya..ke ada cara lain? berdamai?rundingan..semua itu sudah jelas hanya dogma kebodohan

Kita bercakp semua ini masih atas dasar itu bukan tanah air kita,yang mati itu bukan mak ayah kita..kalau kita adalah subjek semua itu sudah pasti jawapanya bukan ini. Bagi penulis secara peribadi dari mendiamkan diri, intifada itu ada lbh baiknya..Rundingan? bull shit...semua teori-teori orang politik ini hanya dogma kejahilan..

Urusan salah atau tidak intifada itu, sudah terletak di tangan pihak-pihak yang bertelagah.Orang yang menyoal, perlu ditanya dulu apa sumbangan mereka di dalam mebantu dan mengatasi isu ini..ada? tiada, hanya teori-teori sains politik yang dimegahkan lantaran keagungan idealis tanpa batasan.. Praktikalnya palestine terus menderita..israel? penderitaan mereka bernisbah 1:100 berbading palestine..

Cob Nobbler said...

wowowoo...
rilek2..

aku rasa baik daripada kita sibuk "berperang" di ruang siber ni sesama sendiri,baik kita fikir..

dimana salah silapnya diri ni sampai kita ni terjajah?

pada aku la,selalunya bila kita tertindas,kita selalu menyalahkan pihak yg menindas kita,tapi pernah tak kita salahkan diri sendiri?

kenapa fatah dengan hamas berperang sesama sendiri?kenapa mesir tak nak bukak sempadan kat gaza?

deniel,ezreen mungkin pandangannya agak westernized kerana dia pun dah imune dengan sistem kat sana.cara dia berfikir dengan kita tak sama.

tapi difikir-fikir balik la,pernah tak kita salahkan kelompok gedebe2 kat palestin yang berperang sesama sendiri tu?

fikir balik.

PERUNDANG said...

aku tak berperang pun :)

berkongsi idea jer..panas2 ckt :)

btl juga ckp kau..soal hamas dn fatah juga satu isu..jwpn dari aku mudah jer..semua tu menunjukkan 'ukhwah islamiah' yang sudah tidak ada sesama kita..pentingkan diri sendiri..jaga periuk nasi masing2..

Ez the Conspirator said...

now you know what i mean,deniel.