Wednesday, December 31, 2008

Happy new year 2009 - We(Malaysian) want PEACE!



Dah tak tau lagi nak main tuduh je, dah Dr.Agus dok tanya Husam Musa jawabla Pas tetap dengan pendiriannya, tetap nak buat Hukum Hudud

Memangla sekarang masih double standard dah dedua pembangkang. Selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas 8 Mac masing-masing kepimpinan atasan dah setuju dengan dasar bersama PR, buat recall balik.


Memangla Pas takkan menang tapi akan datang kalau tak Pas, pihak lain, Khilafahla dah aku malas nak cakap pasal benda ni tapi akan datang Islam juga pegang dunia memang akna berlaku masa tu kita yang ada ni tak tau idup lagi ke tak...Tak caya takpe itu hak anda sebab belum berlaku


Kelantan ok je bersih, nyaman, udara segar, kira okla takkan nak banyak sangat keta pelan-pelanla, yang pasti diorang sume masyuk rajin berniaga, yang positifla yang negatif takmau citela aku tak suka nak aibkan orang, kalau kita aibkan orang nanti kita pula akan diaibkan. Kelantan adalah negeri yang paling sejuk sebab kurang pembangunan. Okla dah semua nak pembangunan panasla M`sia ni . Kalau nak pembangunan pun slowla. Lagipun pembangunan ni kena ada support kerajaan pusat macam negeri2 lain di bawah BN. Nik Aziz ni dia pentingkan kebajikan rakyat dari pembangunan ni.


Memangla aku tak tau apa akan jadi kat KJ sebab bukan aku yang tentukan takdirnya aku bukan Tuhan,cuma Tuhan iaitu Allah yang lebih tau. tapi kalau BN kalah dia gak yang malu. Macam tu gak Pas.



Kita ni manusia Ezreen, bukannya sempurna takle maksum. Mana ada manusia yang berani nak akui kesalahan sendiri, takde de. Habis tu yang ada kutuk Stephen Harper pun same gak. Kita ni manusia busuk-busuk pun sama je, ketiak kita ni kalau tak de diodoran pun busuk gak. Kalau tak caya lepas bangun tidur jangan terus mandi dulu, cuba cium ketiak tu berbau tak?


Itula Tuan Guru yang saya sokong dia memang tak rasis, kalau penyokong memangla rasis, penyokong memang ada yang fanatik tapi tak semuala.Kalau tak caya datangla M`sia buat tinjauan kata buat tesis pasal pembangkang.Bukan baca kat blog je mana cukup. Macam di Thailand tu, sampai sekarang penyokong Taksin memberontak. Ada peminat fanatik sanggup buat apa saja, baik artis dan juga fahaman politik.
Macam perang Israel-Palestin masing-masing ada penyokong dan ada yang fanatik.


Aku secara peribadinya tak suka sebab aku ni manusia yang bencikan pergaduhan dan keganasan, walaupun mulut. Sebab itu kalau orang marah depan-depan aku diam je tak pun mintak bertenang ke apa ke, sesuaila sebab nama aku Peace. WE WANT PEACE! Dulu aku kena pukul masa kecil umur enam tahun pun aku tak melawan, yela dulu budak mana kuat lagi. Sekarang beranila....


Ezreen baik awak bagitau dengan jelas siapa pemimpin Pas mana yang cakap benda ini. Memang dalam mana-mana parti ada perbezaan pendapat dalam individu, tapi yang pasti takde pergaduhan, Malaysia want PEACE! Tu yang penting. Takde sekarang ni orang Pas yang mengamuk baling kerusi buat huru-hara megancam keselamatan negara. PEACE,man!Peace my name!


Tang tu betul, peranan media faham sendirila

Ezree, Utusan dan TV3 diambil sahamnya oleh pihak pemerintah sebab pihak yang pegang kuasa politik boleh berkuasa di atas mana-mana syarikat besar, kalau tak syarikat media itu akan diambil tindakan. Itu yang kuasa politik yang manusia nak. Tak mustahil kalau Pakatan pegang Malaysia mereka akan buat benda yang sama...politik beb! Itu yang orang nak kuasa politik. AKu pernah dengar orang cakapla, kalau duit banyak tak guna tak cukup, tapi kalau ada kuasa politik segala-gala boleh dibuat! Mengenai Harakah dulu penerbitan seminggu dua kali terbit dah jadi dua minggu sekali, dah tu nak jual cuma di kedai tertentu je berani kedai lain takut kena cekup walaupun dah ada permit. Yang Suara Keadilan ni dah 2005 mintak barula dapat permit tahun ni. Itupun kena bambu lagi. Yang Utusan,TV3, 10 tahun macam depa punya itu yang kami naik muak, tak sedar dek untung..

Pakatan Rakyat memangla tak cukup popular tapi berjuang untuk rakyat dah nama pembangkang memangla begitu. Kalau kerajaan BN buat salah Pakatan Rakyatla kena bangkang. Kalau Pakatan Rakyat yang pegang kerajaan nanti buat salah, BNla kena bangkang. Hidup ni penuh dengan kitaran, ada keseimbangan barula dunia ni aman.PEACE man! Yang pasti Malaysia still peace takde penyokong BN dan PR gaduh face to face sebab kami yang duduk di Malaysia ni semuanya sabar, bertenang, ikut pertimbangan rasional tak emosi, itu yang kami aman. Takde pergaduhan macam baling kasut antara penyokong BN dan Pakatan Rakyat. Kami rakyat Malaysia yang duduk di Malaysia takde gaduh tak suka gaduh, WE WANT PEACE.

Yang penting BN-Pakatan Rakyat baik penyokong da pemimpinnya WANT PEACE!


Biarla anda nak kata Pas ni merapu ke yang penting parti ni dah buat kerja dengan baik takde buat masalah dalam masyarakat Malaysia tapi yang pasti kerajaan Pas negeri akan terus dinafikan peruntukan mereka oleh kerajaan pusat BN, yang patut mereka dapat. Itula BN yang `adil'

Yang pasti walaupun BN perintah, Pakatan perintah Malaysia orang-orangnya memang sepakat sikap mereka"We want Peace" takde peristiwa 13 Mei lagi!

Kepada pembaca tulisan ini selamat tahun baru saya(Peace) ucapkan teruskan berhajat supaya dunia kita terus aman.

Hampeh punya Israel berani dia merosakkan ke"peace"an dunia kita. Memang hangpa ni lo`la` betui.

2 comments:

Ez the Conspirator said...

Hafiz ni orang Kelantan ke?

Kelantan negeri paling sejuk?

Hahahaa...you bukak Google Earth,cuba tengok,luas mana deforestation kat negeri tu?Berapa luas hutan-hutan dibuka tanpa ada gantinya balik?

Anyway..I bukan anti agama,I anti orang yang gunakan agama untuk kepentingan diri.

I rasa statement I tu dah cukup kuat,kan?

Malaysia Tanahairku said...

Dalam artikel ini saya menulis dalam Bahasa Malaysia biasa atau santai bunyi orang KL, sebab saya memang dok Lembah Klang sejak lahir walaupun jasad lahir di Melaka.

Saya tak pasti yang mana satu saya cakap loghat slang Kelantan tapi kalau yang ni:

Memang hangpa ni lo`la` betui.(Maknanya kamu semua ni memang gila-gila. Lo`la` dalam loghat utara maknanya gila-gila)

Ini ayat orang utara Kedah, Penang dan Perlis. Dalam kursus Drama Dan Teater memang saya rapat dengan bebudak badge Nami yang semuanya orang Kedah,Penang, Perlis jadi memang mahir sesikit cakap utara.

Kalau jumpa ke tel ke pun saya cakap utara dengan mereka.

Ini ditambah lagi lepas grade saya asyik beli VCD ceramah Anwar Ibrahim yang cakap utara saya pun belajar lagi lenggok utara.

Pendek kata saya memang serasi berbahasa Melayu loghat utara