Monday, December 22, 2008

"Bilik Sulit"




Pementasan teater 'Bilik Sulit' sempena "Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa" atau "International Human Rights Day" memang gempak best gile. Kalau nak tau pengalaman aku sendiri termasuk sambutan penonton pada teater ini bukaklah matarakyatmalaysia.blogspot.com. Ulasannya dalam sudut berbeza, tapi masih dalam topik teater 'Bilik Sulit'. Bukak tau jangan tak bukak! Tajuk rencana itu "Sambutan hangat teater 'Bilik Sulit'

Dipentaskan di Bar Council Auditorium(Majlis Peguam punya) sebelah CM dari 20 Dismeber dan menyusul tiga malam berikutnya. Teater ni memang imbasanla pengalaman indidvidu yang pernah ditahan.

Dari mula pementasan pun kita dapat lihat lakonan semula(dah nama pun drama pentas, lakonanla) seorang tahanan ISA yang diheret oleh empat anggota polis cawangan khas atau Special Branch(SB)

Memang kesian tahanan tu walaupun lakonan semula tapi lantai pentas dia rata dengan lantai penonton kira sama ketinggianla, tak macam pentas prosenium dalam Panggung DBKL, IB, layar perak yang macam bingkai gambar habis.

Set memang cantik gempak memang realisme la dalam sel tahanan sulit atau lebih senang nak sebut lokapla. Tapi lampu pentas macam profail, fresner(orang yang belajar pementasan dan teater mesti tau lampu basik macam ni) takdela dah ruangnya kecik.

Kalau nak mintak kat Panggung DBP ke jangan mimpila. Nak buat di tepi jalan macam "Street Theatre" nak mampus? Ini teater anjuran Suaram, Majlis Peguam dan Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) terang-terang geng gagasan parti pembangkang Malaysia yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat, bukannya teater anjuran DBP, Kekkwa, yang memuji kerajaan. Teater ini kutuk ISA abis

Lagipun aktivis Reformasi 1998 Hishamuddin Rais wajar dipuji kerana drama karya dan arahannya ini memang benar-benar menyentuh perasaan aku abis.

Berbalik kepada jalan cerita drama tadi memula 4 orang SB pun paksala tahanan ISA tu supaya bongkar rahsia kegiatannya.Dia ditangkap sebab kononnya memalsukan maklumat tentang kerajaan


Dia degil dah tu kena pukul, kena injak badannya, nak melawan? Macamana nak melawan tangannya bergari, matanya diikat jadi tak nampakla. Lepas tu SB mintakla bagi kerjasama dan menandatangani surat yang menjamin dia dibebaskan tapi tahanan tu tetap tegas dengan pendiriannya. Memang dia ni pejuang habisla. Tak gentar walaupun hujung pisau dihunus ke leher!

Lepas dera secara fizikal SB ni main mental-emosi pulak apabila pegawai polis tersebut mengugut tentang keselamatan anak bininya.

Yang SB ni pulak bila diorang berborak sesama sendiri barula aku tau yang diorang ni kroni Datuk itu Datuk ini, diorang ni kira tutup kes orang besarla!

Dan klimaksnya pula, watk 4 orang SB ni tetiba 'freeze' dan akhirnya tahanan itu membuka ikatan matanya sambil bermonolog mencerca kezaliman polis dalam menyeksa tananan tanpa bicara macam ni. Memang realiti campur fantasila.

Melalui teater ini barula aku dapat lihat gambaran sebenar tentang pengalaman tahanan

1 comment:

Cob Nobbler said...

haha..tunggu la kat penang nanti huahaha!aku pergi!