Saturday, October 25, 2008

saja nak share2 cerita :)

6 julai yang lepas,aku kena hantar posting ke klinik kesihatan dekat area negeri sembilan
ni baru habis la
27 okt nak masuk labor room lak
ngee~!

Peh! berdepan dengan perangai2 makcik nurse dalam klinik yang asyik nak suruh pelatih KIPAS dorang 24jam
d**n!
plus dengan perangai orang2 yang menggelar diri mereka "KAWAN"
kononnya laaa..

nasib la hari2 jumpa baby2 chomel
sejuk je bila tengok budak2 ni senyum
:)

aku harap lepas baca blog ni,korang cium la mak korang(untuk yang dah tiada,bacakan doa untuk arwah mak)

24hb lepas,aku sempat dukung sorang baby ni
(before tu,aku kena lap air kencing baby ni kat weight scale)
baru 1bulan+ tapi dah pandai gelak2
member aku settlekan mak dia,aku dukung anak dia ke hulu hilir
aku tengok akak tu terjengah2 tengok aku dengan anak dia
takut aku baling anak dia agaknya huhu!

tapi apa yang buat aku betul2 tersentuh
bila tengok ibu tu bagi susu dekat anak dia sambil usap2 rambut,cium dahi
terserlah cahaya kasih sayang dekat mata akak tu
bak kata cym de bum(nami)
mata tak pernah tipu kita

aku sempat bual dengan ibu tu
dia kata dia lahir baby tu secara operation(caeserean/LSCS)
aku tau camne seksa nya lahirkan anak dengan cara camtu
mak aku selalu cerita camne seksa dia lahirkan aku dengan adik beradik yang lain






sejak aku masuk belajar course nursing ni,aku betul2 rasa berdosa kat mak aku
kalau boleh,hari2 aku nak sujud kaki dia
aku banyak sangat dosa dengan dia
:(

kat sini,aku just nak ingatkan
sementara ibu korang masih ada,hargai dorang
jangan sesekali lukakan hati mereka
setitis air mata ibu umpama seluas bentang lautan

buat ezreen & aril
bawa2 bersabar
setiap yang datang akan pergi
apa pun yang berlaku,hidup mesti diteruskan

sedekah kan la al-fatihah buat auntie sofea
al-fatihah