Tuesday, October 28, 2008

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita!


Sebagai orang Melayu,agamanya Islam,bahasanya Melayu,adatnya Melayu,aku kena bagi peringatan sikit la kat geng-geng Pakatan Rakyat ni semua.Jangan cabar bahasa Melayu kita.Tadi aku bukak la blog,satu demi satu,bukak tengok,usha..pastu tiba-tiba,ada orang Melayu pulak bersuara dalam comment,"woit,bagi je la dorang nak guna bahasa dorang jugak,kita kan negara berbilang kaum..."

Meh sini aku nak cakap kat korang.Korang sedar tak yang bahasa Tamil dengan bahasa Cina tu,bukan bahasa kebangsaan?Korang sedar tak?

Aku pernah pergi Jerman.Kat situ orang Poland ada,orang Russia ada,orang Perancis ada,orang Itali ada.Tapi bahasa kat signboard cuma bahasa Jerman.Macam tu jugak kat Paris,cuma bahasa Perancis aje.Yang korang gatal2 sokong bahasa Tamil dengan Cina dijadikan signboard tu apahal?

Aku rakyat Kanada.Aku mengundi Stephen Harper baru-baru ni,aku setia dengan negara aku.Tapi aku takkan berkompromi dengan mana-mana orang yang cuba menjatuhkan maruah bangsa aku.Kalau nak salahkan UMNO apasal x guna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,tu UMNO memang bodoh la.Buat Sains dengan Matematik bahasa Inggeris,aku pun marah.

Habis tu,Pakatan Rakyat pun nak jadi macam UMNO gak ke?

Aku tak nafi,Cina dan India di Malaysia juga rakyat Malaysia.Tapi ni sudah melampau.Bahasa kebangsaan kita Bahasa Melayu.Bahasa kita yang kena dinaikkan,bukan bahasa dorang.

Kalau pergi kat India,ada bahasa Melayu tak?Kalau pergi China,ada tak?Takde la woit!

So,pada aku Pakatan Rakyat yang Melayu ni (PKR terutamanya) ni nak jual maruah bangsa kat orang kaum lain.

Apa pandangan encik Mata Rakyat tentang hal ni?Adakah encik Mata Rakyat merelakan Jalan Sultan Ismail tiba2 signboard dia jadi(国王道路),atau (முபெ யவா).Macam ni ke yang geng-geng Pakatan Rakyat nak?

Sia-sialah kat sekolah dulu nyanyi lagu Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita!

p/s:ye encik Shaiful,saya Aril yang dah nak kahwin tu!

3 comments:

PERUNDANG said...

buat pertama kali aku setuju dgn pendapt kau bro =)

btl..walau apa pun, bhsa melayu kita kena bela..tanah melayu ni kita kena bela..kalau kita tak bela apa2 yg berkaitan melayu ni, sapa lagi nak bela..hrpkan org lain tk pyhlah..

cina dan india sdng 'giat' membela kaum mereka..kita pn spttnya begitu..aku pun bgt, dan akan terus aku bela kaum aku ni, atas landasan dan cara yg spttnya..tanpa perlu aku menyakiti sesiapa =)

nami o fish said...

aril,cuba kau pergi KL sentral,bahasa melayu ada,bahasa english ada,jepun pun ada.

bukan nak sokong idea signboard ni,tapi kerajaan kita ni,sama ada bn ke pakatan,dah xde kerja lain ke nak cakap pasal signboard?

banyak benda lain yang lebih penting dari signboard.pada aku,asal boleh faham,sudah la.bukan orang cina ngan india kat mesia ni x faham bahasa melayu.

lain la kalau dah ramai pelancong china ngan india datang,tu pun pada aku x payah.buat je bahasa melayu.

bak kata kau la ril,kau pergi jerman pun,xde plak signboard bahasa melayu utk kau,kan?

vanguard said...

bagi saya, pada awalnya saya tak setuju juga...tak yah lah letak banyak2 kan, satu memang da cukup...tapi ikut apa yg saya baca nampaknya dia letak kat tempat2 tertentu je..apa yg kita panggil 'heritage sites'..so rasanya tak la teruk sangat pun..

lagi saya rasa untuk guna jerman tau perancis sbg perbandingan agak tidak tepat..harus ingat dua negara in nation-state mana rakyatnya lebih homogenous..kalau tak homogenous pun kat sana proses asimilasi sangat menyeluruh..so tak wujud masalah cam ni..malaysia ni, keadaan nya agak berbeza..

anyway bagi saya isu2 ni bukan isu hidup mati pun..bukannya dgn selesaikan masalah ni kita leh mengurangkan kemiskinan..

ade lagi isu2 lebih penting seperti membasmi kemiskinan, beri pendidikan berkualiti, etc...