Sunday, November 9, 2008

Pemerintahan Khilafah(Islam) menitikberat keadilan semua penganut agama Islam dan bukan Islam



Assalamualaikum, good morning! To all bloggers of this blogs`group


Izinkan saya bercakap sedikit pasal sistem Khilafah

Khilafah, adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin dan juga bukan Islam(Islam tak paksa orang bukan Islam masuk Islam, bebas beragama, kecuali bila orang bukan Islam dah masuk Islam) untuk menegakkan hukum-hakam syariat Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Khilafah adalah Imamah mempunyai pengertian yang sama. Khilafah, adalah kesinambungan pemerintahan kerajaan Islam yang diwarisi Rasulullah, satu-satunya pemerintahan kerajaan yang wajib bagi seluruh umat di seluruh penjuru alam. Ianya berdiri atas wahy dan akidag serta wajib adanya. Maka struktut Khilafah berbeza dengan semua sistem yang dikenali di dunia sekarang ini, yang mana kesemuanya dibangun dasar akal semata-mata meskipun ada yang mendakwa mirip dalam sebahagiannya.

Struktur negara Khilafah adalah yang telah dijalankan oleh Nabi kita, Muhammad S.A.W. dan diwarisi para sahabat sehingga ke zaman pemerintahan empayar Turki Othmaniah

Khalifah- seorang individu wakili seluruh umat manusia dalam urusan pentadbiran jekuasaan politik, serta dalam menetapkan hukum syarak. Oleh kerana agama Islam menjadikan pemerintahan dan kekuasaan milik umat maka dalam hal ini umat mewakilkan seseorang melaksanakan pemeintahan kekuasaan itu sebagai wakilnya. Allah S.WT.mewajibkan umat menetapkan dan menerapkan hukum syarak secara keseluruhannya.

Dengan demikian Khalifah adalah orang yang diangkat oleh umat Islam untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Oleh itu tidak ada seorang Khalifah pun akan terlantik kecuali setelah dibai`at oleh umat . Bai`at yang dilakukan umatlah akan menjadikan seseorang itu sebagai wakil sekaligus Khalifah. Pengakatan seorang Khalifah oleh umat dengan bai`at beerti umat telah memberikan kekuasaan(untuk memerintah) kepada Khalifah dan umat wajib mentaatinya selama mana beliau(Khalifah) melaksanakan hukum syarak.

Orang yang memimpin urusan kaum Muslimin serta kaum dari agama lain tidak boleh disebut Khalifah kecuali setelah dibai`at oleh ahli halli wal aqdi yang ada di kalangan umat dengan ba`iat in`iqad(bai`at pengangkutan) yang sah dari segi syarak, iatu dilakukan dengan rela dan redha dan kebebasan memilih, tanpa dipaksa serta calon itu mesti memenuhi syarat-syarat in`iqad. Syarat untuk in`iqad Khalifah ada tujuh: Muslim, lelaki, akil baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu.

Selain itu ada syarat afdhaliyyah(keutamaan) yang didokong nas-nas sahih ataupun rentetan dari Nas-nas sahih. Contihnya, Khalifah harus di kalangan Quraisy(bukan Quraisy pun boleh sebab dah banyak kaum sekarang, janji Islam), seorang mujtahid, berani, politikus ulung, mahir dalm ilmu perang dan sebagainya.

Baikla untuk pengetahuan Cik Ezreen, sistem Khulafah ini boleh dilaksanakan ketika ini apabila ada pemimpin yang cukup syarat bersetuju nak laksanakan hukum syarak ini.

Apabila pemimpin ini bersetuju maka wajiblah bagi seluruh umat Islam lain ba`iat pemimpin itu sebagaimana dalam hukum Islam sendiri, terpulang nak ikut atau tidak, tapi kalau buat salah tetap kena tindakan yang berlandaskan hukum syarak kalau Islam kalau yang buat tu orang Islam. Orang bukan Islam yang buat salah tak diberi hukuman yang sama dengan orang Islam, bukankah itu benar-benar adil dalam Islam?



Kenyataan Ezreen:
Saya tinggal di sebuah bandaraya yang paling Kristian-konservatif di Canada,mungkin sekali di Amerika Utara.Dan saya sering diajukan dengan soalan,"is Islam spread by swords?"

Jika saudara Perundang atau Mata Rakyat disini,apa yang saudara Perundang dan Mata Rakyat mahu jawab?

Saya jawab, Islam tidak mengajar penganutnya menyebarkan agama Islam melalui kekerasan, walaupun bendera Arab Saudi(sama habis dengan bendera Islam sejati, cuma berwarna hijau dan ada gambar pedang, nak lihat bendera Islam sejati, lihat di profil Mata Rakyat Malaysia, itu bendera yang dikibar Rasulullah, cuma Arab Saudi mengubah latar nya yang hitam kepada hijau, ditambah dengan pedang yang kalimah Laillahhailallah... sama je.


Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah,bukannya kita hipokrit, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Kita kaji zaman Rasulullah, mana ada perang yang memaksa orang kafir masuk Islam, perang Badar dan lelain tu nak pertahankan umat Islam. Yang jadi masalah sekarang ialah memang bangsa Arab ni dari dulu dan sekarang panas baran sifat mereka, memang dah sebati, kecuali kalau mereka ikut Islam 100%. Sebab itu Allah turunkan Islam dan menabalkan Rasul terakhir di kalangan orang Arab Quraisy.

Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Yang kata hukum Islam itu kurang sesuai dilaksanakan itu adalah propaganda. Yang penulis kesalkan ada orang Islam yang tidak setuju dengan alasan tanpa mengkaji betul-betul ikut maka dan tempat. Bertenanglah, yang berlandaskan Islam seperti Khulafah ini tidak akan zalim terhadap orang bukan Islam, takkan teraniaya punya.

Yang jadi masalahnya hari orang Islam sendiri tak ikut Islam 100 %. Kalau orang Islam yang paling ramai penganutnya di seluruh dunia bersatu bayangkan orang Islam akan gagah dan disegani oleh orang bukan Islam. Takde lagi negara bangsa seperti negara-negara yang ada di seluruh dunia yang telah disempadankan. Memang Allah cipta manusia berbeza kaum supaya saling kenal mengenal, tetapi yang pentingkan adalah perpaduan. Hanya dengan ikut Islam sahaja perpaduan sejagat antara orang Islam dan bukan Islam tercapai.

Malah dengan mengamalkan nilai dan akhlak yang baik di kalangan orang Islam sedunia ini maka penulis percaya bahawa ini adalah pendekatan psikologi untuk menarik orang bukan mengenal Islam dan sekaligus berminat nak tau pasal Islam dan memeluk Islam sebab melihat akan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh orang Islam sedunia sendiri.

Penulis tau Ezreen marahkan PAS, tapi jangan sebab marahkan seekor nyamuk je seluruh kelambu nak dibakar. Memang di kalangan umat Islam banyak masalah, di Malaysia Ezreen marahkan PAS yang rasanya ektrem baginya. Itu adalah kerana PAS sendiri bersemangat mau maintain perjuangannya dengan dari dulu, kini hingga ke akhirat, berteraskan Islam, walaupun dah kerjasama dengan KeADILan-DAP dalam Pakatan Rakyat. Bagi saya orang PAS kena baiki sikit je sikap mereka, nak laksanakan Islam teruskan, cuma mesti ada strategi yang berkesan yang mereka mesti laksanakan sekarang.

Mengenai masalah umat Islam di negara lain ditindas seperti di Palestin,Iraq dan Afganistan dan memana, kalau seluruh umat Islam bersatu di bawah Khulafah, maka secara sendirinya umat Islam di negara lain akan bantu dan memerangi mereka yang zalimi umat Islam di tempat tersebut. Sekarang tak boleh alasannya, sempadan! Dalam sistem pemerintahan Khulafah, tiada sempadan maka tidak ada masalah PATI kerana semua manusia boleh bergerak bebas ke mana-mana seluruh dunia tanpa passport lagi, yahoo! Bahasa takde masalah sebab majoriti masyarakat dunia dah boleh bertutur Bahasa Inggeris, takpun dalam keadaan sekarang pelbagai kaum pun seluruh boleh komunikasi. Takde lagi Melayu, Cina, India, Jawa, Irish, ha ha ha! Sebab dunia ni milik Allah yang kita semua masyarakat sedunia berkongsi.

Untuk pengetahuan Ezreen, kalau saya tak buat pun benda ni berjalan jugak. Kalau awak tak setuju dengan pelbagai alasan pun benda ni tetap berjalan juga, cuma pertubuhan sejagat U.G. ada banyak cawangan sedunia ni sedang dalam proses nak laksanakan benda ni.

Bukaklah link ini http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=789:khilafah-semakin-dekat-khilafah-is-coming&catid=50:khilafah&Itemid=29

Tapi kepada orang bukan Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu nak burukkan Islam termasuk dari segi pemerintahan sampai ke orangnya. Orang baik dan jahat tetap ada walaupun Islam atau tidak. Cuma semua pihak kena kaji dan teliti, betul betul tentang sistem Khilafah ni, terutamanya orang bukan Islam, bukannya nak paksa orang bukan Islam peluk Islam. Dalam pemerintahan Islam masyarakatnya yang beragama lain bebas beragama. Tengok di Kelantan orang bukan Islam pun takde masalah dengan pemerintahan berteraskan Islam, walaupun belum laksanakan hukum....Zaman pemerintahan Nabi Muhammad, baginda pun cakap pasal agama Islam di hadapan orang bukan Islam, kenapa? sebab baginda Nabi?Nabi pun manusia macam kita kalau nak kata hatinya dicuci sekalipun, atau peristiwa Israq Mekraj, itu adalah spotlight kepada Allah juga. Kepada yang bukan Islam saya percaya anda semua yakin dengan kekuasaan mutlak Tuhan.

Memangla semua agama dunia pentingkan keamanan, Nami. Itu aku kata pemerintahan Islam tak sekat penganut agama lain bebas beragama.

Ezreen, perahu sudah ada, pendayung pun sudah ada dari dulu lagi. Cuma kami menanti siapa yang tolong kayuh.

Ezreen, saya harap kaki awak okey lepas ni dan sembuh terus tak perlu bedah lagi.Mungkin kena makan Chicken Chop bapak Nomy kot baru tumbuh balik tisu daging dan kuatla balik tulang dan daging. Siap promote lagi Nami sedekahkan aku free Chicken Chop, he he gurau je.

6 comments:

nouri farshad said...

bagi saya, sudah jelas terbukti bahawa agama tidak boleh dan tidak cukup utk menyelesaikan apa2...tidak kira islam, christian atau mana2 agama...terutamanya dlm era post modern ini...disebabkan dunia dan manusia semakin kompleks, premis grand narrative atau meta narrative tdk lagi boleh dipakai..spt agama adalah satu contoh grand narrative..

"life is absurd", tu la yg dikatakan oleh Nietzsche dan juga albert camus...dan juga sartre...

Cob Nobbler said...

Memangla semua agama dunia pentingkan keamanan, Nami. Itu aku kata pemerintahan Islam tak sekat penganut agama lain bebas beragama.

bila masa aku ada kait mengait dalam hal ni sengal?adehh..org senyap pun nak kena sound ke?

Aril Cantona said...

yang aku tau,restoran khulafa kat shah alam memang sodap.awek2 cun pun ramai2 lepak..hahaha!

korang ni citer bega,macam la korang ni ahli parlimen.cubala berfikir macam rakyat biasa sikit.

Ez the Conspirator said...

vanguard:life is too difficult nowadays to be explain,compared thousand years ago.

nami:kesian tak pasal2 kena blame hik hik!

aril:without people,politician has nothing to do or to say.

Ez the Conspirator said...

Muslim, lelaki, akil baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu.

Merdeka?apa maksud merdeka?Is Islam menghalalkan penghambaan.

Wrong answer Hafiz.

Untuk jadi pemimpin pada ketika ini,it takes more than that.Kalau macam tu,abang I Aril tu pun boleh jadi khalifah.

It took more than that to be a leader.Think again.

PERUNDANG said...

saya setuju kehidupan semakin kompleks..sngt..

cuma saya merujuk kpd kenyataan 'bagi saya, sudah jelas terbukti bahawa agama tidak boleh dan tidak cukup utk menyelesaikan apa2...tidak kira islam, christian atau mana2"

saya agak kurang bersetuju disini.saya sbg penganut islam, msh berpegang kpg agama islam adalh cukup untuk menyelesaikan masalah.bagaimana?

mmg islam tidak membekalkan 100% jwpn kps semua permasalahan yg berlaku di dunia ini. ttp islam membekalkan garis panduan @ guideline yg lengkap untuk semua permasalahan. di sini, bermaksud ,islam telah gariskan semua asas2 penting yang perlu diikuti dlm semua permasalahan dan keadaan. bermaksud 'keyword' untuk semua ini.

Bergantung pula kpd umatnya untuk menggunakan 'keyword' ini. sama ada dgn cara yg betul@sblknya..dlm islam sumbernya bukan sahaja, Alqura'n dan sunnah, namun meliputi sunnah,ijmak.qias,marsalih mursalah dan pelbagai lagi sumber2 yg disepakati dan tidak.

akhir kata, ini hanya pegangan saya sbgai seorang penganut islam, saya sama sekali tidak menyentuh berkenaa selain agama2 lain.
Tq