Saturday, January 31, 2009

To Mr . Aril,

zwani.com myspace graphic comments

Aku nak ambil kesempatan di FOB ni, untk mengucapkan Tahniah kpd Aril yang akan melangsungkan perkahwinan dlm beberpa hari lagi. Semoga Tuhan Allah merahmati dan memberi kebahagian kpd anda serta pasangan Anda. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar dan semoga ia menjadi saat yang paling berbahagia buat anda sekeluarga.

Deniel Ahmad Roslan

The Offside Flag Has Been Raised.


The ego has landed.The topic right now is already out of topic.

To be honest I'm not a little bit feel guttered with comments of a person so called "Dr.Ahmad" in Federation of Bloggers.And I don't even care,whoever,which ever,or what ever he is,I don't care.I don't care with his Kazakhstan PhD anyway.

Well I'm not feel offended by the latest entry of Deniel about men@women ego,but I'm slightly bittered because I think I've been rubber-stamped a person who denies the rule of God.I'm clearly believe that it's not his intention to say this,but about my opinion to be free and independent,for me it's not against rule of God.

According from Sigmund Freud,everyone in this world has 3 different type of emotion.Id,ego and super-ego.

Id is the feeling to be pleasure.Sex,hunger and sleep is one of those feelings.We cannot control this feelings,because this is what human should be(fitrah).

The Ego comprises that organized part of the personality structure which includes defensive, perceptual, intellectual-cognitive, and executive functions. Conscious awareness resides in the ego, although not all of the operations of the ego are conscious. The ego separates what is real. It helps us to organize our thoughts and make sense of them and the world around us.

Now,if I defend my perception,my opinion,is that I already disobey my God?

What I against is uncontrolable ego.Not ego.Everybody has it's own ego,okay?

Super-ego is a control agent for both id and ego,such as government,religion or anything authorizes us in life,are actually surpressed our own id(especially to commit murder,to rape,or to rob bank) and ego (to think,express,to feel,to say your opinion).We need super-ego to control ourselves to be behave,but overusing it,it's like ISA of your own.

We need law but we don't need law to surpress us.

Sin or virtue,is not in our hands.We cannot simply judge people according with his opinion or his attitude.This is the problem for "holier-than-thou" people.Always love to judge people with self judgement.

Sin and virtue is in God's hand.You cannot decide which one go to heaven,which one go to hell by your own mentality,your own judgement.You're not a God.Only God can decide that.

In a meantime as we lives in this world,we carry on our lives,and keep on expressing your opinion because it's what you should be.

There's an Irish princip that I always hold,

Amhain Dia litriu breith me.Only God can judge me.

Tanda-Tanda Ego Tak Kira Lelaki @ Perempuan



Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego


Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-



1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran.

3. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

16. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah

-sagasama-

A To Z Tentang Lelaki




















Ada mengatakan lelaki itu, ini, sana, situ ego dan bla.bla.bla..Maka sblm dikakatan lelaki itu ego, mari kita kaji mahkluk spesis lelaki ni dari A-z..Ini siri pertama. =). Ini adalah sifat yang ada dalam diri individu bergelar lelaki dari A to Z. Lepas ni mereka tak boleh nak kelentong kamu lagi kan?

A – ALA-ALA
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki2 gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.

B – BOHJAN
Tidak! Tidak! Tidak! Kategori yang paling ditakuti… masalah social yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingat, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata2 demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas!

C – CEMBURU
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing2 mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la…

D – DUGONG
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar… ha, macam2 alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur!

E – EMAS
Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa…kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih2 lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain2 dengan kata2! Lagi mudah nak buat perempuan cair!

F – FIDOFILIA
Harapkan pagar, pagar makan padi! Mintak dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya membahayakan individu lain yang berada di sekelilingnya! Kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadinya kes-kes rigol terhadap kanak2!

G – GIGOLO
Ganas bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistic dalam diri semata2. Sanggup mengggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.

H – HIPOKRIT
Depan lain, belakang lain! Spesies sebegini memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini mudaha sahaja! Mereka bijak berkata2… pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata2 yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang digambarkan! Depan kita, pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita… hanya Tuhan yang tahu! Sebaiknya selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum kamu tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.

I – INTELLIGENT
Berpendidikan dan serba tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam linkungan topik apa pun, dia tentu bijak berbual… tapi ada kalanya perlu berhati2 juga kerana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki, tapi hakikat dalam kehidupan… macam itulah! Bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, pasti ada dalam diri setiap individu… kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan? (adakah Dr. Ahmad PHD. di dalam kumpuln ini?)

J – JAMBU
mmm… boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang2 agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!

K – KAKI KENCING
Minta dijauhi dari ditemukan denga lelaki yang sedemikian perangainya! Pelbagai janji yang ditaburkan, tapi tiba masanya untuk melaksanakannya, hmm… fahm-faham sendirilah! Kesimpulannya di sini, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kalau terus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti!

L – LOYA BURUK
Bercita-cita nak jadi peguam tapi tak berkesempatan kerana taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loya buruklah dia! Individu yang tergolong dalam kategori ini memang sukar untuk serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun! Selalunya mereka kerap menjadi penglipur lara yang gemar membuat lawak silap2 hari bulan, kerana loya buruknya itu, boleh buat gaduh tau!( Deniel Ahmad mungkin dlm kumpulan ni.kah.kah.kah)

M – MACHO
Wah! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasi menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan… tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan!

N – NANGIS
‘Sememah la mamat ni! Sikit2 nangis! Macam perempuan lah’. Mungkin hatinya selembut sutera. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot! Namun harus berhati2 juga kerana mungkin mamat tu berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih sinpati! Awas, jangan mudah terpedaya!

O – OPSS…
Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri sendiri! Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P – PERASAN
‘Akulah yang paling hensem kat sini.’ Kalau dah namanya perasan, sememangnya telah tertulis di mindanya bahawa dialah yang terbaik! Kalau berada di mana2, khususnya di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya.

Q – QUALITY CONTROL
Semuanya nak ‘perfect’ baik dari segi penampilannya mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya! Memang bagus jika bertemu dengan spesies jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri! Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak ‘high taste’!

R – RILEKS
‘Cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu2 sebaliknya dia kaan berfikir panjang sebelum bertindak!

S – SYOK SENDIRI
Kes berat ni! Syok sendiri dikhuatiri bakal menimbulkan sifat perasan. Lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasaan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijakmengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati wanita yang diminatinya itu…sedangkan dia hanya syok sendiri! Hal ini bakal menyusahkan orang lain pula.

T – TULEN
Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang erlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis2 di luar sana.

U – UNIVERSAL
Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya, lelaki yang tergolong dalam kategori ini mudah untuk mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak karenah!

V – VOUGE
Wah… sentiasa menjaga penampilannya! Namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Diakui lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas! Ha, jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai! Pastinya yang mahal2 demi menjaga status.

W – WAS-WAS
‘Gunakan tanpa was-was’, sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri adalah lebih baik kita cuba menghindarinya. Perasaan was-was timbul apabila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara! Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identiti dalamannya.

X – X-FILES
Misteri dan menjadi tanda tanya. Sukar untuk membongkar peribadi lelaki misteri ini kerana sikapnya yang sentiasa berubah2 dan amat sukar untuk ditafsirkan! Mungkin pasangan nya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang skar dijangka!

Y – YO-YO
Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo ini. Kadangkala kerana sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggungjawab.

Z – ZIBRA
Memang bahaya! Lelaki zebra atau hidung belang sering melakukan perkara atas sebab2 tertentu khusus untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dala kategori ini lebih dikenalik= sebagai kasanova!

-Sagasama-

Friday, January 30, 2009

The Republic of Kazakhstan-Land of Silk Road,Cheap With Goodies and Recognition.



To be honest,I actually never against Kazakh people or disgraded them,as a citizen of the world.I hope one day I will reach there,and I know Kazakhstan is a land of beauty,the mixture of sandy desert,vast steppe and icy cold tundra,the land of contrast,of culture,beauty and well,bogus products.

Since Dr Ahmad PhD(which he bragged the most) drawing our attention by his "holier-than-thou" comments,I suggest he should read this article,for his travel sake to Kazakhstan--to buy his new PhD.

Kazakhstan is the biggest country that gained independence from Soviet Union in 1991.Kazakhstan is the biggest landlock country in the world.The capital city of Kazakhstan is Astana,but the biggest city in Kazakhstan is Almaty.The currency of Kazakhstan is tenge.1 US dollar is equivelant to 120 tenges.

According from my friend,in Almaty,you can get anything in cheap price,since the country is in a middle of Silk Road.If you love hussle and busy streets,then go to Almaty and find a place called Kok Tube.There,you can find anything-from food,clothes,whore,gays..in a cheap price.According from my friend,you can get a good meal around 100 tenges,while you can hook up with a whore,a very sexy Kazakh whores worth 1,000 tenges.Good price.

And also,if you're interested in bogus PhDs,well,you can find in some local colleges or universities.You can buy PhD worth USS5,000 or 400,000 tenges.You can get PhDs in any courses--such as medical,physics,computer-science,anything,no hussle,no thesis,no coursework,no papers--just paid and you're now Dr. PhD.

I suggest this is a haven for a person like you,Dr Ahmad PhD.This is my last article for people like you,or people who loves to brag their bogus PhD.This is the place you belong.

Don't worry,Borat will be your tourist guide.Go Youtube and find out who is Borat.Anyway,bon voyage Dr Ahmad!

Janganlah reject lelaki Melayu, pleesss....





Aku mewakili lelaki Melayu yang masih dara di seluruh nusantara merayu kepada seluruh wanita di dunia yang masih bujang supaya tidak mereject</span>lelaki Melayu.

Berikan kami peluang untuk menebus kesilapan kami wahai wanita. Janganlah kami terus disisih semata-mata kami tidak cukup romantik. Sebenarnya kami bukan bermakna tak cukup romantik maka kami tak sayang wanita tak ambil berat langsung pasal wanita.

Tak bermakna kami tak romantik macam mat Bangla, orang puteh terutamanya orang Perancis, kami ni direject bila mahu melamar wanita.

Secara peribadi aku tak rasa aku ni romantik sangat pun. Walaupun perempuan yang kahwin dengan lelaki Melayu ni kebanyakannya bahagia hingga ke akhir hayat dan jarang berlaku perceraian, tatapi aku tau masih ada ramai wanita walaupun dah jadi orang lama tapi masih mendahagakan belaian romantik sang lelaki.

Secara peribadinya aku akui kelemahanku sebagai lelaki Melayu jadi janganlah menolak kami kali ini sehingga memilih lelaki import. Terutamanya kepada wanita Melayu.

Ini ada mahasiswi IPTA tempatan bebaru ni dilaporkan ikut lelaki Bangla, sampai sanggup menghilangkan diri daripada mak bapak sebab nak ikut 'Datuk Shah Rukh Khan'

Kepada wanita sekali lagi ku merayu janganlah reject lelaki Melayu lepas ni maafkan kami berikan kami peluang kedua kalau kami melamar anda takkanlah kami nak tunjuk perasaan pulak.?

Malulah kami.



Aku rasa tak mustahil aku boleh usulkan kepada PM Abdullah Badawi, ataupun penggantinya sama ada Anwar Ibrahim atau Najib Razak supaya melancarkan 'Kempen lelaki Melayu mesti romantik' kepada pasangan mereka sama ada ketika mahu mengorat, sedang bercinta, mahu meminang atau sudah bercicit piut, kena romantik jugak!


Aku tak menolak kalau sifat romantik tu nak kena ada tandatangan akurjanji pulak, kalau tak ikut boleh bawa ke mahkamah.

Tapi kalau soal macam ni pun nak dakwa ke mahkamah syariah maka rentikanlah buat gelak dek tok khadi je.

Aku rasa tok khadi, pegawai Jakim yang berkaitan kahwin-kahwin ni akan resign ataupun mintak bersara awal sebab selalu terima aduan kes."Suami saya tak cukup romantik sebab dia tak tau apa makna perkataan romantik. Saya tanya dia tak boleh jawab apa itu romantik,"

Maka dengan itu tiada lagi ustaz nak kerja dalam bab nikah kahwin ni sebab merajuk bini dia pun ngadu tak cukup romantik. Hwa hwa hwa!


Tapi aku tetap janji nak jadi lelaki romantik. Tapi apa gunanya aku berjanji sebab aku tak kahwin lagi! Aku tak boleh laksanakan janjiku selagi aku belum kahwin!

Ada sape pempuan nak kahwin dengan aku? Aku janji nak jadi romantik ni!

Sorila aku ni baru selesema belum makan ubat lagi, itiu semalam hari ni belum lagi. Sebab aku kena hujan kelmarin masa balik kampung itu yang aku rasa nak demam pun ada!

Dr.Ahmad peminat Agnes?




Wah tertarik rasanya aku nak mengulas mengenai kenyataan Dr.Ahmad baru-baru ini yang mengatakan bahawa perempuan Indonesia yang datang di sini ni lebih setia, servis baiklah untuk dijadikan isteri.

Ya mungkin disebabkan itu bahawa lebih ramai lelaki Malaysia lebih ramai memilih wanita pendatang Indonesia untuk dijadikan isteri. Alasannya selain dengan kenyataan Dr.Ahmad di atas perempuan Indonesia ni tidak mengenakan hantaran yang tinggi macam perempuan Melayu Malaysia, tak sombong berlagak macam itulah bunyinya.

Tapi kepada Dr.Ahmad tolong jangan mudah membuat telahan sebegitu rupa....


Ketika aku masih bekerja di akhbar Suara Keadilan tahun lepas, aku ada bersembang dengan Eksekutif Editor Suara Keadilan; Dzulkarnain Taib(DT) mengenai perempuan Indonesia yang datang ke Malaysia ni. Dia pesan "Hafiz, kalau kau nak cari pasangan kau jangan cari perempuan Indonesia yang datang ke sini,"

Lantas aku bertanya"Kenapa bang?" Lalu dia pun menjawab"Perempuan Indonesia ni bukannya ikhlas bercinta tapi nak kahwin dengan lelaki tempatan ini dengan harapan nak dapat hak kewarganegaraan di sini. Mereka lebih pentingkan material daripada cintan-mintan ni. Asalkan kau berduit dia pandang,"

Lalu DT menambah "Diorang ni bukannya boleh percaya entah kalau dah kahwin pun boleh tinggalkan lelakinya macam itu je sebab nak jadi rakyat Malaysia," well aku no komen dengan kenyataan DT sebab dia ada pengalaman dalam hal ni. Dia pun dah berumur 47 tahun!


Lalu aku bertanya"Kalau saya ke Indonesia dan mahu kahwin dengan perempuan Indonesia di sana ada masalah tak?" DT jawab"Itu takpe kau kahwin dengan perempuan Indonesia yang memang dah ada di sana tapi bukan dengan perempuan Indonesia yang datang ke Malaysia ni," betul jugak cakapnya.

Yelah kita ni bukan sekadar nak kahwin dengan pasangan kita je tapi biarlah dengan seluruh ahli keluarganya. Apa gunanya kalau kahwin dengan perempuan Indonesia ni tapi tidak direstui oleh ahli keluarga tak boleh jadi.

Entahla so far aku memang sengaja tidak melibatkan diri dengan wanita pendatang ni sebab aku nak mencegah perkara-yang bukan-bukan terjadi pada diriku.

Tapi yang aku memang ada dengar sebelum ini bahawa kebanyakan perempuan Indonesia lebih pandang material asalkan lelaki itu ada fulus dia pandang. Kenyataan Ezrin dan DT menguatkan lagi teori tentang perkara ini.
Waduh-waduh!

Tapi aku tak tau kenapa Dr.Ahmad bukan main back up lagi perempuan Indonesia sehingga macam dia sokong kalau lelaki Melayu kahwin dengan diorang. Entah-entah Dr.Ahmad ni peminat sinetron(drama bersiri Indonesia) kot?

Dr.Ahmad minat pelakon dan penyanyi Agnes Monica ke? Sori Dr sebab saya buat lawak pagi-pagi buta.

Lawak + sengal ***

Kali ni aku nak gunakan FOB, untuk cerita lawak kambing ckt..izinkan saya yer admin =)

Aku berasa nak tergelak kambing bila baca entry di blog razor, berkenaan entry sengal beliau tu..tiba-tiba aku teringat satu stry yg berlaku lbh kurang 6 bulan lepas.

Mcm ni satu hari aku k jaga satu pemeran untuk faculty aku di UKM, n aku kenal dgn sorang bro yg melapak kat area pameran tu..dia sapa aku, aku layan jer.umurnya lbh kurang 25+ n nmpk mcm alim jer, sbb pakai kopiah..dia sembang dgn aku pasal politik ckt, n then pasal computer..aku layan jerlah, sbb 2 bab ni mmg life aku..dijadikan cerita dia mntk tlng aku temankan dia beli notebook kat low yat plaza..aku mmg jenis suka menolong org kalau bab2 komputer ni..maklumlah mmg kalau pasal computer aku jadi ringan tulang n hatiku senang (akibat bnyk mengadap pc)..


Ok lah, aku pun mmg free time tu..dia janji dgn aku 2 minggu lps tu..n sblm hari aku nak g dgn dia , dia ada call aku untuk confirmkan jer..bila dia call, aku rasa mcm pelik jer..sbb dia ckp aku kena btl2 teman dia, sngt bersunggh..katanya dia akan tiba flight dari ***** n thn akn ambik aku kat ukm , nthn lps tu dia nak ke Bangkok..pelik jer bunyinya..ps tu dia ada stry dgn aku dlm hp tu pasal kes anwar..tiba2 dia hijack aku dgn soalan ‘katanya anwar dulu di MCKK mmg ada dengar cerita dia ni *****..aku no coment, sbb aku tak tau apa2 pasal stry dia tu..layan..n dia pesan kat aku suruh pakai smart2 time dia ambk aku..hah?? what the hell..aku bertmbh pelik..


Dan pada hari diajanjikan dia ambk aku kat ukm, dgn limosin klia..bapak terkejut beruk..dia bwk aku g ambk barang dia di kedai*** n than go to kl..dlm perjalanan tu aku rasa lg lain mcm..tiba2 dia tnya pasal baju aku lah, jam akulah, n apa kejadah lagi..siap pegang tangan aku..hai..aku ckp dl hati..ni mmg dah lain macam..sngt2..aku dah panas punggung..nsb baik driver limosin tu tak pndng..tidak lagi dia pelik.. n than, dia ckp dgn aku dia nak singgah hotel kat MID valley untuk letak barang dia..hye..aku ck papa kejadahnya..bukan ke dia ada rumah kat kajang..otak aku seudah dapat signal yg mamat ni jenis******..apa lagi aku harus menyelamtkan diri.hahahahhah =)

Aku bg alsan kat dia, aku nak kena balik awal,ada temujanji.. dia tak jadi g hotel n terus ke lowyat..so aku lepas beli dia ajak aku makan..blh tahan tngk tempat n apa yg dia makan..jenis org kaya2..aku bahan jer..dia blanja..time makan ni satu azab juga..lain mcm jer mata mamat ni..sudah..baik aku blah cepat.. n aku ckp dgn dia member aku dah tunggu kat ukm..so aku suruh dia hantar aku ke Kl sentral..

Tapi celaka sungguh,dia ckp nak check in hotel..dia pun lepak hotel kat area bkt bintang tu..aku malas nak naik..tp kbtln barang dia bnyk..aku kena bawak naik juga..dlm lif,dia ckp why tak nak lepak dgn dia n tidur jer kat hotel, blh tlng ajar di pasal notebook baru tu..aku ckp aku busy(nak mampus kalau aku lepak dgn dia).hahaha dlm lif dia puji aku why kulit dahi aku berkilat licin..n dia touch dahi aku..meremang aku.haha


And thn lepas letak barang dia, aku cpt2 turun..lepas tu aku terus ke kl sentral..mcm haram aku ckp..sah2 mamat ni PLU..buat letih otak aku nak meyelamatkan diri…lepas tu terus dia tak call aku..msg pun tak..tidak sblm tu ada jer..agknya dia frust kot…haha

So itulah antara stry2 yg mcm haram..ada lg..tapi tak payah nak cerita..buat seram bulu tengkuk aku.haha..so moralnya, wahai manusia, jgnlah anda menjadi luar biasa..jadilah manusia biasa..sesunguhnya hidup ni tak lama..Faham2 lah sendiri..sesunguhnya aku lelaki + normal ..kah.kah.kah..=)

Review Filem:Frost/Nixon.


I tau lately I selalu buat orang lain panas je,and I tau,tujuan I buat orang panas supaya orang ramai boleh berfikir.Kalau tak dipanaskan,ais takkan cair.Ada yang kata I mampu memecahkan gegendang telinga orang dengan sentence-sentence I yang memang bold and beautiful tu.That's why orang kata Ez ni penuh dengan "thoughts of mass destruction".

Anyway I tak nak sakitkan hati orang lain hari ni,especially Dr Ahmad PhD yang sedang dipertikaikan PhDnya.Kemungkinan beliau sedang berada di Kazakhstan sedang berusaha membeli PhDnya di Almaty State University di Kazakhstan.Dengar kata PhD bogus kat sana harganya US$5k.Cukup murah berbanding bogus PhD yang lain.Thanks for anonymous yang memberi information yang macam best kat I.

Hari ni I nak santai,because semalam I dah cukup didera oleh abang I yang dah nak kahwin minggu depan.And bagi orang-orang yang annoy dengan dia,especially Hafiz yang selalu kena bahan dengan dia,bagi la dia chance.Dia dah nak kahwin lepas ni.Bagilah 'nakal-nakal' dia tu keluar.Nanti dia dah tak boleh 'nakal-nakal' macam dulu lagi.Hik hik!And ye la,lelaki ni kalau bab shopping memang pemalas,daripada kasut ke baju kesemuanya I jugak yang kena tolong belikan.I selalu jadi image consultant tak berbayar abang I.Haii,penat la.Anyway,semalam lepas shopping,I lepaskan penat I tengok movie yang bertitle "Frost/Nixon".Well,filem ni actually dah lama kat US,agak pelik kenapa kat Canada punya lewat.Padahal sebelah aje.Tapi takpe la,unlike cerita W.(George W.Bush) yang menarik,penuh dengan gaya hidup Bush yang typical redneck(cowboy),cerita Frost/Nixon lebih serius dan penuh dengan kata-kata mendalam.

OK,siapa tak kenal Richard Nixon?Beliau ialah seorang POTUS.POTUS terbaru ialah Barack Hussein Obama.Get the clue?(POTUS=President of the United States).

Beliau ialah seorang POTUS dari parti Republikan.Parti Republikan ialah parti berfahaman konservatif,parti yang juga sama fahamannya dengan UMNO di Malaysia,Golkar di Indonesia,mahupun Nicolas Sarkozy di Perancis.Ataupun seperti Stephen Harper di Canada.

Richard Milhous Nixon menang pilihanraya POTUS pada tahun 1968.8 tahun kebelakang beliau tewas pilihanraya POTUS dengan John Fitzgerald Kennedy dengan majoriti 0.2 peratus undi.So,memang Nixon seorang yang sangat popular.

Pada zaman Richard Nixonlah dikatakan manusia pergi ke bulan(which definitely memang penipu,kerana kita tidak akan mampu travel sejauh itu dengan halangan gravity yang cukup massive!),pada zaman itu pemberontakan hippies menentang Perang Vietnam yang diketuai John Lennon(rebel musician/artist,Nami mesti suka dia ni),dan juga skandal Watergate,politik wang dan korupsi yang akhirnya menjatuhkan Richard Nixon ini.

Anyway,cerita ni,naratifnya agak serius,penuh dengan scene Richard Nixon selaku POTUS yang baru sahaja meletak jawatan(sebenarnya dihalau keluar oleh rakyat Amerika) kerana skandal politik Watergate.Siapa yang tak tau skandal Watergate sila tanya Dr Ahmad PhD.Kalau PhDnya tidak dibeli dari Kazakhstan,maknanya dia tau tentang Watergate.Kalau dia tak tau,tanya Wikipedia or Google.

Anyway cerita ni sebenarnya fokus kepada David Frost,seorang penemuramah ekslusif yang tersohor pada zamannya.Kalau sekarang beliau boleh disamakan dengan Larry King.Kalau tak kenal Larry King maknanya anda tidak pernah menonton CNN.David Frost sebenarnya dalam usaha untuk menemuramah Richard Nixon ini.

Frost bertanyakan soalan-soalan panas terhadap bekas POTUS itu.Soalan tentang dasarnya terhadap Perang Vietnam,Watergate dan tentang skandal rasuah Timbalan POTUS Spiro Agnew.Dan sebagai POTUS yang dituduh dengan soalan-soalan panas begitu,agak mula berang dan seolah-olah ditekan.David Frost dalam movie itu,boleh disamakan dengan diri I yang berjaya mencabar keegoan lelaki Melayu.

Dan bila di babak terakhir,barulah I ada nampak nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri Richard Nixon.Beliau seolah-olah berkata yang beliau bukannya yang paling berkuasa dalam Amerika,walaupun beliau seorang POTUS.Beliau adalah seorang anak yang ayahnya seorang paderi Quakers.Beliau tidak pernah minum arak sehingga menjadi POTUS.Beliau tidak tahu apa itu rasuah sehingga menjadi POTUS.

Dalam hal ini saya memikirkan,POTUS yang anda benci seperti George W.Bush itu,itu bukanlah diri mereka yang sebenar.Dalam cerita W. yang saya tonton,Bush sangat sayang kepada kanak-kanak.Bush sangat sayang terhadap haiwan peliharaannya.Cuma yang mengawalnya adalah pelobi-pelobi yang menyokong kewangan kerajaan Amerika Syarikat.

Cuma kadang-kadang kita lebih suka membenci,dari memahami.Disebalik dasar konservatif Nixon itu,sebenarnya itu bukanlah nilai-nilai yang Nixon pegang selama ini.Mungkin sampai sekarang kita harus sedar,yang POTUS ini hanyalah manusia biasa.

One of the best movie I've watched.I sarankan kepada penggemar politik,tontonlah movie ni.

Thursday, January 29, 2009

Your Smile!

Your smile is a beautiful smile

It comes straight from your heart

Your smile shines like a beacon

The love in it tears me apart

Your smile shows in your eyes

It’s pure and joyous to see

Your smile brightens up my life

Its pure love just for me

Your smile can brighten the darkest day

Your smile can take my pain away

Your smile just turns me upside down

Your smile in which I could forever drown

You smile at me and I am bowled over

At how it changes your face

Such love and joy and happiness

Such dignity and grace

Your smile can take me through the darkest nights

Your smile makes me cope with the horrible fights

Your smile does so much you see

Your smile full of love just for me

By: snowbelle





Ulasan santai “why malayisan abroad didn’t want to go home” by Ez

Saya telah selesai menghadam tulisan olh. Saudari Ez yang bertajuk “why malayisan abroad didn’t want to go home”.. Saya melihat tulisan Ez adalah berdasarkan pengalaman Ez sendiri semasa menetap di Malaysia, dan kelihatan satu ulasan yang begitu dekat dengan kehidupan beliau terutamanya pengalaman di zaman persekolahan dan pengalaman ayahnya En, Sulaiman bekas warga PETRONAS.

Sepintas lalu beberapa isu yang dibawa oleh beliau,antaranya berkaitan cara pemikiran masyrakat Malaysia. Pandngan saya berkenaan hal ini secara dasarnya, bersetuju dengan beliau. Faktanya, pemikiran sebahagian masyarakat Malaysia adalah dikatakan masih di takuk lama. Lama yang membawa maksud berfikiran yang masih di dalam ruang lingkup setempat, tidak mudah menerima perubahan, dan tidak melihat perubahan kepada sst yang lbh baik itu adalah penting dan satu keperluan. Mungkin inilah akibatnya dari sistem yang ditanamkan oleh kerajaan selama ini. Rakyat tidak digalakkan berfikir, ttp hanya menerima apa yang disuap oleh pihak atasan. Rakyat jangan bnyk mempersoalkan tindakan pihak atasan , ttp hanya menurut apa yang disuruh.

Inilah bahana dari system yang diamalkan sejak sekian lama. Malahan budaya membaca yang merupakan asas untuk mampu berfikir dgn ‘luas’ dan ‘kritikal’ tidak menjadi amalan dan budaya masyrakat ini. Masyarakat lebih suka duduk dihadapan TV dengan lambakan hiburan saban masa..Tidak salah untuk berhibur , ttp dalam kuantiti yang terlampau banyak ianya lama kelamaan membuatkan masyarakat kita hilang daya fikirnya lantas tidak dapat membezakan mana hempedu dan yg mana madu, yg mana racun yg mana ubat..dan yg mana kurang ajar dan spttnya diajar..Membaca adalah asas Ilmu dan ilmu itu adalah kekuatan..Tanpa ilmu musnahlah bangsa dan Negara..Pepatah yg biasa didengar ttp jarang dihayati..


Seterusnya berkenaan isu byknya ‘Pyramid Hierarchy Organization’,dan isu rasuah serta budaya bodek membodek..Tidak dinafikan sama sekali ianya juga sudah sebati dalam identiti masyarakat Malaysia.Bukanya hendak memburukkan tanah air sendiri, ttp inilah satu budaya yang telah diiktiraf secara tidak langsung oleh masyrakat kini. Sektor kerajaan merupakan diantar lubok bagi budaya ini.Malahan budaya bengap ini sudah mula menular ke sektor swasta. Keupayaan diri, kemahiran dan usaha tinggi menjadi yg. Spttnya menjadi ‘indicator’ aras bagi mengukur keupayaan sesorang individu telah digantikan dengan indicator baru iaitu siapa yang lbh. besar suapan atau ‘hadiahnya’, siapa yang paling kuat mengampu, ‘kabel’ siapa yang paling besar dan sebagainya.

Lantaran budaya songsang ini, maka lahirlah masyarakat yang tidak produktif, lemah,tidak proaktif dan yang pastinya masyarakat ini pasti akan merundum dan Negara tidak akan bersaing dan berdaya maju. Hasil budaya ini sudah dapai dilihat di Indonesia.. Di Malayisia pun ianya sudah menjadi lumrah biasa.... Kerajaan Mr. Abdullah yg dulu dikenali sbg Mr. clean, entah hilang kemana praktikalnya.. Mgkn hanya sbgai gimik politik. Yang jelasnya budaya sampah ini sudah membusuk di dalam UMNO, iaitu parti yang dikatakan membawa suara org Melayu..Jika pemimpin sebegini yang diharpakan untuk merubah nasib kita, Saya kira masyarakat perlu berfikir bukan setakat 2 kali, ttp biarlah beribu kali..

Soal ‘Love To Blame-But Don't Find Solution’…saya ingin melihat skop ini dari perspektif Umno dan Pas..soal kerjasama antara 2 parti ini. Secara peribadi saya bersetuju secara dasar akan pandangan 2 parti ini sama2 membantu untuk membangunkan Negara..Sepatutnya selepas habis pilihanraya, soal yang paling utama adalah bagaimana untuk sama2 membangunkan Negara..Tidak perlu terlampau bnyk berpolitik dlm soal ini.

Isunya di sini ialah keikhlasan kedua parti ini untuk berkeja bersama..Ttp kita melihat ada pihak antara ke dua parti ini masih blm bersetuju & bersedia untuk bekerjasama dlm membangunkan Negara dlm aspek2 yang boleh dilakukan bersama. Antaranya dari sudut perpaduan, pembangunan masyarakat luar bandar, isu2 antara agama, dan isu yang lebih bersifat pembagunan insan. Soal2 sebegini kita kira adalah menjadi tangunggjawab kedua2 parti ini . Maka sewajarnya haruslah usaha ke arah perkara ini di petambah agar nasib dan kebajikan rakyat dapat sama2 dibela.Ia mmg dapqt dilakukan tanpa perlu mengorbankan dasar dan polisi parti masing-masing.Ini kerana kebajikan rakyat adalah manifistasi dan matlamat semua parti2 politik.


Akhir sekali berkenaan ,’rigid Society’, yang lebih dikait kpd persoalan golongan muda atau mahasiswa itu sendiri. Jelasnya orng muda atau mahasiswa hari ini agak kurang daya ‘memikirkan’ dan bertindak secara analitis dan kritikal bila berhadapan dgn suasana dan isu yang paling kurang bersangkut paut dgn hal mereka sendiri.

Saya tidak mahu mengulas dgn panjang lebar dlm soal ini, Cuma sukalah diingatkan akan ‘semangat azimat’ yang perlu ada dlm diri setiap org muda atau mahasiswa iaitu, Kita Bukan Sahaja Boleh Dicabar, Ttp Kita Juga Boleh Mencabar, Kita Tidak Saja Boleh Ditekan, Ttp Seharusnya kita Boleh Menekan, Kita Bukan Sahaja Boleh Diperintah Ttp seharusnya Boleh memerintah, Kita Bukan Sahaja boleh Diarah, Ttp Seharusnya Boleh Mengarah, Dan Kita Juga Bukan Sahaja Boleh Diatur, Dibentuk Dan Dinilai, Ttp Seharusnya Kita Boleh Menilai,mengatur dan membentuk.















Maka generasi org muda sebegini yang kita perlukan..Bukan hendak memuji, ttp tindakan saudari EZ semasa zaman persekolahan itu adalaha boleh dikatakan antara bibit2 yang mengambarkan semangat org muda seperti dinytkn diatas. Sbg org muda, kita perlu merubah semua ini, kerana apa yang berlaku pada hari ini adalah acuan yang dibentuk 20-30tahun dahulu.Inlah hasilnya..Maka kita tidak mahu anak cucu kita menerima sst yg lebih ‘buruk’ dan busuk’ dari ini. Bukan ingin menyalahkan org2 dahulu, ttp mungkin pada masa dahulu mereka masih blm meramal kesan dan manifistasi yang akan berlaku seperti hari ini. Maka bagi kita tidak perlu untuk jatuh ke dalam lubang yang sama buat kesekian kalinya.


Kesimpulan dari penulisan saudari EZ saya kira tiada sonsang dari sudut idea dan faktanya, cuma tajuk penulisan beliau sahaja mungkin agak ‘kurang pantas’ digunakan seupama itu. Mgkin bagi yang NASIONALISMA nya tinggi menggunung, mengangap ianya sbgai satu ‘tujahan’ atau ‘torpedo’ kpd Negara Malaysia yang tercinta ini (seolah Malaysia ni teruk sngat2 =).. I love Malaysia =)**

Kita sama2 sayangkan tanah tumpah nenek moyang kita.. bak kata, org busuk2 manapun inilah kg halaman kita..Disinilah datuk nenak kita berjuang,paling kurang disini kita dilahirkan.. Akhir kata, buruk baik Negara ini adalah terletak di tangan kita sendiri, iaitu saya dan juga anda semua. Manusia yang baik dan terbaik tidak akan lari meningglkan masalah, ttp kita cuba dan terus mencuba menyelesaikan masalah yang sebenarnya merupakan harapan dan peluang untuk kita merasai dan memperolehi yang lbh baik daripada hari ini.

http://www.forstudentpower.co.cc/

Wednesday, January 28, 2009

Lelaki Melayu di sebalik tabir, benarkah tidak akui kesalahan tanda lelaki ego?


Tindakan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengakui tidak bersalah di Mahkamah Syariah baru-baru ini di atas perbuatan khalwat boleh menguatkan hujah Ezrin El-Mirror(nama sebenar Ezreen Emira Suleiman, penulis blog FOB)bahawa lelaki Melayu memang sukar hendak mengakui kesalahannya.

Namun dalam kes ini, isunya sekarang bukan sepatutnya hendak dibebankan lelaki sahaja sebab kes khalwat ni melibatkan dua jantina lelaki dan wanita sekaligus.


Maka dalam hal ini wanita Melayu asli(bukan campuran Irish) ini juga terlibat tidak mahu mengakui kesalahannya berkhalwat walaupun dah terang-terang kena cekup dengan Jakim baru-baru ini.

Tapi kita harus akur dengan kedalaman cinta dan perasaan seorang wanita di mana memang kebanyakan wanita berperasaan yang begitu mendalam sangat bangat, macam cinta untuk selama-lamanyalah. Dalam perkara ini Mimie memang jujur dengan soal hati dan perasaannya bahawa beliau memang benar-benar sukakan Norman Hakim walaupun dia tau Norman tu lelaki orang dan bapa dua anak.

Beliau sendiri kata tak kisah menolak kalau ada takdir jodohnya dengan Norman. Ya dalam hal ini Memey memang bersikap kejam kerana menjadi perampas dan menganiaya insan yang sama jantina dengannya, pelakon Gerak Khas; Abby Abadi.

Memey memang dari segi kaca mata masyarakat luar malah dalam agama sendiri sekalipun apa yang dia buat adalah kejam sebab kerana dia rumahtangga Norman-Abby putus. Memey masuk jarum di kala Norman-Abby masih bersuami isteri.

Isteri mana yang tak marah gila bila lakinya ditangkap khalwat dengan wanita lain.
Ya wanita memang begitu mendalam perasaannya dalam apa jua perkara yang mereka buat. Kalau mereka cinta dengan lelaki mereka akan cinta dengan begitu bersungguh-sungguh sampai kemaruk dan bila putus mereka akan menangis termenung tak lalu makan dan sering mengasingkan diri dalam bilik kalau tinggal dengan keluarga atau kengkawan.

Kita tutup seketika cerita tangkap khalwat Norman-Memey.Ni perihal lelaki Melayu pulak.

Ya memang lelaki Melayu ni kurang romantik tapi mereka ni lebih banyak bertindak daripada sekadar mengucapkan dengan kata-kata. Mereka ajak makwe mereka keluar makan, bagi bunga pada makwe mereka dan sekadar meluahkan perasaan dengan renungan mata terhadap wanita yang dicintai.

Paling sering mereka buat pun mereka akan bergayut di telefon. Ini kerana lelaki Melayu kebanyakannya masih mengamalkan nilai-nilai murni adab resam orang Timur jadi tidak menunjukkan sangat sifat keromantikan mereka dengan kata-kata tapi dengan perbuatan, wah gitu!

Apatah lagi lelaki Melayu ni beragama Islam jadi mereka seperti orang perempuan kena jaga batas-batas pergaulan kerana takut buat dosa, walaupun tidak dinafikan yang tak tahan tu jawabnya"Wah, terlebih sudah!"

Memang lelaki Melayu ni kurang romantik kerana mereka menjaga maruah dan harga diri mereka, kalau lebih-lebih romantik takut buat dosa pulak. Ini kerana lelaki Melayu di Malaysia ni kebanyakannya berpegang kuat pada agama Islam mengamalkan ajaran agama Islam dan jarang sekali buat jenayah seks ni walaupun ada lelaki Melayu bodo ni nak buat aniaya seks kat perempuan, tapi begitu sikitla bilangannya di Malaysia sebab statistik laporan polis tak disiarkan di media dengan meluas

Malah setakat seks ni pun sekarang ni kebanyakannya lelaki sering menyerahkan teruna mereka kepada perempuan kerana suka sama suka. Itu yang "Terlebih sudah" romantik tu.

Berbalik kepada kes tangkap khalwat Norman-Memey baru-baru ini dalam hal ini lelaki dan perempuan sama-sama salah sebab dedua dah buat salah dan takut nak ngaku salah. Jarang ada orang nak ngaku salah bila buat salah baik perempuan atau lelaki.
Tapi bila tengah seronok berkhalwat tu macam itu yang aku cakap tadi ada lelaki Melayu yang romantik tetapi "Terlebih sudah".

Itulah puncanya kenapa lelaki Melayu kebanyakannya tidak romantik sebab takut bila romantik ni takut tak boleh kawal jadi "Terlebih sudah" kan susah tu.

Lelaki Melayu ni kena jaga iman! Tak ingin lelaki Melayu nak kahwin free sebab itu ramai mereka mengelak jadi romantik tu takut "terlebih sudah" tak pasal pasal kahwin free hah sudah!



Sekarang kita selami hati seorang wanita yang terguris.
Aku sangat simpati dengan Abby hatinya sangat terguris sehingga tidak dapat memaafkan Memey yang meminta maaf kepadanya. Malah walaupun sebelum ini Norman merayu mintak ampun dan maaf kepada Abby tetapi hati Abby dah terrutup nak terima Norman kembali.

Begitu sensitifnya wanita bila disakiti kerana hati mereka seperti kaca dan apabila retak maka sukar hendak disambung kembali walaupun ditampal pita slofan.

Sepatutnya sebagai manusia kita perlu memaafkan sesama manusia yang buat aniaya kepada kita moga dosanya ringan di akhirat kelak.

Wajarkah Abby tidak memaafkan Norman dan Memey? Fikirkan!

p/s: Foto di atas Yang kiri Norman Hakim yang kanan Memey Suhaiza

ATEMM-A Typical Egoistic Malay Man


Semasa saya tinggal di Malaysia,setiap petang saya selalu menghabiskan waktu riadah saya di skate park.Di situ,saya dan kawan-kawan suka untuk berbual-bual kosong dan bergosip,tentang lelaki.Kami perempuan suka berbincang sesama sendiri tentang lelaki.

Satu hari,saya membawa teman lelaki saya(kini bekas,tetapi masih lagi rakan baik) berada di situ sambil memerhatikan orang lain bermain skate,tiba-tiba baru saya perasan bahawa hanya saya dikalangan perempuan yang bertemanlelakikan Melayu.

Myra dengan teman lelaki Indianya(bukan dari kebun getah) Roger,Suhana dengan Jay seorang Cina,Sasha dengan teman lelaki kacuknya Derek dan Fida dengan Ming,seorang Cina juga.

Saya bergurau,"Secara teknikalnya dia sendiri tidak mengaku dia Melayu.Dia seorang Jawa.Dia berkata dalam bahasa Jawa,perkataan "Melayu" itu adalah pelarian."

Kepada lelaki-lelaki Melayu sekalian,tidakkah anda semua sedar perempuan Melayu lebih gemar kepada lelaki-lelaki bukan Melayu?Apa yang membuatkan lelaki bukan Melayu lebih baik dari yang Melayu.

Sekarang,ingin sekali saya menjelaskan apakah maksud ATEMM.ATEMM bermaksud "A-Typical-Egoistic-Malay-Man" atau "Lelaki-Melayu-Tipikal-Yang-Egoistik".Ciri-ciri ATEMM adalah seperti berikut:-

1.Ego yang tidak bertempat
2.Suka berlagak tapi gagal untuk membuktikan.
3.Tidak pernah bersifat romantik.
4.Tidak cerdik,tapi tak suka pasangannya lebih cerdik.
5.Pentingkan diri sendiri,tidak pernah fikirkan pasangannya.
6.Suka menentukan segala-galanya untuk pasangannya.
7.Gila kuasa,tapi tak tau menggunakan kuasanya dengan betul.
8.Suka mengawal tetapi akhirnya keadaan tidak terkawal.
9.Suka berlagak macho tetapi sebenarnya menyampah.
10.Tidak pernah ucapkan maaf bila buat salah.

Sekarang,kalau saya himpunkan semua lelaki Melayu dan saya membaling 10 ketul batu,9 daripada 10 batu yang saya baling akan terkena kepada kepala lelaki ATEMM.

Semalam di FOB ada perdebatan yang serius tentang Holier-than-thou,hari ini Holier-than-thou membesar-besarkan pencapaiannya yang saya tidak pernah kagum pun.

Sekarang,bayangkan lelaki-lelaki bukan Melayu semuanya berjaya menawan hati perempuan Melayu?Apakah "ego tak bertempat" anda itu sudah mula tercabar?

Mungkin saya perlu beritahu ini kepada semua lelaki-lelaki Melayu yang ada sekarang sebelum perempuan-perempuan Melayu semua dirampas oleh mat-mat Bangla atau Indon yang ada sekarang.

1.Bertimbangrasa.Jadilah lelaki yang matang dan fahamilah bahawa perempuan suka dijaga dan disayang.
2.Jangan berlagak.Biar kelebihan anda sendiri dilihat oleh perempuan.
3.Jadi lebih romantik.Berapa ramai lelaki Melayu yang sanggup menulis puisi untuk kekasihnya.Kawan baik saya Sue beruntung kerana mendapat Nami si Pemuisi.
4.Jadilah pandai,jika tidak mahu pasangan anda lebih pandai.
5.Kalau tak pandai,terimalah hakikat yang pasangan anda lebih pandai.
6.Jangan nak suka-suka menentukan segala-galanya terhadap pasangan anda.Pasangan anda bukan pembersih vakum untuk dikawal.
7.Adolf Hitler yang diktator itu pun sayang dan mengasihi pasangannya Eva Braun.Jagalah kami sebagai kekasih,bukan hamba abdi.
8.Jadilah "macho Argentina".Ego yang bersopan,bukan ego tak bertempat.
9.Selalulah mintak maaf sekiranya buat salah.
10.Kami bukan bibik.

Tak salah untuk jadi ego.Ego itu macho,tetapi ego tak bertempat buat orang jadi menyampah.

Tuesday, January 27, 2009

Sebuah lagi negara Ciptaan Zionis

Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AGENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara.
Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan. Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun. Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis.
Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa.Mukhabarat - polis rashia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain.













Zionis mengusir dan menindas tanpa belas kasihan





Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan - semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.









Zionis suka serang perhimpunan aman





Tidakkah situasi ini sama juga seperti di Nablus?






Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain.
Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa
tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat.



Tergamak kau ikut telunjuk Yahudi Melayu jenis apa korang ni?

Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah.








Tidakkah ia jua satu kezaliman yang sama dengan Zionis?



Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan. Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Menteri Luar Malaysia baru sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmukadis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.Jangan terlupa Bilik Rahsia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)Jangan hanya menyokong yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya.





Laknat kerajaan boneka ZIONIS !!!!
TAKBIRR.......
ALLAH HU AKBAR !!!!!!

Holier-Than-Thou(Versi Melayu)

Apakah itu holier-than-thou?

Ia adalah satu perangai dimana seseorang itu merasa dirinya lebih baik dari semua orang,secara langsung atau tidak langsung.

Dalam masa 6 bulan saya menulis blog,pelbagai reaksi dan comments yang telah saya terima tentang artikel yang saya tulis,memberitahu tentang "anda tidak boleh berkata begitu" atau "kita kena ikut undang-undang",tetapi tidak ada idea susulan.

Membosankan.

Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya idea saya dikritik,terutama tentang Ezreenologi atau Girl Power.Kadang-kala ada kritik yang membina,seperti Deniel yang sering mengkritik tetapi mengeluarkan pandangan beliau secara bernas,secara jujurnya saya sangat menghormati pandangannya dan saya suka dikritik dengan cara begitu.

Ini caranya untuk kita terus berkembang.Memetik kata-kata Presiden William Jefferson Clinton,"idea itu dicipta dari perdebatan".Saya sangat setuju dengan idea-idea baru yang dikeluarkan,dan saya hormati pandangan anda,dan saya harap pandangan seperti ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi kepada seluruh dunia.

Tetapi,manusia jenis holier-than-thou ini,tidak membantu.Sebaliknya,kritikan membabi-buta,dan sebenarnya mereka ini tidak tahu apa yang dikritik.Mereka tidak ada idea yang kukuh untuk membantu mengukuhkan kritikan mereka terhadap artikel saya.

Manusia jenis holier-than-thou ini selalu merasakan mereka itu sangat genius,dan terlalu pandai,dan copy paste artikel-artikel yang saya sudah baca,dan copy paste kata-kata yang saya sudah lama dengar.

Manusia jenis holier-than-thou ini selalu merasakan mereka berhak berkata yang mana benar yang mana salah.Mereka tidak suka untuk berbincang,berkongsi pendapat dan mengembangkan idea.

Manusia jenis holier-than-thou ini juga seringkali membangga-banggakan pencapaian mereka,apa yang mereka capai untuk membuktikan yang mereka berhak untuk menutup pendapat orang lain.

Dan saya berterus-terang untuk tidak mempedulikan apa pun pencapaian anda.

Saya tidak peduli sekiranya anda seorang guru,atau pensyarah,atau dari sekolah pondok,saintis roket atau sekiranya anda Ronald Reagan sekalipun,saya tidak peduli,jika anda tidak ada idea untuk mengkritik idea saya,saya tidak peduli.Jika mahu mengkritik,keluarkan pandangan bernas anda.Bukan bercakap kosong semata-mata.

Orang suka jika ideanya dipuji.Tetapi jika idea tidak disokong dengan pendapat dan fakta yang bernas,jangan main hentam kromo mengkritik idea orang tanpa sebab.Keluarkan hujah anda dan sekiranya pandangan anda boleh kita semua terima,maka saya tidak ada masalah untuk menerima pandangan anda.

Monday, January 26, 2009

Tolong jangan maki hamun dalam ruangan komen


Membaca komen Dr.Ahmad Izham dalam tulisan Ezrin bebaru ini dan tulisanku mengenai Obama bebaru ni mengundang kedukacitaan dalam sanubariku.

Kenapa blog federasi ni mesti ada caci maki hamun sesama blogger? Amat mengecewakan kerana tindakan caci maki ni dah berleluasa dalam blog kumpulan ini. Aku memang rasa tersinggung dan sedih sangat dengan komen-komen yang penuh caci maki ini.

Aku menyeru kepada blogger-blogger sekalian supaya selepas ini tolonglah hentikan tindakan caci maki ni terutamanya ketika hendak memberi komen terhadap tulisan blogger lain.

Kalau tulisan blogger tersebut nnyata menyinggung perasaan anda, boleh memberi komen dan teguran tetapi janganlah penuh dengan ayat yang benar-benar korang benci dan menyampah habis dengan blogger tersebut.

Bebaru ni aku ada membuat kenyataan tindakbalas terhadap Obama yang mahu meneruskan hasrat mahu membantu Israel menentang Palestin. Aku dah bagi tau siang-siang bahawa aku tak benci Obama tapi cuma tak suka kenyataannya itu takdela aku sampai benci dia dan ahli keluarganya.

Maka datanglah komen yang kasar bahasanya kata oh kau cakap pasal gusti WWE boleh pulak? Aku cakap pasal isu Obama cakap begitu takde kena-mengena dengan gusti. Tapi yang amat ku kesalkan bahawa komen yang diberi seolah-olah aku ni sangat jahat dan terkutuk di mata mereka yang bagi komen ni.

Tindakan aku sekadar mengulas kenyataannya dan aku dah cakap kalau dia ubah dasarnya pendirianku terhadap Obama berubah. Dan aku juga melahirkan harapan supaya Obama akan menwujudkan keamanan lepas ni

Dengan tulisan tu aku boleh tau melalui komen mereka siapa yang sokong belah mana. Tapi itu tidak penting bagiku kerana apa yang kuharap biarlah komen itu tidak ada maki hamun lagi.

Sebabnya aku tidak mahu ada unsur permusuhan yang berpanjangan, hanya semata-mata mengulas satu isu maka, hendak berpanjangan konfliknya.

Di sini aku mahu menyeru kepada abang Ezrin, Aril Sulaiman supaya menghentikan caci maki komen engkau dalam tulisanku. Aku takde sebarang masalah dengan kau, kenapa kau mesti banyak tulisanku kau tak pernah nak memberi komen dengan sopan santun sebaliknya asyik maki aku seolah-olah aku ni jahat sangat di mata kau? Takkan semua isu yang aku kupas kau nak maki?


Selama ini kau selalu mencemuh aku dalam komen dan aku harap lepas ini hentikan perkara ini. Aku minta dengan cara yang baik jadi aku harap kau boleh bertindak dengan baik juga tanpa ada rasa nak maki nak marah.

Aku takde buat salah pun pada kau dan Ezrin pun jadi aku minta lepas ni kalau kau tak mau komen tulisanku pun takpe. Tapi kalau kau nak komen sekalipun janganlah dengan ayat yang kasar dan menyakitkan. Lagipun aku tak pernah anggap kau musuhku, malah aku ingin lagi mahu berkawan dengan kau.

Memang di kalangan para blogger ni memang banyak pandangan berbeza berdasarkan pengalaman berbeza. Tapi kalau tak puas hati dengan tulisan sesama blogger yang rasa tak kena dengan jiwa, pemikiran dan ideologi anda tolong jangan komen dengan bila dibaca penuh dengan nada maki hamun seperti sudah membenci dendam kesumat tidak sudah.

Sedangkan dalam gusti pun berlakon je, gaduh sesama tapi lepas tu minum kat kedai, kalau di Malaysia diorang mesti lepak minum di mampley ABC Cheras Perdana.

Pendek kata tolong jangan komen maki hamun lagi boleh? Please? We want peace!

Aku di sekolah menjadi guru yang paling popular pada sesi petang, sebabnya aku jarang maki bebudak walaupun mereka sering membuat perkara yang menyakitkan hati aku sebagai cikgu mereka. Hanya cakap bebaik dan lembut tanpa maki hamun menyebabkan bebudak sekolah tu rasa dihargai dan akhirnya tidak lagi membuat perkara yang menyakitkan hati sebaliknya aku sering didatangi para pelajar ketika di sekolah. Ini semua kena pakai psikologi! Wah popularnya aku macam selebretilah pulak!

Lepas ni kalau dah baca tulisan ni, tak nak komen takpe tapi kalau nak komen juga tolong jangan marah-marah lagi. Komenlah dengan ayat yang sopan santun supaya tidak menimbulkan prasangka buruk dan permusuhan berpanjangan kita sesama manusia. Kalau asyik nak marah-marah takde untung pun malah boleh dalam sakit jantung darah tinggi lagi. Komen yang memaki aku selama ni aku tak akan padam tapi yang lepas itu biarlah berlalu, jangan biarkan perkara ini berpanjangan

Be cool don`t be emotional to everyone

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa,

Budi bahasa budaya kita,

Bolehkan Dr.Ahmad, bolehkan Aril Sulaiman? Lepas ni aku pinta jangan serang lagi.
Ezreen saya harap awak pun tak marah sangat saya dalam komen lepas ni..

;-) Peace

Why Malaysians Abroad Didn't Want To Go Home.

I have to admit that this is an article that Malaysian should accept it as an opinion from a person who live abroad from Malaysia.Close your emotions,open your eyes and start reading.

As a person who was born in Malaysia (Kuantan;March 9th 1986),I've spent 14 out of 23 years in Malaysia.In 14 years I spent my life in Malaysia,study or work,versus my experience 4 years in Calgary,Canada,or 6 years in Milan,I can describe why Malaysians abroad always unwillingly to return to a country that deserved to call it home.

Nothing political view here,just want to describe the difference that Malaysians(not just the government,but the people too) must learn from Western society to bring this great Malaysians,going back home.

1.CONSERVATIVE(in a sense of thinking,not politically).

I must admit this is the point that I should start.Perhaps I've been marked as staunch anti-conservative person,always dismiss "the rules that paralyzed the evolution".Malaysians,especially Malays always has thoughts like "if we up against the King,we will received bad omen(tulah)",or "women will always end up her life in kitchen,no matter how far she studied".

In this surrounding,I believe be a young women,you must take care of so called adab.Well,it's okay if we want to uphold our moral,but isn't we women right now,surrounded by bully-lover men?In Eastern society there was a thought that "only men rules" and "good women to shut their mouth".Now,I didn't support Minangkabau matrimonial system either.We want our voice to be listened,too.

And when you're young,even if elder person did wrong,you cannot telling off his/her fault,because it's rude to do such a manner.When I was 5,it was a horny elder guy asking about my small breast.He was saying "I can't see where is your breast..",and I slammed back "I can't see where is your brain,uncle..",yet,I've been slammed as "anak kurang ajar".

So,we live in uncondusive surroundings to develope criticizing mind.We have learn to obey whoever elder than you,and I wonder,"what if the elder did wrong?Should we follow too?"

2.TOO MANY PYRAMID HIERARCHY ORGANIZATION.

My dad was working in Petronas during 1997 until 2005.During at that time,according from my dad,none of the meetings or organization didn't relate with "upper hands".Everything must being approved by upper hands,either CEO,company President or even worst,Prime Minister are also involved.

In Western culture,we do egalitarian to discuss and organize an organization.A leader shall not dictate the members from doing their work.A leader should give a chance for organization commitee to work collectively,and find the way to solve problems or create oppurtunities.In my shorter sentence,not everything you have to tell to your boss,as long as it's in a good hands.


3.ASSLICKING,CORRUPTION AND BODEK.

These elements creating one issue--cronyism.To survive in pyramidal or hierarchy system,these elements should be used as a weapon of choice.You may receive other competitors,in order to climb up,these three thing should be used to achieve your glory.

When I was 15,I was a prefect in my school.But most prefect I met always love to be "teachers dog".Sometimes I wonder,is this the early teachings of society--to be corrupted and asslicking?Because I always believe ABILITY is key factor to be sucsessful.No wonder the youth leadership in Malaysia,in my opinion,are corrupted--because of early introductions of corruption in school.

I always heard students in universities in Malaysia,love to do this in order for better marks and pass the exams.Some--even worst,offering sex to lecturers for an A.In Canada lecturers and students are professional,no bias and no discrimication.If those thing occured students has right to lodge the report to Minister of Education.This is a serious issue.University is "brain of the nation",you cannot teach students how to be corrupted!

4.LOVE TO BLAME-BUT DON'T FIND SOLUTION.

In Malaysia,whether you're on Government or Opposition side,loves to complaint about each other rather than working together.When I was in Malaysia,what I always heard is "BN is always developing,PAS always using religion",and the others saying "BN always corrupted,PAS always been moderate and good listener".Guys,both sides need to work together for people that voted them,not to squarrel each other.Not to play "the game of blame".Not to ping-pong reactions and words.

In Canada this situation only happens when "the Parliament dissolves and campaign begins" until "the Prime Minister has been elected".For exception in current situation where the Opposition led by Liberals asking for no confidence votes because of incompetence Prime Minister to handle economic crisis.

Sometimes ridiculous issues such as "dancing at the podium" like Anwar received from RTM,hello..it's ridiculous.

The best thing is both government and opposition to work each other to handle public response.Opposition needs to critic,but lend their hands to government to solve problems.Arrogant and ignorance government will always falling down.

5.RIGID SOCIETY.

When I was 16 years old,I've leading Prefect Association to boycott school for a day.It was an issue,because a prefect fainted while in duty,and we asking extra 10 minutes for prefect to recess.Since Chief Prefect is a person with no balls,I led my Association to Dicipline Principal a.k.a. The School Fuhrer (Fuhrer is Hitler rank),to meet Head Teacher to discuss our recess period to be extended in 10 minutes.The School Fuhrer however--rejected and refused to do so--because it's a rule that students should obey.

In my speech with Prefect Association,I stated,"We are the ones who sacrifice ourselves to keep our school in peace.We are the ones who responsible if any losses in class during recess,and we are the ones who sacrifice our time to study and enjoy our teenager life into stupid so called motivation camp,and we are the ones also being disgraced by our peers by calling us "the teacher's dogs".Now,after we became such a loyalty dogs,we've been spitted to our faces,by an ego of lousy dictator Dicipline Principal.I don't want to be a reformer,but I just want justice."

We all agreed to boycott the school whole day tomorrow.55 out of 60 prefects joining me and leaving "bodek prefect" to control the menace school.

The next day I've been fired by Principal by teaching all prefect to revolt--but my day has been celebrated,and the fainted prefect that I fought for stepping down as prefect.The rest want to follow--some may not--but in the end,after a serious discussion with Head Master,finally our demand of extra 10 minutes granted,and I got the job back.However,I refused to accept it.

Rigidity in school society led to rigidity in universities,and led to the whole society.These rigidity is the one why I despise Malaysian educational system.

Now,for lucky people who afford to go abroad,like me,has learnt that the system in West are far far better organized than in Malaysia.That's why I challenged universities student like Nami or Deniel to reform your universities.I've read some articles about Student Power Movement,and I'm glad people like Nami and Deniel dare to challenge these rigidity in their respective universities.

If diplomatic and words cannot be tolerated,by there will be one way--FIGHT.

If all of you can manage to eliminate these ridiculous systems,I bet you,people with flock to back home,and build our nation--Malaysia--to the greatest.

"It has to start somewhere It has to start sometime,What better place than here, what better time than now?"-Rage Against The Machine,Guerilla Radio.

Sunday, January 25, 2009

Happy Chinese New Year,Year of the Ox!


I wish to all Chinese a very prosperous(I don't think in this economy crisis right now) Chinese New Year!

People who was born on Year of the Ox:-

Ole Gunnar Solsjkaer
Caroline Corr(The Corrs)
Matthew Ferguson
Roberto Carlos
Adrian Brody
Heidi Klum
Carson Daly
Kate Beckinsale
Monica Lewinsky
Fillipo Inzaghi
Ryan Giggs
Eddie Murphy
Barack Obama
Ric Flair
Susilo Bambang Yudhoyono
Bruce Springsteen
Leona Lewis
Jelena Jankovic
Keira Knightley
Michael Phelps
Ashley Tisdale
Wayne Rooney
Deniel Ahmad
Lewis Hamilton

Tugasan Tag

Saya ditag oleh Ez dan Aril..


Arahan:Pergi Google.com,tekan images,pastu type jawapan kat soalan-soalan tu.Pastu letak gambar berkaitan dengan soalan tu.

Age of my birthday


hamilton, 1985

Place I want to Travel

GAZA, City




asyik aku dengar jer nama gaza ni, kalau blh travel pun lagi best :)


Favorite Place




Beach kat rumah aku..Penyabong


Favorite Food



nasi lemak..aku sll makan ni sampai aku 'mabuk' hehehee

Favorite Thing



kawasaki ninja 2008..aku rasa duit aku masih setakat ni baru ckp untuk beli tayar dgn enjin jer..

My Nickname


aku tak der nickname setakat ni selain deniel..tapi dulu aku ada, org panggil aku DONAT , =)


I'm Studying In


Law (LLB)..law is money yer..

Name of Lover

***untuk solan ni tak der jawapanya buat masa ni.hehe

Bad Habits



hacking, .kerja aku dari sekolah sampai skrng..sasaran aku ialah account friendster dan yahoo dan facebook budak2 law.hehe

Hobby


ngadap laptop sampai retak...

I Wish I Want To Be


itulah harapan saya dan ibu bapa saya.. =)

sekian untuk tugasan tag