Monday, October 20, 2008
DAP oooo DAP?
oleh Aril Cantona.
Tiba-tiba tergerak pulak tangan aku nak tulis pasal politik.Ye la,semua orang macam anggap aku ni konservatif la,orthodox la,mengikut rentak UMNO la.Tapi aku pun ada pendapat gak.Sukati la aku nak mengikut rentak UMNO ke,mengikut rentak hip hop ke,ape ke.
Korang ingat jujur ke Pakatan Rakyat ni?Okay.Pas nak perjuangkan Islam,DAP nak perjuangkan Malaysian Malaysia,PKR nak pejuangkan Anwar,ada sebut nak perjuangkan rakyat?
Pastu aku ternampak la gambar macam kat atas ni,jemputan Open House Hari Raya.Macam biasa la time2 macam ni open house.Kalau rumah aku kat Subang dulu pun buat open house gak.Yang aku nampak,logo PAS ngan logo PKR.MANA LOGO DAP????
Haahahahahahahahahaahaaaa dari situ dah nampak korang ni hipokrit."Ala nanti apa pulak orang Melayu kata kalau bubuh logo DAP,nanti kena cop pengkhianat Melayu..",bubuh je la gambar penjumpa Pak Lah,gambar mamat cakap bega yg kata nak tubuh kerajaan 16 September.Bubuh gambar 2-3 ketul muka pak lebai mane ntah.Mana Lim Kit Siang?Sedangkan masa nak deal Pakatan Rakyat dulu memanjang deal ngan die.
Sebenarnya orang2 dalam PKR ni asal2 orang UMNO gak.Dorang blah pasal x dapat kontrak,pasal orang2 UMNO dah dapat.Senang je,masuk la PKR dengan harapan dapat kontrak dari kerajaan negeri.Apa ada susah.
Aku tak kisah apa Mata Rakyat ke,adik aku kata ke,Nami kata ke.Aku tak selesa tengok Pakatan macam ni.Bak kata bahasa rempit,sembang poyo.Citer nak bagi kaum sama rata,ni jemputan hari raya pun tak reti nak bubuh logo DAP.
Aku harap kau tak kecik hati la Mata Rakyat,pasal setau aku fungsi blog ni tempat nak luahkan perasaan.Kalau kau nak marah,marah je aku kat comment ni.Tapi ye lah,mungkin aku dengar dari kejauhan ni,tak tau la yang dekat2 sana.Tapi aku nak,Melayu pegang,Islam agama rasmi,tu je.Soal kau boleh kawtim ngan DAP tu,pandai2 kau la.Kalau kau khianat bangsa Melayu,sampai bila2 dosa kau tak terampun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aril,if you don't like Pakatan Rakyat,just say so.if you really want UMNO which you call Zionist agent to keep dictates Malaysia,go on.
I hope Mata Rakyat(Apis) will answer Aril's doubt.
And make me believe Pakatan Rakyat is the right party to choose!
Hmm..
Kan bagus kalau dorang ni satu logo je.takyah la penat2 nak cetak 3 logo dalam poster ke ape.
Soal logo DAP itu adalah kesilapan teknikal, terlepas pandang itu je aku boleh jawab, alin aku tak mau pepandai sendiri, aku bikan jurucakap depa.
Mohon beri laluan untuk menjawab :
"Korang ingat jujur ke Pakatan Rakyat ni?Okay.Pas nak perjuangkan Islam,DAP nak perjuangkan Malaysian Malaysia,PKR nak pejuangkan Anwar,ada sebut nak perjuangkan rakyat?"
-dlm soal ini, saya rasa penulis mungkin terlepas pandang atau semudah itu membuat andaian dlm persoalan jujur, pakatan rakyat, anwar, Negara islam dan sebagainya.
Jawapan saya sngt mudah dlm soal ini, di dalam membuat perbandingan kerjaan BN, dan pakatan rakyat.
Soal adil, soal perjuangan, soal kaum sendiri dan bermacam persolan yg timbul dlm konteks pakatan rakyat.
Saya pernah memberi pendapat di dalam blog diskopi , yang turut membidas pakatan rakyat, dgn membuat sebegitu mudah punya hentaman atas 2 point utama ..iaitu soal adun di perak yang terima rasuah dan soal kerjaan PAS di kedah dalam kouta dari 30 ke 50 % dlm soal perumahan di kedah kepada bumiputera.
Bnyk yg kita perlu faham dalam membincangkan soal politik ini. Politik sngt berkaitan dgn kuasa, dan bagi org islam, soal agama dan akidah adalah seiring. Itu yang paling asas perlu dipegang,
Yang ke 2, orang ckp PKR dan BN sama sahaja , ada juga perkauman. Kita perlu ingat walau apa parti yang memerintah dalam Malaysia ini, pasti setiap parti itu akan memperjuangkan hak kaum mereka ‘lebih’ dari kaum lain. Ini normal, org cina akn Bantu org cina dahulu, melayu akan Bantu melayu dahulu, dan India juga begitu. Itu namanya sayang kpd kaum sendiri. Itu tidak salah. Dan ini juga yg berlaku dlm pakatan rakyat. CUMA apa yang MEMBEZAKAN pakatan rakyat dan Barisan nasional, BN di zamanya , pemerintah atasan kaum2 ini, bukanya membantu rakyat bawahan kaum2 mereka, TETAPI membantu KRONI2 mereka. Ini yang menyebabkan ketidakseimbangan berlaku dia antara kaum. Ini juga sbb DEB fail!!
Maka perbezaan yang dapat dilihat antara pakatan rakyat dan BN adalah nisbah mereka mengelakkan ketidakadilan yang berlaku di dalam Negara ini dari sudut hak setiap orang. Maka kita melihat jurang ketidakadilan yang berlaku di dalam kerajaan pakatan rakyat adalah KURANG dan rendah berbanding degan apa yang mampu dibuat oleh BN.
Sebenarnya untuk memastikan semua orang atau kaum berasa mereka puas hati 100% ini adalah MUSTAHIL. Manusia tidak mudah puas.
Saya ulas sedikit tentang adun PKR yang terima rasuah di perak, saya sangt tidak terkejut kika ia dilakukan oleh adun PKR, ini kerana rata2 Adun PKR adalah dahulunya orang2 UMNO dan BN, yang sudah dalam erti kata biasa mengamalkan semua ini. Jadi mungkin agak sukar untuk membuang tabiat lama mereka itu =).. kalau Adun PAS maka, saya memang akan terkejut… =) Sbb, itu bukan merupakan ‘amalan mereka.. ini boleh dirujuk kepada BPR.
Akhir sekali untuk pakatan rakyat, kita perlu memberi masa kepada pakatan ini, terlalu awal untuk kita meghukum mereka. Kalau kita boleh beri UMNO lebih 50 tahun, apa kata kita beri pakatan ini hanya 5 tahun dahulu..kalau mereka tak mampu, baru kita tukar.. ok =)
Post a Comment