Hebat sungguh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Tak hairanlah ada cadangan Almarhum P Ramlee dianugerahkan Tun pula. Sidang DUN Perak bawah pokok persis apa yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.Nak tahu lebih lanjut ulasan cerita P Ramlee ini dan kaitannya dengan Sidang DUN Bawah Pokok di Perak sila klik ke laman PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/03/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_03.html#links( Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap ‘akulah aku’ dengan tak menghirau majority rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca. Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato’ yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: MESYUARAT BAWAH POKOK TINGGALLAH DI BAWAH POKOK’. Menteri Fasola tak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah. )
1) Usul kepercayaan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
(Gambar: Speaker, V Sivakumar tiba untuk mengetuai sidang Dun Perak. Gambar bawah Adun Titi Serong membuat usul percaya kepada Mohd Nizar di kawasan tanah lapang yang diisytiharkan sebagai Dun Perak hari ini.)
2) Usul membubarkan Dun Perak,
3) Usul berupa kertas laporan Jawatankuasa Terpilih yang menggantung Datuk Dr Zambry dan enam Exconya.Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar.Sidang itu berjalan di kawasan lapang berhampiran Dun selepas 27 Adun dan Speaker tidak dibenarkan masuk ke Dun oleh polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.Sementara itu, Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang.Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi.
Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.Injunsi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap adademik oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di sini
"jika di atas pokok sekali pun ia tetap persidangan Demokrasi yang sah"
tulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.
Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”.
Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”.
kata Prof. Agus lagi ;
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan."Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya kepada Bernama.Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri."Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan."Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis."Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri."Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau
HIDUP BAHASA MELAYU !JANGAN LUPA SABTU 7 MAC 2009 JAM 2 PTG DEPAN ISTANA NEGARA , K.L. UNTUK MEMBANTAH PPSMI
1 comment:
Siapa lg nk prjuangkn bahasa kita klau bukan kita orang Malaysia.
Post a Comment