Monday, November 3, 2008

Kemalangan Jalan Raya ... sehari selembar benang..


Rasanya semua orang pernah terlibat dgn kemalangan, tak pun akan terlibat..tak kena langgar, melanggar atau dilanggar. so, aku rasa baik juga aku menulis pasal apa nak buat kalau terlibat dgn kemalangan..mgkn ramai dah tau, tp aku na ckp yg berkaitan law..dr segi prosedur.. =)



Objektif penulisan ini ialah untuk memberi panduan kepada anda mengenai langkah– langkah yang perlu diambil jika anda terlibat di dalam sesuatu kemalangan jalan raya. Anda mungkin cedera atau mencederakan orang atau anda mungkin telah merosakkan kenderaan orang lain. =)


Apa yang anda perlu lakukan di tempat kemalangan?


1. Bertenang dan jangan cemas. Anda juga tidak boleh bertindak membelakangkan undang- undang
2. .Ambil butir-butir maklumat kenderaan yang terlibat: Nombor pendaftran,Jenis kenderaan,Warna .
3. Kemudian ambil butir– butir maklumat mengenai pemandu/ penumpang/ saksi, Nama,Alamat, No kad pengenalan,No lesen memandu,No telefon


**PERINGATAN: Jika membawa kamera ditempat kejadian, ambil gambar tempat kemalangan dan juga kenderaan terlibat sebagai bahan bukti


Di balai polis


PERINGATAN: Laporan polis hendaklah dibuat dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan di balai polis berhampiran.


Jika anda cedera, dapatkan rawatan perubatan dahulu dan kemudian barulah membuat laporan polis di pondok polis di hospital. Terangkan dalam laporan bagaimana kemalangan berlaku.


Laporan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu dan kemudian turunkan tanda tangan di bahagian bawah laporan tersebut. Jika anda tidak fasih berbahasa Melayu, jelaskan kepada pegawai polis yang bertugas untuk menuliskannya. Sentiasa minta salinan sah laporan tersebut.


CARA MENGHADAPI KEROSAKAN KENDERAAN

Baca polisi insurans dengan teliti. Laporan tentang kemalangan hendaklah di buat kepada syarikat insuran dalam masa yang ditetapkan di dalam polisi, jika tidak, syarikat tidak akan mengendahkan tuntutan anda.

Pastikan kenderaan anda ditunda ke bengkel yang diiktiraf. Di sana, kerosakan kenderaan anda akan ditakdirkan oleh penaksir syarik.at insuran. Jika anda cedera, dapatkan rawatan dan jika boleh salinan laporan rawatan.


PERINGATAN: Simpan rekod– rekod yang berkaitan mengenai salinan sah laporan polis, rawatan perubatan, perbelanjaan kenderaan dan segala dokumen yang menyokong tuntutan.


Tuntutan dari syarikat insurans anda:


Teliti polisi insurans andan dan catatan perenggan tuntutan lebihan di dalam polisi. Jika mahu menuntut daripada syarikat insurans anda, tuntutan lebihan tersebut. Kemudian, syarikat insurans akan membayar perbezaan di antara tuntutan anda dan jumlah lebihan. Sebagai contoh, jika perenggan tuntutan anda ialah RM1000.00 dan tuntutan anda ialah RM800.00, anda tidak boleh menuntut daripada syarikat insurans anda. Tetapi jika tuntutan anda berjumlah RM1800.00, anda akan dibayar RM800,00. Anda perlu ingat bahawa tuntutan dari syarikat insurans anda boleh menyebabkan anda hilang “bonus tiada tuntutan”.


Tuntutan dari syarikat insurans pihak yang lain:

Anda juga boleh membuat tuntutan dari syarikat insurans pihak yang lain. Jika anda pilih sedemikian anda dinasihatkan untuk mengambil perkhidmatan seorang peguam
.
BERSAMBUNG.....

1 comment:

Mata Rakyat said...

Bacala doa sebelum mulakan perjalanan