Monday, December 29, 2008

PAS Groupies:Ala you all nak kutuk Utusan biased,Harakah pun biased jugak..


Dah takde isu lain asyik isu kuno ni jugak bagi Umno-BN dalam menghapai pilihanraya K.Terengganu 2009 ni, Hudud!Hudud!Hudud!

ok i tak tau benda ni sape yang start dulu,tapi setau i,selalunya PAS yang nak sangat buat benda ni,bukan BN.

Dari aku dalam perut dah dengar isu ni oleh kempen Umno-Bn nak lawan Pas. Sekarang ni pun DAP, termasuk Karpal Singh, Kelab Penyokong Pas pun dah faham Hudud untuk Orang Islam je.

Eh,boleh pulak macam tu?Double standard la.Sepatutnya undang-undang kena standard,orang tak dapat hukuman yang berbeza.Ni dah jadi apatheid dah ni,ada dua undang-undang berbeza terhadap dua puak berbeza.

Memangla Hudud tak boleh dilaksanakan di M`sia sebab takkan ada sokongan 2/3, maklumla sistem demokrasi.....

Tau pun,you all takkan dapat 10 percent pun dari overall votes if a referendum about Hudud law implement in Malaysian Constitution.

Tapi dalam soal ni BN gunalah isu lain macam harga minyak dah turun ke, ekonomi ok ke walaupun hakikatnya KO. KJ dah takde idea lain, dulu buat Pade Doh Pas 18 tahun di Kelate, lepas tu pade muko mung.

Kelate memang forever and ever takkan nak ubah.Pasal tu sampai bila-bila pun macam tu.

Aku yakin KJ akan terima nasib yang sama lagi kelak. Apatah lagi dia nak main-main dengan hukum agama yang dia sendiri anut.

Deux ex machina ke Hafiz?You tau ke apa yang bakal terjadi kat KJ?

BN ni kalau diorang teruskan kempen dengan cara begini mereka tidak akan maju lagi. Dalam kempen mereka tak jelaskan dasar, masa depan dan hala tuju diorang, tapi sibuk cari kesalahan pihak lawan. Benda tu pun dah season in the sun dah. Dah macam orang kampung dulu-dulu, suka ngumpat je....

Habis tu,apa yang you buat ni,tak mengumpat?Oh kalau BN kutuk PAS,you all cakap mengumpat,memfitnah,tapi kalau PAS kutuk BN,you all cakap "kami cuma cakap benda yang benar je".

Yang you tu,tak sibuk mencari kesalahan pihak lawan(BN) ke?


Sempena masuk Awal Muharram ni, aku sarankan kepada Umno-BN supaya berhijrahla, tinggalla perangai lama yang buruk tu dan ganti ke perangai baru yang jauh lebih baik supaya kelak boleh jadi popular balik. Mereka masih boleh memilih....kalau mereka nakla!


Macam tu jugak la I pesan kat penyokong-penyokong PAS ni,tak payah la fanatik2 dengan agama ni,kalau 3 negeri pun you all tak boleh nak handle,nak satu negara tu memang you all memang joking la.

p/s:1 negeri tu kalau tak kerana dasar racist mengatakan Menteri Besar kena orang Melayu,memang jangan harap la PAS jadi Menteri Besar.

Ezreen kata 2009 Najib dah book tempat dia, tapi kena ingat politik Malaysia ni penuh kejutan, benda yang disangka berlaku tidak berlaku, benda yang dirancang tak jadi..Tengoklah nanti.

Memang la penuh dengan kejutan.In Canada pun macam tu jugak.Siapa sangka Michael Ignatieff boleh jadi ketua pembangkang,kerjasama dengan socialist NDP.Mana-mana pun macam tu.Kat US pun,ramai jangka at first Hillary Clinton menang,bukan Barry Obama.Tapi politik Malaysia ni macam debat ayam,debat sape paling kuat suaranya,bukan nak saling membantu,tapi saling menjatuhkan.Tak kira la PAS ke,BN ke,PKR ke..
Siapa paling memekak,siapa paling bising suara,dia yang menang.



Kook kook kok kok kook koook koooooookkkk!

Ada macam-macam perkara mustahil boleh berlaku dalam politik M`sia ni. Tahun 1981, ramai orang jangka Anwar Ibrahim bakal masuk Pas, akhirnya....


Dia tak nak masuk PAS pasal dia tengok orang-orang PAS ni kuat bercakap je.Buatnya takde.Pasal tu dia sanggup tubuh parti PKR berbanding gabung dengan PAS.

Setakat ini di Terengganu walaupun belum diumum calonnya masa rencana ni ditulis, takde dengar dan baca masalahnya.

You all PAS groupies ni tak tau ke,PAS sekarang terpecah kepada dua,satu kelompok muda digelar kumpulan Erdogan,satu lagi kelompok konservatif Hadi Awang.kumpulan Erdogan or Husam Musa ni pro-Anwar yang nak either Sabu or Syed ape ntah,while Hadi Awang punya puak nak Mustafa Ali,baca ni la!
(http://wrlr.blogspot.com/2008/12/calon-paspilihan-kumpulan-erdogan.html)

KeADILan pula ada pemimpinnya bertelagah bila buat aduan di media perdana. Inilah kelemahan yang ada parti tersebut yang perlu KeADILan baiki.

Bagus la kalau ada pemimpin bergaduh depan TV.Baru nampak naked truth about politic dirtiness.Takkan nak sorok-sorok,Michael Ignatieff maki Stephane Dion depan TV,takde ape pun?

Ala you all kalau Mahathir gaduh dengan Abdullah depan tv pun you all suka jugak,kan?

Manakala Pas takde masalah Husam Musa dan pemimpin Pas lain dah jelaskan perkara ini dan difahami oleh DAP, demi perpaduan mereka dalam Pakatan Rakyat.

DAP bukan tak faham,tapi PAS tu tak faham-faham Malaysia tu negara majmuk.They all "faham" bukan apa,tak nak pak aji ni kecoh lebih-lebih.They all malas nak layan,banyak kerja nak buat.

Demi perpaduan Pakatan Rakyat konon,kalau PAS sibuk nak paksa DAP faham dasar parti Islam dia tu.

Aku nak cakap pasal media nila sebab nak dekat piilihanraya ni memang media peranannya dalam berkempen propaganda paling besar peranannya.

Memang la,media ni sebuah badan yang berkuasa you tau tak?MTV je dah control pemikiran manusia nowadays,which is cool,which is not.Dah memang media is trendsetter.


Media arus perdana memang tak leh harap. Malah blog berita yang paling dikatakan semakin tinggi pengunjungnya sebab sebelum ini beritanya telus dan bebas yang pun dengar kata dah dibeli oleh pihak anti-Pakatan Rakyat, sebab itu blog tu banyak mengkritik Pakatan Rakyat, carila sendiri blog tu aku tak mau bagitau. Dulu laporannya bebas, sekarang macam lebih hentam Pakatan Rakyat.


Ala Hafiz,Calgary Sun dengan Edmonton Tribune hari-hari kutuk Stephane Dion,biasa la tu.lepas tu Toronto Post dengan Halifax Post kutuk Stephen Harper.Sama la tu.
Ala,kalau nak kutuk Utusan hari-hari kutuk PAS,at least dia ada jugak berita sukan or berita hiburan.Harakah hari-hari kutuk BN,sama la tu.


Nak yang telus bukakla blog yang bebas berlambak yang takde dotcom tu, yang ada blogspot dengan wordpress tu...

I rajin jugak blog-walking kat sana sini,macam nami punya blog i tengok dia kutuk dua-dua,sue pulak tulis pasal laporan kesihatan,razor tulis pasal kehidupan dia hari-hari,takde la banyak sangat macam you cakap tu.
Bloggers2 ni semua,yang you cakap ada pro Pakatan Rakyat,semua ada kepentingan kat dalam parti Pakatan.That's why they all tulis kutuk2 BN.
I pun tulis blog kutuk2 Stephen Harper and Conservative Party,pasal I member Liberal Party.I ada kepentingan.
Sama jugak Nami kutuk USM Apex University,because dia student and dia rasa harga yuran terlalu tinggi. Nami tulis pasal socialist pasal dia dari dulu lagi support his Red Star Society.Pasal dia ada kepentingan dengan socialism.
Sama jugak dengan Sue,dia tulis pasal journal kesihatan pasal dia sekarang ni kerja jururawat.


Yang bebas berlambak ni semua memang bersepakat pro Pakatan Rakyat, terlalu ramai. Merekalah puncanya mengapa Pakatan Rakyat boleh buat kejutan masa PRU dulu. Kalau nak yang dotcom yang telus,bukala Harakahdaily dan SK online. Wah siap promote lagi blog kompeni..

Nampak sangat la you all Pakatan Rakyat ni perasan sangat-sangat.Kejutan?Rakyat Malaysia swing votes to you guys bukan pasal they all sukakan you all tau.They all swing votes pasal they all bengang harga barang naik.Bukan pasal they all suka sangat parti bulan you all tu.
Lagi satu,nampak sangat la yang you ni biased.Gila-gila biased.Especially statement "kalau nak yang telus,bukak la Harakahdaily or SK online."Memang la kalau I bukak dua-dua website tu,segala-gala yang BN buat tu salah.PAS dengan PKR tu baik.
Kalau you penyokong BN pun cakap you all akan cakap Utusan tu telus.
Nampak sangat la biased.
Promote company lagi,memang la biased.

Parti PAS punya merapu ni,macam la cerita tipu manusia mendarat kat bulan yang I cakap dulu.Dah nama pun parti bulan.

7 comments:

Cob Nobbler said...

Macik Maimun tak bertanding la E..

hahaha...tu la,i rasa semua surat khabar parti politik pun biased.Zine Red Star Society pun biased kat sosialisme.

Aku pun biased kat golongan-golongan sosialistas,biasa la tu being biased.

Tapi aku tak ngaku pun zine2 tu telus,pasal ye la,semua orang mesti nak back up fahaman sendiri.

Tapi tu la,kadang-kadang PAS ni,pada aku,kena kurangkan main sentimen keagamaan,macam UMNO main sentimen perkauman.

Pokok pangkal kestabilan bangsa terletak kat ekonominya.Dah kalau ekonomi dikuasai golongan komprador,rakyat kenalah memberontak.

Kalau UMNO punya komprador semua besar-besar,contract junkies,main projek juta-juta,PAS pun macam tu jugak,cuma skala dia kecil-kecilan.Pasal tu tengok kat Harakahdaily bersepah iklan-iklan minyak urut,minyak lintah bagai.

Aku tak anti perniagaan pasal bapak aku sendiri pun berniaga.Aku anti tamak,monopoli,menyusahkan rakyat.

Jadi nko boleh panggil aku moderate socialism,or democratic socialism dalam bahasa saintifiknya.

Pada aku,kalau PAS ni jadi macam PPP kat Turki atau Mahmoud Ahmadinejad kat Iran,yang kurangkan retorik agama,sebaliknya majukan sains dan teknologi serta ekonomi untuk agama,aku rasa takde masalah.

Ini isu babi kat Kedah pun tak settle lagi.

Malaysia Tanahairku said...

Ezreen awak ni mesti lahir tahun ayam kan? Ke logo Ezreenisme tu simbolnya ayam? hehehe jangan mare gurau je selamat memyambut tahun ayam

Dr.Ahmad Izham said...

Saudari nampak emosi kenapa tidak puas hati dengan Pas? Pas parti yang memperjuangan keadilan rakyat kenapa saudari marah pada Pas.

Yang pasti saya percaya saudari masih tak peka dengan keadaan di Malaysia sebab saudari dah lama tak duduk di sini.

Datangla sini dulu baru boleh cakap.

Ez the Conspirator said...

Saya lahir tahun harimau.1986.

Hmm,saya sudah lama tinggalkan Malaysia?yup,memang betul saya dah tinggalkan lama.Tapi,saya peka dengan politik seluruh dunia.Saya belajar sains politik,hari-hari saya observe politik seluruh dunia.

Saya tahu gelombang liberalism di Amerika,anti-diktatorisme di Zimbabwe,dan antara liberalisme dan Bolivar socialism di Venezuela dan Ecuador.

Mustahil saya terlepas pandang keadaan di Malaysia.

Pada Mac lalu,saya mengharapkan PAS supaya berubah,tukar pemikiran,kerana golongan muda menyokong anda.Tapi malangnya kepimpinan anda masih nak berfikiran lama dan tidak mahu berubah.Itu konservatif.

Masyarakat sivil yang ada hari ini sudah berubah,jadi anda penyokong PAS kenalah berubah jugak.Tak guna bercakap agama dengan mikrofon sekuat-kuatnya,tapi takde perancangan mentadbir ekonomi,strategi pemasaran,dan rancangan pembinaan infrastruktur untuk menjamin kemakmuran rakyat.

Kalau setakat baca ayat Al-Quran tapi takde implementasi pun tak guna jugak.

PERUNDANG said...

:)
apa khbr shbt..
lama tak menjenguk..
hentaman kpd PAS lagi..

ezreen..
ur statement:
"Saya belajar sains politik,hari-hari saya observe politik seluruh dunia."

"Mustahil saya terlepas pandang keadaan di Malaysia."

Maaf, anda terlalu beremosi..anda masih blm memahami PAS itu secara all out..lihatlah sejarahnya dari akar umbi.mempelajari sains politik di dalam pengajian anda belum pasti membolehkan anda memahami semua isu ini seumpama tuhan memahami mahkulknya.

Bukan saya ingin merendahkan anda, ttp bak kata pepatah, sekiranya tidak mengetahui lbh elok kita menyiasat,mempelajari,agar apa yg diucpkan tidak nmpk silapnya..

Dlm menganalisis soal PAS, bukan hanya ilmu sains poltik semata-mata anda perlukan..soal Agama,akidah,harakiah perjuangan,dan sbgainya perlu diambil kira..

Tq.

Cob Nobbler said...

huahuaaa...

madey buat yayasan perang,nkoram pun nak berperang gak ke?

huahahahaha!!

Malaysia Tanahairku said...

Pas ke, Pis ke janji Peace!

You love me you love peace!