Sunday, March 29, 2009

Najib Bakal sempurnakan Abjad dan Nafas Terakhir UMNO


Selepas di nobatkan sebagai Presiden UMNO yang baru Maka Lengkaplah....TEORI nafas - nafas Terakhir Buat UMNO...


Bermula dengan Tunku Abdul Rahman........

Rahman(Tunku Abdul Rahman)

Abdul Razak

Hussein Onn

Mahathir

Abdullah

Najib Tun Razak

selama 52 tahun UMNO hanya memperjuangkan pembangunan tetapi bukan kebajikan dan kebijaksanaan Bangsa...Kepercayaan Orang - orang bukan melayu terhadap BN telah pun terhakis...dan oraang - orang melayu juga bertekad mengubah haluan....
Presiden UMNO yang terakhir bergelumang dengan begitu banyak skandal antaranya kes pembunuhan Altantuya,skandal pembelian kapal selam,skandal komisyen eurocopter....
belum lagi menduduki kerusi PM Najib berdepan dengan Masalah pembuangan pekerja....krisis ekonomi....Dan Najib terus menipu rakyat dengan berkata supaya terus percaya Pada BN

Kalau kerja sudah tak ada, untuk apa percaya?
Ketika berlangsung penamaan calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, Utusan Malaysia melaporkan berita bertajuk "Lebih 26,000 orang hilang pekerja" (Lihat juga posting sebelum ini bertajuk "Terus percayai BN, ini masa depan semua - Najib").Media BN terus memainkan cerita - cerita yang merapu...
Jangan sampai yang terus orang percaya hanyalah tuduhan-tuduhan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Apabila tak ada lagi projek mee segera, adakah orang-orang Umno sanggup bertungkus-lumus memastikan kemenangan? Maklumlah, bisnes human trafficking (jual beli orang yang sanggup bagi undi untuk pemilihan UMNO) dah tak boleh buat dah. Perhimpunan Agung Umno sudah berlalu. Tunggulah apabila lebih ramai ahli UMNO (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian. Pada masa itu, tentulah lebih lumayan lagi bisnes human trafficking

Saya sedang menunggu kiriman email seorang pembaca yang akan menulis mengenai human trafficking di dalam Umno. Ada sesetengah orang menterjemahkan human trafficking itu sebagai bisnes persundalan (jual beli jalang). Mana saya tau, saya bukan reti sangat Orang Putih. Yang saya tau, jalang ada macam-macam jalang. Baru-baru ini, hampir setiap hari kita dengar tentang jalang-jalang politik.Apa pun, Raja Petra Kamaruddin ada menulis mengenai perniagaan persundalan. Beliau mendakwa Najib terlibat. Sila baca artikelnya yang bertajuk "My name is RPK, I am Malaysian, and I am no prostitute". Antara lain, beliau mendakwa:


But I was offered the opportunity to prostitute myself. One day, some time back, a person by the name of Rusdi Mustaffa who works for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, called me and said he wanted to meet me. I was then at the Havana Club in the Concord Hotel in Kuala Lumpur enjoying cigars with my friends.Rusdi arrived way past midnight and we talked. He wanted to know how much I wanted. I did not understand what he meant and told him so. He repeated the question and asked me how much I wanted to stop writing about Najib and Altantuya. Name my price.Saya teringat orang kata, "Undi UMNO, undi rasuah"

Proses demokrasi ala Malaysia yang disuburkan oleh UMNO/BN melihat berlakunya pertandingan 15 penjuru pada hari penamaan calon hari ini 29 Mac 2009 bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah. Selepas tragedi 1987, UMNO juga tewas dalam PRK di Johor Bahru, apabila keceluparan mencabar Dato' Shahrir Samad mengosongkan kerusinya. Apabila UMNO/BN hampir tergugat dengan PRK di Ampang, taktik mengumpan pengundi-pengundi dengan jumlah wang untuk pembangunan digunakan. Dato' Harun Idris tewas kerana dikaitkan dengan tragedi yang tak tentu hujung pangkal pada 1969. UMNO berjaya membunuh kerjaya politik Dato' Harun, tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi apabila DUN Kelantan kembali semula ke pangkuan PAS pada pilhanraya 1990.
UMNO/BN akan melakukan apa sahaja untuk menang di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air pada 7 April 2009. Bagaimanapun orang Melayu tak lagi taksub dengan UMNO; berikutan insiden gambar Najib dikoyak di beberapa tempat di utara. Sebahagian besar anak-anak muda ikut sama bersolat hajat berjemaah malam ini (29 Mac 2009), memohon Najib tak diterima oleh istana memegang jawatan Perdana Menteri. Keberangan orang Melayu kepada UMNO, semakin sukar dibendung apabila Najib memimpin UMNO mengikut kaedah demokrasi yang mereka tetapkan. Kalau Najib mahu rakyat menterjemahkan aspirasi beliau, sudah lama ianya diterjemahkan, tetapi cuba disembunyikan dengan tatacara yang memalukan, memilukan dan menyayukan! Bermula dengan Raja Petra Kamaruddin ke ISA, kehilangan penyiasat persendirian dan terbaru Ahli Parlimen Puchong digantung setahun.

Satu perkara aneh telah terjadi: beberapa orang pemuda yang didengar bercakap tentang perhimpunan agung UMNO, telah mengemukakan satu pertanyaan yang sangat pelik dan sungguh menghairankan: Berapa lama Najib boleh kekal? Jika pertanyaan itu datang daripada golongan tua (dipanggil veteran) dalam UMNO, kita boleh faham kerana mereka orang bijaksana, pandai melihat rahsia tersembunyi jauh ke depan. Ini orang muda yang bertanya seperti itu. Mengapa? Nampaknya mereka bingung dengan segala macam kontroversi yang tidak berjawab mengenai Presiden UMNO yang baru ini, yang juga Perdana Menteri baru.
Kata budak-budak muda itu, ahli MT tidak boleh lari dari bertanya tentang perkara-perkara yang boleh menyulitkan Najib Tun Razak, bertanya bukan berdepan dengan PM baru, tetapi bertanya sesama sendiri. Mereka akan dapati diri mereka (yakni ahli MT) berada dalam keadaan serba salah, kerana sudah jelas dari percakapan mereka bahawa mereka mahu berlaku jujur, berterus terang, ikhlas, tidak bermuka-muka dan seterusnya. Akan tiba masanya mereka akan meminta PM baru itu mencintai UMNO dan bangsa Melayu lebih daripada kedudukan peribadi, dengan melepaskan jawatan untuk diserahkan kepada tokoh yang lebih berwibawa.
Hanya dengan berbuat begitu saja UMNO akan dapat menghadapi pilihan raya ke-13 sebagai parti yang betul-betul mempunyai integriti. Nampaknya PRU 13 tidak akan dikendalikan oleh Najib Tun Razak, yang mungkin berada di suatu tempat yang mengejutkan, oleh itu menghalangnya daripada menghadapi pilihan raya itu. Dalam keadaan UMNO yang begitu kelam-kabut, UMNO perlukan seorang diktator yang bengis untuk menghadapi kekalutan dalam parti dan kebencian rakyat kepada UMNO. Jika Najib Tun Razak sanggup memainkan peranan itu, UMNO dan dirinya sendiri mungkin boleh diselamatkan buat sementara. Tetapi selepas itu UMNO akan hancur, melontarkan serpihannya ke pelosok negara.
Mungkin ada di antara mereka yang akan masuk penjara kerana desakan sesama sendiri. Inilah yang terjadi apabila Tun Razak meninggal di London. Kalau kita boleh percaya kepada pandangan ahli sejarah, memang hakikat sejarah untuk mengulang balik kejadian yang telah terjadi. Sejarah memang selalu berulang kembali. Berapa orang tokoh penting UMNO dipenjarakan semasa pemerintahan Tun Hussein Onn? Yang paling terkenal ialah Dato’ Harun Idris, Bapa Pembangunan Selangor yang mengasaskan Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Dato’ Harun Idris menjadi saingan sengit seorang ahli politik dari Pahang. Adakah ahli politik itu yang telah membawa Dato’ Harun ke Penjara Pudu? Semua boleh berlaku dalam UMNO, oleh itu pertanyaan anak muda tadi memang berasas.

No comments: