Monday, March 9, 2009
Bbudak skolah ni mmg suka ikut darah muda, brfikiran singkat
Sjak akhir2 ni sering je brlaku kes gaduh, buli kat junior di sekolah2 kt M`sia ni.
Skrg ni dh kian popular menular
Yg trbaru aku copy and paste drpd Utusan:
Monday, March 9, 2009
Isu pergaduhan di SMK Tok Janggut selesai
PASIR PUTEH 8 Mac - Pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini Khamis lalu yang menyebabkan seorang pelajar cedera akibat dilibas dengan senjata lawi ayam tidak melibatkan sebarang unsur gengsterisme.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, ia cuma tercetus ekoran kenakalan dan kegagalan para pelajar terbabit mengawal emosi apabila timbul rasa tidak puas hati dalam hal yang terlalu remeh.
"Para pelajar pada peringkat usia ini cepat marah dan gagal menilai kesan daripada tindakan yang mereka lakukan.
"Pergaduhan yang berlaku tidak dipengaruhi oleh kegiatan gengsterisme kerana hanya pelajar-pelajar ini yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke sekolah itu hari ini.
Beliau mengadakan pertemuan dengan ibu bapa lima pelajar terbabit dalam kes pergaduhan Khamis lalu bagi menjelaskan tindakan yang diambil di samping mempertemu dan mendamaikan para pelajar berkenaan.
''Biarlah kita bermuafakat untuk mengatasi masalah ini. Jangan diperbesar dan dipanjangkan demi masa depan anak-anak kita," katanya.
Difahamkan dalam kejadian Khamis lepas, jelingan seorang pelajar tingkatan tiga, Mohd. Amirul Mohd. Afandi, 15, telah menimbulkan kemarahan dua pelajar senior sehingga tercetus pergaduhan dan salah seorang daripadanya mencederakan mangsa menggunakan lawi ayam.
Alimuddin berkata, pihak sekolah telah pun menjatuhkan hukuman setimpal kepada lima pelajar terbabit sebagai satu pengajaran kepada mereka dan pelajar lain.
Katanya, pelajar yang menyebabkan kecederaan, Wan Mohd. Alias Wan Talib dikenakan tindakan buang sekolah manakala rakannya, Ahmad Jazli Mohd. Azhar, 16, digantung sekolah selama dua minggu.
"Pelajar yang cedera juga dikenakan tindakan gantung sekolah selama seminggu bersama dua lagi rakannya yang didapati menimbulkan provokasi iaitu Wan Fidrol Azuan, 15, dan Nik Khairuhaizam Nik Ley, 15,'' jelasnya.
Menurut Alimuddin, setelah meneliti kes itu beliau berpendapat, masih terdapat kelemahan pihak sekolah yang perlu diperbaiki khususnya dalam aspek kawalan murid.
''Tindakan awal perlu diambil bagi mengatasi sebarang tingkah laku pelajar yang mencurigakan dan jangan tunggu sehingga insiden yang tidak diingini berlaku," ujarnya
Sehubungan itu, beliau juga menyeru semua pengarah pelajaran negeri dan pegawai pelajaran daerah untuk memantau keadaan seumpama ini.
Sementara itu, Alimuddin meminta semua sekolah segera mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah untuk menangani gejala buli yang semakin meningkat.
Jelasnya, mesyuarat yang turut membabitkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis serta pemimpin masyarakat itu diharap dapat mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah tersebut.
Utusan Malaysia Online: 9 Mac 2009
Sbelum ni brlaku di Sarawak di mna seorg plajar junior dibuli oleh lbih 3 org senior dlm U-tiub mmg aku trkilan. knapa bbudak ni bgitu kejam smpai sanggup zalimi n aniaya ssama mreka? apa mreka ni dh x de tamadun ke? atau mreka ni mmg mcm org yg dh x de tamadun?
Sbelum ni heboh dua org budak skolah brtumbuh disebabkan pempuan. Malah ada bbudak soklah pempuan main wrestling sbb brebut jantan mcm dlm foto kt atas ni
Di sekolah yg aku ngajar 3 minggu lepas Sek Men Keb Taman Tasik, Ampang, sramai empat org dihadapkn di assembly afternoon sbab brgaduh. rupa2nya seorang plajar India tlh dibelasah oleh kumpulan pelajar Melayu. smpai ketua polis Ampang dipanggil bg ceramah pulak.
Malah minggu kedua aku ngajar seorg budak Cina Form 2 di bawah jagaan aku masa ngajar PJK tlah ditumbuk oleh seorg pelajar Form 4 yg kni dh di'fired' kali kedua.
Smpai berdarah leher dia.
Itupun mase aku cuba nk leraikan diorg, budak yg kna buang tu siap tanya kat aku"Kau siapa?" amboi mntangla aku ni badan kecik n ketot drpd dia n muka aku mmg nampak muda belia, dia brani gertak aku.
Bila aku knalkan aku cikgu baru dia tau tpi aku suruh brjabat tangan for peace tpi degil bukan main. aku x taula adakah dia insaf bila kna buang kali kedua ni...
Knapa plajar ni trutamanye bbudak lelaki ni kejam?cruel?mcm anak betong? itula diorg ni kbanyakannye kes jelingla pastu kebaboom!
Ape yg mndorong bbudak ni jadi mcam setan? yg patut tangani mslh ni patutnye di pringkat awal iaitu mak bapak kt rumah, pastu pihak skolah pastu masyarakat, dn akhirnya kerajaan.
klau aku diberi peluang brcakap kt prhimpunan, aku nk bgi tau diorg bbudak sekolah ni supaya sntiasa sabar,klau ada bbudak saja mngundang kmarahan,toksah dilayan anggap je dlm hati dia tu org gila yg nk prhatia, kcuali klau dia dia pakai pistol ke,pisau ke, nk lawan tu lainla nk prtahankan diri.
Ni diorg ni gaduh mcm nak rak psl benda kecik. Kpd semua pihak aku sarankan supaya sntiasa pantau bbudak sekolah ni jgn stu msa nnti diorg jadi penjenayah bila dh besar klak.
Paling pnting jganla gaduh tu je. itula org muda klau ikutkn darah muda mmgla skit punya hak pn nk brtumbuk. taula diorg ni baru nk cukup umur dlm proses nk jadi dewasa tp klau salah pilih jln tu yg jdi mcm tu...
Lain kali klau ada org nk provok kasi marah jgn dilayan buat bodo je sbb org yg suka nk timbulkn kmarahan org dgn niatr nk gaduh ni mmg bodo, jgnla nk ikut bodo smpai brtumbuk...
Ni pesan Cikgu Hafiz @ Chegu Peace pd bbudak sekolah ni.
Toksah gaduhla marila kita wujudkn keamanan di skolah kita, semua skolah dn akhirnya seluruh dunia ...
Dn bloggers F.O.B pn sama jgn sbb satu isu pn nak mlarat nk marah2 dlm tulisan, ni klau brdepan mau brtumbuk sume ni mnjelang WrestleMania 25la katakan!
Skali lgi Peace 4 All
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ak rase pasni setiap skola kena ader gelanggang utk student berwrestling. mcm dlm wwf, xpun untuk bertinju.
kne ader ref yg sgt sesuai diberikan kpd guru disiplin sbb student takut dgn beliau.
pastu, sape yg tak puas ati daftar nama, masuk gelanggang gaduh. Sblm kluar kena salam. Tinggalkan sume dendam kesumat dlm gelanggang.
aku mmg suka bab wrestling ni tpi aku x dptla jdi Vince McMahon or reff bbdak skolah ni besau2 btul.
Aku ingat jdi manager blehla. x pn jdi komentar mcm JR,The King,
bbdak ni ganasnye bkan ape blum cukup umur n matang lgi
aku stuju klau refnye gutu disiplin sbb ckikgu mcm ni kt skolah aku mmg digeruni...
nti ko usulkan kt Hisham Hussien,biar dia usul kt kabinet, msti Pak Lah n Najib suka haha
yg psti pnonton setia adlh polis hahaha
Post a Comment