hmm..
menarik..
"And I put all of this problem to green and white party,the mullah party,the "pakcik kopiah yang suka cakap kuat-kuat dalam ceramah" party.PAS is the culprit in this disturbance.Hate it or love it,it's the true thing."
pak cik kopiah? hehe =)
saya melihat sahabat saya, penulis (ck. ezreen)mula 'menyalahkan' pas dalam suasana politik yg berlaku skrng.. pas dilihat oleh penulis sbgai penghalang dan pemusnah 'visi' dan perjuangan Paktan Rakyat(PR) ..pas bagi penulis seolah parti yg sngt 'fundamental' dan konservatif dgn ideologinya...pas dilihat sngt 'taksub' dgn islamnya, @ seolah gunakan islam sbg 'modal' pejuangan ..pas dilihat tidak mesra kaum.
pas dilhat sbg parti yg hanya membela melayu dan islam.pas dilihat sbg parti org2 pakai kopiah suka ckp kuat2.. pas dilihat oleh penulis sbg parti yg pemimpinya sbg extreme dan liberal dari sudut pandangan dan dasar2 nya..saya kira itulah apa yg dilihat penulis akan PAS (PARTI ISLAM SEMALAYSIA) .. =)
ok. saya hormati pendapat anda. semua org mempunyai hak untuk bersuara.jelas =)
jadi beginilah, bagi saya mgkn agak berbeza dgn penulis dari segi 'ideologi' + 'persekitaran" dan yg sewaktu dan setempat dgnya..wlpn tak bnyak beza , tp rasanya perbezaan itu menyebabkan pendapat saya kali ini agak berbeza dgn beliau..
saya suka memulakan dgn apa peranan dan sumbangan PAS di dalam politik malaysia dan tanah melayu ini sendiri. jika dilihat PAS wujud dari pergerakan hizbul muslim , ahli2 pas dari serpihan UMNO pada ketika dahulu kala =). ahlinya kebanyakkan ULAMA, mmg ulama pun..n org yg dikitakan terpengaruh dgn reformasi di timur tengah pada zaman awal2 sblm kemerdekaan. Golongan Muda + golongan tua..tp bnyk golongan tua.. itu dulu punya cerita.. dari umno, keluar n bentuk parti PAS. kerana dikatakan tidak sehaluan dgn UMNO..mgkn UMNO masa tu lbh kpd nasionalis, PAS dgn islamnya. so itulah PAS dari dulu sampau skrng, DASARNYA adalah ISLAM. tak berubah LANGSUNG.. n PAS masuk umno sekejap dalam thn 60 or 70 kalau saya tak silap, lepas tu kena 'ngap' dan diperalatkan umno pada masa tu.kemasukkan PAS masa tu adalah dikatakan untuk 'menyelamatkan' perpecahan kaum melayu dan ketidakseimbangan 'political ' power melayu pada masa tu. mksdnya umno time tu nazak juga.. kira mcm sekaranglah. n lepas tu pas keluar, sbb UMNO main tikam belakang PAS, peralatkan PAS. ok tu lbh kurang pasal sejarah..
kita tngk prestasi PAS..PAS, senang jer 'pegangan' nya. pilihanraya PAS masuk, menang kalah lain cerita..konsisten dari lepas merdeka smpai skrng.. yg ke 2. dasarnya sama jer ISLAM. yg ke 3. sengal2 n kuat membebel PAS ni pun PAS boleh cover kelantan untuk sekian lama. dgn pelbagai rintangan yg mcm sengal dari federal goverment, dr keawangan dan dll(x sempat aku nak tulis kat sini) .mksdnya dgn bersusah payah PAS hidupkan kerajaan negeri. n tak pulak dilaporkan kerajaan PAS kelantan bangkrap atau muflis, mcm pahang (sila semak akauntan negara) hutang PAS pun pada Fdrl. goverment tak lah paling bnyk berbanding SELANGOR, JOHOR, dan negeri lain.(BLH SEMAK) . kat kelantan pun ada org cina dan india dan siam, tak ada dilaporkan kaum2 ini hidupnya terseksa mahupun merempat bila duduk kat kelantan.kalau ada confirm dah keluar UTUSAN MOLOYA.. n cuba semak ada tak wakil2 rakyat PAS kena tangkap rasuah? x der lagi setau aku.kalau ada dah kecoh UTUSAN MOLOYA,jadi mksdnya di sini , PAS dan Kerajaan yg sedia ada bukanya "teruk sngt', boleh dikata setanding dgn kerajaan negeri bawah BN.
ok, ni suasana sblm pilihanraya yg lalu.
so kita pergi ke persoalan oleh penulis (cik ezreen) PAS dianggap sbgai punca segala masalah dlm PR..kira mcm kewujudan PAS ni dlm PR gangu jer kelancaran 'model' PR.. =) PAS ektreme, pakai kopiah, ckp kuat2 =)..mcm nilah jer yer..saya rasa saudara penulis 'MENJUSTIFIKASIKAN' semua ni hanya atas beberapa 'fakta' dan 'peristiwa' sahaja. CONTOHNYA isu perlantikan cina kat PKNS, isu replika anwar, isu negara islam, isu PAS nak majoriti ISLAM dan MELAYU dlm kerajaan PR. ini yg kira isu2 panas lah dlm PR sekarang.. bagi saya tidak boleh semudah itu 'menuduh' PAS, lantas 'memanah' pemimpin mereka sbg tidak leiberal dan tidak terbuka..
jwpn saya mudah. seperti saya kata DASAR PAS adalah ISLAM, agama..itu paling ASAS.. bkn mcm UMNO, skjp melayu, skjp kroni, skjp itu sekejap ini..berubah ikut selera dan keadaan. bagi PAS tidak..ITU kita kena FAHAM. ITU perjuangan mereka. itu dasar mereka. yang duduk dalam PAS tu pu bukanya 'bengap' sngt, bukanya sekolah arab mcm 'saya' ni..orgnya belajar tinggi2 (tak perlu saya nak sebut smpai mana)..ada doctor,peguam dan lain2 =). mksdnya bukan mereka ni ddk dlam PAS bukan untuk kejar harta dunia sngt, TTP perjuangan agama dan dasar mereka itu.. itu kiita kena hormat..kalau nak senang diaorag masuk jer BN, duit berspah..dlm PAS korang kena tanggung PAS..time ceramah PAS pasti ada tabung derma..tulah PAS..dari rakyat kpd rakyat..nak sebat duit mana.. harapakan sumbangan..miskin2 pun boleh jer beli bagunan baru kat raja laut tu..duit derma, simpan..buat jariah untuk semua..kalau umno, duit rakyat lagi disebat..ditindas lagi..
seterusnya, di sini, saya bercakap atas atas dasar sbgai ORANG ISLAM.. saya kira bagi PAS kalau ingin senang mereka boleh buang terus DASAR islam mereka, buang jauh2, buang kopiah, buang serban n jgn ckp bnyk pasal agama..diam saja=)..supaya senang.. nnt orang bukan islam SUKA, n boleh tarik sokongan mereka.. senang kan=) ttp kenapa mereka tak memilih begitu? satu persoalan yer =)
maka jawapanya bagi mereka, DASAR mereka adlh tidak berubah ..ISLAM.. maka org bertnya..kalau mcm tu sampai KIAMAT tak der org sokong PAS...saya menjawab SALAH tu =).. org ckp ISLAM ni JUMUD lah.. statik..tak membangun =).. kata2 org mcm tulah kan..
sebenarnya saya akui dulu PAS agak 'keras' dan 'kuat' aplikasi dasarnya.tapi kita lihat PAS dah mula berubah.ahli dan pemimpin mereka bukan lagi org agama semuanya, sudah ada org akedemik, contoh di perak (MB,IR NIZAR) , setiausaha agung PAS , dan ramai lg(boleh semak) . PAS pun skrng sudah ada kelab PENYOKONG PAS untuk bukan ISLAM, bnyk dah ada, di johor ada, KL ada(Boleh semak) =)Pas skrng pun, kalau smbutan Deepavali , tahun baru cina ada jer terpacak pemimpin mereka sama 'meraikan' sahabat bukan islam.kat kelantan TU , ada patung BUDHA yg terbesar di asia tenggara, tak pula tuan guru g pecahkan..
=) cina kat kelantan tak der pulak semua lari ke KL, hidup ok jer.n cina di sana fasih berbahasa melayu (loghat kelantan) , mksdnya betapa baiknya dan akranb hubungan mereka dgn masyarakat melayu islam di sana.. DAN yg penting semasa peristiwa 13 MEI, kelantan antara negeri yg langsung tiada 'kesan' dan pergolakkan cina melayu time tu..time tu PAS pegang kelantan =)... kalau btl PAS ni 'ortodok' dan 'keras' dah lama cina gaduh dgn melayu waktu tu..mcm kat sekangor dan KL =) tapi tak..dan banyak lagi FAKTA yg menunjukkan PAS ni bukanlah 'ortodok' dan 'keras'
sngt dan bwk masalah.. tidak sama sekali. masa berubah dan PAS juga berubah, TAPI mengikut kesesuaian dan tetap berlandaskan hukum hakam agama yg dia org pegang selama ini.bagi PAS dasar jgn berubah..kalau berubah mcm pak turut lah..tak der intergriti ..biarlah PAS dgn imej nya.sbb itulah PAS dulu dan skrng..CUMA PAS skrng sudah cuba untuk 'fleksibelkan' dirinya..bukan BERUBAH dasarnya.,
suka saya nyatakan, politi malaysia skrng menunjukkan PAS adalah parti yg betul2 hebat dan bertahan dan telah dianggap sebagai parti 'penentu' di dalam politik malaysia. walaupun lambat.. tapi mara dan mara =)..UMNO laju,laju,laju last2 hancur..sama dgn BN dan kuncu-kuncunya..
jadi kesimpulan saya kpd article sahabat saya penulis (cik ezreen) dgn trade mark ""pakcik kopiah yang suka cakap kuat-kuat dalam ceramah" kiranya saya kurang bersetuju. perlu diteliti isu -isu yang diasaskan untuk 'menjustifikasikan' PAS sbg parti ""pakcik kopiah yang suka cakap kuat-kuat dalam ceramah".. dan seharusnya saya kira persolan agama , akidah, bangsa, sejarah harus diambil kira di dalam menjustifikasikan PAS sebagai ""pakcik kopiah yang suka cakap kuat-kuat dalam ceramah" .. akhir kata tentang persoalan yg 'panas' skrng ni, contohnya pasal PKNS tu, better dilihat dgn mendalam..adakah ia datang dari PUCUK PIMPINAN ATASAN PAS..atau hanya pemimpin bawahan..dan bagi saya DR hasan ALI tu, baru lagi dalam PAS..=) jadi kita kena lihat dari siapa ..sbb dlm PAS pun ada ramai PUAK..husam musa, TG. Haji hadi, TG Nik Abdl Aziz dan lain(kalau saya nak hurai panjang sngt mau 3 page ) =).. maka akhir kata dari saya, eloklah kita melihat sejarah PAS itu dgn mendalam...perjalanan politiknya, dasarnya dan lain2..baru kita akan faham.. =)
akhir kata, saya tidak berhidup kerana, Pakatan rakyat, saya tidak berhidup kerana PAS, @UMNO@anwar ibarahim@TG. Nik Abdul aziz..=) bagi saya TUHAN, AGAMA..mcm kIta tau..tuhan tak tnya nnt kau ni melayu ker, umno ker,pas ker, PR ke =) yang disoal adakah segala apa yg disuruh kita turuti, dan dilarang kita hindari...yang lain tu hanya sebagai "PLATFORM" kita mencapai segala perintah TUHAN kita..
8 comments:
Hey girlfriend ... ermm, I can write but u kene bayar la yer eheheheheheh ... I see what's nice first then I write kay ... :D
By the way, who is this "pakcik kopiah cakap kuat2 dalam ceramah" anyway? Motif nak control the blog?
wait a sec bro perundang.
die ni duduk kat canada,mana la die tau recent news kalau xde org tolong updatekan..huhuhu!!
shaiful:pakcik kopiah cakap kuat2 dalam ceramah ialah seorang manusia yang suka berpolitik dengan poyo,gunakan agama untuk perjuangan politik diri sendiri.
nami:update or not update,apa guna internet nami.and one thing for sure,PAS ni elok sesuai gabung dengan UMNO kalau keep on going menakut-nakutkan orang non Muslim about Islam.
I don't hate Islam.I hate people using Islam as their political agenda for themselves.
Senang je nak faham.Orang yang beriman dan beragama takkan cakap pasal dominasi dunia dengan satu fahaman,faham?
kenapa i cakap patut je gabung ngan umno?pasal umno suke takut2kan non malay dengan ketuanan melayu,pas suke takut2kan non muslim pasal world domination.i mean,give me a break.
sikit2 salahkan kafir.salahkan org yahudi,org kristian.
pernah salahkan diri sendiri tak?
macam mana kekejaman orang arab sudan kat darfur,janjaweed?
kekejaman orang syiah islam kat iran terhadap org non syiah?
or kekejaman taliban mencungkil mata org2 awam?
pernah tak you all fikir guys!
Islam ni agama yang indah.tapi orang2 yang takutkan islam ni memang teruk sekali sampai semua org chop islam bukan2.
u never know this because you never live in christian conservative city like Calgary!
"Orang yang beriman dan beragama takkan cakap pasal dominasi dunia dengan satu fahaman"
saya berpegang : agama dan poltik tidak boleh dipisahkan =)
nnt saya akan huraikan..
apa pun for cik ezreen :
di dalam sgl penulisan saya di blog ini, bukan untuk mencari salah sesiapa, niat saya hanya untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat.
sama sekali tidak bertujuan selain dari itu.
Alhamdulillah, saudara Perundang saya percaya naiat anda tidak singgungkan perasaan orang bukan Islam
macam mana kekejaman orang arab sudan kat darfur,janjaweed?
kekejaman orang syiah islam kat iran terhadap org non syiah?
or kekejaman taliban mencungkil mata org2 awam?
-semua tu mmg salah.dan pasti tuhan ada hukuman untu mereka semua. Tp yidak boleh kerana kelompok itu, kita hendak 'balcklist' kan islam pula.
seharusnya, ada usaha diantara kita untuk memperjelaskan semua ini, ttp 'bukan menyimbah lagi minyak ke dalam api yg sedang marak itu'
Post a Comment