Tuesday, February 3, 2009

Malaysia Maju



Lihat anak kecil itu
Menangis laparkan susu
Ibunya sedih dan membatu
Sambil mengharap seseorang untuk dibantu

Pergi ke lorong-lorong gelap itu
Jalan Raja Alang,Jalan Tun Perak,Lorong Pudu Ulu,
Pengemis berjalan tanpa sepatu,
Di deretan Jalan Bukit Bintang tanpa segan silu.

Ya,hari-hari di kaca televisyen di TV satu,
Ekonomi meningkat Malaysia maju,
Eksport getah,kelapa sawit dan kayu-kayu,
Ya,mereka kata Malaysia makin maju.

Jika kau pernah lihat Food Not Bombs membawa makanan,
Untuk pengemis yang melata di jalanan,
Jika kau pernah melihat air mata berlinangan,
Itu pun jika kau ada hati dan perasaan.

Bila engkau di Lot 10,Pavillion atau Mid Valley,
Mi claypot kurang garam kau dah mula maki-maki,
Enak sungguh Burger King,McD dan KFC,
Tak habis separuh engkau buang tanpa fikir dua kali.

Pernahkah ibu kau menangis bila kau berkata "mak,saya lapar"?
Pernahkah kau lihat sang ayah kakinya patah dilanggar motokar?
Tinggal di rumah pangsa yang tidak bercat dan simen murah,
Itulah tempat yang pernah aku panggil rumah.

Lihat sang kapitalis merakus nafsu,
Naikkan harga air,elektrik alasan ekonomi lesu,
Tapi hari-hari aku dengar tv kata Malaysia maju,
Wahai rakyat Malaysia,sampai bila nak kena tipu?

7 comments:

Ez the Conspirator said...

Reality check.
Malaysia bukan negara maju lagi.

Mee claypot macam perli i je?eii!
OK2 I admit it's my fault,tapi kalau harga cekik darah tapi tak patut dengan rasanya,memang wajib la kena marah,ye kan?

razor said...

ko tulis ke mi?



fuh!

Chegu Peace said...

Enak sungguh Burger King,McD dan KFC,
Tak habis separuh engkau buang tanpa fikir dua kali.

Nomy ingt x tahun 2000 di mamak KLCC di mna ko nk Epul x abis separuh mkn nasi goreng ayam yg diblanja oleh mmber Nieq tu.

Hahaha mmg aku nk trgelak nk muntah pun ade, sanggup mnahan lapar mkn sikit smta-mata nk cover macho dpn aweks BBGS.

nami o fish said...

haha masa tu berfikiran kapitalis lagi pis..baru nak up..maklum la,poseur..

bila awal 2001 baru aku join Red Star Society..baru aku sedar..huhu!

Kes mee claypot tu bukan ape ez,time tu kesian pun ada ngan macik tu,u maki2..tau la mahal,tapi yang kaya bukannya dia,yang kaya Lot 10..

Kesian tau macik tu..

Ya Razor aku yg menulis..huhu!

K0_E said...

trus kena tipu smpi la bala kena batang idung sndri..
smpi kepale penyek2 kena pijak kot..
pastu br nk sedar da kena tipu, bila harta suma da xde...

Malaysia ku sgtlah maju...
hahahaha...

Nurse Sue said...

tapi takkan la sebab mi kurang garam pun nak maki

ish!
agak2 la
kan boleh cakap baik2

Ez the Conspirator said...

very touching poem..

reflects u a lot..

now everyone agrees nami is an emotional person,agree guys?