Sunday, November 16, 2008

Apa Itu Ekstrimis Agama?

Seperti yang saudara Deniel(i hope i spell your name right) bertanya tentang respond saya terhadap video yang diberi kepada saya(well,memberi link URL dan saya mendownloadnya sendiri),saya diminta mengulas terhadap video tersebut.

Ya,seperti video-video dari rakan-rakan Arab saya yang sering menceritakan tentang penderitaan rakyat Palestin,kejahatan tentera Israel,saya sudah melihatnya beberapa kali,baik dari perspektif Israel,mahupun perspektif Palestin.

Tidak seperti anda semua,saya mempunyai kawan Yahudi.Nama dia Josh Bernstein.Di Malaysia,sekiranya seorang Yahudi datang ke sana,mereka akan dihalau habis-habisan seolah-olah mereka itu bukan manusia.Ini termasuk kempen dari kawan-kawan Manchester United dan Liverpool di Malaysia yang berkempen untuk melarang Avram Grant,pengurus dari Israel untuk datang ke Malaysia.

Josh seorang Yahudi yang tipikal.Pergi ke synygog,berpuasa pada hari Sabtu,Yahudi tipikal.Satu hari saya pergi ke tempat membeli daging yang disembelih secara Islam di Calgary,kelihatan Josh berada di sana.Saya bertanya beli daging?Kenapa tak beli di pasaraya seperti biasa?Josh berkata,ianya tidak disembelih,jadi melanggar agama Judaisme.Saya melihat ada sedikit persamaan antara kita dan mereka ini.Dalam istilahnya,Kristian,Judaisme dan Islam adalah People of the Book-ataupun Ahli Kitab.

Lalu saya mengajak dia ke Starbucks sementara menunggu Shahril datang.Lalu kami berdua berbual tentang isu Israel-Palestin,selain apa itu Zionisme.Josh berkata,"Zionism is not Judaism should be.Zionism is an extremist political movement hijacking Judaism and Jew as it's political agenda".Tambah Josh lagi,"Yahweh(nama Tuhan Judaisme) will not allow us to kill,even an animal,without permission".

So,kawan-kawan.Saya ingin cakap terus terang.Jika saya tinggalkan wallet saya,yang berisi duit yang banyak,di depan Josh,saya percaya dia tidak akan mengambilnya.Dan dia memang seorang yang jujur,seorang yang benar-benar melaksanakan tugasnya sebagai seorang penganut Judaisme.

Persoalannya di sini,apakah umat Islam di seluruh dunia menderita kerana orang Yahudi?Dan apakah semua orang yang menderita di dunia ini orang Islam?

Pernahkah saudara Deniel atau Hafiz berfikir,setiap hari sekurang-kurangnya 40 orang kanak-kanak di Afrika mati kerana malnutrisi?Setiap hari 2 orang kanak-kanak perempuan dirogol di Republik Congo?Tahukah anda puak Hutu dan Tutsi yang bertelagah menyebabkan 1 juta orang awam mati dalam perperangan tu?Ada berkait dengan orang Yahudi?Nope.

Punca konflik di Israel-Palestin ialah kerana dua ekstrimis agama,iaitu Zionism dan Hamas,mewakili mullah berperang di sana.Orang awam secara majoritinya sudah penat untuk bicara tentang perang.Jika anda semua cakap orang Palestin banyak yang mati,begitu juga dengan Israel.Saya bercakap secara adil.Ini bukan soal agama.Ini soal politik.

Di Iraq,Sunnah dan Syiah bertelagah sesama sendiri.Di Afghanistan,puak Perikatan Utara yang kini kerajaan menentang Taliban,dan Taliban ini terlalu kejam sehingga membaling asid kepada pelajar perempuan yang mahu bersekolah?Apakah orang2 macam Taliban ni wajar kita sokong?Menafikan emansipasi wanita untuk menerima pendidikan?

Hamas,Taliban,golongan2 ini yang banyak mencemarkan nama Islam.Zionis mencemarkan agama Judaisme.Ekstrimis agama ini yang sebenarnya berperang,bukannya agama.

Ini bukan masalah agama,ini masalah politik,yang mahu mengheret agama untuk dicemarkan.

5 comments:

PERUNDANG said...
This comment has been removed by the author.
PERUNDANG said...

Terima kasih kpd sahabat saya cik ezreen..

saya mengerti dan mula memahami bagaimana saudari 'melihat' semua ini. Saya menghormati pendirian anda.

saya juga jelas berkenaan pembawakan agama ke dalam politik dunia hari ini. Saya secara peribadi juga tidak bersetuju mengenai bukan semua kejahatan dan malapetaka di dunia ini dilakukan oleh YAHUDI. saya juga jelas perbezaan antara yahudi dan zionis, perbezaan antara islam dan syiah dan sebagainya..

Dalam erti kata yg lain, saya juga tidak sama sekali bersetuju dgn kekerasan ke atas sesama manusia..Benar kata anda , matlamat juga tidak akan menghalalkan cara.

cuma saya sering terfkir, bila semua ini akan berakhir? Darah yang tertumpah sudah tidak mampu untuk dialirkan ke mana..perkiraan saya , mana usaha untuk menghentikan semua ini.

saya sejak dibangku sekolah lagi sudah mengenal apa itu palestin, mengenalinya sbgai tanah suci yg bergolak angkara perbuatan manusia yg tidak mengenal erti kesedihan,kehancuran dan seolah tidak mengenal dosa dan pahala.

saya juga seperti anda semua, mahukan keamanan. Namun saya optimis, keamanan pada hari ini sngt mahal harganya..sudah tidak mampu dibeli dgn wang ringgit..Bagaimana saya sbgai seorang manusia boleh membantu menyelesaikan semua ini? saya hampir bingung..Kalau nak disuruh bercakp sudah 'letih' rasanya...

Namun apa pun, saya sngt berharap agar semua ini akan kembali kpd fitrah kewujudan kita sbgai manusia.Kembalilah kpd keamanan, sbb saya kira semua agama mahukan keamanan.Islam,Kristian dan dll.

Terima kasih kpd cik ezreen di atas pandangan anda. Saya menghormatinya. Akhir kata, mungkin agak berbeda 'aliran' pemikiran saya dgn saudari, namum saya kira itu bukanya persoalan, yang jelas matlamat kita untuk melihat dunia ini aman, dan segala penghuninya hidup umpama sebuah keluarga yg bahagia. peace!!

Malaysia Tanahairku said...

Semua agama pentingkan keamanan. Tapi yang jadi ma sa e lah nya bila mereka tak ikut agama yang ada rule, baik memana pun.

Unknown said...

I have some Jewish friends from Israel and some of them wanted to come here (to KL) and party with me sometime.

But since they are not welcomed here then looks like we have to party somewhere else ... maybe in Singapore or Bangkok.

Hmm, I'm thinking of flying to Amman and cross the border to Eilat, the Ibiza of Israel when the right time comes :D

;) said...

selamat sahabat...
saya tidak dapat menafikan keburukan ekstimis agama.. ada jg kebaikkan.. n di sini saya nk bertanya pendapat saudara berkaitan ayat al-Quran surah Al- Baqaroh,120 dan Al-Maidah ayat 51
Sekadar perkongsian :)