Diasak bertubi-tubi oleh geng-geng Federasi ni,maka aku ingin menerangkan konsep Sosialisme yang aku faham masa aku join Red Star Society masa aku form 5,2001 dulu.
First sekali,pertanyaan Perundang yang suruh aku comment statement dalam entry aku sebelum ni,tentang Barack Obama Presiden Republik Sosialis Amerika Syarikat.
Tuan Perundang,kita harus ingat,dalam sosialisme ada banyak cabang.Komunisme tu hanya cabang kecil dari sosialisme yang nkoram besar-besarkan.Ada Leninisme,Stalinisme,English-socialism,Juche dan sebagainya.Macam Islam jugak,ada Syiah,Sunnah,fahaman Wahabbi,fahaman itu,fahaman ini.Macam-macam la.
Aku tak kata semua harus dikerajaankan.Takkan la mapley jual roti canai pun nak dikerajaankan.Robert Owen tak cakap macam tu pun dalam buku The New View of Society dia tu.Takkan la orang jual nasi lemak kat tepi jalan tu pun nak dimiliknegarakan?
Apa yang harus dikerajaankan ialah utiliti utama dalam sesebuah negara,seperti bekalan air,elektrik,petroleum,bekalan makanan(macam beras),pertanian dan sebagainya.Sosialisme jenis Robert Owen ialah sosialisme koperasi.Pernah tengok koperasi sekolah tak?Biasa tengok?
Pihak sekolah akan keluarkan modal kepada pelajar-pelajar untuk jual alat tulis,macam-macam la kat koperasi tu.Pastu,pelajar-pelajar yang kerja kat situ,kerja dan keuntungan itu dibahagi sesama ahli koperasi.Lepas tu,akan ada satu tabung untuk membayar balik kepada pihak sekolah,dan menjadikan koperasi tu milik pelajar semua.
Macam konsep kat asrama.Kita dan roomate,jiran-jiran roomate,akan tong-tong(collect2 duit) beli megi,beli rokok,beli biskut untuk kita makan malam-malam.Nak fly takut2 hujan ke,kantoi ngan warden ke(macam tak biasa).Dan megi,rokok dan biskut itu akan dikongsi bersama.Kalau kau nak jadi kera sumbang kat dalam asrama,makan sorang2,alamat kena pulau la kau.
Tapi takde la pulak kena kongsi benda2 lain,spender ke,awek ke..Tak sampai macam tu.
Dibesarkan skopnya,macam tu jugak dengan negara ni.Aku tak kata tidak dibenarkan berniaga langsung,itu gila la.Bapak aku pun berniaga restoran.Maksud aku,utiliti utama tu.Cuba nkoram tengok TNB setiap tahun untung billion-billion,tapi setiap kali nak naikkan harga,cakap kat orang,harga petrol naik la,wayar kabel elektrik naik harga la,tembaga naik harga la,macam2 lagi.Macam tu jugak dengan bekalan air,sejak Syabas takeover,dulu2 zaman Wak Toyo Jawa pegang,bila bab air kena catu,tak fikir pasal tu.Tapi cakap harga paip naik la,itu la,ini la.Semua nak naik.Telekom pun sama,Astenuk pun sama.Semua ni konsep kapitalisme.Semua benda nak diniagakan.
Pada aku,sosialisme yang aku sokong ni selari dengan konsep Islam,iaitu daulah(kerajaan) harus membantu rakyat,bukan menyusahkan rakyat.Al Mansur sosialis Islam pertama,siapa cakap sosialis tu tak Islamik?
Aku tak kata konsep macam Karl Marx,Engel,atau Stalin.Dan aku takde la follow sangat Owen.Kita ikut kesesuaian la.Sama jugak dengan Islam,takkan kat Malaysia ni pun nak pakai purdah.Tujuan utama orang Arab pakai purdah ada dua sebab,satu pasal pasir,lagi satu pasal orang lelaki Arab ni semua gatal-gatal.Kalau tak pakai habis la.Macam kat Malaysia ni,takde la sampai extreme macam tu.
Aku tak suruh korang follow pun macam Korea Utara,Soviet Union,ataupun macam negara-negara lain.Ikut kesesuaian la.Tapi aku tetap tak setuju dengan kapitalisme yang mencekik darah ni.
Salah satunya,zakat.Tiap-tiap tahun,kita bayar purata RM5(kalau kat Negeri Sembilan) bayar zakat fitrah.Satu kepala,kalau satu family,purata dalam RM25-RM30.Dalam seluruh Negeri Sembilan ada berapa keluarga Islam?Yang tak berkeluarga?Ada berapa orang Islam?Tapi orang miskin kat Negeri Sembilan tetap ramai lagi.Itulah aku cakap,Food Not Bombs KL tu lagi berjaya distribute bantuan kat pengemis2 kat KL berbanding badan Zakat.
Cuba open wide sikit pemikiran tu.Asal sosialis je,komunis.Gila ape,aku pun taknak tentera serang rumah aku malam-malam semata2 aku simpan duit lebih.
Ni pulak aku nak jawab member aku Mata Rakyat.
Aku dari Form 4-5 aku dah pergi forum Red Star Society,sekali sekala mengadap muka Hisham Rais tu,menerangkan konsep sosialisme sebenar.Itulah,belajar ikut sukatan KBSM,memanglah orang takkan restu.Cuba kalau KBSM cakap "dilarang makan biskut meri kerana ianya merbahaya",konfirm la orang tak makan biskut meri Apis.
Korang telah digelapkan dalam pemikiran buku sejarah yang penuh auta tu tentang keburukan sosialisme,sedangkan Burhanuddin al Helmy,Ahmad Boestamam,Ishak Hj Mohammad,semua tu orang Islam dan semua tu sosialis.Nko boleh tanya Yahya Nassem yang tengah sakit kat Hospital Serdang tu selagi dia ada tu,gi tanya dia apa maksud sosialis sebenar.
Nko ingat tak masa aku Form 5 dulu,cikgu Siiva soal aku bertubi-tubi pasal sosialis,dan aku boleh selamba je jawab?Aku pergi forum dari aku muda lagi.Jiwa aku sosialis dah lama,lepas tu bila masuk UiTM,kena cuci,itu ini,tu yang kurang sikit.Sekarang bila ekonomi dah kacau,aku rasa nak kembali balik.
Aku tanya nko la,kenapa kebanyakan student2 dulu sokong kerajaan?Tahun 1999 ye,aku sedikit terpengaruh dengan buku teks,hujung tahun 2000,aku sosialis.Aku pernah cakap terang-terang kat cikgu Sejarah aku Form 5 dulu yang "demokrasi kat Malaysia ni bullshit je",terus nama aku kena banned.Time tu nko kat sebelah,kelas Epul.
Bila aku masuk UiTM,sosialisme aku pudar dan hilang,pasal aku didesak.Tu yang sampai aku follow pemuda UMNO,pasal nak pulus sangat(dah terpengaruh ngan konsep UiTM).
Kalau nko nak semua rakyat ni restu,pergi khabaq kat buku teks terang-terang apa itu sosialisme.Dan aku dah terangkan tadi.
Korang nak konsep Islam?Yes aku sokong konsep Islam.Tapi apakah duit Tabung Haji yang disonglap tahun 2001 tu,atau duit-duit Zakat yang selama ni korang bayar tu,pernah tak korang fikir tu semua?Ayah kita bayar,takpun kita sendiri yang bayar,tapi fikir tak,mana pergi duit2 tu?Tercapaikah duit tu kat asnaf2 tu?Aku tengok ada mualaf sampai makan nasi dengan garam pasal kena pulau dengan keluarga kat Pulau Pinang,ada Majlis Agama bantu?Orang-orang pengemis kat Chow Kit Road tu,banyak orang Islam.Ada Majlis Agama keluarkan duit Zakat bantu orang-orang ni?Belikan makanan untuk dorang?Kalau tak caya,pergi Lorong Haji Taib,berapa ramai maknyah gi jual bontot semata-mata nak cari sesuap nasi.
Fikir la wei kawan-kawan.Kalau korang boleh terangkan konsep sistem ekonomi Islam dengan lebih terang lagi dengan aku,aku akan terima je.Aku tahu,sistem Islam adalah sentiasa yang terbaik.Malangnya orang-orang yang bertopengkan imej Islam ni je yang swindle duit atas nama Islam.Bank Islam masih lagi riba,Apis.
Orang-orang Melayu kat sini selesa dengan riba,pasal tu dorang tak restu kepada sosialisme al-Mansur ni.
Kalau ada persoalan lagi,aku dengan lapang dada untuk berkongsi dan mencanai idea-idea kita.Don't worry,aku okay je.Mungkin bahasa aku agak informal(pasal dah nama Teh Tarik Gelas Besar,bukannya Majlis Buffet),tapi niat aku baik(aku tak boleh kata ikhlas,pasal ikhlas tu rahsia Allah),untuk membantu agama,bangsa,dan negara.
Selagi kita hidup berpaksikan kapitalisme,kita takkan berjaya selesaikan kemiskinan di seluruh dunia.Dan yang miskin bukan sahaja orang Islam,orang bukan Islam pun ada.
Berfikirlah secara manusiawi,kerana kita manusia,bukan malaikat.
Friday, October 31, 2008
Aku jawab soalan Perundang dan Mata Rakyat.
Labels:
bank islam hipokrit,
Islam,
lorong haji taib,
sosialisme,
wak toyo jawa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Terima kasih atas penerangan saudara.
Sebagai orang Islam wajib kita percaya dan meletakkan dasar agama Islam yang teratas, lepas tu baru sosialis asalkan berkaitan dengan Islam sahaja, bukan sosialisme pure yang sama sekali penulis tolak. Memangla kerajaan tak ikut tapi itu masalah merekala sebab mereka takmau ikut Islam 100%. Aku cuma sokong sebahgian dasar sosialis yang ada persamaan dengan Islam, yang tak sama aku tak sokong sebab sosialis nyata pemikiran manusia. Hanya Islam yang Allah turun itu sempurna!Pilih nak ikut Islam atau tidak!
marilah kita sama2 menambhhkan ilmu penhetahun berkenaan semua ini. saya secara peribadi masih lagi baru dlm soal ideologi sosialis ini sendiri.
saya melihat saudara penulis begitu 'teguh' pegangan sosialis beliau. begitu juga saya, saya dgn 'ideologi' saya ini, masih teguh saya anuti..
kesimpulanya kita semua harus meneroka cabang2 ilmu tuhan ini. mahupun sosialis ataupun , ia juga antara cabang2 ilmu dari tuhan.
Dlm proses kita belajar segala ilmu ini, mana yang baik kita amalkan,mana yg kurang kita cuba elakkan. yang penting asas 'ketuhanan' sbgai umat yg bepegang teguh kepada ketauhidan yang satu dan tertinggi itu, sama2 kita jaga, hormati dan peliharaai.
Aku tahu,sistem Islam adalah sentiasa yang terbaik.Malangnya orang-orang yang bertopengkan imej Islam ni je yang swindle duit atas nama Islam.Bank Islam masih lagi riba,Apis.
alangkah bagusnya kalau nko faham ayat ni pis..
to perundang:
aku percaya islam ialah yang terbaik,dan ianya ideologi aku,ideologi burhanuddin al helmy,dan ideology islam ialah "siratolmustaqim".jalan yang benar.
tapi ideologi berbeza dengan cara menguruskan ekonomi.kapitalis tidak mengenal siapa anda,dia mengenal anda ada apa.sosialis pula mahu membela kita secara bermasyarakat.
bukankah islam mengajar kita yang kita ini semua bersaudara?Allah tidak mengenal kelas masyarakat,semua sama disisiNya,samada hamba ataupun raja?
bukankah dalam hadis ada menyebut,"tidak cukup islam seseorang jika membiarkan jirannya dalam kelaparan?"
"neraka kepada sesiapa yang menzalimi anak-anak yatim,dan kikir terhadap hartanya?"
ketiga-tiga ayat didalam Islam ini selari dengan sosialisme.
bukan aku tak percaya kepada sistem Islam,aku percaya sangat2,tapi masalahnya,orang yang bertopengkan Islam tu.Bank Islam masih lagi riba.
jadi jangan lah kita bertopengkan Islam kerana nak tunjuk kita yang terbaik.mungkin sosialisme ada yang tak betul,kita jangan la ikut.
bak kata orang tua-tua,buang yang keruh,ambil yang jernih,tak gitu?
Apa yang harus dikerajaankan ialah utiliti utama dalam sesebuah negara,seperti bekalan air,elektrik,petroleum,bekalan makanan(macam beras),pertanian dan sebagainya.”
-Persoalan saya disini, saya kira unsur2 sosialis ini pernah ‘diterapkan’ di Malaysia dahulu. Yang mana kerjaan jaga air, telefon, elektrik dan badan-badan utama kepeluan rakyat. Namum disebabkan dasar penswastaan oleh kerajaan atas dasar menambabikkan semua keperluan semua ini, maka diswastakan. Dalam erti kata kerajaa tidak mahu fakir soal ni lagi , n sebbkan tanggungan kerajaan bertambah.
Maka aku tertanya-tanya, kalau dlm satu situasi kerajaan yg ada mmg dah tak boleh nak handle semua badan-badan ini, contohnya mmg tak der duit, maka mcm mana perkhidmatan yang terbaik dpt diberkan kpd rakyat. Contohnya dulu sebelum diswastakan perkhidmatan telefon kat Malaysia kuno, dan tak berkembang. Apabila diswastakan maka baru ada teknologi asing masuk.baru pelabur nak melabur dlm sektor telekomunikasi. Dan aku fakir kalau sampai skrng kerajaan yg cover bab telekomunikasi kat Malaysia mungkin sampai skrng, segala kecanggihan teknologi komunikasi yg ada tak wujud. Ini satu persoalan. Sbb aku kita melihat kewujudan kerajaan itu sendiri bukanya dari segi keawanganya satabil.agak mustahil untuk memberikab kemudahan api,air, dan yg asas dgn baik.
Maka in the end Negara mundur kurang membangun. Sbb aku berkata begini, pembangunan sesebuah Negara agak sukar dijalankan oleh kerajaan secara sendiri.ia memerlukan ‘pertolongan’ org luar termasuk pelabur, dan pelabur hanya data masuk sekiranya ada prinsip2 yang membenarkan pembabitan mereka di dalam ekonomi sesebuag Negara. Dan asas yg palin utama apabila kerajaan menswastakan bahagian2 penting Negara. Ini saya kira satu persoalan dari sudut ekonomi dan pembangunanya.. Minta sahabat saya beri sedikit pendapat.-
“Pada aku,sosialisme yang aku sokong ni selari dengan konsep Islam,iaitu daulah(kerajaan) harus membantu rakyat,bukan menyusahkan rakyat.Al Mansur sosialis Islam pertama,siapa cakap sosialis tu tak Islamik?”
-Sauadara, pada pandangan saya islam adalah islam, dan yang sebenarnya sosialais itu yang menerima pakai idea2 islam di dalamnya. Di dalam islam kita tidak menolak apa jua ideologi yang selaras dengan islam, walau apa jua namanya, kapitalis ker, sosialis ker, kalau apa yang selaras dengan islam, islam menerimanya dan mengalakkanya. Ttp bukan secara keseluruhan ideologi itu, ttp hanya pada ‘part2’ yang selaras dan selari.
“Salah satunya,zakat.Tiap-tiap tahun,kita bayar purata RM5(kalau kat Negeri Sembilan) bayar zakat fitrah.Satu kepala,kalau satu family,purata dalam RM25-RM30.Dalam seluruh Negeri Sembilan ada berapa keluarga Islam?Yang tak berkeluarga?Ada berapa orang Islam?Tapi orang miskin kat Negeri Sembilan tetap ramai lagi.Itulah aku cakap,Food Not Bombs KL tu lagi berjaya distribute bantuan kat pengemis2 kat KL berbanding badan Zakat.
Korang nak konsep Islam?Yes aku sokong konsep Islam.Tapi apakah duit Tabung Haji yang disonglap tahun 2001 tu,atau duit-duit Zakat yang selama ni korang bayar tu,pernah tak korang fikir tu semua?Ayah kita bayar,takpun kita sendiri yang bayar,tapi fikir tak,mana pergi duit2 tu?Tercapaikah duit tu kat asnaf2 tu?Aku tengok ada mualaf sampai makan nasi dengan garam pasal kena pulau dengan keluarga kat Pulau Pinang,ada Majlis Agama bantu?Orang-orang pengemis kat Chow Kit Road tu,banyak orang Islam.Ada Majlis Agama keluarkan duit Zakat bantu orang-orang ni?Belikan makanan untuk dorang?Kalau tak caya,pergi Lorong Haji Taib,berapa ramai maknyah gi jual bontot semata-mata nak cari sesuap nasi.”
-Dalam soal ini jngn disalahkan ‘zakat’ dan ‘islam’itu. Ini sama sekali salah..sngt salah. Yang silapnya di sini, adalah orang yang menjalankan zakat itu. Tidak ikhlas, tidak amanah..LANGSUNG TIADA KELEMAHAN ZAKAT ITU.jangan disebabkan orng yang tidak amanah membahagikan duit zakat itu, dan tidak berjayanya membasmi kemiskinan maka zakat itu dipertikaikan . ini sama sekali tidak btl..tuhan sudah ada ‘guide line’ pembahagian zakat, ttp manusia sahaja yang tidak mahu menuruti ‘guide line’ itu.-
jadi tuan perundang ada mekanisme yang lebih baik?terangkan mekanisme tu utk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.pasal kita tau,kapitalis ni hanya akan terus menindas orang2 miskin.TNB untung bilion2,tapi dinaikkan tarif lagi.
utk persoalan kedua,tak dinafikan ada gak yang bercanggah dengan islam.sosialisme ala korea utara,soviet union atau latin amerika kita tak ikut.kita corakkan "distribution of wealth" cara islam.istilahnya mungkin tidak lagi sosialis tapi aku akan sokong.macam mana "distribution of wealth" cara islam tu?kerana tuan perundang pakar dalam islam,saya tanya la.
tentang zakat,saya tidak menyamakan islam dengan zakat.sistem zakat yang Allah dah turunkan tu dah memang perfect,cumanya pelaksananya tu.
saudara kalau bayar zakat,tentu musykil ke mana duit2 zakat kita tu pergi?
saya sngt musykil =)
agknya duit zakat pun dia buat harta anak beranak dia..
saya sudah 'keletihan' membicarakan isu ni saudara nami ..
apa2 pun saya mengucokan terima kasih di atas segala pandangan , dan ilmu2 berkenaan sosialis yg anda beriakan. terima kasih.
sama2 lah kita dapat melihat negara ini membangun berdasarkan prinsip2 yang akan membawa kerahmatan kpd semua rakyat. Saya kira anda seorang yang sangat optimis akan masyrakat, nasib, dan suasana politik dan dunia hari ini.
semoga satu hari nnt kita dt sama2 memberi sedikit sebnayk sumbangan kepada negara ini, atas dasar perjuangan masing, dan hanya kita utamakan adalah agama,bangsa,negara yag kita cintai ini. =)
p/s: aku pun nAK discus topik lain plak lepas ni.. dan apsl alu rasa aku, kau n mata rakyat jer yg ada dlm blog ni..,mana yg lain?? kalau diaorg tak suka topik ni, blh create topik lain...ok!!
apa2 pun nnt saya akan berikan penjelasan tentang persoalan anda diatas tadi.saya memrlukan sedikit masa untuk membuat rujukan.. (Saya bukanya pandai sngt, jd better saya merujuk dahulu sblm memberi pendapat =) k
for me:
-small government.
-freedom of speech.
-liberal to own wealth.
not capitalism,but private rights.
Post a Comment