Thursday, October 23, 2008

Radiohead.


Penatnya bercakap pasal politik!

Refresh,defrag dan carpe diem - seize the day.Blogger-blogger kadang-kadang perlu untuk take a break,refresh,dan cakap benda yang tak serious.Tapi aku tak pernah tak serious bila menulis.Bercakap tentang benda yang tak pernah habis.Politik ni,dari zaman Qabil dan Habil sampai ke kiamat - tak pernah habis.

Hari ni aku bercakap pasal muzik.Sebuah kumpulan rock alternatif Britain yang boleh aku sifatkan "the greatest band in the world after John Lennon died",Radiohead.

Duduk-duduk sambil dengar mp4,lagu Radiohead-Karma Police menyapa ke telinga.Bercakap tentang takdir.Seolah-olah takdir menjadi diktator dan kita harus terima arahan takdir-atau ditangkap oleh Polis Karma."This is what you'll get,when you mess with us.",satu manifestasi amaran kepada semua yang cuba melawan takdir.

Kemudian terus ke lagu seterusnya,"Creep".Lagu yang mengisahkan seorang yang kecewa cintanya ditolak oleh seorang perempuan(atau dia rasa terlalu rendah diri dengan ability sendiri)."I wish I was special,you're so fucking special..",sifat yang biasa kita dengar dalam kehidupan remaja.Seolah-olah mahu mengiyakan kata-kata Homer Simpson "Kids,you've try and you fail miserably.The moral is,never try."Penafian tentang semangat kehidupan.

Tapi lagu yang paling menyusuk dalam sanubari dan hati,No Surprises.Mengisahkan seorang yang penat dengan kehidupan,dan kadang-kadang mahu "hands-off" dengan kehidupan,isolasikan diri dari semua masalah yang ada.Hidup tertekan,ditambah dengan tekanan ekonomi dan sebagainya.

Dan akhirnya terbentuklah satu frasa yang cukup menarik untuk aku berkongsi bersama.

"bring down the government,they don't,they don't speak for us..."

Apakah situasi kerajaan menindas rakyat,macam kes di Pelentong,adalah lumrah diseluruh dunia?

Anarkis wujud kerana tidak lagi mahu percaya dengan kerajaan,sosialis wujud kerana penindasan tuan tanah terhadap serf,dan penindasan kaum pemodal kapitalis terhadap pekerja dalam era Revolusi Industri.

Anyway Radiohead memang betul-betul menyentuh jiwa aku.Lagu "Let Down" misalnya,setiap kali aku dimalukan atau dijatuhkan,aku akan terbayang lirik ni,"one day i will grow wings,a chemical reaction...let down and hanging around,crushed like a bug in the ground.."

The best band in the world,so far.Aku ikutkan hati nak sembang panjang je pasal Radiohead ni,tapi pasal internet connection ni asyik putus-tus tus...better off aku cut sampai sini dulu.

5 comments:

Anonymous said...

nice explanation...about radiohead...yg kebanyakan peminatnya menghadapi masalah dalam kehidupan yang penuh,penindasan,kekejaman dr org yang tidak berperikemanusian...but i know for all...cant be soft before u know...

Aril Cantona said...

Best radiohead..layan la gak..dulu ada gak concert dia gak kat calgary dulu..

Anonymous said...

i like the homer quote, nami. haha!
hmm.. akhirnya sedikit bahas politik juga di akhir tulisan :D

ooh, i really want to join this federation..

Malaysia Tanahairku said...

Dah lama tak dengar radio asyik dengar berita je

Hanis Manis said...
This comment has been removed by the author.