Wednesday, January 28, 2009

ATEMM-A Typical Egoistic Malay Man


Semasa saya tinggal di Malaysia,setiap petang saya selalu menghabiskan waktu riadah saya di skate park.Di situ,saya dan kawan-kawan suka untuk berbual-bual kosong dan bergosip,tentang lelaki.Kami perempuan suka berbincang sesama sendiri tentang lelaki.

Satu hari,saya membawa teman lelaki saya(kini bekas,tetapi masih lagi rakan baik) berada di situ sambil memerhatikan orang lain bermain skate,tiba-tiba baru saya perasan bahawa hanya saya dikalangan perempuan yang bertemanlelakikan Melayu.

Myra dengan teman lelaki Indianya(bukan dari kebun getah) Roger,Suhana dengan Jay seorang Cina,Sasha dengan teman lelaki kacuknya Derek dan Fida dengan Ming,seorang Cina juga.

Saya bergurau,"Secara teknikalnya dia sendiri tidak mengaku dia Melayu.Dia seorang Jawa.Dia berkata dalam bahasa Jawa,perkataan "Melayu" itu adalah pelarian."

Kepada lelaki-lelaki Melayu sekalian,tidakkah anda semua sedar perempuan Melayu lebih gemar kepada lelaki-lelaki bukan Melayu?Apa yang membuatkan lelaki bukan Melayu lebih baik dari yang Melayu.

Sekarang,ingin sekali saya menjelaskan apakah maksud ATEMM.ATEMM bermaksud "A-Typical-Egoistic-Malay-Man" atau "Lelaki-Melayu-Tipikal-Yang-Egoistik".Ciri-ciri ATEMM adalah seperti berikut:-

1.Ego yang tidak bertempat
2.Suka berlagak tapi gagal untuk membuktikan.
3.Tidak pernah bersifat romantik.
4.Tidak cerdik,tapi tak suka pasangannya lebih cerdik.
5.Pentingkan diri sendiri,tidak pernah fikirkan pasangannya.
6.Suka menentukan segala-galanya untuk pasangannya.
7.Gila kuasa,tapi tak tau menggunakan kuasanya dengan betul.
8.Suka mengawal tetapi akhirnya keadaan tidak terkawal.
9.Suka berlagak macho tetapi sebenarnya menyampah.
10.Tidak pernah ucapkan maaf bila buat salah.

Sekarang,kalau saya himpunkan semua lelaki Melayu dan saya membaling 10 ketul batu,9 daripada 10 batu yang saya baling akan terkena kepada kepala lelaki ATEMM.

Semalam di FOB ada perdebatan yang serius tentang Holier-than-thou,hari ini Holier-than-thou membesar-besarkan pencapaiannya yang saya tidak pernah kagum pun.

Sekarang,bayangkan lelaki-lelaki bukan Melayu semuanya berjaya menawan hati perempuan Melayu?Apakah "ego tak bertempat" anda itu sudah mula tercabar?

Mungkin saya perlu beritahu ini kepada semua lelaki-lelaki Melayu yang ada sekarang sebelum perempuan-perempuan Melayu semua dirampas oleh mat-mat Bangla atau Indon yang ada sekarang.

1.Bertimbangrasa.Jadilah lelaki yang matang dan fahamilah bahawa perempuan suka dijaga dan disayang.
2.Jangan berlagak.Biar kelebihan anda sendiri dilihat oleh perempuan.
3.Jadi lebih romantik.Berapa ramai lelaki Melayu yang sanggup menulis puisi untuk kekasihnya.Kawan baik saya Sue beruntung kerana mendapat Nami si Pemuisi.
4.Jadilah pandai,jika tidak mahu pasangan anda lebih pandai.
5.Kalau tak pandai,terimalah hakikat yang pasangan anda lebih pandai.
6.Jangan nak suka-suka menentukan segala-galanya terhadap pasangan anda.Pasangan anda bukan pembersih vakum untuk dikawal.
7.Adolf Hitler yang diktator itu pun sayang dan mengasihi pasangannya Eva Braun.Jagalah kami sebagai kekasih,bukan hamba abdi.
8.Jadilah "macho Argentina".Ego yang bersopan,bukan ego tak bertempat.
9.Selalulah mintak maaf sekiranya buat salah.
10.Kami bukan bibik.

Tak salah untuk jadi ego.Ego itu macho,tetapi ego tak bertempat buat orang jadi menyampah.

16 comments:

Anonymous said...

Satu tamparan hebat bagi kaum Adam di Malaya...hahahaha!

ada sesiapa nak jawab?

Unknown said...

kalau tak nak rasa tamparan hebat tu,sendiri mau ingat la beb!


:)

RY said...

takde la tamparan mana pun.

cik E bercakap perempuan2 yang dia nyatakan couple ngan bangsa lain tu perempuan2 kelas dia. korang tau kan maksud aku? dulu masa aku kerja, ada kawan ngan kerabat. bukan nak 'ek' cuma dia pun cerita kelas diorang ramai perempuan x pandang lelaki melayu ni. katanya melayu tak ramai level dia. mat rempit. main kereta. bla bla bla je.

list down la sampai 100 pun. sebab apa yng cik E tulis tu berdasarkan apa yang i baca, dia tulis mcm serangn peribadi kat lelaki2 melayu yg dia kenal.

aku gelak sorang baca 10 ATEMM tu. hihi. meh nak copy;

1.Ego yang tidak bertempat
ye ke? cik E tolong elaborate. tapi kalau boleh jgn buat serangan peribadi. kalau guna 'pendirian yang tetap' lagi sedap kut. hehe. tapi bukan semua lelaki tu ego ke? tak melayu je la

2.Suka berlagak tapi gagal untuk membuktikan.
haha. serius. tapi tak semua.

3.Tidak pernah bersifat romantik.
kalau u expect nak puisi, nyanyi sambil petik gitar, buat lagu dan dedikasikan untuk bla bla bla, m nasir dan seangkatan dengan nya je boleh buat. jgn expect semua boleh buat mcm tu. lagi ramai la yg gugur rambut masa muda. haha. penting sgt ke be romantic tu? baik u buat point x pandai memujuk. i angkat tangan segera tanda setuju. huhu

4.Tidak cerdik,tapi tak suka pasangannya lebih cerdik.
logik apa? kalau dapat yang lagi cerdik kena tau apa natijahnya. kena tau ego perempuan pulak. kalau kawen mmg susah. kalau nak cakap x cerdik x aci gak sbb lelaki/sape2 saje ada yang di lahirkan late bloomer ~ eh betulke ada? ada kan?

5.Pentingkan diri sendiri,tidak pernah fikirkan pasangannya.
haha. serangan peribadi bila u cakap 'tidak pernah'.

6.Suka menentukan segala-galanya untuk pasangannya.
of course. bahagian menentukan serah pada lelaki. tapi mesti ada perbincangan dulu kan? jgn cakap tak bincang apa2 terus hentam mcm tu. tu serangan peribadi tu.

7.Gila kuasa,tapi tak tau menggunakan kuasanya dengan betul.
tak! serangan peribadi lagi.

8.Suka mengawal tetapi akhirnya keadaan tidak terkawal.
serangan peribadi jugak!

9.Suka berlagak macho tetapi sebenarnya menyampah.
hahaha. ni sesetengah lelaki je ni kut. dah dia tak macho kena la jadikan diri macho. sekali jadi macha. wakakak.

10.Tidak pernah ucapkan maaf bila buat salah.
cik E, yg ni betul. ada dua perkara yg paling mahal untuk keluar dari mulut lelaki melayu adalah 'maaf' dengan 'terima kasih'. ni pemerhatian i la. even kawan, bf ataupun hubby. back to the ego la kut kan.

hanya satu je cara nak buang sikap prejudice u ni dengan lelaki kacak/tampan/perkasa melayu. u kena kawen. x kira dengan siapa. bangsa mana sekalipun.

sbb u hanya jumpa lelaki melayu yang mcm di atas je. tu yg perception u mcm tu.

u belum jumpa yg mcm i dan kawan2 i lagi. haha. kami tak romantic. tak cerdik. tapi tak ego. tak macho jugak. semuanya terpulang pada pembawakan diri. cewah...

bila sampai masanya, u akan jadi mcm perempuan2 lain yg akan cakap 'ah, lelaki tu sama je....'


yg benar,
razor
lelaki melayu tanah melayu sangat melayu.
bukan mcm melayu yg nami minat tu, (felda TA) tak tau silat duk belajar silap mata. lalala

Ez the Conspirator said...

kenapa razor,are you feel that you're part of ATEMM?

well,itu bukan pendapat i sorang je.you boleh tanya perempuan sendiri.

kalau you sendiri jawab memang la you nak bela diri sendiri.

cuba tanya and buat survey,betul ke tidak..

Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...

Ezrin,


Saya nak berkenalan dengan lebih lanjut dengan awak boleh tak?

Awak sudi tak? Manalah tau saya bukan lelaki Melayu dalam golongan itu.

Saya ni tak tau nak menilai diri saya ni camne tapi kalau awak rasa pun begitu saya rela disepak terajang oleh awak.

Hahaha ni Nomy betulla cakap mak kau si Hafiz ni pantang kenal pempuan asyik nak menerpa je.

Sori Ezrin saya buat lawak je sebab awak masih marah dalam tulisan awak ni.

Kalau awak marah dengan gurauan saya ni saya mintak maaf please.

Amacam tak cukup romantik lagi?

Gurau je mintak maaf sekali lagi.

January 28, 2009 7:09 PM

RY said...

tak rasa i mcm tu pun. cuma i lelaki melayu, cnfirm i rasa tercabar nak menjawab.

kalau i refer kat perempuan mcm u, mesti la jawapannya sama. kalau tanya perempuan yang akan kahwin lelaki melayu dan yang dah kahwin lelaki melayu mesti dia sort of lain pulak kan?

normal la tu.

*pis, nice try. hehe

Ez the Conspirator said...

hafiz:hmmm...

razor:well,u tak boleh nak salahkan i pasal i rasa majority yang cakap macam ni tau!

RY said...

ye la ye la...

hihi


*tunggu nami komen.

Anonymous said...

Yeah go Ez the Conspirator!

Ez the Conspirator,I salute you boleh keluarkan satu2 point..

lelaki ni memang ego je..betul kan?dah la ego,xnak mengaku pulak!

Malaysia Tanahairku said...

Tetapi lelaki Melayu ni tak gelojoh dan sabar kan Razor?

Sabar jelah Razor.

Ez the Conspirator said...

lelaki Melayu tak gelojoh?

yang article yang kat atas tu,siapa yang gelojoh?puhlizz la..dah ada anak bini pun still nak bergedik dengan other girl!

RY said...

nah entry makan tuan.


hehe

Ahmad Deniel said...

suka hati kauorglah..nak melayu ker,siam ker,arab saudi ker, indon ker..

Bila hati dah suka,yg sengal dikata budiman..bila hati dah sayang yg masin dikata manis..bila hati dah rindu yang burok dikata indah..

Bagi aku dlm soal ego ni bergantung padi individu..Lain padang,lain belalang..Kalau apa yang dikata tu btl, kalau blh ubah,ubahlah..soal ego ini tak perlu nak decide malay,indiam chinise or mat salleh..bagi aku semua sama jer..sapa yang dapat tak molek tu, tu yg bising serata kampung.. =) kalau yg dapat yg elok, elok jer sehidup semati..

Meh kita sama2 baca puisi romantik =)

----I'm Sorry I Hurt You ---

I'm sorry.

I know that it's just an apology.

But I mean it.

I am.

The thought that you,

Might hate me,

For telling the truth,

Would hurt me more,

Then the pain I feel,

Whenever I cut myself.

I held it in.

I waited too long.

And now it's pouring out.

I'm sorry,

That this is all had to happen.

I'm sorry,

That this is what it's all about.

The way you treated me.

The way I loved you.

I felt it was unfair.

But I never thought that urting myself,

Would make the thing seem weird.

I never knew,

That what I did,

Was paining everyone.

I tried so hard,

To help myself.

I didn't think,

Of anyone else.

I was trying so hard,

Not to be selfish.

But In the making,

I was.

I'm sorry that I hurt you.

I'm sorry that I did.

And I know I'll never be forgiven;

This is a bad timing,

I know it is,

Believe me.

But the feelings just can't stay hidden.

My friends always said,

That I should cute,

Because that way,

The pain won't spread.

The emotional pain,

Is always worse,

Than any physical pain,

I've experienced.

But really the emotional pain,

Goes even higher,

When I do,

Cut myself.

The burden,

The pain,

The life that they hold.

I'm sorry that they,

Could not behold,

The meaning in which,

They felt that way.

Because if they hadn't,

I would be upstairs,

Cutting myself.

Every day,

I come home and call,

Then I sit down,

With a knife.

I pick it up,

And bring it down hard,

Cutting my skin.

I never thought,

It would be so hard.

The card I drew,

Just happened to be,

The last card in the deck,

Which should be me,

The one they throw away.

But thanks to friends,

And having a heart,

I stopped being the one,

To create a mark.

The scars are stuck there,

They're part of my past;

And now I live freely,

Because I have passed.

I love you so much,

And I'm sorry for the pain.

I never meant to harm you,

All the same.

I'm sorry,

That you had,

To experience this talk.

I'm sorry that I,

Couldn't take the walk.

I gladly said no,

To everything else.

But when it came to this,

I couldn't think of to resist.

I crid all alone;

I felt so tired;

I cut my wrists,

Just so I could retire,

From the pain,

That caused heartbreak.

But now I realize,

That all that sorrow,

All of that worry,

Went straight to you.

And now I cry,

And I don't want to be comforted.

I dont' deserve the sorry's,

I deserve the pain.

I'm sorry.

Cob Nobbler said...

ermm..siap ada mention nama aku lagi..

well,kata-kata tu macam bersifat prejudis terhadap lelaki Melayu.Ez father you pun Malay jugak,kan?Your father I believe bukan jenis macam tu.That's why your mum meninggal pun dia still stay xnak kawin dengan sesiapa,kan?

Anyway,tak semestinya ATEMM je.ada ATEAM(Arab),ATEIM(India),ATECM(Canadian),ATEFM(French),ATEBM(British) etc.

pendek kata,jangan lah digeneralizekan perkara-perkara seperti lelaki pergi ke dangdut,rumah urut etc.perempuan datin-datin tu ada gak pasang gigolo ape...kan?

lelaki dan wanita sama je.yang buat berbeza-beza manusia je.

Anonymous said...

1.Ego yang tidak bertempat
- dulu bf i melayu. dia ckp cinta kat i tapi dia kantoi ada pompuan lain. dia minta maaf tapi tak berani ckp. dia layan i baik2 and dia suruh kengkawan dia suruh i maafkan dia. sebab dia ni ego. taknak cakap. well, kami dah break off.



2.Suka berlagak tapi gagal untuk membuktikan.
my fren, melayu. dia selalu cakap besar tapi habuk pun tarak. contohnya, dia cakap dia senang2 dpt keja gaji 5 ribu sedangkan nak gi interview pun malas.


3.Tidak pernah bersifat romantik.
ha, yg ini kwn aku kat college. dia cakap takleh romantik2 coz itu blh menimbulkan zinah. hhmmm.. taktau nak ckp aper.


4.Tidak cerdik,tapi tak suka pasangannya lebih cerdik.
yg ni pun satu hal. situasi aku plak berlainan. aku borak2 dgn kawan 1 opis. dia bagitau gepren dia sexy. tapi dia taknak kawin dgn pompuan tu. dia nak cari awek pakai tudung utk wat bini. yg sexy tu takat gf je. aper plak mcm ni???! budak melayu la jugak tu.

5.Pentingkan diri sendiri,tidak pernah fikirkan pasangannya.'
ha, ni lagi 1 hal. dia nak gf sentiasa tumpu perhatian kat dia je. sedangkan gf dia jadikan mcm 'mak turut'. tak perbah tanya apa yg dia nak. kalau tnya pun, dia akan bagi alasan. contoh, kalau kita nak hadiah bunga utk valentine's day, dia akan ckp 'bunga habis stok'.


6.Suka menentukan segala-galanya untuk pasangannya.
lelaki melayu? hahahaha. dia akan jd no.1 dalam hal ni. alasan dier, syurga kat tapak kaki suami. kena praktis dr awal. hahahaha.

7.Gila kuasa,tapi tak tau menggunakan kuasanya dengan betul.
sama le tu... ikut tuntutan agama, dia anggap dia ni ketua keluarga tp dia tak tau apa yg dia buat kat luar tu adalah tak patut.

8.Suka mengawal tetapi akhirnya keadaan tidak terkawal.
ini lagi teruk. kombinasi antara 'gila kuasa' dan 'suka tentukan segala2nya'. pas tu, dia tak bagi pompuan tu buat apa yg dia nak.

9.Suka berlagak macho tetapi sebenarnya menyampah.
kalau ada lelaki melayu yg macho, agaknya dia dah ada pasangan awek bukan melayu. kan?

10.Tidak pernah ucapkan maaf bila buat salah.
pernah tu memang la pernah... tapi 'ego' diorang tu yg buatkan mulut diorang tu berat nak ucap.



p/s: aku akan try cari lelaki melayu yg tak ego. aku rasa aku dah jumpa. so, kengkawan di luar sana jgn putus asa tau ;-)