Wednesday, February 11, 2009
Pemilu 2009 Di Indonesia.
Asyik-asyik cerita politik Malaysia,kita beralih ke jiran sebelah kita,Indonesia.
Indonesia ialah negara tetangga dan asal usul kebanyakan Bani Melayu.Jika ada Arab tau India yang nak sibuk jugak mengaku dia Bani Melayu,tak tau la - pasal Bani Melayu ni setau aku di Nusantara.
Anyway,aku merupakan peminat setia tentang Pemilihan Umum Indonesia atau secara ringkas dipanggil Pemilu.Sejak zaman reformasi jatuhnya Suharto sampai sekarang,aku tak pernah miss cerita pemilu di Indonesia.Bahkan masa tahun 2004 aku sendiri ke Indonesia,menaiki bas dari Dumai ke Padang selama 17 jam sambil meminum teh es dan makan nasi padang.Tahun 2007 aku ke Bandung dan Jakarta untuk melihat sendiri Bani Melayu yang tidak ada raja dan sultan ni.By the way es jeruk dengan bakso Bandung,keren!
Orang Bani Melayu Indonesia tak poyo macam kebanyakan Bani Melayu Malaya ni.Sibuk nak ada sultan-sultan.Walaupun mereka takde sultan dan raja tapi mereka tetap daulatkan bahasa Ibunda mereka,sampaikan Zinedene Zidane dan Cristiano Ronaldo terpaksa beriklan berbahasa Indonesia.Hal ini berbeza dengan Malaya.Baru Sazzy Falak atau Diana Danielle dah nak berbahasa Inggeris.Mereka tak poyo dengan sultan,istana raja terakhir mereka pun mereka lelong.
Anyway nak bercerita tentang Pemilu,ada beberapa fakta yang harus diberitahu.Sana dipanggil mencoblos,atau mengundi kalau bahasa disini.So,untuk mencoblos di Indonesia saja memang satu dugaan dan cabaran bagi pencoblos-pencoblos.Kertas undi untuk dicoblos adalah sebesar peta dunia di sekolah - gilak besar untuk mengundi.Anda harus melipat-lipat gila babeng punya besar untuk masukkannya dalam peti undi.Dikatakan hanya pemilihan umum Pilpres(Pemilihan Presiden) pusingan kedua sahaja kertas undinya kecil.
Pemilu di Indonesia ialah 3 kali dalam satu tahun.Pemilu pertama dipanggil Pillegi atau Pilih Legislatif.Legislatif ialah perwakilan mewakili Dewan Permesyuaratan Rakyat atau DPR.Tahun ini diadakan pada 5 April,2009.Terdapat 40 buah parti,dan ada 6 lagi khas untuk propinsi Nanggroe Acheh Darussalam.Pasal tu kertas coblos macam peta dunia!
Pilpres atau Pilih Presiden bertanggungjawab untuk mengundi Kepala Negara Indonesia.Presiden RI dilantik terus dari rakyat.So,biasanya terdapat berbelas-belas muka mencalonkan diri untuk menjadi Capres atau Calon Presiden.Capres-capres ini akan bertarung dalam pusingan pertama pada 5 Julai ini.Sekiranya Capres-capres tidak mendapat majoriti 50 peratus(memang tak dapek la kalau dah berbelas-belas),pusingan kedua akan diadakan untuk memilih Kepala Negara.Dua Capres teratas akan menjadi calon pusingan kedua.
Dalam 40 parti tu,yang populer ialah seperti Golongan Karya(Golkar)(yang ni parti kaya macam BN),Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan,Partai Kebangkitan Bangsa,Partai Amanat Nasional,Partai Bulan Bintang,Partai Keadilan Sejahtera,dengan Partai Pembangunan dan berlambak lagi partai-partai.
Dalam musim Pemilu koran(surat khabar) dan TV akan menyiarkan SEMUA partai-partai dan agenda masing-masing.Bahkan iklan dibuka secara terbuka untuk mempromote partai-partai yang ada.So,kalau pergi di Indonesia,jangan terkejoit kalau bukan koran tulis "Kerajaan SBY patut tumbang kerana harga BBM meningkat".Jangan terkejut la.Koran-koran dan televisi-televisi dorang bukan pembodek.
Anyway,memang layan kalau nkoram pergi jalan-jalan di Bandung di Cibaduyut atau Cihampelas sambil lepak minum Teh Botol sambil layan bakso atau nasi padang.Kena goreng berlado ikan dengan sambal telur memang tak pandang orang lagi la.Sambil usha-usha awek-awek Indonesia yang buat gugur jantung,memang pada aku jalan-jalan di bandar-bandar Indonesia ada life.Ia tidak plastik seplastik Taman Tamadun Islam dan KLCC.Di Indonesia sememangnya authentic.Pengalaman yang cambest gila.
Tambah-tambah time Pemilu ni,Capres atau Calegi memang banyak open konsert dangdut ngan makan-makan free.Ceramah?Tak main la ceramah.Sape nak dengar.
Sekali sekala try la sewa motor jipang tu.Try bawak keliling bandar.Pengalaman yang cambest gila.
Sambil di MP3 lagu-lagu macam The Upstairs,Nidji atau Matta Band.Try la buat.Keren!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pilpres,Capres..I Peel Fresh I tau la hik hik!
You suka ek kalau Malaysia jadi macam Indonesia,no Malay ruler,no king..ermm..
tapi kalau nak difikir-fikirkan pun,memang orang Melayu datang dari Indonesia pun.Orang Malaysia sibuk nak daulat2 raja,orang Indonesia dah lama buang dah.
I penat nak observe Indonesian election pasal election dia dragging gila and nak tunggu result sampai 2-3 minggu.
Post a Comment