Angin bertiup tepat di muka ku,sambil ku merenung kejora,
Awan berarak kelabu,melihat malam-malam yang sepi,
Sejak ketiadaanmu,Angah rindu,
Angah cemburu,
Angah cemburu kerana Angah rasa kalau satu hari,
bila Angah tiada,
tiada siapa akan ingat Angah macam orang ingatkan Achik.
Hujung bulan ni genaplah mak temankan Achik.
Achik pergi,mak pun pergi,
Tinggalkan abah,Along dan Angah kat sini,sepi.
Angah peluk erat teddybear Achik bila Angah rindu.
Angah nak Achik tau yang Angah rindu kat Achik.
Hari Raya lepas Along masuk wad,kena appandix,
Angah menangis,takut semua orang tinggalkan Angah sorang kat sini.
Angah tak berani hidup sorang-sorang.
Nak balik Malaysia,siapa yang ada.
Kawan-kawan tak sama dengan keluarga,saudara.
Diorang semua dah buang kita.
Achik,Angah rasa bersalah sangat kat Achik.
Achik buat hidup Angah bermakna.
Angah rindu kat Achik.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
we all miss elly,E.
May Allah bless u.
berhiduplah untu org yang disayangi
Air dicincang takkan putus
Post a Comment