Tuesday, November 18, 2008

Demokrasi & Islam: Apa bezanya?

Assalamualaikum dan good morning kepada semua blogger. Seperti yang saya janjikan pada tulisan sebelum ini, iaitu perbezaan rules dari langit dan rules ciptaan manusia.

Ini adalah lanjutan daripada Khilafah yang pernah MRM sebut dalam rencana sebelum ini

Yang sebenarnya MRM mahu jelaskan perbezaan antara demokrasi dan Islam, iaitu sistem pemerintahan yang ternyata berbeza sama sekali.



1.Sejarah/Sumber kemunculan
Demokrasi
-idea manusia.Sejarahnya orang Eropah nak bebaskan diri dari kezaliman gereja dan golongan bangsawan
-kewujudannya tidak ada hubungan dengan agama(apatah lagi wahyu, dan lagi mahu lari daripadanya

Islam

-berpandukan pada Wahyu
-aqal hanya dapat digunakan memahami nas

2.Aqidah yang melahirkan
Demokrasi

-Pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme)
-sekaligus, agama terpisah dari negara, kalau ada pun hanya peratus yang sangat kecil
-Jalan tengah(kompromi) antara gereja dan cendekiawan
-agama tidak dinafikan, tapi mesti dipisahkan, kalau kalau boleh nak mengelak mencampurkan agama
-untuk menetapkan peraturan, maka lahirlah demokrasi

Islam
Mesti agama (Din) yang teratas kedudukannya, logik akal hanya di bawah agama,
-ajaran agama diserap guna habis dalam pemerintahan negara
-


3. Idea dasar/asas
Demokrasi

- Kedaulatan(sumber hukum) di tangan rakyat, itupun retorik
- Rakyat sebagai sumber kekuasaan

-Idea dicetuskanj untuk melawan idea Hak Ketuanan(Divine Rights) oleh gereja

-Divine Rights, Raja dan gereja adalah negara yang memerintah) rakyat tiada hak, rakyat adalah golongan diperintah dan wajib taat
-Idea(1):Rakyat yang memiliki dan melaksanakan kehendaknya: Rakyat yang membuat, meminda & membatalkan undang2 melalui wakilnya Rakyat berhak menukar sisitem pemerintahan ekonomi dan sebagainya: Rakyat menjadi Musyarri`(Pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, kononnya dan ini adalah propaganda yang MRM dengar dari negara yang amalkan demokrasi)

-Rakyat yang meilih dan memberhentikan penguasa(tiada kira sama ada perempuan, orang kafir)Rakyat sebagi Munaffidz(pelaksa hukum yang mereka buat)



Islam

-Kedaulatan di tangan syarak
-manusia tidak boleh mendominasi atau memonopoli membuat hukum/undang-undang
-manusia sekadar melaksanakannya (sami`na wa atho`na)saja, undang-undang digubal berpandukan kepada wahyu, terutamanya al-Quran dan hadis, mesti undang-undang Islam di tangga teratas [Hadis: man amila]


-kekuasaan di tangan Umat, Makusdnya umat berhak memilih dan mengangkat penguasa untuk melaksanakan perintah dan larangan Allah(menerapkan hukum) dengan jalan bai`ah
[Hadis: man mata]

umat melantik penguasa(Khalifah) tetapi tidak boleh memecat

4.Idea dan peraturan yang dibawa

Demokrasi


-Pemerintahan majoriti(Parlimen/Dun)
-Anggota legislative(ahli Parlimen atau Adun) dipilih majoriti
-Pembuatan,pindaan dan pembatalan undang-undang oleh majoriti
-Pemilihan penguasa juga majoriti
-Bersifat mengikat/wajib termasuk penguasa(praktikal lain-penguasa agak kebal,raja ada imuniti)
-aqal jadi kata pemutus

-Kebebasan, iaitu kebebasan individu merupakan satu hal yang paling menonjol dan suci
iaitu bebas beragama/aqidah, pendapat,berpemilikan, dan bebas bertingkah laku


Islam


-Penentuan hukum adalah berdasarkan nas2 syara`
-Khalifah boleh menrabanni, boleh mendapatkan pandangan Majlis Umat seperti:
kedudukan Majlis Umat(bukan pemerintahan berdasarkan majoriti)
-Ini kerana majoriti tiada nilai dalam masalah hukum malah haram
Nas:Perjanjian Hudaibiyah; Abu Bakar memerangi orang murtad,kaedah syarak-Amrul imam yarfa`ul khilaf, amrul imam nafizunzahiran wa batinan

-Majoriti tidak mengikat dalam hal yang memerlukan kepakaran(macam undi SMS), keahlian, pemikiran dan pertimbangan yang mendalam
-Perkara ini mesti dikemablikan kepada pakar, contohnya Fikih, tentera, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya

Yang diambil kira adalah kepakaran dan ketepatan(Dalam demokrasi, tak perlu pakar, hentan kromo)Nas: Perang Badar(Hubab Ibnu Munzir)

-Majorit mengikat dalam hal yang tidak memerlukan pemikiran dan pertimbangan mendalam.Contohnya mengangkat penguasa.aktiviti perjalanan dan sebagainya. Nas: Peristiwa Perang Uhud

-Dalam Islam tiada kebebasan apatah lagi yang melampau, semuanya terikat dengan hukum syarak

5. Kuasa/struktur pemerintahan

Demokrasi


-Doktrin pengasingan kuasa
Legislative,Executive,Judiciary

Islam

Khilafah(berbentuk Union) 13 pilar


Kesimpulannya:

Bagi MRM ini bukannya cadangan tetapi fakta yang jelas mengenai hukum yang ditetapkan Allah(Tuhan) dan hukum yang manusia sendiri buat.Bezakan? MRM akan sokong mana-mana negara Islam yang buat perkara ini dan sebagai orang Islam, wajib bagi MRM ba`iahnya.

Sebab itu sistem Khilafah wajar dilaksanakan di seluruh dunia. Dalam memana negara yyang pemimpinnya orang beragama Islam, kalau tidak sekarang MRM yakin ada seorang yang akan melaksanakannya. Kalau jadi demikian, sistem pemerintahan Islam akan dipandang tinggi di seluruh dunia kerana pelaksanaan hukum Allah akan mencegah habis-habisan jenayah di muka bumi ini.

Malah negara yang pemimpinnya beragama bukan Islam pun akan tabik spring habis dengan pemimpin beragama Islam yang laksanakan Khilafah. Mereka juga akan patuh dan hormat dengan Khilafah, apatah lagi penduduk sedunia yang bukan beragama Islam.

Dalam tulisan akan datang MRM akan terangkan perbandingan Parlimen/Dun dan Majlis Syura(Majlis Umat). Tunggu..., Assalamualaikum.

Jumpa lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

p/s: Dalam Islam takde hak cipta tau

4 comments:

Penjejak Badai said...

fuyoo..panjang nya entry...

Ez the Conspirator said...

One good thing about secularism,is people that love to use religion as their weapon for their political agenda,are forbidden.

I believe religion is a divine gift from God and it's shouldn't be mixed with this,political thingy.

Ez the Conspirator said...

Adakah artikel ini merendah2kan demokrasi?

saya mahu tanya kepada penulis ini.

PERUNDANG said...

jelas, tiada unsur untuk merendahkan mana-mana 'pihak'
sekadar perbandingan untuk dilihat 'struktur'jenis sistem ini..

Anda ada hak untuk mengutarakan pendapat dan sokongan anda kepada mana-mana 'ideologi' yang anda suka,sokong dan anda yakin ia optimis untuk diri anda.

kalau anda sukakan demokrasi datanglah dgn 10001 macam alasan dan idea kebaikan sistem ini, dan sekiranya anda optimis dgn khilafah, anda datangkan 1001 mcm hujah dan pandangan anda.

Anda bebas, anda mempunyai hak untuk semua itu. Bak kata pepatah 'kubur kita lain-lain'. tak begitu hafiz. =) dan saya kira bagi saudara penulis , ia hanya bertujuan untuk menyampaikan pendapat dan pengetahuan beliau berdasarkan 'ideologi' yg beliau pegang..Kalau sekalipun nampak ketuhanan or, islamic itu hak beliau.

saya kira ini perlu difahami oleh semua penulis di dalam blog ini.Jangan terlalu menunjukkan anda terlalu 'menentang' dgn apa yg juga dihamparkan oleh mana2 penulis..itu tidak adil kpd diri anda =)

saya kira para pembaca faham apa yg saya cuba sampaikan. Akhir kata, walau siapapun kita, sehebat mana kita,setinggi mana kita,cubalah renungkan buat seketika walau apa jua yg dilontarkan dlm perbincangan di dalam blog ini..sekiranya setakat mahu menunjukkan kita adalah terhebat, dgn ilmu2 ,buku,yg kita baca saya kira satu kesilapan kecil sudah dilakukan..

Apa yang saya katakan ini, adalah hanya peringatan kpd diri saya yg sll lupa dan 'mentah' dgn semua ini, maka saya kira ada baiknya kpd para bloger sekalian turut memikirkan saranan enteng ini. Tq