Semalam(23 Nov 08, 7.15 AM) sewaktu MRM duduk menunggu bas awam di CP5, MRM didatangi kereta jeep warna hitam dan seorang lelaki Cina menerpa ke arah MRM dan lantas cuba merampas beg laptop MRM, yang memang takde laptop.
Berlaku pergelutan tarik-menarik, macam tarik tali antara MRM dan penyamun itu. Ternyata penyamun itu tampak gagah dari MRM sampai dia berjaya membawa MRM hampiri keretanya, walaupun dedua masih tarik-menarik berebutkan bag laptop itu.
MRM lantas menjerit "Allahuakhbar" dan menyebabkan lelaki Cina itu bertambah kurang agresif lagi. Lantas demi melepaskan dirinya, beliau menumbuk pipi MRM yang masih berpaut tangan pada beg berkenaan. Ya, nampaknya MRM lebih sayangkan beg daripada nyawa sendiri!
Namun, syukur alhamdulillah beg MRM selamat walaupun tali putus dan MRM tidak dicederakan teruk dan berdarah walaupun kena tumbuk. Lepas diundur ke belakang lepas ditumbuk, MRM walapun rabun kerana cermin mata tercampak, masih dapat melihat penyamun itu mengeluarkan cota hitam mengacu kepada MRM.
Nasib baik dia dalam kereta dan MRM berada di posisi selamat untuk cabut. Sejurus itu jeep tersebut beredar. Seorang minah kilang yang cantik manis hanya tergamam melihat tanpa mmembuat apa-apa. Namun MRM tak kisah janji takde kerugian nyawa dan harta benda walaupun tali beg putus. Namun si gadis tersebut menangis setelah ditanya bapa MRM mengenai kejadian itu lantas dipujuk kakak MRM bagi menceritakan hal sebenar
Laporan polis dibuat di balai polis Bandar Tun Hussien Onn sebelum menyusul ke Balai Polis Kajang pada 5 jam kemudian. Terima kasih, Ya Allah kerana selamatkan nyawaku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment