Saturday, December 6, 2008

Ezreenologi.


Sekiranya saya,Ezreen Emira Sulaiman,dilantik sebagai pemimpin dunia,ada beberapa perkara yang ingin saya gariskan untuk penduduk dunia keseluruhannya.

-Perbezaan fahaman,agama dan bangsa.

Seperti yang kita tahu,di dunia ini ada pelbagai jenis manusia,baik dari segi fahaman,agama,bangsa,warna kulit dan sebagainya.Jadi perkara pertama yang saya ingin lakukan ialah menubuhkan sebuah Majlis Agama Sedunia,atau setidak-tidaknya Persekutuan Ahli Kitab Sedunia.Ahli Kitab yang terdiri dari 3 agama utama dunia,Islam,Judaism dan Kristian,perlu duduk semeja dan berbincang tentang fahaman masing-masing,dan mencari solusi dan menyelesaikan masalah,dari mencari titik perbezaan dan perasaan cuba menguasai antara satu sama lain.Masalah di Tebing Barat dan Gaza semakin memuncak dengan krisis kemanusiaan antara Arab dan Yahudi,Islam dan Judaism,Hamas dan Zionis,dan ini memerlukan titik noktah dalam pertelingkahan ini.Daripada semuanya mengangkat senjata dan membunuh sesama sendiri,lebih baik bekerjasama dan berbincang untuk kesejahteraan manusia.Tambahan,agama tidak mengajar kita untuk berbunuh-bunuhan antara satu sama lain,tetapi untuk perdamaian.

Dimana lagi tempat yang lebih baik selain dari Baitulmuqadis atau Jerusalem.Dan biarlah sempadan tanah dibahagi sama adil,dan sama rata,dan penganut agama masing-masing boleh menganut agama tanpa sekatan.

Masyarakat hari ini perlukan tindakan multilateral untuk berjaya.Dan Islam,Judaisme dan Kristian perlu berganding bahu bagi menyelesaikan krisis yang ada pada hari ini.Inilah fungsi agama yang sebenar,menyelesaikan masalah,bukan mencipta masalah.

Selain itu,fahaman bersifat ekstremis dan mahu menguasai antara satu sama lain hendaklah dibuang,kerana ini adalah benih kepada terrorisme,yang seterusnya membawa kesengsaraan kepada dunia.Tindakan unilateral tidak akan membantu,tidak ada siapa yang betul,dan tidak ada siapa yang salah.Kita harus berkongsi antara satu sama lain.

Selain itu,masalah krisis di India dan Pakistan perlu diselesaikan dengan damai.Perlu diingat pemisahan Pakistan dari India adalah kerana perbezaan agama,dan kerana itu mereka berpisah.Masing-masing mahu membuktikan agama mereka yang paling benar.Kerana itu,saya membantah sekeras-kerasnya pentadbiran khilafah kerana ianya bukan sahaja bersifat unilateral kepada penganut Islam,tetapi boleh menyemai semangat berbelah bahagi kepada agama lain.Kerana khilafah perang Salib berlaku,kerana Kristian mendakwa mereka yang benar,Islam turut mendakwa mereka yang benar.Lalu golongan Zionis pun muncul dan turut mendakwa mereka yang benar.Di India,Hindu mendakwa mereka yang benar.

Pemahaman terhadap budaya dan agama lain hendaklah digalakkan,bagi mewujudkan kesefahaman.Dan sebarang selisih faham hendaklah diselesaikan melalui meja rundingan.Antara kegagalan rundingan damai untuk Tebing Barat adalah kerana keengganan Hamas untuk meletak senjata dan terus menyerang orang Yahudi,dan keegoan Zionis untuk terus menguasai bumi Palestin.

Selain itu,United Nations hendaklah memainkan peranan penting selaku "international governance body",yang akan memupukkan kefahaman budaya,agama dan bangsa antara satu sama lain.Kuasa veto dalam Security Council hendaklah dihapuskan,sejajar dengan slogan "liberty,equality and fraternity".

Penubuhan Persekutuan Ahli Kitab Dunia adalah penting demi keamanan dan kemakmuran dunia,bukan sahaja untuk Israel dan Palestin.Oleh itu,Imam Besar Masjidil Haram,Rabai Besar di Israel dan Pope hendaklah bekerjasama,bagi menjadikan perang satu perkara yang dibenci dalam agama dan norma masyarakat.

"We don't need guns and weapons to protect us,our weapon is love"-Sherina Ellyana Sulaiman.

-Penghargaan terhadap wanita.

Saya percaya terhadap kebolehan seseorang manusia,tidak kira sama ada lelaki atau wanita.Semua hendaklah diberi taraf yang sama,kecuali dalam sesuatu perkara(seperti yang disyariatkan dalam Islam,wanita tidak boleh menjadi imam).Tetapi dalam soal pentadbiran,seharusnya wanita diberi peluang untuk mentadbir.Wanita juga mampu mentadbir dengan baik,jika ia diberi peluang.Ia tidak ada kait-mengait dengan fitrah manusia,kerana seorang ibu boleh memimpin sepuluh anak dengan baik,tetapi seorang ayah belum tentu lagi.

Emansipasi terhadap kaum wanita hendaklah diterapkan dalam nilai-nilai budaya,agama dan bangsa.Ini penting kerana kaum wanitalah yang paling banyak membantu dalam menjayakan sesuatu,terutamanya pengorbanan dan kesengsaraan yang kami telah hadapi selama manusia telah ada di muka bumi ini.Wanita ini perlu dipandang dengan hormat,dan kami wanita tidak mempunyai sebarang masalah jika lelaki mahu memimpin,dengan syarat,lelaki itu biarlah ada kredibiliti,jika wanita ada kredibiliti,dia hendaklah tidak diketepikan,tetapi diberi peluang.

Keegoan lelaki menerima wanita sebagai pemimpin,yang disokong dengan fatwa-fatwa sebegitu,hendaklah difikirkan semula,kerana saya yakin,wanita juga mampu mentadbir dengan baik.

"Women is a key element of human survival.Men can't evolve without women."

-Tenaga.

Masalah tenaga kini semakin meruncing,dengan penggunaan bahan api fosil secara meluas,dan seterusnya mencetuskan masalah pencemaran,dan global warming yang semakin serius.Penggantungan terhadap bahan api fosil ini seolah-olah membuktikan penduduk dunia ini ketagihan terhadap petroleum dan gas.Dalam kajian baru-baru ini,penduduk California menggunakan bahan api fosil lebih banyak daripada keseluruhan benua Afrika.

Jadi,penggunaan renewable energy seperti angin,solar dan ombak hendaklah diperluaskan.Badan-badan pengeluar seperti OPEC hendaklah serius menangani masalah ini,bukan hanya berbincang dan menentukan harga pasaran minyak satu barrel semata-mata.OPEC hendaklah berani membuka lembaran baru,dengan memberi dana kepada renewable energy source ini.

Tetapi,dalam usaha mencari renewable energy source ini,janganlah terlalu difokuskan terhadap industri tenaga,sehingga mengabaikan industri makanan.Di Brazil,separuh dari tanaman tebunya dikeluarkan untuk pengeluaran ethanol,seterusnya meningkatkan harga gula.Pengeluaran ethanol seharusnya hanya menjadi industri sokongan,bukannya industri tenaga yang utama.Ini kerana selain meningkatkan harga barangan,terutamanya makanan,ianya menyebabkan penebangan hutan-hutan besar seperti Amazon dan hutan besar Afrika.

Negara-negara di kawasan gunung berapi hendaklah untuk tidak menganggap bahawa mereka bernasib malang,kerana mereka boleh menjana keuntungan dengan membina janakuasa geoterma di kawasan tersebut.

Negara-negara berhampiran Khatulistiwa hendaklah menggunakan kebaikan yang mereka ada-hampir dengan matahari.Jika mereka semuanya menjanakan tenaga matahari sebagai sumber tenaga,dianggarkan mereka mampu mengurangkan penggunaan bahan api fosil sebanyak 30 peratus menjelang 2040,menurut kajian University of Calgary.

Jadi,sebelum global warming datang tiba,hendaklah kita bersiap sedia demi kesejahteraan sejagat.

1/10 dari sumber air tawar dunia datang dari Greenland.Sekiranya semua ais ini cair,ianya akan menyebabkan suhu di Amerika Utara akan menjadi semakin sejuk,banjir besar di bandar-bandar besar seperti New York,London,Lisbon,Lagos,dan menyebabkan lebih panas di kawasan-kawasan subtropika dan tropika.Gurun Sahara membesar 8 peratus sepanjang 50 tahun yang lalu.

"Global warming is real.Whether we taking action or not,they will come,soon or later.The matter is,to make it slow down,at least from now."-William J.Clinton.

-Ekonomi

Masalah ekonomi yang berlaku pada hari ini ialah kerana manusia yang ada suka membelanjakan lebih dari apa yang mereka mampu.Penggunaan credit card yang berleluasa disamping budaya materialism yang keterlaluan,commercial ads yang melampau serta keghairahan orang berbelanja menyebabkan hutang semakin meningkat.Dianggarkan purata penduduk California mempunyai 3 credit card dalam satu-satu masa.

Reaganomics yang dijalankan oleh Ronald Reagan pada pentadbirannya sekitar 80an telah mewujudkan masyarakat terus ghairah untuk berbelanja.Reaganomics ialah satu dasar ekonomi yang dijalankan oleh Ronald Reagan,dengan menghapuskan cukai,dan seterusnya rakyat terus ghairah untuk berbelanja.Akibatnya,kerajaan US mengalami hutang yang serius,daripada pemberi hutang terbesar kepada penghutang terbesar dunia.Pada akhir pentadbiran Reagan,Amerika berhutang US$10 trillion kepada dunia.Salah satu pemiutangnya ialah jirannya,Canada.Jadi,kemelesetan ekonomi yang berlaku di Canada hari ini adalah kerana keengganan Amerika membayar hutangnya kepada Canada.

Jadi,sekiranya kita manusia mempunyai kesedaran terhadap kemampuan kita berbelanja,jadi kita tidak akan terjerumus dengan masalah ekonomi ini.Manusia akan terus dibelenggu sekiranya hutang masih dikelilingi dalam hidup.Amerika berhutang kepada dunia,dan keengganan mereka membayar hutang,menyebabkan kita semua,bankrupt.

Progressive tax adalah satu cara penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.Cukai progresif ini diwujudkan untuk kerajaan membiayai projek-projek awam seperti hospital,jalan raya,keselamatan etc.Universal healthcare adalah satu cara kerajaan menunjukkan yang mereka prihatin terhadap rakyat.Sekiranya wang cukai ini berlebihan ianya wajar dipulangkan kepada rakyat.

Pun begitu,saya tidak percaya kepada sosialisme.Ini kerana sosialisme sudah lama gagal,dan bakal gagal.Sosialisme adalah untuk apa yang dikatakan oleh Ronald Reagan,"socialist lazy bum",seorang yang mengharapkan kerajaan untuk membantu mereka.Ronald Reagan menyebut,"government is not a solution,government is the problem".Tetapi kata-kata Ronald Reagan ini bukan semuanya perlu dipakai,dan bukan semuanya perlu dibuang.

Pergantungan diri terhadap kerajaan hendaklah dibuang.Ini kerana ianya akan mewujudkan masalah dalam negara itu sendiri.Masalah defisit dalam perbelanjaan selalu saja wujud dalam negara sosialis.Akibatnya,sejak keruntuhan Soviet,Russia mengalami defisit hutang yang tinggi,dan akibatnya kerajaan menjual kepentingan-kepentingan mereka dengan "wholesale".

Sistem ekonomi Islam hanyalah saduran dari apa yang saya namakan,Islamisasi.Dan ianya hanya akan membuatkan penganut agama-agama lain merasakan ada sifat unilateral dalam agama ini.Yang paling penting dalam ekonomi ialah KERJASAMA.Dan kerjasama ini yang selalu dilupakan dalam element ekonomi ini.Sistem yang terbaik ialah perdagangan dua hala yang adil,selain dari pengurusan hutang dengan baik.

Dalam kegawatan ekonomi,kita sering dengar pembuangan kerja secara besar.Selalunya beribu-ribu pekerja diberhentikan untuk menyelamatkan syarikat.Selepas jerih perih dan kepayahan,layakkah mereka dipecat dan diberi sedikit wang untuk survive seminggu-dua?

Seharusnya syarikat-syarikat besar ini bertanggungjawab untuk membantu pekerja-pekerja mereka ini.Instead memikirkan kekayaan profit syarikat,lebih baik mereka memikirkan masa depan pekerja-pekerja ini.Antaranya,pembiayaan pendidikan anak-anak pekerja,dan insurans keselamatan pekerja.Ini yang harus diberi tumpuan,bukan mahu membantu syarikat semata-mata.

$700 billion telah dikeluarkan oleh Amerika Syarikat bagi membantu industri dan sistem kewangan mereka,tetapi kemana wang itu disalurkan?Ke dalam syarikat,atau dipanggil,bailout.Bailout ini seolah-olah hanya mahu menyelamatkan seorang dua CEO dalam syarikat,berbanding mahu menyelamatkan keseluruhan organisasi,daripada CEO hinggalah ke pekerja bawahan.Adalah tidak adil sekiranya mereka pekerja-pekerja ini,yang bertungkus lumus membantu syarikat,dibuang dan dipecat sebegitu sahaja.

Selain itu,negara-negara yang kaya tidak hanya meletakkan duit mereka kepada negara-negara miskin semata-mata.Harus diingat,manusia tidak akan survive dengan hanya wang derma.Oleh itu,pelabur-pelabur hendaklah berani mencebur dan meneroka kawasan baru untuk kawasan miskin ini.Negara-negara Afrika selalu memohon pinjaman dari negara-negara besar,akibatnya mereka menanggung hutang yang tinggi dan membebankan rakyat.Pemimpin bermewah-mewahan di Paris,London dan Rome,manakala rakyat ditindas dan dihimpit dalam perang saudara.

Jadi,konflik perang saudara di Afrika ini hendaklah dihapuskan dengan cara pembahagian kekayaan secara adil.Pemimpin diktator seperti Robert Mugabe hendaklah dibuang terus,manakala keutamaan hendaklah ditumpu kepada rakyat.Korea Selatan merupakan sebuah negara paling termiskin pada tahun 1950an,tetapi hari ini menjadi antara negara termaju di Asia,kerana pelabur-pelabur Amerika yang melabur di situ,dan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat,bukan dengan kepentingan sendiri.Jadi jika negara sekecil Korea dapat dibuktikan,dengan ketiadaan sumber alam,bagaimana dengan benua sebesar Afrika dengan penuh sumber alam?

Key element dalam Ezreenology in Economy:-

1.Belanja dengan apa yang anda mampu.
2.Sosialisasi tidak membantu rakyat.
3.Kerjasama antara negara ialah penting.
4.Syarikat besar dan pekerja adalah saling memerlukan antara satu sama lain.
5.Yang besar bantu yang kecil,supaya yang kecil membantu yang besar.

"The world can feeds everything you need,but can't feed your greed".

Jadi,setakat ini yang saya dapat fikirkan,buat masa ini.Sebarang argument sangat dihargai,kerana argument boleh membentuk satu pemikiran yang baik.

"Ideas created from arguments"-William J.Clinton.

10 comments:

Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...

Siapa cakap lelaki begitu ego nak terima wanita jadi pemimpin. Dalam sejarah hidup saya hinnga kini tiadak ada kumpulan lelaki tunjuk perasaan bantah wanita jadi pemimpin apatah lagi memimpin orang lelaki juga. Tidak ada!


Di Britain kini yang jadi raja adalah pempuan, Ratu Elizabeth 2, tiada bantahan serius dari oleh lelaki di sana. Malah Britain pernah dapat pempuan jadi PM, tiada siapa bantah. Kalau adapun hanyalah kelompok minoriti yang pasti tidak dilayan.

Di Amerika, Hillary telah jadi calon Presiden AS menentang sektu separtinya dalam Demokerat, Obama.
Kemudian walaupun Obama menang Obama langsung tak kecewakan Hill lalu lantik Hill jadi setiausaha lagi dalam kabinetnya kelak. Malah Sarah Palin dari Republikan berhasrat nak cabar Obama dalam penggal kelak. Saya yakin takde sorang bantah.

Di Malaysia, Presiden KeADILan Wan Azizah cipta sejarah jadi Ketua Pembangkang Wanita pertama Malaysia. Malah kalau Pakatan Rakyat menang 8 Mac lalu, Azizah akan jadi PM pempuan pertama M`sia. Walaupun Anwar dah ambilalih jawatan Ketua Pembangkang tapi Anwar takde hasrat nak ambil jawatan Prseiden KeADILan dari bininya. Malah semua MP PR sokong Azizah. Jadi adakah hak pempuan di Malaysia jadi PM dinafikan?

Di Filipina sehingga kini Gloria Aroyyo Macakagal jadi Presiden Filipina lagi sampai kini takde siapa nak bantah di kalangan rakyat lelaki Filipina. Malah Nami pun pernah cakap pada saya bahawa dia sukakan Aroyyo yang baginya masih hot&spicy dan bergetah walaupun dah berusia 200 tahun.

Dalam sejarah Kelantan, Cik Siti Wan Kembang pernah memerintah negeri ini.

Begitu juga zaman sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka yang terbilang di pelusuk nusantara, empayar Majapahit sebelum zaman kegemilangannya berakhir pernah diperintah oleh ratu. Hebatkan wanita?

Sesungguhnya JH memang dah rasa kepimpinan wanita sejak di rumah lagi. Ini kerana ketika ayah JH keluar kerja, ibu JH yang selalu pimpin JH sehingga menjadi manusiala jugak. Seorang wanita bergelar ibu adalah menagmbilalih peranan bapa di rumah ketika bapa keluar kerja.

Biasanya anak lelaki lebih rapat dan kamcing dengan mak, anak pempuan dengan bapak. So kami orang lelaki sangat terharu dengan ibu kami yang memimpin kehidupan kami, walaupun bapa memainkan peranan itu ketika di rumah.

Saya yang selalu lepas rumah Nami, siapa yang lebih manja dengan mak dia?mestila Nami, sebab mak dia banyak pimpin dia, selalu kejutkan dia bangun tidur, kemaskan katilnya kalau dia baru bangun tidur, lepas tu kain baju Nami mak dia basuhkan, malah JH pernah tengok mak Nami sisir rambut dia, bukankah mak Nami pemimpin yang baik sampai Nami begitu sihat sekarang?


Saya suka dengan kandungan fahaman Ezreenisme tu tapi kenapa mesti bubuh nama awak? Apakah awak mau nama awak dikenang sepanjang zaman kerana fahaman yang memperjuangkan wanita ini? Kenapa tak bubuh nama Womenisme?perempuanisme?wanitaisme?

Kenapa mesti bubuh nama awak juga dalam fahaman ini?

Malaysia Tanahairku said...

Wanita di Barat dah tuntut perubahan sejak Women Liberisation lagi. Memula mintak pakai pakaian lelaki, kedudukan jawatan macam lelaki. Dulu di Malaysia pempuan gaji sikit lelaki gaji banyak sekarang sama rata. Malah pempuan ada akta dan kementerian yang melindungi kebajikan mereka di Malaysia ini.

Memang ada lelaki yang zalimi pempuan tapi lelaki yang melinduni wanita lebih ramai di bumi ini. Kan awak sendiri cakap lelaki dan pempuan ibarat roti dan mentega?

Walaupun syurga wanita dah kahwin di bawah tapak kaki suaminya, tetapi syurga bagi kami keseluruhannya di bawah tapak kaki ibu.

Ez the Conspirator said...

Saya suka dengan kandungan fahaman Ezreenisme tu tapi kenapa mesti bubuh nama awak? Apakah awak mau nama awak dikenang sepanjang zaman kerana fahaman yang memperjuangkan wanita ini? Kenapa tak bubuh nama Womenisme?perempuanisme?wanitaisme?

Suka hati i la nak letak nama ape,because i fikirkan benda tu,dah lama dah,especially penubuhan Majlis Agama.Benda yang selama ini orang tak pernah nak buat.

Kadang-kadang it makes sense to think,but it's nonsense to do.

Ideas will just be ideas if it's not useful.

Shaiful Mukhelas said...

How about for fashion? Xder aper2 peruntukan ker? So berat sebelah kay ... :D

Ez the Conspirator said...

Fashion?

Eco-fashion is my ideas for now.But don't expect cavemen style like Mr Flintstone and Barney..

you see,I already banned fur,especially from Arctic Circle wilderness.I'm also ban myself from silk,since they used worms for silk.

Cotton will be fine,but I don't research how to minimize carbon released from manufacture.

So,it's up to you guys fashionistas to be trendy,in the same time be aware about our Earth.

Cob Nobbler said...

Majlis Agama?

well,it's quite good..but we already see failure of League of Nations and United Nations fails..

Emancipation.

I support emancipation.Hail to women!

Energy.

Quite embarrassing when Malaysia got plenty of sun and rain,still inadequate of electricity and water..most Malaysians are fucking taking for granted.

Economy.

One thing I disagree.Socialism did not fail,communism does.It's a different thing.

Scandinavia already did socialism.If you watch Michael Moore "Sicko",then you'll realized why Jean Chritien adored by Canadians,and why French people is so happy.I don't know about Canadians,but in France,hospital are free,no matter how long you stay.You got paid when you sick,you got paid when you're moving to other place.

That's socialism.And Obama will did that,by upgrading healthcare and school in US,just like Eisenhower did on interstate highways.That's socialism.

Malaysia Tanahairku said...

Fahaman yang dicipta manusia memang ada kelebihan dan kelemahannya.

Fahaman Ezreenisme memang layak dijadikan bahan perbincangan yang sekadar diukupas pemikirannya.

Berbanding dengan fahaman lain, fahaman Ezreenisme ini dilihat lebih menonjolkan nama pemilik fahaman ini berbanding isi kandungan perjuangannya .

Kalau agama Buddha, kita sedia tahu bahawa makna Buddha adalah cahaya dengan prinsip Jalan Lapis Lapan yang dipegangnya.

Sosialisme, kapitalisme, komunisme istilah itu sendiri sudah melambangkan perjuangan masing-masing dan difahami berbanding Ezreenisme.

Hakikatnya pencipta fahaman Ezreenisme ini perlu jelaskan apa maksud namanya. Adakah nama Ezreen dalam bahasa Irish maksudnya keadilan,kebahagiaan?ATau kedamaian?

Biarlah nama tersebut menganudngi maknanya dan bahrula sesuai diangkat dan diserapkan dengan perjuangan fahaman itu sendiri.

Bukan sekadar bubuh nama sendiri hanya untuk menonjolkan diri semata-mata.

Hakikatnya fahaman sosiolisme, kapitalisme, komunisme sendiri memang kena dengan perjuangannya.

Cuma yang bubuh nama sendiri adalah Karl Marx tak taula pencipta fahaman Ezreenisme nak ikut jejak Marx iaitu gunakan nama sendiri dalam fahaman, walaupun isi perjuangannya berbeza.

Ezreenisme perlu diperjelaskan makna fahaman itu sendiri bukannya bubuh sesuka hati sja

Malaysia Tanahairku said...

Fahaman yang dicipta manusia memang ada kelebihan dan kelemahannya.

Fahaman Ezreenisme memang layak dijadikan bahan perbincangan yang sekadar diukupas pemikirannya.

Berbanding dengan fahaman lain, fahaman Ezreenisme ini dilihat lebih menonjolkan nama pemilik fahaman ini berbanding isi kandungan perjuangannya .

Kalau agama Buddha, kita sedia tahu bahawa makna Buddha adalah cahaya dengan prinsip Jalan Lapis Lapan yang dipegangnya.

Sosialisme, kapitalisme, komunisme istilah itu sendiri sudah melambangkan perjuangan masing-masing dan difahami berbanding Ezreenisme.

Hakikatnya pencipta fahaman Ezreenisme ini perlu jelaskan apa maksud namanya. Adakah nama Ezreen dalam bahasa Irish maksudnya keadilan,kebahagiaan?ATau kedamaian?

Biarlah nama tersebut menganudngi maknanya dan bahrula sesuai diangkat dan diserapkan dengan perjuangan fahaman itu sendiri.

Bukan sekadar bubuh nama sendiri hanya untuk menonjolkan diri semata-mata.

Hakikatnya fahaman sosiolisme, kapitalisme, komunisme sendiri memang kena dengan perjuangannya.

Cuma yang bubuh nama sendiri adalah Karl Marx tak taula pencipta fahaman Ezreenisme nak ikut jejak Marx iaitu gunakan nama sendiri dalam fahaman, walaupun isi perjuangannya berbeza.

Ezreenisme perlu diperjelaskan makna fahaman itu sendiri bukannya bubuh sesuka hati sja