
Deniel Ahmad Roslan












menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AGENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara.
telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan. Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun. Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis.
Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa.Mukhabarat - polis rashia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain.
Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.
Tidakkah situasi ini sama juga seperti di Nablus?
Tergamak kau ikut telunjuk Yahudi Melayu jenis apa korang ni?
Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah.











