Thursday, October 23, 2008

Racist' Perjuangan Antara Hak Dan Perpaduan ?

**Pendapat saya ini adalah bagi respon kpd komen2 yg saya terima berikutan satu article saya di perundang.blogspot, iaitu Racist Perjuangan Antara Hak Dan Perpaduan ? . Maka saya mengambil peluang untuk menerbitkan posting saya berkenaan komen yang saya terima di blog berkenaan. Adalah lebih baik kepada Anda sekalian untul membaca dahulu posting asal saya, berserta komen2 yang diberikan kepada posting berkenaan.

Ramai mengangap saya ‘racist’ apabila ada usaha mengutarakan article berkenaan. Namun bagi saya secara peribadi.. sebagai seorang melayu yang bergama Islam rasa terpanggil untuk cuba memberi pendapat tentang hal ini. Hal yang sudah jemu, dan acap diperkatakan..Iaitu hak orang melayu, keadilan , kesaksamaan kaum dan bangsa .


Saya rasa isu ini panas kembali apabila tahanan ISA dikenakan kepada Teresa Kok, Raja Petra, dan wartawan sebuah akhbar cina sebulan yang lalu.Maka isu ini kembali panas. Berbagai tekanan dikenakan ke atas kerajaan agar membebaskan mereka. Sangat hebat..MCA dan DAP boleh ‘duduk sekali’ dalam memberikan tekanan kepada kerjaan untuk membebaskan mereka ini.


Ini saya rasa kerana 2 orang yang ditahan itu adalan bangsa CINA. Saya sngt kagum akan semangat kaum CINA dalam membela kaum mereka yang ditindas dengan tidak adil oleh kerajaan. Sehingga fahaman poltik dilupakan seketika antara MCA dan DAP.


Kembali kepada isu yg kita bincangkan ini, racist. Saya tertanya-tanya kenapa isu ini tidak pernah selesai. Salah siapa? Tiada tindakan untuk mengatasinya ker?


Nmpknya begitu… isunya hak orang melayu. Hak mereka adalah dikatakan tidak seimbang dengan kaum lain. Isu diutarkan MARA, MRSM, biasiswa JPA, hak peruntukan keawangan bagi Agama islam dalam perlembgaan, bahasa melayu dan sebagainya.


Ini yang sering dipersoalkan... Maka sebelum kita pergi jauh di dalam soal ini, sukalah saya memperingatkan bahawa BANGSA MELAYU dan KERAJAAN adalah dua entiti yang BERBEZA sama sekali. Itu kita kena faham. Dalam kerjaaan itu sendiri ada BANGSA MELAYU,CINA,INDIA dan sebagainya. Saya suka memperingatkan ini kerana, ada diantara komen2 yang saya terima di dalam membahaskan article saya ini seolah2 cuba menyamakan BANGSA MELAYU dan KERAJAAN.

Seterusnya di dalam komen sahabat saya yang berbunyi: "Pernahkah kaum bukan Melayu atau bukan Bumiputera dinafikan...Ya, buktinya MARA, UITM, dasar pengambilan pekerja awam yang memberi keutamaan kepada orang melayu".....BUKANKAH ini suatu bentuk penindasan?"


Saya sangat menghormati pandangan anda. Namun demikian suka saya untuk mengulas kembali pandangan beliau..apabil aanda mengatakan hak kaum lain dinafikan, atas dasar MARA,UITM dan pengambilan pekerja awam, mengapa anda hanya melihat ia dari sudut itu sahaja..MARA contohnya, benar untuk membantu orang melayu dalam ekonomi dan pendidikan.Namun saya suka bertanya adakah penafian ini adalah secara MUTLAK kepada bangsa lain dari sudut pendidikan dan sebagainya?


Bukan untuk saya berhujah, lihat sahaja UKM. Universiti ini penubuhanya adalah atas keringat dan duit orang-orang MELAYU, warga desa melayu yang ingin melihat kaumnya maju dalam pendidikan. Namun pada hari ini UKM juga dibuka kepada semua bangsa tanpa diskriminasi.Maka tidak perlulah UITM itu dijadikan hujahan mutlak kpd asas ketidak adilan hak antara kaum.


Sebenarnya saya rasa ketidakadilan ini berlaku bukan atas hak yang diperuntukkan kepada kaum melayu, TETAPI KERAJAN YANG WUJUD BUAT SEKIAN LAMA telah tidak melunaskan hak2 yang telah diperuntukkan kepada semua bangsa. Kami kaum melayu masih diantara kaum yang lemah dan masih ketinggalan. Jngn dilihat kepada kroni2 melayu di atas sana.Mereka adalah entiti KERAJAAN yang telah 'merompak' hak-hak kami.


Saya rasa ia sama juga bagi kaum India. Menerima nasib yang sama sperti melayu,malahan mungkin lagi teruk, ekoran wakil mereka di dalam kerjaan yang kurang memainkan peranan atau langsung tak main peranan.(bila dah kalau baru nak main peranan)


Maka kita lihat pula di mana kedudukan bangsa Cina? Suka saya mengatakan saya kagum akan bangsa ini kerana hamapir menjadi peneraju utama ekonomi negara ini.Rata-rata kehidupan kaum ini adalah yang terbaik antara semua kaum.Maka di sini kita melihat adalah tidak adil jika dikatakan hak yang mereka ada setakat ini adalah tidak cukup, dan masih berlaku penindasan. Sebab saya merasakan bahawa jika dilihat akan dasar-dasar kerajaan di dalam menyediakan kemudahan infrastruktur demi pembangunan ekonomi negara, polisi yang membantu peniaga, serta pelbagai tumpuan dan sokongan di dalam bidang ekonomi yang mana umumnya dikuasai oleh bangsa CINA sebagai peneraju utama adakah ini masih dikatakan tidak adil dan tidak cukup?


Saya mengatakan begini kerana bangsa melayu sendiri yang berniaga secara kecil-kecilan terpaksa berhambat ke sana ke mari rata2 tiada lesen untuk berniaga di kaki-kaki lima Sama-sama kita fikirkan..

Seterusnya soal hak. Saya sll bertanya kpd sahabat india saya, hak apa yg sll dituntut ini? Nyatakan dan jelaskan. Hanya kedengaran hak sama rata?


Hak apa sebenarnya? Adakah hak untuk dijadiakan agama rasmi negara ini bukan agama Islam, dan tiada agama rasmi? Adakan dijadikan bahasa malaysia bukan bahasa rasmi tetapi bahasa ingeris sebagai bahasa rasmi? Adakah hak untuk di dalam semua majlis rasmi tiada bacaan doa? Adakah hak untuk YDP agong itu di buka kepada bangsa india dan cina? Adakah hak untuk tidak membenarkan orang islam dan melayu mengamalkan ajaran islam mereka termasuk segala amalan berkaitan nya secara terbuka? Hanya diam2 senyap di rumah sahaja?(Tak payah pakai speaker, buat memekak jer—masjid-)


Ini yang saya fikirkan..sekiranya adalah hak ini yang diminta atsa dasar kesaksamaan hak , saya kira ini memerlukan kita rujuk kepada sejarah. Mungkin ramai melenting apabila perlu merujuk kepada sejarah? Bagi saya kita perlu merujuk kepada sejarah, sbb adanya bangsa CINA dan INDIA di bumi Malaysia ini asasnya adalah sejarah kemasukan nenek moyang mereka ke tanah melayu ini. Sbb itu saya mengatakan perlu merujuk kpd sejarah. Kita ingat akan kontrak social. Hak kewarganegaraan Kpd bukan bumipurta dan Tanah ini..Kita bukan hendak megungkit semua ini.Biarlah ini mejadi sejarah yg akan menyebabkan kita menghargai semua yg telah ada ini..Bertolak ansurlah..(sama-sama cari makan)


Lainlah kalau adanya kaum cina, india dan melayu adalah pribumi asal tanah ini. Namun ianya tidak. Ini asas yang kita pegang. Kami di pihak bangsa melayu menyambut baik kedatangan kaum cina dan india untuk sama2 mencari rezeki di tanah ini dan hidup bersama-sama, dan ia terbukti berjaya pada awalnya.


Kita sama2 berjuang mencapai kemerdekaan. Ini kerana datuk nenek kita dahulu faham akan hak dan tangungjawab masing-masing. Maka saya melihat apa yang berlaku sekarang kita tidak cuba memahami akan asas penting ini. Kita befikir tanpa batasan, kita berfikir melangkaui batas sejarah yang mencorakkan kita. Kita bangga dgn ideologi pemikiran kita.berfikit seolah2 tiada sejarah yang ‘besar’ mengikat kita...Ini kesilapan kita.


Kita akui semua kaum di malaysia ini akan lebih mengutamakan kaum mereka sendiri…melayu akan terus membela melayu, cina membela cina dan india akan membela india. Ini tidak salah dan perlu. Namun silapnya adalah pemimimpin kita yang tidak menjalankan amanah untuk membela kita. Hak-hak dan bantuan yang sepatutnya sampai kepada kita rakyat bawahan, tidak sampai.


Maka di sini, ia menyebabkan kita berasa tidak adil. Maka kita terus mengangap kaum melayu mendapat hak yang lebih berdasarkan apa yang kita nampak dan dengar dan lihat. Namun jawpanya tidak. Kami kaum melayu masih merempat di muka bumi sendiri kerana pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan tugas ini. Maka siapa yang tidak adil di sini. Jawapanya bukan kami BANGSA MELAYU atau peruntukkan hak yang kami ada , tetapi KERAJAAN yang terdiri dari pemimipin BANGSA MELAYU,CINA dan INDIA.(BARISAN NASIONAL)


Itu yang kita perlu jelas. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Jangan kerana KERAJAAN itu, kami orang melayu, hak melayu, dipersalahkan. Ini tidak adil bagi kami dan nenek moyang kami sebagai tuan tanah ini. Ini kita perlu faham. Saya sendiri merasa sedih melihat kaum melayu masih merempat di tanah ini, dan jika dilihat islam dan melayu tidak boleh dipisahkan, NAMUN kerjaan yang ada telah MENGHAPUSKAN peruntukan keawangan kepada sekolah agama rakyat yang mana diduduki oleh kaum MELAYU ISLAM. Lihat, kami sendiri ditindas di tanah kami ini oleh KERAJAAN .


Kami tidak menyalahkan kaum-kaum lain atas nasib ini. kami tahu di masa yang sama peruntukan dan sokongan kepada Sekolah2 kebangsan cina adalah diteruskan.Tiada yang ditutup...tapi kami faham dan tidak mengungkit.ini kerana kami faham itu hak kaum kamu dan agama kami tidak membenarkan kami merampas hak orang lain.


Jadi sebagai kesimpulnya, adalah yang penting kita perlu menghormati hak yang sedia diperuntukan ini, dan tindakan yang perlu adalah memilih KERAJAAN yang terdiri dari bangsa MELAYU,CINA dan INDIA yang benar2 bersih dan amanah di dalam menalankan tugas.Dengan itu kita yakin masalah ini akan selesai.dimana setiap pemimpin cuba berunding bersama bagi membangunkan kaum2 yang ada di malaysia ini.kita perlu faham bahawa apa yang kta ada perlulah disyukuri , dan konsep hak yang mutlak mustahil untuk diwujudkan.

Kerana sejarah adalah mengikat kita. Kita adalah negara yang berbilang kaum,yang ada identiti tersendiri. Kalau kita mengingkan hak yang sama rata 'in totally' saya rasa tiada keamanan lagi untuk kita melainkan kemusnahan negara ini. Akhir kata dari saya, bukanlah saya untuk menyalahkan sesiapa, cuma kita perlu faham apa yang berlaku dan lihatlah apa yang telah berlaku.


Kita ibarat satu keluarga, kalau inginkan keluarga yang bahgia perlulah bertolak ansur, dan saling memahami. Haruslah saling menghormati dan bantu membantu. Inilah keluarga bahagia.namun jika diinginkan sebaliknya kita perlu berfikir lagi untuk itu.

Sebagai penutup saya ingin memetik kata2 seorang pensyarah , Shaikh Abdul Saleem, dalam isu hak orang melayu:

“Secara amnya, tidak ada pertikaian tentang 'hak istimewa' orang Melayu sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan. Apa yang dipertikaikan adalah penyalahgunaan kuasa, korupsi dan kelahiran golongan 'bangsawan' Melayu yang rakus dan tamak yang menyalahgunakan 'hak istimewa' mereka.

Akibat dari penyalah gunaan hak ini ialah orang Melayu yang memerlukan pertolongan yang terbit dari 'hak istimewa' ini tidak ditolong dan mereka-mereka yang mempunyai perhubungan politik akan menerima 'pertolongan' tidak kira sama ada layak ataupun tidak.

Secara kesimpulannya, formula 'hak istimewa' yang dijalankan oleh UMNO selama ini telah gagal. Hak Istimewa ini tidak harus menimbulkan penindasan terhadap kaum lain. Sekiranya tidak berupaya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu. Tidak kira kaum.

Kritikan kepada UMNO tidak harus disamakan dengan kritikan terhadap kontrak sosial ataupun kritikan terhadap perlembagaan atau orang Melayu.

Berkenaan dengan universiti pula, adalah jelas bahawa berdasarkan 'ranking' antarabangsa universiti tempatan, formula, polisi 'affirmative' yang dipergunakan tidak berjaya dan harus dikaji semula. Malangnya penjaga ataupun 'guardian' hak istimewa ini, iaitu UMNO terlalu cepat melatah. Apabila terdapat apa-apa cadangan seperti yang dibuat oleh TAn Sri Khalid tempoh hari, ianya dianggap sebagai penghinaan kepada orang Melayu.

Kepincangan atau masalah dengan 'hak istimewa' ini adalah berpunca dari UMNO sendiri. Kegagalan UMNO untuk menjadi pemegang amanah yang bertanggungjawab menyebabkan ketidak seimbangan dan ketidak adilkan yang bertopengkan 'hak'

Sama-sama kita fikirkan. Waslm.. (akan bersambung berkenaan kenyataan raja-raja melayu berkenaan memperthankan hak-hak orang melayu..After my Final exam..)

1 comment:

Aril Cantona said...

kau dah tak boleh nak nafikan benda tu lagi.orang zaman tunku semua dah deal antara kaum,x fikir nanti ada masalah.sekarang,kesilapan orang dulu,kita yang menanggung.