Isu replika Anwar Ibrahim antara isu yg dikatakan baru2 ini. Jadi saya merasa perlu untuk dimutkan di blog ini serba sedikit berkenaan perkara ini, bersandarkan hujah2 ulama yang diyakini. Saya tidak mahu dan mampu untuk mengulas panjang hal ini, namun berdasarkan pengetahuan saya yang dangkal ini, saya secara peribadi adalah kurang bersetuju replika itu diwujudkan atas beberapa perkara:
- Replika itu sendiri kalau dikaji dari sudut kewujudan dan zatnya adalah atas 'konsep' zatnya seperti patung, yang mana sama sekali diharamkan oleh Islam.(ada hujah mengatakan replika itu gambar sahaja , sama dgn iklan)
- kewujudan replika itu sendiri, sama sekali untuk tujuan 'menaikkan' semangat rakyat kpd anwar(memuja)
- saiz replika itu sendiri, kalau dihujah setakat untuk tanpa tujuan apa2 selain 'promote' anwar adalah sngt 'keterlaluan'.
Maka kesimpulan dangkal saya adalah , haruslah ia diturunkan , atas dasar2 menjaga 'kebaikan umum' dan mengelakkan pertikaian yang berpanjangan dan seterusnya mengelakkan perpecahan di dalam ahli2 pakatan rakyat itu sendiri. Namun yang paling asas matlamat tidak menghalakan cara. Haram adalah haram, halal adalah halal. walau sesiapapun subjeknya. =)
Maka disini saya lampirkan Pandangan ustaz Nasrudin Tantawi berkenaan isu ini (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia)
Masalah Replika
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.
Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:
Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :
المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق
Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.
Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.
Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.
Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.
Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.
Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.
Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain
Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.
Kesimpulan:
1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:
الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ
2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.
3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.
Rasulullah pernah bersabda:
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]
Sayyidina Ali pernah berkata:
4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:
Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .
Al Maaidah . Ayat : 8
Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.
Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.
Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .
Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.
Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.
4 comments:
Ini nama dia fanatik.
Sosialisme jatuh kerana fanatik,bukan kerana dasarnya.
Pada zaman Soviet dulu,banyak patung-patung Lenin,Stalin,Khruchev dan lain-lain didirikan di tepi2 jalan di Moscow,Leningrad(St Petersburg),Kiev,Dnipropetrovsk
dan lain-lain lagi.
Atas sikap kefanatikan ini,orang dibawah tidak mahu mengaku kesilapan orang diatas,dan orang diatas menjadi angkuh dan ego,seterusnya melupakan prinsipal utama sosialisme-masyarakat tanpa kelas.
Jadi kita akan lihat kejatuhan Pakatan Rakyat sekiranya ulama terus didewa-dewakan,seolah-olah mereka maksum,pemimpin seperti Anwar Ibrahim didewa-dewakan,dan pemimpin seperti Lim Kit Siang didewa-dewakan oleh yang Cina.
Perjuangan apa yang korang cakapkan ni,kalau rakyat masih terhimpit dan tersepit?
Sosialisme untuk semua!
Aku hanya berhidup atas nama tuhan yang menciptakan aku,
Aku tidak berhidup atas kapitalis, aku tidak berhidup atas sosialis,aku tidak berhidup atas nasionalis,aku tidak berhidup atas anwar ibrahim, aku tidak berhidup atas mahathir, aku tidak berhidup Atas Tuan Guru Nik Abdul aziz, Aku Tidak berhidup ats Lim guang eng, aku tidak berhidup semua itu..
bagiku aku berhidup atas tuhanku,agamaku,dan tauhidku.Itu saja yg aku tahu.
anwar ni kenapa slow sangat nak takeover?lagi slow dia,lagi macam-macam isu.
bukan apa, kau taulah ekonomi skrng tengah tenat sngt..kita pun tau kalau ada apa2 berlaku perubahan pada kerajaan, akan ada impak yg sngt besar pada ekonomi..kesian pada rakyat bawahan yang sngt tenat ni..kesian
mmg, kalau blh lg cepat dia takeover lagi bagus, ttp aku rasa suasana sngt tidak megizinkan..nnt dicop 'kejam' plak ekoran kesan take over ni.. ekonomi u taulah, relation antara ekonomi dan poltik..mcm isi dgn kuku.
Post a Comment