Saturday, January 10, 2009

Apakah Kekuatan Kita Sekadar Bakar Patung Bush?


Semalam ialah hari Jumaat.Hari Jumaat,dari USM hingga ke Kota Bharu,dan dari San Francisco ke Jakarta,dan dari Kuala Lumpur hingga Tehran - semua bertujuan ada satu - memprotes terhadap kejahatan Israel menyerang Gaza.

Pelbagai perkara dilakukan untuk menarik perhatian untuk menunjukkan mereka ini menentang keganasan Israel.Di USM gedebe kecil-kecilan Aspirasi mengajak beramai-ramai - mengumpul tandatangan di banner depan Masjid - yang akhirnya direcycle semula untuk banner lain.

Di Kota Bharu,Menteri Besar Nik Aziz membakar patung Bush dan Shimon Peres,disamping memijak bendera Star Spangled Banner dan Star of David(pasal ada orang marah aku kenapa aku tak panggil bendera Malaysia Jalur Gemilang,so korang kenalah panggil nama bendera negara tu dengan nama yang ada).

Di Kuala Lumpur beribu-ribu orang pergi ke Kedutaan Amerika merusuh dan membantah,serta menghantar memorandum kepada Wakil Duta(Duta pun takde sekarang).

Semalam aku tengok otai sosialis kita Hishammudin Rais di Astro Awani dalam Sudut Pandang,dia ada keluarkan satu kenyataan - kita ini hanya membuang masa.

Hari Isnin ini Dewan Rakyat akan bersidang dan meluluskan satu usul tentang mengutuk tindakan Israel.

Kesemuanya ini - baik mengumpul autograf,membakar patung,menghantar memorandum dan meluluskan usul - hanya membuang masa.

Semalam aku bercakap tentang betapa kesan terhadap boycott terhadap company-company yang dikatakan menyokong Israel semacam tidak ada apa-apa,hari ini aku ingin menyokong kata-kata Hishamuddin Rais - semua ini hanya sia-sia dan buang masa.

Macam aku kata semalam la,umat Islam ni semua suka bertindak mengikut hati,bukan otak.Semua hanya nak mengikut emosi,bukan berfikir.

Tahukah anda di sebelah pihak musuh kita,Zionis,mereka mempunyai golongan pemikir "think tank" yang bukan saja berada di dalam Demokrat dan Republikan,malah berada di sebelah barisan penasihat Medvedev,Sarkozy,Gordon Brown dan Angela Merkel.

Golongan Zionis tidak membuang masa seperti kita - membakar patung,menghantar memorandum,atau mengumpul autograf.Mereka merancang bagaimana untuk menentukan diplomasi,bagaimana mahu menentukan arah kewangan dunia,mereka berfikir bagaimana mahu meluaskan agenda mereka.

Pernah sekali statement dari member aku yang paling best tentang Israel,bunyinya macam ni "sebenarnya bila kita bakar bendera US,bendera Israel,kita yang rugi,dorang untung,pasal kita kena beli bendera US dengan Israel untuk dibakar."Statement yang nampak macam bodoh tapi mendalam maksudnya tu.

Dengan keluasan 15 juta kilometer persegi,penduduk seramai 2 billion orang,menguasai perniagaan tenaga(petroleum,gas asli,arang batu etc.) sebanyak 60 peratus,ini je ke yang mampu korang fikir - bakar bendera,patung?Mengumpul autograf tu memangla idea budak-budak.Zaman aku darjah 6 pun dulu pun bila nak pindah sekolah kumpul autograf gak.

Pasal tu aku cakap terang-terang,umat Islam sekarang ni lebih banyak berpolemik dari berfikir.Mereka lebih suka bakar patung.Ada satu pihak dakwa dia lebih Islam dari lain,lebih tawaduk dan berceramah dalam bahasa Arab.

Pertama sekali kawan-kawan,universiti pertama di dunia ialah di Al-Azhar.Kalau umat Islam nak jadi influential,first sekali,mantapkan pemikiran di universiti-universiti Islam.Beri balik kuasa kepada pelajar untuk gerakkan universiti.

Nombor dua,kita perlukan sistem ekonomi yang mapan dan tak mementingkan diri sendiri dan kelompok2 tertentu.Collectivitism,distribution of wealth dan agrarian ialah yang terbaik.Utamakan industi pertanian,terutamanya makanan,bak kata Napoleon Bornaparte "kemarahan muncul daripada perut yang sedang lapar".Sistem ekonomi kita ni,instead golongan-golongan Sheikh Arab termasuk owner Man City ni,mereka tidak membantu umat Islam untuk maju.Mereka hanya memperkayakan diri sendiri.Golongan diraja seperti ini hanya parasit kepada rakyat.Rakyat seolah-olah pokok tumpang bagi golongan parasit seperti mereka ini,pasal tu rakyat terus tertindas.Kalau khilafah yang adil dapat diwujudkan,biarlah ada demokrasi dibawahnya.Khilafah menjalankan tugas dengan mendapat sokongan dari rakyat dibawah.(Demokrasi dari perkataan Greek-kuasa rakyat,jadi tak salah untuk berdemokrasi dalam sistem khilafah).

Nombor tiga,kita kena wujudkan golongan pemikir dan think tank yang ampuh untuk atasi Israel.Jika universiti dan negara tidak dapat menghasilkan golongan pemikir ni,sampai bila-bila pun akan ditindas.Slogan "power to the masses" seperti yang Ezreen katakan dulu pun dilihat relevan untuk mantapkan golongan pemikir ini.

Nombor empat,sistem zakat hendaklah dijalankan mengikut hukum asal - distribution of wealth.Zakat itu biarlah berkembang dari ekonomi kampung,kemudian ekonomi daerah,ekonomi negeri,ekonomi negara,dan ekonomi Islam.Sebesar mana pokok balak,ia disokong oleh akar tunjang disamping akan-akar serabut yang kecil untuk mencengkam tanah.

Dan nombor lima,jadilah umat Islam yang bencikan rasuah.Rasuah adalah modus operandi golongan Zionis,disalurkan melalui agen-agen Mossad dalam negara-negara Islam untuk kita terus lemah.Pasal tu putera-putera Arab tu perlu untuk ditiadakan.Raja-raja tak perlu dimewah-mewahkan,kerana ekonomi itu lebih penting dari royalti dan keadatan ni.

Kalau kita tak buat benda-benda ni,sampai bila-bila pun,kita akan terus membakar patung Presiden US,Presiden Israel,bakar bendera,hantar referendum,kumpul autograph - benda yang hanya membuang masa.

9 comments:

Ez the Conspirator said...

You all tau tak,bila you all boycott,US government will enforce EU to buy their goods.Pasal economy EU akan dipegang oleh US sejak Nixon Shock,or kejatuhan sistem emas standard Bretton Woods.

You all boycott,you all akan rugi.Why?You all takde DDI(Domestic Direct Investment) yang cukup banyak berbanding US or Israel.

And US companies will boycott your country.

Apa you all nak buat sekarang?

Boycott is something ridiculous to country like you.

Kalau we all boycott,we all boleh survive lagi.Penduduk Canada tak ramai,plus,we all banyak hasil.

And we all tahu US akan perlukan we all untuk projek pipeline gas di Alaska.

Bagi negara yang US sikit pun tak heran kalau dia tak invest macam Malaysia ni,forget it.You guys hanya akan membunuh ekonomi you dalam jangka masa pendek.

Emotion leads you to self destruction.

About points2 yang Nami bagi untuk Islam powerful again,perhaps yang paling penting ialah "essential to make your own people to think smart".

University should in student's hands.And about rasuah,yup,I agree with you.Rasuah merosakkan bangsa dan agama.

Tapi soal collectivism tu,no comment.Because your point is at socialist POV,tapi bagi libertarian macam I,kita tak boleh harapkan social funding semata-mata.Kita perlukan kekuatan individual jugak.

Manchester United won't be a great team without Cristiano Ronaldo.

Perlu ada satu dua company besar untuk bantu stabilkan ekonomi.

But of course,socialist like Nami will disagree.

Dr.Ahmad Izham said...

Yelah memang banyak peperangan dalam dunia ni di sejarah tapi budak-bduak ni sebut yang dari dulu sampai sekarang tak de kesudahannya, perang di Gaza.

Daripada sekadar bercakap peristiwa lepas baik fikirkan cara penyelesaiannya.

Isu ini paling menyerlah dan menonjol dalam sejarah perang perdaraban manusia.

Jangan anda nak persoalkan kenapa bebudak ni tak mau ulas Southern Columbia,Southern Mexico dan Papua di Indonesia.

Selagi perang Israe-Palestin tak selesai mereka akan terus bercakap mengenainya.

Perang-perang yang lain itu adalah sejarah yang walaupun tidak ada kaitan tapi persamaannya di sini keganasan tetap terjadi.

Biarlah budak-budak ni cakap pasal Palrstin-Israel sebab ini yang belum selesai.

Yang dah habis tu tak perlu diungkitkan lagi sebab bukan semua orang nak ingat setiap peperangan sepanjang tahun.

Yang saya tau anda memang mengambil jurusan subjek ini di universiti jadi memang kamu patut tau.

Jangan salahkan orang lain kalau mereka tak ulas tentang sejarah peperangan dari negara-negara lain

kitaq berdoa dan berusahalah setkat yang termampu..

Semoga penderitaan ini akan berakhir..

Kamu kena faham orang lain Blogger E the Prototype Robot

Dr.Ahmad Izham said...

Saudara nami o fish,

Anda sendiri patut tahu bahawa orang beragama terutamanya orang Israel terutamanya yang sokong keganasan ni adalah musuh Islam sebab mereka memang tau mau berbaik dengan Islam.

Kamu memang silap nami o fish sebab memperlekehkan usaha orang yang menentang kezaliman terhadap Islam.

Mereka yang bakar bendera Amerika, patung Bush berasa itu sahaja kekuatan yang mereka mampu.

Walaupun sudah banyak tahun benda ini dibuat mereka hakikatnya masih awal lagi.

Nami o fish tak sepatutnya anda kecilkan usaha mereka. Baiklah saya nak tanya anda, apa yang anda boleh buat dan apa yang anda akna buat sekarang.


Tak guna anda kritik mereka yang berusaha sedaya upaya menentang . Mereka berusaha menentang tapi anda membebel mengkritik tanpa usaha nak buat sesuatu.

Nami o fish tak guna kalau kita bercakap mengkritik orang tapi kita sendiri tidak buat macamaaa mereka buat.

Yang mereka buat itu tidak sia-sia tapi itulah ekpresi mereka dan ini adalah di mana semangat tentang kezaliamn Israel makin menjadi-jadi setiap tahun.

Jangan pandai cakap je tapi buat kerja. Biar berat mulut janji kerja jalan.

sekarang ni kamu anggap perkara ini sia- sia belaka tapi tengoklah suatu masa nanti akan banyak lagi kebangkitan orang Islam di seluruh dunia.

Sejarah telah membuktikan bahawa dahulu penduduk di Tanah Melayu menentang Malayan Union dengan membakar bendera Union Jack, memulaukan persidangan perlanntikan Gabenor Malayan Union.

Prosesnya penentangannya tidak jauh berbeza ada tunjuk perasaan.

Kalau kamu nak buat tunjuk perasaan silakan daripada kamu membebel, bertempik salahkan orang lain, tapi kamu sendiri tak buat apa-apa.

Ghaffur Fatihah said...

salam... kenape plak kitorang akan rugi?? sebenarnye, kalu kite x bergantung pada AS pon kite xkan mati... mungkin pada permulaan kite akan susah skit tapi alah bisa tegal biase... sedangkan negara lain yg AS boikot pon bleh hidup... cume ade barua2 AS yg membolehkan AS hancurkan negara tu cnthnyer Iraq... fikir2kan dan slamat beramal... wahaha... peace..

PERUNDANG said...

mmg betul..boikot,bakar atung dan sebagainya kesanya tak seberapa..bak kata prg kampung aku tak luak langsung..

TETAPI WAHAI SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA,SEAKIDAH SEKALIAN, SEKURANGNYA ITU YANG KITA MAMPU LAKUKAN..NAK PERGI BAKAR BUSH TAK MAMPU,NAK G BAKAR ISRAEL TAK MAMPU..BAKAR REPLIKA ITU AKU KIRA ADALH YANG TERMAMPU..SEBAGAI TANDA KITA SEDIH,SNGAI TANDA KITA MARAH,SBAGI TANDA KITA KESAL ,DAN SEKUARANYA KALAU TUHAN TNYA APA YANG KAMU BUAT BILA SAUDARA KAMU DI PELESTINE ITU DIBUNUH..

Ye betul apa yang ditulis oleh saudara nami, tentang lagkah2 yang harus diambil bagi menangani masalah dan mepataka ini..tapi itu untuk jangka panjang, dan sngt perlu dilakukan..tapi kalau dikatakan tindakan membakar dan memboikot ini dikatakan 'kolot; tidak tepat dan sewaktu denganya, saya sebagai seorag Islam sngt marah dan kurang senang dengan kenyataan sebegini..

kepada cik ezreen,soal rugi atau tidak itu bukan persoalan..ini persolan agama,darah dan perjuangan..kami orang-orang islam di malaysia faham,dan sngt faham akan kesan boikot ini..tak kemana..tak mufis USA tu..tp sekurangnya kami ada usaha, wlaupun seringgit,2 ringgit kami biaralah..tuhan yang meyaksikan itu..bukan USA atau anda yang 'judge'pahala dosa adan tindakan kami..dan tuhan tidak bertanya berapa bnyk yang kamu wahai umat brjaya dengan memboikot itu..tp tuhan bertanya apa usaha yg kamu lakukan..harap anad faham


pandangan saya mungkin kasar kali ini..kita faham kita berbeza pemikiran , ideologi, persekitaran dan sbgainya...mgkin soal pemahaman hal2 sebegini juga berbeda.,namun saya harap anda jangan terlalu 'mengatakan' tindakan kami oarang islam ini, sebagai kolot dan tidak sehabat perancngan pemikiran anda..


tak usah cakap soal DDI, kami sudah faham dan arif ..bukan hendak mendabik dada tap cukuplah menyatakan soal2 ekonimi itu o, FDI itu kami kira ..biarlah kami rugi sedikit..Ini bukan soal duit,soal harta...tapi ini soal pronsip hidup agama..

mungkin individu seperti anda yang dudk di canada itu tidak faham dan tidak mahu faham atau sering menafikan kefahaman ini atas dasar kebebasan ideologi pemikiran itu..cukuplah dengan idea2 anda itu.sains politik waima sebagainya..

kami masyarakat2 islam di malaysia ini, yang memboikot atau yang membakar patung2 dajal itu,bukanya budak kampung yang setakat darjah 6,kami ada pakar2 ekonomi,kami ada ahli undang2,kami ada pentadbir,kami ada segenapa wakil masyarakat yang pelbagai latarbelakang..kami mungkin dianggap bodoh kerana membazir wang membakar bendera2 USA dan ISRAEL, dan kami ungkin bodoh kerana tidak membeli KFC,nestle ,starbuck dan sebgainya..Biarlah kebodohan itu, NAMUN KAMI TIDAK TERLALU BODOH UNTUK MEMAHAMI APA ITU KEZALIMAN KEPADA SAUDARA KAMI DI PALESTIN, KAMI TIDAK BODOH DALAM MENGENAL APA ITU DARAH DAN AIR SIRAP,KAMI TIDAK BODOH MENGENAL ANTARA APA ITU MASJID DAN MARKAS PENGGANAS, KAMI TIDAK BODOH DALAM MENGENAL ANTARA SEKOLAH DAN KEM PENGGANAS, KAMI TIDAK BODOH DALAM MEMBEZAKAN KANAK-KANAK ,WANITA DAN PENGGANAS..KAMI TIDAK BODOH UNTUK SEMUA ITU...


Anda betul2 mengecewakan saya sebagai seorang saudara seagama..sila jaga senstiviti bila mengeluarkan pendapat.Ada yang cukup terkenal dengan kata2 hikmat 'girl power' mana respon anda kepada wanita2 yang dibunuh dengan kejam di palestine..mana suara2 golongan seumpama anda? mana?mana?

jangan hanya pandai berkata,sekurangnya tunjukkaan tanda anda simpati kpd kaum wanita, kaum yang anda agungkan itu..buktkan,,jangan hanya berkata-kata..


P:S :kepada pihak2 yang melihat ini sebagai satu rasa tidak puas hati dan melampau dari saya, yang mmg itu dari saya..sungguh biadap bagi saya sesiapa yang mengutarkan pendapat-pendapat seperti diatas..lebih elok saja duduk di israel atau memohon kerakyatan israel..itu yang terbaik

PERUNDANG said...
This comment has been removed by the author.
Cob Nobbler said...

Aku tak sokong statement E pasal boycott.

Tapi beb,Ahmad dan Deniel,maksud aku senang je.

Cukup-cukup lah bakar-bakar patung,cukup-cukup lah bakar bendera.

Yang penting kita kena ada perancangan,sampai sekarang kita takde perancangan untuk counter serangan mereka balik.Kita gemar beremosi,tapi tidak ada strategi untuk menyerang mereka balik.

Mereka tak membakar patung Hitler semasa Perang Dunia Kedua,tapi mereka lakukan strategi utk kuasai dunia.

Itu Zionis.Kita hanya tahu beremosi.

Terimalah hakikat yang kita sebenarnya tiada strategi untuk menentang mereka.

Selagi negara-negara Islam masih terima rasuah,selagi zakat tak diuruskan diberikan kepada yang hak,selagi tu la,bakar la banyak mana patung sekalipun - kesannya tetap sama.

Jangan hanya beremosi.Fikirkan strategi demi agama dan bangsa kita.

Faham yer kawan-kawanku.

PERUNDANG said...

saya faham..

aku menyokong segala hujah dan pendapat nami di atas..semuanya hendak tidak hendak telah dan sedang dilakukan..dan masih blm berjaya..dan masih perlu dilakukan..soal ekonomi,pentadibrn,kesatuan dan sebagainya..betul dan tidak dinafikan..dan semua itu harus diteruskan dan ditingkatkan..kalau hendak dikata tidak ada itu sama sekali tidak benar..bnyk golongn2 dan kumpulan sudah memulakan usaha ini...usaha untk mengutakan kekuatan masyrakat islam dlm satu kesatuan...agar dlm kesatuan ini segala nasib mereka terbela..conthnya ikhwanul muslim di mesir..

itu antara usaha2 yang telah dimulakan..namum masih blm berjaya..dan telah dipatahkan oleh piahk2 musuh..dan usaha2 ini digelar pengganas dan sbgainya oleh barat..ini kita harus faham..

bagi aku soal bagaimana kesatuan umat ini hendak bermula..bagi aku apbila umat islam semakin hari sudah semkain menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kpd pihak2 yang kejam ini, sama ada dgn membakar patung .boikot dan sbgainya, dan jumlah ini smkn hari smkn ramai, inilah PERMULAAN KPD KEBANGKITAN ISLAM..KEBANGKITAN UNTUK BERSATU..INI PERMULAAAN DAN MENGAMBIL MASA..

bukn mudah untuk menyatukan umat yang sudah sekian lama berpecah... ini permulaan... ini perlu kita fahm..sbb bukan mudah untuk mrngumplkan umat islam ini dlm satu masa dan menyatakan pendirian mereka..ini permulaan yg baik, dan perlu dikekalkan gelombgnya...

maka apbila glmbng ini sudah kuat dan kukuh maka brlah boleh usaha2 yg disrnkn oleh bro nami boleh dlksnkn dngn brksn..itu kita yakin...

saya mmg beremosi kali ini..saya akui..sbb saya tidk blh menerima kenyataan yg bgt 'meghina' perasaan dan perjuangn yg saya dokong..saya kira kalau ada mengtkn seupama sosialis itu 'suck', maka sdh tentu saudara nami 'panas' dan meledak..perupamaanya bgt terhdp reaksi sya dlm perkara ini.
bgt juga saya..itu saja penjlsn saya.. Tq

Aril Cantona said...

Camni la,aku rasa kata-kata Nami ada benarnya,kata-kata deniel pun ada benarnya.

Sosialis kat Venezuela pun boikot barangan Amerika,halau duta Israel keluar dari Venezuela.

Kumpulan Ska-P rock pun tulis lagu Intifada,tanda sokongan kat Palestin.

Pada aku la,kalau setiap negara Islam hantar tak payah ramai,1,000 mujahidin ke Gaza untuk berperang dengan Israel,aku tak banyak cakap,aku pergi dulu.

Aku mungkin orang pertama yang daftar,tapi aku akan pergi.

Aku lebih rela jihad dari hidup sia-sia.

Pasal tu nami cakap,takat bakar patung tapi takde gerakan,baik tak payah.

Nami aku dah kawan dengan dia lama dah.Dia memang jenis cakap lepas,tapi aku tau,selagi orang tak cakap camni,sampai bila-bila orang bakar patung,tapi tak nak lawan.

Ada lebih kurang 20 negara seluruh dunia yang beragama Islam.Kalau hantar 1,000 dah 20,000.

Kalau hantar 10,000?

Daripada kita bakar patung Bush,baik kita bakar Bush!