Monday, February 16, 2009

Budak Berebut Anak?

Tengah selak-selak surat khabar pagi tadi, mata aku tertarik kat satu tajuk berita ni, " Is Alfie the real dad?".
Tajuk dier macam tak menarik sangatlah, walaupun bawah tajuk tu ada tulis "His girlfriend was SLEEPING AROUND during CONCEPTION". Tak nampak pun apa-apa yang menarik lagi. Tapi bila aku mula baca pasal berita tu, aku cam terkesima sekejap. Alfie ni sorang kanak-kanak berumur 13 tahun. Girlfriend dia pulak, berumur 15 tahun.

Mungkin korang tak terkejut, tak pun rasa mcm biasa je bab umur tu, tapi apa pendapat korang bila mak ayah budak-budak ni macam tak marah pun diorang ni da pernah berasmara dana? Pulak tu, ada lagi 2 or 3 orang budak lelaki lain yang lebih kurang sama je umur ngan Alfie ni cakap yang anak tu sebenarnya anak diorang, sebab diorang pun pernah berasmara dana dengan budak perempuan tu. Boleh pulak salah sorang mak daripada budak-budak tu cakap, baby tu punye mata sama dengan mata anak dia. What the Fun?

Mak ayah budak perempuan tu pula cakap, diorang yakin yang anak diorang ni lost her virginity to Alfie. Ada juga yang dakwa budak perempuan ni pernah berasmara dana beberapa kali dengan pasangan yang berlainan. Shoot~ Mak ayah diorang macam tak kisah anak diorang ni berasmara dana. Kiranya Alfie ni tak play safe la. Sebab tu sampai dapat anak tu. Yela, budak lagi kot, yang diorang tau Play-Doh ngan Play Station je. Tapi da faham da bab-bab berasmara dana ni.

Bagi aku la, walaupun diorang tu orang barat, sikap yang ditunjukkan oleh mak ayah budak-budak tu macam tak relevan. Seolah-olah diorang tak ambil kisah langsung dengan tindakan anak-anak diorang. Ada kemungkinan yang budak-budak tu akan beranggapan bahawa mak ayah diorang tak kisah pun kalau diorang   berzina. Akibatnya, mungkin diorang akan mempengaruhi rakan-rakan diorang yang lain untuk melakukan benda yang sama. Tak mustahil benda ni akan menular dan akhirnya, berita kanak-kanak berumur bawah 15 tahun melahirkan anak di Britain akan menjadi berita yang dah lali dibaca.

Tapi buat masa ni, aku belum pernah dengar lagi la berita macam ni berlaku kat Malaysia. Kalau ada, sila betulkan aku ya. Tapi, rakyat Malaysia ni, kebanyakannya suka meniru gaya dan culture orang barat. Kebanyakannya la, bukan semua. Aku takut kalau-kalau ada rakyat Malaysia yang berfikiran cetek dok ikut buat benda alah ni nanti.

So, jagalah adik-beradik kita sama ada lelaki atau perempuan supaya diorang tak terlibat dengan gejala macam ni. Bukan apa, bayangkan mana mak ayah kita nak letak muka bila bala macam ni menimpa keluarga. Kesianlah kat mak ayah kita yang dah bertahun-tahun dah jaga kita dari kecil sampailah besar panjang cam sekarang ni, tapi kita senang je sapu arang kat muka diorang bila dah terkantoi berasmara dana. Sayangilah keluarga anda, pesanan khidmat masyarakat ni. hehehe...

Pada pendapat korang, perkara macam ni boleh tak diatasi dengan wujudnya Pendidikan Seks di sekolah-sekolah? Hurm...

2 comments:

Cob Nobbler said...

Aku tak yakin tu anak Alfie.
Tengok muka Alfie tu macam tak pernah tengok blue pun..

masih main permainan lego lagi je aku rasa..

Bini dia sikit punya besar,aku serious tak yakin dengan Alfie.

Anonymous said...

hahaha...
alfie tu siap leh wat statement ckp, dier akn jadi serg bapa yg baik dan jaga 'anak' dier tu...

xtau ar ayt tu mak or ayh dier yg ajar dier ckp cmtu... hehehe...