Monday, March 30, 2009

PRK 2 bukit: BN nak tutup malu PR akan Tegakkan Maruah Rakyat



Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang pagi tadi memperlihatkan keyakinan kedua-dua PAS dan Umno apabila menyaksikan kehadiran hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat manakala pemimpin-pemimpin baru Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hadir menunjukkan sokongan.Penyokong Pakatan yang tiba seawal 6.00 pagi memenuhi sekitar kawasan Wisma Majlis Perbandaran Taiping dan kawasan Jalan Alang Ahmad.
Suasana di kawasan penamaan calon itu kian sesak apabila menghampiri jam 8.00 pagi, apabila penyokong Barisan Nasional berkumpul di hadapan bangunan Umno Bahagian Taiping bersama dengan beberapa pemimpin Umno yang turut serta memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Ismail Safian.
Antara pemimpin Umno dan BN yang hadir ialah timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Zambry Abdul Kadir, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Puad Zarkashi, Tengku Adnan Mansor, Datuk Anuar Musa, presiden Parti Progresif Rakyat, M Kayveas serta pemimpin MIC negeri, G Rajoo dan naib pengerusi MIC, S Veerasingam.
Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diiringi oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din, pesuruh jaya PAS Perak, Ahmad Awang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Mujahid Yusuf, S Sivakumar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu serta pemimpin DAP Perak, Nga Kor Meng dan Ngeh Kor Ham.
Seramai 200 anggota polis antirusuhan telah diletakkan di kawasan padang esplanade yang mengasingkan penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Seramai tiga orang calon telah mengemukan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini.Calon PAS, Mohammad Nizar telah sampai tepat jam 8.45 pagi dan borang pencalonan telah dihantar jam 9.06 manakala calon BN, Ismail tiba jam 9.10 diiringi oleh Muhyiddin Yassin.Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris juga turut bertanding.Penyokong Pas dilihat lebih ramai berbanding dengan penyokong Barisan Nasional. Bunyian gendang serta sorakan penyokong Pakatan Rakyat jelas menenggelamkan sorakan penyokong BN.BN dilihat bersemangat berdasarkan kehadiran pemimpin baru juga dibantu oleh parti komponen lain. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai ujian kepada kepimpinan baru Umno di bawah Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri awal bulan depan.
PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menggunakan isu krisis dalam politik dan pentadbiran negeri Perak sebagai isu untuk berhadapan dengan Umno dan BN, selain serangan terhadap personaliti presiden baru Umno.Umno sejak pagi ini telah menunjukkan kesungguhannya menggunakan apa yang disifatkan sebagai penderhakaan terhadap raja oleh Nizar selain isu-isu lain seperti pengaruh kuat DAP dalam pentadbiran negeri untuk memenangi hati pengundi Melayu.

akan tetapi.....dalam utusan melayu BN menggunakkan kata tuduhan yang mengatakan pembakang sering melemparkan tuduhan........
Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.
Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.
Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.
Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.
Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.
Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.
Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.
Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.
Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.
Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.
“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.
Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.
Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.
Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.
Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.
Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.
Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.
Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.
Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.
Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.
Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti

3 comments:

Mat Zain said...

Bro,

gua tengok lu suka copy n paste artikel dlm blog ni kan.

Bro mcm nila gua ckp lepas lu cpoy n paste, lu tambahla kredit autor asal dia n link blog dia.

Tak baikla amik artikel org pastu pas kat sini.

Klau lu auter pn pastikan ada reference, yela mmgla x kna saman tpi respekla artikel org.

Sbabnya gua nak tengok tulisan asli x de copy n paste mcm lu buat ni

sori bro ni kenyataan k

uncle nano said...

aisey..salah saluran lak..tp takpa lah!!

KHAS UTK MENTERI BESAR SELANGOR (PKR)
SAPA NTAH NAMA DIA AKU PUN TAK KENAL..SAP2 YANG KENAL,TOLONG LER SAMPAIKAN PADA MAMAT TUH..

OANG-ORANG MISKIN KAT SELANGOR TU BERSYUKUR KO DAH BAGI AIR PERCUMA DAN MEREKA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DIATAS KEPERIHATINAN PR.

TAPI KO NI PANDAI LAK NAK MENIPU RAKYAT SELANGOR, YANG KO NAIK KAN DENDA CUKAI PINTU SEBANYAK RM20.00 TU NAK BUAT APA..
KO TAK PIKIR KE??YANG ORANG2 MISKIN NIH NAK CARI DUIT BELANJA PUN SUSAH..LAIN LAH KALAU AHLI-AHLI YB KALAU SEKADAR RM20 ITU APALAH SANGAT.BAGI MEREKA MUNGKIN BOLEH MINUM TIGA CAWAN TEH TARIK KAT HOTEL AREA SHAH ALAM. TETAPI BAGI RAKYAT YANG BERPENDAPATAN SEGAN-SEGAN NIH..RM20 TU BLEH MINUM 10 HINGGA 13 CAWAN TEH TARIK KAT GERAI2 PBT YANG BERSEPAH MERATA TEMPAT.

KAN TAK MENIPU RAKYAT TU NAMANYA!!!!DAH BAGI NAK AMIK CARA LAIN LAK..NGAPA??DAH MISKIN PAPA KEDANA SANGAT??
MANA NEGERI KEBAJIKAN KO?YANG PAS DAH SLOT KAN DLM MANIFESTO PR12??
PENIPU PUNYA PR!!!BANGSAT..SEBANGSAT-BANGSATNYA..

MAKA SAYA AKU BERHARAP SEBAGAI NEGERI BERKEBAJIKAN YANG DILAUNGKAN SETIAP KALI DOA DALAM KHUTBAH JUMAAT MASJID DI DLM NEGERI SELANGOR DIBACAKAN..
TOLONG BERI PERHATIAN YA MENTERI BESAR SELANGOR..AKU NAK SEBUT NAMA KO PUN JIJIK!!!JGN JADI NAJIS SUDAH!!!

RAKYAT SELANGOR YANG MEMBONTOT KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SEMUANYA BODOH!!

KORANG NAK MENYOKONG BIARLAH BERPADA-PADA..KORANG PATUT PAKSA MB KORANG TARIK BALIK AKTA TERSEBUT..JANGAN JADI LEMBU YANG KENA CUCUK BONTOT...

aku/// WAKIL IBU-IBU TUNGGAL SELANGOR YANG KESEPIAN DAN KESEMPITAN.

Mat Zain said...

Ini baru betul tulisan gua krim kat Datuk Seri Anwar. Last2 dia post tulisan gua kat blog dia di link ni

http://anwaribrahimblog.com/2009/04/10/waspada-dengan-hishammuddin-hussein/#more-6816


Waspada dengan Hishammuddin Hussein!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Analisis, Isu Semasa, Penerbitan, Pengunjung, Politik and Sidenotes Assalamualaikum wbt.

Datuk Seri Anwar,

Saya sangat bimbang dengan perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru kerana saya khuatir keselamatan Datuk Seri bakal tergugat sekali lagi.

Kita sedia maklum dengan tindakan cucu Datuk Onn Jaafar ini yang sentiasa mencari masalah dengan Datuk Seri sebelum ini. Jadi dengan tindakan sepupunya, Datuk Seri Najib dalam rejim Mahathirisme ini adalah antara kaedah untuk menjahanamkan Datuk Seri dan ini sememangnya peluang Hishammuddin untuk mengenakan Datuk Seri dengan jawatan barunya ini.

Saya cuma boleh senaraikan dua masalah yang Hishammuddin pernah timbulkan berkenaan diri Datuk Seri iaitu;

1. Mengeluarkan kenyataan kononnya Datuk Seri menyokong penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu menjadi Menteri Pendidikan satu ketika dahulu.

2. Menuduh Datuk Seri sebagai pengkhianat negara dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Sebagai orang politik Datuk Seri lebih masak dengan beberapa tindakan lain Hishammuddin yang gemar menimbulkan masalah dan kontroversi demi mencari publisiti murahan.

Semoga Datuk Seri dapat terus bersemangat berjuang dan berdepan dengan pasukan Najib Razak, Hishammuddin Hussein dan Mahathir Mohamad.

Yang benar,

Zin Rahim