Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda?
Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain?
Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?
Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot
Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang?Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda UMNO boleh terus bersorak. Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan!
Maka mungkin benarlah kata - kata yang pernah di luah kan oleh Presiden Amerika Barack Obama.....
"Sedarlah bahawa Rakyat kamu sedang Mengadili kamu "
Hishamudin dan kenangan kamus Wilkinson
Saya telah menyaksi begitu ramai yang mencium tangan Anwar dan memanggilnya mentor, kesemuanya lesap.Hishammuddin Tun Hussein menghadiahkan Kamus Wilkinson yang dibelikan oleh Karim Raslan dari sebuah kedai buku antiquarian di London kepada Anwar pada hari jadinya. Tidak perlu saya kemukakan sanadnya. Saya terserempak sendiri dengan Karim ketika dia membelinya dan dia membisikan untuk siapa dia membeli kamus lama itu dan kepada siapa orangnya kamus itu akan diberikan.Bila kami kembali ke tanah air saya memberitahu pemegang Dairi Merah yang ketika itu sahabat intim Hishammuddin. “Min, Hisham akan berikan hadiah untuk hari jadi bos(Anwar Ibrahim). Aku dah tahu apa hadiahnya.”
Hishamuddin kadang-kadang datang lepak di pejabat Azmin. Begitu sayangnya Azmin dengan Hishammuddin sampai dia sanggup derhaka dengan bosnya(Anwar Ibrahim). Dalam pertandingan untuk jawatan naib ketua pemuda UMNO Anwar Ibrahim menyokong Fatah dari Selangor. Tetapi dalam diam-diam Azmin memandai-mandai membisikkan kepada pemuda supaya menyokong Hisham. Dan Hisham menang.
Akibatnya tiga bulan Timbalan Perdana Menteri tidak bercakap dengan Azmin. Selama tiga bulan Azmin seperti hidup dalam neraka. Namun Dairi Merah tidak jua lepas dari tangannya.Bila Kamus Wilkonson sampai Azmin menunjukkannya kepada saya. Dalam kamus itu, dengan tulisan tangan yang amat feminin, Hishammuddin menuliskan kata-kata sanjungan kepada Anwar setinggi petala langit ke tujuh untuk Anwar. Anwar adalah gurunya, sanjungannya, ikutannya dan lain-lain kata munafik.
Dua tahun lalu, di Ipoh, Ezam berkata di perhimpunan AMK(Angkatan Muda keADILan) bahawa dia masuk UMNO kerana Anwar Ibrahim dan dia keluar UMNO kerana Anwar Ibrahim. Perwakilan AMK memberikan tepukan gemuruh. Kawan-kawanku, baru-baru ini apabila Ezam memanggil Anwar sebagai “mentor” dan “bapa” maka saya teringat apa yang ditulis oleh Hishamudin dalam Kamus Wilkinson. **(seperti yang di ceritakan oleh Khalid Jaafar)Naib Presiden Parti keADILan Rakyat ***
tak lama kemudian Ezam juga macam hisham...............mengingkari sumpahnya demi harta dan darjat.........
demi wang dia rela serahkan sebuah pengkhianatan
***Sehingga Artikel ini di tulis Hishammudin Tun Hussein telah pun berjaya menduduki kerusi Naib Presiden UMNO****

Tahniah Kepada Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang kini melangkah sebagai petualang Melayu yang baru........
No comments:
Post a Comment