Thursday, February 19, 2009
1ndONEsia akan pecut ekonomi Malaysia 2012,jika politik Malaysia terus begini.
Pada ketika ini,ketika negara mengalami kacau-bilau politik,dengan ketidakstabilan beberapa negeri yang sedang bergolak,tetapi di Indonesia,walaupun dalam musim pilihanraya,tetapi keadaan politiknya masih stabil dan tidak seteruk di Malaysia.Keadaan di Malaysia disamping kebejatan ekonomi global juga tidak dapat menbantu pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Di Indonesia,mereka baru saja melancarkan projek yang baru - Jambatan Selat Sunda(JSS).Jambatan ini menghubungkan antara Sumatera dan Jawa.Penduduk Pulau Jawa yang berjumlah 140 juta orang ini menjadi dorongan untuk pembinaan jambatan ini.Untuk membangunkan pulau Sumatera,satu konsortium Artha Graha bersama beberapa lagi syarikat sedang berusaha membina jambatan ini.Apabila jambatan ini siap,jambatan ini akan merancakkan industri terutamanya pertanian di Pulau Sumatera.
Kita semua sedia maklum industri seperti kereta dan komponen elektrik sudah merudum.Inilah sumber kekuatan Malaysia selama ini.Sedangkan di Pulau Sumatera masih lagi mempunyai tanah yang luas untuk sumber ekonomi yang paling efektif ini.
Dan ramai pelabur-pelabur dari kuasa besar baru dunia iaitu China sudah mula melabur di Indonesia - kerana pemerintah RI lebih gemar rakyatnya mempelajari bahasa Mandarin daripada Inggeris.
Sedangkan ekonomi di Amerika sudah hampir lumpuh.Boleh check di blog Teh Tarik saya untuk tengok hutang Amerika yang meningkat US$100,000 per saat.
Dan Malaysia - masih mahu bersandarkan ekonomi,politik dan pemikiran lama?
Berubahlah - jika kita tidak berubah,tidak terkejut akan ramailah bibik-bibik baru dari Ipoh,Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Kuantan atau Johor Bahru bekerja di Jakarta,Surabaya dan Medan.
4 tahun dari sekarang,Indonesia akan mengatasi Malaysia dari segi ekonomi.Dari segi kematangan politik mereka sudah mengatasi kita.
Mahukah kita semua menjadi bibik kepada mereka pula nanti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau saya, tak tau la sangat ttg perkembangan di indonesia, tp kalau malaysia teruskan cam ni, bukan shj indonesia, semua negara pun akan melebihi malaysia...
tempat lain maju ke depan, kita, gostan...
Post a Comment